Anda di halaman 1dari 35

KULIAH 7

IDEOLOGI
ANALISIS CABARAN ISU SEMASA

Profesor Madya Dr Amran Muhammad


Dekan
Pusat Pengajian Sastera, Kemanusiaan dan Sains Sosial
Asia e University

Ketua Penyelaras
Kursus Falsafah dan Isu Semasa
Bahagian Kecemerlangan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
HUBUNGAN ANTARA KULIAH-KULIAH KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Menganalisis
Cabaran Isu
Semasa Melalui APLIKASI ANALISIS FALSAFAH TERHADAP CABARAN ISU SEMASA
Domain Analisis Falsafah
KULIAH 9 KULIAH 8 KULIAH 7

Menghuraikan
Domain-Domain
Utama Analisis
KEFAHAMAN & KEMAHIRAN DOMAIN-DOMAIN ANALISIS FALSAFAH
Falsafah
KULIAH 3 KULIAH 4 KULIAH 5 KULIAH 6

Menjelaskan
Asas & Kerangka
KONTEKSTUALISASI FALSAFAH DALAM
Falsafah
Penjelasan Lanjut DIRI INDIVIDU & MASYARAKAT BERNEGARA
Pembinaan
Falsafah Dalam
Masyarakat

KULIAH 2 KULIAH 1
HUBUNGAN ANTARA KULIAH-KULIAH KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Kemusnahan Alam Sekitar dan Kemanusiaan Kemusnahan Hakikat, Kebenaran dan Makna

KESAN EKOLOGI DARI KESAN IDEOLOGI DARI


Menganalisis
DUALISME CARTESIAN RELATIVISME PASCAMODEN
Cabaran Isu
Semasa Melalui Pelbagai
Dekolonisasi Ideologi
Domain Analisis Falsafah Kajian Kes
KULIAH 9 KULIAH 8 KULIAH 7

Kaedah Berfikir; Potensi & Peranan Insan; Hakikat Hubungan Insan-Alam-Tuhan; Ilmu,Kebenaran & Kegunaan
Menghuraikan
Domain-Domain
Logik & Psikologi &
Utama Analisis Metafizik Epistemologi
Falsafah Metodologi Sosiologi
KULIAH 3 KULIAH 4 KULIAH 5 KULIAH 6

Menjelaskan
Asas & Kerangka
Falsafah
Rukun Falsafah Pembinaan
Falsafah Pendidikan
Negara Sejahtera Falsafah Dalam
Penjelasan Lanjut Kebangsaan Masyarakat

KULIAH 2 KULIAH 1
KULIAH 7

Ideologi
Relativisme
Pascamoden
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Perubahan Pemikiran Falsafah Barat
Modenisme

Teosentrik

Pasca-
modenisme
Antroposentrik
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkkkkklllllll
PerubahanPerubahan
Cara Berfikir
Cara Berfikir
SFFGGGGGGGaaaaaaaaa
Barat Barat
aa
Di manakah kita dalam perkembangan pemikiran?

Kebangkitan Eropah Modenisme Pascamodenisme


Renaissance

Bacon Hegel Lyotard


LockeDi mana kamu
Nietzsche
dalam Deridda
Descartes Heiddeger Faucoult
Hume Baudrillard
Kant
perkembangan pemikiran?

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkkkkklllllll
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Modenisme
Kebangkitan/Renaissance sehingga 1900
Awal Modenisme Renaissance Sehingga Revolusi Industri

Modenisme Revolusi Industri

Pascamodenisme Media Massa

Egosentrik Antroposentrik Eurosentrik

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkk
FAHAMAN MODENISME

 Bermula mungkin di sekitar abad ke-18 dengan adanya gerakan


Enlightenment yang dibawa oleh golongan ahli-ahli falsafah
Enlightenment seperti Immanuel Kant di negara Jerman, John
Locke dan juga David Hume di Britain.
 Fahaman modenis ini yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah gerakan
Enlightenment menekankan akan peri pentingnya akal fikiran
yang rasional di dalam menentukan kebenaran, menentukan
apakah bentuk organisasi sosial dan sebagainya.
 Mengagungkan akan kejayaan sains dan kaedah saintifik yang
terdapat pada masa itu yang merupakan suatu kemajuan di
dalam pencapaian ilmu manusia.
 Dengan adanya kejayaan sains, yang berteraskan kepada penggunaan kaedah
empirikal dan rasional, maka mereka sudah mempunyai satu keyakinan baru
akan kebolehan manusia untuk mencipta sesuatu kehidupan yang lebih baik di
dunia ini dan membawa kepada suatu budaya baru yang berasaskan kepada
rasionaliti, kaedah saintifik, dan konsep bahawa manusia ini boleh mencapai
kemajuan dengan menggunakan akal fikiran yang ada pada dirinya, iaitu
kemampuan manusia itu mencipta suatu kehidupan dan masyarakat yang baru
yang meninggalkan ciri-ciri lama seperti yang terdapat di dalam masyarakat
medieval yang berteraskan kepada keagamaan.
 Ini adalah sejarah perkembangan ataupun sifat yang terdapat di dalam
pemikiran modenis itu, didasari oleh gerakan dan pemikiran Enlightenment.

 Keyakinan ini diteruskan di abad ke-20 dengan adanya kejayaan-kejayaan


sains, di dalam bidang fizik khususnya, dan dengan adanya ahli-ahli falsafah
yang baru seperti Bertrand Russell, Karl Popper yang membawa aliran
modenisme dan positivisme logik dan sebagainya, mereka semuanya
menekankan akan pemikiran rasional dan kaedah saintifik (scientific method)
di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bukan sahaja masalah alam
tabi’i tetapi masalah-masalah yang berkaitan dengan kemanusiaan juga.
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Apa itu Pascamodenisme?
Digunapakai dalam pelbagai disiplin ilmu
Antropologi, Psikologi, Sosiologi, Sejarah, Politik
Dll

Kesinambungan pemikiran Modenisme

Anti kepada Asas-Asas Kebenaran dan Hakikat

Sikap tidak mengambil kisah kepada kehilangan


Sejarah, jatidiri, agama, tradisi

Reaksi skeptikal dan sinikal terhadap Modenisme

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
FAHAMAN PASCAMODENISME
 Sains menjadi kayu ukur kebenaran di semua bidang pengetahuan dan aspek kehidupan. Ini
adalah suatu projek yang agak besar dan radikal, tetapi kemunculan falsafah yang seperti ini
yang hanya menekankan akan aspek intelektual, reason dan sains telah mendapat tentangan
dari golongan yang kemudiannya digelar sebagai pascamodenisme.
 mereka ini menentang modeniti seperti yang dibawa oleh golongan Enlightenment dan
positivisme logikal, kerana mereka menganggap bahawa pendekatan seperti ini adalah
bersifat, apa yang dikatakan mereka sebagai logocentric, iaitu menekankan akan akal yang
rasional semata-mata yang merupakan sesuatu yang tidak seimbang.
 Ini adalah kerana kalau kita melihat manusia itu, maka sebagai insan ianya bukan hanya
terdiri daripada aspek intelektual, tetapi juga aspek emosi, intuitif, kerohanian dan
sebagainya.
 Mereka ini menentang dan mengadakan suatu pemberontakan terhadap logocentricism dan
juga terhadap rasionaliti, objektiviti dan kaedah saintifik.
 Dengan itu, mereka menganggap bahawa sains itu bukanlah ilmu yang bersifat sebagai
paradigmatik, iaitu sebagai ilmu contoh yang mana jika sesuatu ilmu yang lain tidak
mempunyai ciri-ciri ilmu sains maka ia tidak dianggap sebagai ilmu, seperti yang dikatakan
oleh positivisme logikal yang menolak akan metafizik dan sebagainya.
PELBAGAI FAHAMAN DALAM
PASCAMODENISME
 Satu lagi golongan yang boleh dikaitkan dengan golongan pascamodenisme ialah
golongan sosial konstruktivis, yang mempunyai fahaman bahawa ilmu itu tidak
semestinya mencerminkan hakikat yang objektif tentang kebenaran alam ini,
sebaliknya mereka mengatakan bahawa ilmu itu adalah suatu konstruk yang
dikaitkan dengan kepentingan masyarakat, ataupun pandangan masyarakat yang
menusuk masuk ke dalam pembinaan ilmu sains itu.

 Contohnya, apa yang menjadi kepentingan manusia adalah apa yang menjadi
bahan kajian umpamanya, jadi alam itu dilihat secara selektif, bukan secara
neutral. Manusia memilih apakah aspek-aspek alam yang mempunyai kepentingan
di dalam dirinya untuk mencipta sesuatu ilmu yang berguna kepada dirinya. Jadi
dengan itu boleh dikatakan juga bahawa ahli-ahli sains mempunyai sikap pilih
kasih tentang apa yang mereka mahu tekankan mengenai alam tabi’i ini. Dari
sudut itu mereka tidak menganggap bahawa ilmu sains itu bersifat objektif, tetapi
boleh menggambarkan kepentingan manusia itu sendiri.
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Konsep-Konsep Asas Pascamodenisme
Kehidupan hanya di sini

Penolakan terhadap segala bentuk


Naratif Besar

Semua “kebenaran” bergantung


kepada
Konstruksi budaya semata-mata

Skeptisme terhadap kemajuan

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Konsep-Konsep Asas Pascamodenisme
Kesemua hakikat/realiti
adalah
KONSTRUK SOSIAL

Baik dan Buruk

Tuhan

Bahasa

Diri

Jantina
Segalanya!
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Konsep-Konsep Asas Pascamodenisme
Bahasa adalah sekadar Konstruk Sosial yang
“berbicara” tanpa makna yang hakiki

Ilmu adalah berkait rapat dengan konteks


dan keadaan yang berpaksi kepada KUASA

Kebenaran adalah rencam lagi relatif/nisbi


dan bergantung kepada kerangka rujukan
tertentu

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Konsep-Konsep Asas Pascamodenisme
Nilai-nilai sekadar diperolehi dari amalan biasa
dalam masyarakat dan berbeza antara budaya
serta berubah mengikut peredaran
Waktu

Nilai-nilai ditentukan berdasarkan manipulasi


dan dominasi

Semua penulisan dan teks adalah propaganda

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Modeniti
Modenisme Pascamodenisme
Naratif-Naratif Besar Naratif-Naratif Kecil

Barat=Kemajuan Barat=Penjajahan

Keluarga sebagai unit asas Keluarga Alternatif?

Kesahihan dan Keaslian Simulacra dan Realiti Ciptaan

Penggunaan Massa Niches dan Identiti Kumpulan


Perubahan Cara Berfikir
Barat
Modenisme Pascamodenisme
Sejarah sebagai Fakta Sejarah ditulis Pemenang

Kelas-Kelas Sosial Jelas Asas yang tidak jelas kepada


Kesatuan masyarakat
Agama Tradisional
Agama New- Age
Budaya Tahap Tinggi
Budaya Tinggi dan Rendah
Keseriusan Niat dan Tujuan Kabur

Permainan Niat dan Tujuan

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
TEORI RELATIVISME
 Salah satu ciri utama di dalam fahaman pascamodenis ialah fahaman
relativisme. Teori relativisme ini adalah teori yang menolak sesuatu
kebenaran yang objektif.
 Relativisme menganggap kebenaran itu boleh dilihat dari pelbagai sudut.
Umpamanya dalam sains kita boleh menerima teori A sebagai benar dan di
suatu sudut yang lain kita boleh melihat teori B juga sebagai benar. Jadi jika
kita menganggap bahawa kebenaran itu bukannya bersifat suatu yang mutlak,
maka ini bermakna bahawa kita boleh menerima pelbagai sudut pandangan
atas dasar bahawa tidak wujud suatu kebenaran yang mutlak, tetapi wujud
cara-cara yang berbeza untuk memahami akan hakikat kebenaran itu.
 Sebenarnya sasaaran pihak pascamodenis ialah ilmu sains yang menganggap
bahawa hanya sains merupakan ilmu yang sah dan sahih yang memberikan
kita kebenaran yang mutlak tentang pengetahuan tentang alam ini. Jadi bagi
pihak pascamodenis, konsep relativisme adalah satu cara untuk menafikan
konsep absolute truth seperti yang didakwa oleh sains hanya sains yang
mampu memberi kita pengetahuan yang sebenarnya mengenai alam ini,
sebenarnya inilah yang mahu dicabar oleh pihak pascamodenis.
KRITIKAN FAHAMAN RELATIVISME
 Fahaman relativisme itu sendiri telah dikritik oleh ahli-ahli falsafah.
 Fahaman relativisme yang mengatakan bahawa tidak wujud satu kebenaran yang
mutlak adalah sesuatu kenyataan yang menafikan kebenarannya sendiri.
 Jika kita mengatakan bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, maka adakah
pandangan ini juga merupakan suatu pandangan yang mana ia bukan kebenaran
yang mutlak? Jadi kenyataan itu sebenarnya telah menafikan dirinya sendiri.
Apabila kita katakan bahawa kenyataannya adalah “tidak ada kebenaran yang
mutlak” tetapi adakah kenyataan yang sebegitu juga boleh dianggap sebagai
“tidak benar secara mutlak”?
 To say there is no absolute truth means that you are saying that even your
statement about there is being no absolute truth is not true because it is
subjected to that same belief.
 Jadi fahaman relativisme sebenarnya secara logik tidak mempunyai asas logik yang
kuat.
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Dekonstruksi ialah teori tentang pembacaan bertujuan


untuk meruntuhkan naratif asal dengan mempertentangkan
elemen dalam teks.

Pascamodenis Skeptik

Menyerang prinsip-prinsip asas Falsafah Barat

Dipengaruhi oleh Nietzsche dan Heidegger

Mengganggap makna sebagai nisbi

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat

DIRI SEBAGAI FIKSI

“Kewujudan kita sekadar fiksi, kita sentiasa dalam


keadaan yang berubah-ubah. Oleh kerana jati diri kita
bukan sebenar-benarnya sejati, maka kewujudan kita
adalah fiksi yang kita ciptakan untuk berpura-pura dalam
permainan kehidupan kita yang penuh pertentangan dan
perubahan.”

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Bahasa sekadar kerangka kuasa

Menafikan semua skema atau naratif besar

Kuasa hanya wujud dalam Wacana

Semua hubungan sosial adalah hubungan


kuasa

Setiap orang ditekan melalui Wacana

Setiap yang kita ungkapkan, fikir dan baca


telah ditentukan dalam dunia kehidupan kita
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Metafora: Panopticon (Penjara Abad ke 19 di


England: Semua merasakan mereka
diperhatikan)

Pemantauan, Pemerhatian, Peraturan dan


Disiplin
• Seperti Tuhan yang serba memerhatikan
• Menentukan kemahuan semua orang
• “Big Brother” Abang Besar

Kuasa dihayati dalam sistem pemerhatian dan


Pemantauan

Kejuruteraan Sosial dan Manipulasi Psikologi


ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Keruntuhan Naratif Raya


(Grand Narratives)
“Cerita agung fiksi yang kita
ceritakan tentang kita
Kepada diri kita sendiri”

Contoh-Contoh
• Masyarakat tanpa kelas
(Marxisme)
• Kebebasan Manusia
• Demokrasi melalui Kapitalisme
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Ilmu melalui komputer telah menjadi


Prinsip utama penghasilan ekonomi

Perubahan dari “membina minda”


Kepada memperolehi ilmu sebagai
Komoditi jual-beli

Ilmu menjadi komoditi persaingan


Antara negara

Syarikat-Syarikat Multinasional
Mengalahkan dan Mendahului
Kedaulatan negara-negara
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Budaya Kebendaan/Materialistik

Tumpuan kepada objek-objek pengguna/


Membeli-belah

Pascamoden sebagai simulasi bukan lagi asli

Media Massa dan Kepenggunaan mencipta


realiti/hakikat baru yang palsu

Kita hidup dalam hyper-Realiti atau Realiti


Buatan

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Media sebagai Perutusan
Perubahan Cara Berfikir
Barat

Amerika Syarikat sebagai Lensa atau Paradigma

Syurga Ilusi

TV adalah dunia

Pengiklanan memperdaya pengguna tentang


kebebasan

Ilusi kehidupan digembar-gembur dan


dipropaganda
Media sosial dan budaya populay

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
APAKAH KESAN FAHAMAN RELATIVISME
KEPADA FAHAMAN KEAGAMAAN.
 Bagi agama Islam misalnya, ada beberapa kepercayaan yang diterima oleh
orang-orang Islam dan kebenarannya tidak boleh disangsikan atau diragukan.
 Kebenaran itu dianggap sebagai kebenaran yang mutlak. Contohnya kepercayaan
kepada Tuhan, adalah satu kebenaran yang mutlak dan tidak boleh diragui.
Sebaliknya jika kita mempunyai fahaman relativis, kita mungkin menganggap
bahawa fahaman yang mengatakan bahawa Tuhan itu wujud boleh diterima,
tetapi pada masa yang sama kita boleh mengatakan bahawa fahaman bahawa
Tuhan itu tidak wujud juga boleh diterima? Sekali lagi kita berhadapan dengan
masalah logik di sini, kerana di dalam logik kita tidak boleh menerima
kenyataan B dan bukan B itu kedua-duanya benar, kerana ini melibatkan
percanggahan.
 Jadi relativisme membawa kepada percanggahan masalah logik yang serius!
 Ahli sains juga menolak fahaman relativisme kerana jika mereka menerima
fahaman tersebut bermaksud membawa implikasi bahawa kajian sains ini tidak
dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.
 Fahaman relativisme menafikan akan kewujudan hakikat atau kebenaran
yang mutlak, maka ia merupakan satu cabaran kepada kepercayaan
keagamaan, kerana agama itu bersifat dogmatic, maksudnya sesuatu
kepercayaan agama itu tidak boleh diubah ataupun dicabar, penerimaannya
haruslah bersifat mutlak atau absolute dan tidak boleh meragui akan
kebenaran yang disampaikan melalui sesuatu agama itu.
 Dari sudut keagamaan, relativisme ditolak, kerana sesuatu kepercayaan itu
tidak boleh diragui, itu pendekatan agama, dan juga bagi sesuatu agama
itu, kebenaran masing-masing adalah mutlak, misalnya kepercayaan kepada
Tuhan adalah suatu kepercayaan yang dianggap menggambarkan suatu
kepercayaan yang mutlak, dengan itu ia tidak boleh diubahsuai ataupun
diberi interpretasi yang lain yang tidak menjurus kepada penerimaannya
sebagai suatu kebenaran yang mutlak. Sedangkan relativisme tidak
mengambil sikap yang sedemikian.
 Dari sudut mana-mana agama, mereka tidak menerima fahaman relativisme
ini kerana ia mungkin akan menimbulkan keraguan di dalam kepercayaan
mereka seperti yang diajarkan oleh sesuatu agama itu.
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Cabaran Utama Pascamodenisme
Antroposentrisme dan Eurosentrisme
telah
Tamat bersama dengan Projek
Pencerahan

Tiada naratif, kebenaran dan sistem


yang universal

Semua kebenaran adalah tempatan dan


Tidak berkekalan

ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Cabaran Utama Pascamodenisme
Semua bentuk pemikiran sistematik diragui

Wacana adalah Kuasa

Meruntuhkan “otoriti” dan struktur bahasa

Menggunakan politik sebagai punca kuasa


Feminisme
Pascakolonialisme
Hak-Hak LGBT
Globalisme
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Cabaran Utama Pascamodenisme
Boleh membawa kepada kemusnahan diri Nihilisme
Dan Sinikisme dalam kehidupan
Dari foundationalisme kepada Relativisme dan
Pluralisme Mutlak

Lensa mana satukah yang benar? Siapa yang kata?

Adakah kemanusiaan modenisme benar-benar buruk?

Semuanya sekadar teori-teori

Bagaimanakah kita menggunakan teori? Dan


Mengaplikasikan kepada semua teks

Intelektualisme kosong
ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
Perubahan Cara Berfikir
Barat
Bagaimana Menghadapi Pascamodenisme?
Adakah perkembangan sejarah telah menemui jalan
mati? (seperti kata Foucault dan Lyotard)

Adakah kita sedang melalui tahap Relativisme


akhlak/moral yang memusnahkan

Jameson
Kita memerlukan naratif, kita memerlukan sejarah

Kita perlu memperkasakan individu

Sejarah dan Sastera mempunyai peranan penting


Dalam Kehidupan

Projek Pencerahan Insan mesti diteruskan!


ASFhhjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbbllllllkkkkk
TIGA ALIRAN UTAMA DI DALAM ORIENTASI
PEMIKIRAN MASYARAKAT KONTEMPORARI
 Profesor Ernest Garner dari London School of Economics
dalam bukunya bertajuk Postmodernism, Reason and
Religion, mengatakan bahawa sekarang ini terdapat
tiga aliran pemikiran yang utama.
 Yang pertama, aliran Enlightenment Rationalism, dan
boleh disamakan dengan fahaman modenis.
 Kedua, fahaman yang menentang akan fahaman
Enlightenment Rationalism, fahaman ini dikenalpasti
sebagai pascamodenisme.
 Yang ketiga, adalah aliran yang berkaitan dengan
keagamaan, perbincangannya berkisar mengenai agama
Islam, kerana Gellner merupakan seorang ahli sosiologi
yang mengkaji masyarakat dan fahaman Islam.

Anda mungkin juga menyukai