Anda di halaman 1dari 1

PERANAN IBU BAPA DALAM USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.

Pada alaf yang penuh cabaran yang sedang giat membangun ini, aspek kesihatan turut menjadi mangsa
kerakusan industri pengeluaran negara. Pelbagai jenis makanan mula diperkenalkan dengan pembaharuan
mengikut cita rasa dan selera tempatan. Keadaan inilah menjerumuskan rakyat Malaysia dalam pelbagai
jenis penyakit kronik. Sikap rakyat Malaysia yang malas melakukan senaman turut memburukkan lagi
situasi. Kesemua perkara ini bertitik tolak pada ibu bapa yang telah melahirkan anak serta mengasuh
mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memupuk
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak? Salah satu aspek yang signifikan dalam perbincangan
ini ialah ibu bapa mestilah memastikan anak-anak mendapat makanan seimbang di rumah. Ibu bapa
hendaklah menyediakan keperluan makanan yang memenuhi piramid makanan. Mereka hendaklah
menggalakkan anak-anak mengambil sayuran dalam menu makanan seharian. Hal ini dikatakan demikian
kerana kebanyakan anak kecil tidak menyukai sayuran yang terdapat dalam masakan atau menu makanan
mereka. Ibu bapa sewajarnya membentuk gaya pengambilan sayuran hijau dalam diet anak mereka sekali
gus tabiat baik ini akan diamalkan oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Selain aspek tersebut,
aktiviti bersenam dan beriadah bersama dengan anak-anak juga dapat dilakukan oleh ibu bapa. Bagi
mengekalkan gaya hidup sihat, ibu bapa perlulah membawa anak-anak melakukan aktiviti riadah yang
diminati semua. Dengan cara ini, anakanak dapat mengeluarkan peluh seterusnya toksin dalam badan
akan turut disingkirkan melalui peluh. Malah tubuh badan anak-anak akan lebih segar dan mereka lebih
aktif serta tidak mudah keletihan dan kepenatan apabila belajar dan melakukan kerja sekolah kerana
badan cergas minda cerdas. Secara tidak langsung amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk oleh ibu bapa
secara zahir dan batin. Di Samping ibu bapa bersenam bersama-sama anak, mereka hendaklah membawa
anak-anak melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap enam bulan. Pemeriksaan kesihatan
ini akan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan terhadap anak-anak. Ibu bapa sepatutnya
menjadikan pemeriksaan kesihatan ini sebagai rutin dalam keluarga. Kelak, apabila dewasa mereka sendiri
memiliki kesedaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap diri mereka sendiri. Sesungguhnya
ibu bapa ialah contoh terbaik untuk dijadikan panduan anak-anak bak akta peribahasa ‘bagaimana acuan
begitulah kuihnya’. Dengan cara ini amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak.
Pada masa yang sama, Ibu bapa perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri. Kebanyakan anak-
anak tidak mengutamakan kebersihan diri. Sikap culas menggosok gigi dan mandi pada awal pagi
merupakan tabiat buruk anak-anak. Sikap sebegini akan menyebabkan anak-anak mudah dijangkiti
pelbagai penyakit kulit seperti kurap, kayap, dan kudis. Bagi mengelakkan penyakit -penyakit tersebut,
maka anak-anak perlu dididik untuk mengamalkan budaya menjaga kebersihan diri, pakaian, dan peralatan
peribadi. Pembentukan diri ini amat penting dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
anak-anak. Secara tidak langsung kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan diri ini bukan hanya
pada diri sendiri sahaja malah anak-anak akan menjaga kebersihan persekitaran dan kebersihan alam
sekitar. Secara keseluruhannya, ibu bapa merupakan nadi kehidupan anak-anak, maka ibu bapalah yang
sewajarnya menjadi guru, rakan, dan sahabat anak-anak agar mereka mudah ditegur, diberi nasihat dan
diasuh untuk menjadi anak yang sihat dari segi pemikiran, perasaan, dan tubuh badan dengan
mengamalkan gaya hidup sihat yang bermula dari rumah.

Anda mungkin juga menyukai