Anda di halaman 1dari 1

CARA PEMBUATAN BELACAN

1. Terdapat 3 gred belacan:


a. Gred pertama adalah dibuat daripada udang putih, dan berwarna putih.
b. Gred kedua dibuat daripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis dan berwarna
gelap.
c. Gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam.

2. Bahan utama adalah udang dan garam halus.

3. Proses pembuatan:

 Bahan udang dengan garam halus digaulkan sehingga rata. 


 Susun atau letakkan udang yang telah dicampur garam diatas lantai jemuran (Nyiru
atau tikar pandan yang sesuai) setebal 1.0-1.5 cm
 Udang ini dijemur sehingga menjadi separuh kering.
 Udang bergaram separuh kering tadi dikisar sehingga separuh hancur dengan sedikit
air. 
 Kemudian campuran tadi dimasukkan kedalam kain dan dimasukkan kedalam bekas
atau tong dan ditindih dengan pemberat untuk mempadatkannya dan diperam
selama satu minggu ditempat sesuai.
 Selepas dipadatkan selama satu minggu keluarkan dari bungkusan kain dan jika
masih agak basah jemur lagi.
 Kemudian campuran tadi dikisar sekali lagi sehingga mendapatkan ramuan yang
lebih halus dan ulang semula membungkus dalam kain dan dipadatkan dan diperam
selama seminggu lagi.
 Setelah itu ulang cara tersebut beberapa kali dan proses pembentukkan belacan
dibuat sama ada Bentuk Bulat Leper (diameter antara 20 - 50 cm dengan ketebalan
1.5 - 3.0 cm) atau bentuk bongkah.
 Jemur belacan ini sehingga agak kering dan sesuai untuk dibuat penggreddan dan
seterusnya dibungkus, di label dan boleh dipasarkan.

Anda mungkin juga menyukai