Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI MEMINUM ALKOHOL SEMAKIN BERLELUASA

DALAM KALANGAN REMAJA.

• Kes jenayah dalam paparan berita tersebut adalah


meminum arak.

• Meminum arak adalah meminuman sesuatu cecair yang


memabukkan, sama ada mabuk atau tidak, sedikit atau banyak

• Takzir bermaksud bahasa: tegahan manakala Istilah: Hukuman


yang dikenakan bagi jenayah yang dilakukan terhadap hak
Allah & hak individu dan kadar bagi hukuman tersebut tidak
ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

• Pembahagian takzir bagi meminum arak adalah takzir atas


perbuatan maksiat.

• Hukuman bagi kesalahan minum arak ialah 40 kali sebatan. Namun hukuman ini boleh
mencecah sehingga 80 kali sebatan sebagai hukuman takzir, bukan hudud. Syarat-syarat
bagi individu yang dikenakan hukuman adalah,
1) Islam
2) Berakal
3) Baligh
4) Tidak paksa/ kerelaan diri sendiri
5) Tidak darurat
6) Tahu dan sedar arak adalah Haram.

• Kaitan antara meminum arak dengan pembahagian maqasid Al-syariah adalah


DHARURIYYAT. Maksud dharuriyat adalah perkara yang diperlukan oleh setiap
manusia untuk memenuhi tuntutan agama dan kehidupan dunia. Sekiranya tidak dipenuhi,
pincanglah kehidupan manusia di dunia dan mendapat siksaan di akhirat. Contoh adalah
perkara dharuriyat iaitu akal.

• Permasalahan isu ini semakin berleluasa pada hari ini kerana jika kita lihat remaja yang
umur masih belasan tahun sudah terlibat dalam jenayah ini. Hal ini amat membimbangkan
kerana perkara ini akan memberikan imej yang buruk kepada agama islam dan agama lain
akan memandang serong kepada agama kita.
• Langkah yang boleh diambil bagi menghalang perkara ini dari terus berlaku adalah
dengan memberikan didikan awal kepada anak-anak kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Antaranya ibu bapa boleh memberikan penjelasan dan menjelaskan tentang
kedudukan arak dari segi agama. Oleh itu, anak-anak akan menjadi lebih peka tentang
perkara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai