Anda di halaman 1dari 11

BRAIN GYM MENINGKATKAN KOMUNIKASI LISAN DAN

BUKAN LISAN MURID AUTISME


Oleh:

Norasikin binti Azmi1 & Maznah Bt Madu2


Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Murid
Autisme menggunakan Brain Gym. Brain Gym yang diasaskan oleh Paul Denisson (1960) ini
merupakan serangkaian 26 gerakan mudah yang dapat menunjang kerjasama antara otak kiri
dan otak kanan, sekaligus membantu merangsang dan meningkatkan konsentrasi murid. Hasil
refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mendapati masalah utama responden ialah kontak
mata apabila berkomunikasi, tidak memberikan respon yang baik ketika guru bertanya dan
komunikasi yang tidak jelas. Responden kajian ini ialah tiga (3) orang murid Autisme yang terdiri
daripada dua (2) orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kajian ini dijalankan di kelas
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP), Sekolah Kebangsaan
Kompleks Seberang Takir. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan komunikasi lisan
(respon panggilan guru, bercakap dengan jelas) dan bukan lisan (respon panggilan guru,
kontak mata) murid Autisme menggunakan Brain Gym. Dapatan data diperolehi melalui
temubual, pemerhatian dan senarai semak. Semua data ini telah dianalisis secara kualitatif.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam komunikasi lisan dan bukan lisan
setiap responden di mana daripada kekerapan yang “kadang – kadang” terhadap penggunaan
komunikasi lisan dan bukan lisan meningkat kepada kekerapan “selalu”. Kesimpulannya,
penggunaan Brain Gym mampu meningkatkan Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Murid
Autisme.

Kata kunci: Kajian Tindakan, Brain Gym, Komunikasi Lisan dan bukan Lisan, Murid Autisme

PENGENALAN

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang melibatkan masalah hubungan sosial,
komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku
terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Hampir 70 peratus kanak-
kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses
pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.
Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain,
tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Menurut
Intan Miranti Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, walaupun sesetengah kanak-

1
Pelajar PISMP Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
2
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata,
gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai.

Berdasarkan kajian Rewani Dewinta L, 2009 menyatakan bahawa Brain Gym merupakan satu
alternatif lain yang dapat membantu merangsang dan meningkatkan konsentrasi kanak – kanak
Autisme. Brain Gym mempunyai 26 gerakan sederhana yang dapat menyeimbangkan setiap
bahagian - bahagian otak. Melalui rangkaian gerakan tubuh ini, ia dapat membantu
meningkatkan kecergasan berfikir serta komunikasi.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Berdasarkan pengalaman mengajar di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran (PPKIBP), Sekolah Kebangsaan Seberang Takir Kuala Terengganu, pengkaji
mendapati terdapat beberapa orang murid Autisme yang dikesan mengalami masalah yang
ketara dalam komunikasi lisan mahupun bukan lisan. Antara masalah yang dikesan ialah tidak
memberikan respon yang baik ketika guru bertanya, murid sukar membuat kontak mata dengan
guru apabila bercakap serta komunikasi yang tidak jelas seperti suara perlahan, bercakap
terlalu laju dan hanya boleh komunikasi tak lisan sahaja.

Apabila keadan ini berlaku, ia menjadi masalah kepada pengkaji dalam melaksanakan aktiviti
PdP. Proses PdP menjadi kurang lancar kerana guru mengalami masalah untuk berkomunikasi
dengan murid. Komunikasi yang dilakukan oleh murid tidak jelas sehingga menganggu sesi
PdP di dalam bilik darjah kerana murid tidak mampu berkomunikasi sama ada secara lisan
mahupun bukan lisan.

Fokus Kajian

Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan Brain Gym, iaitu senaman bagi otak yang dihasilkan
melalui 26 pergerakan tubuh yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Setiap pergerakan
Brain Gym mempunyai fungsi antaranya ialah untuk meningkatkan kemampuan ingatan,
membaca, mendengar atau berfikir khususnya bagi kanak – kanak yang mengalami kesulitan
dalam pembelajaran. Brain Gym ini telah diasaskan oleh Dr. Paul Dennison, pengarah
California’s Valley Remedial Group Learning Centers di California pada tahun 1960. Brain Gym
ini mampu merangsang otak kiri dan kanan (dimensi lateral), belakang otak dan bahagian
depan otak (dimensi pemfokusan), merangsang sistem yang berkait dengan perasaan atau
emosi, iaitu otak tengah (limbis) serta otak besar (dimensi pemusatan) yang sangat sesuai bagi
menangani masalah kanak – kanak autisme. Menurut Jamila K.A. Mohamed, 2005 bagi kanak-
kanak autisme, pepton diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan
diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan
menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan
fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku. Oleh itu, bagi
menangani masalah komunikasi murid Autisme, Brain Gym digunakan supaya dapat
merangsang sel – sel otak berfungsi dengan seoptimumnya.
METODOLOGI

Kajian ini telah dijalankan terhadap murid - murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
di kelas PPKIBP S. K. Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pemilihan dibuat setelah pengkaji
mengenalpasti masalah murid Autisme itu melalui temubual, pemerhatian dan senarai semak
semasa sesi PdP dijalankan. Pengkaji telah memilih 2 orang murid Autisme dari kelas 1 Nilam
untuk menjadi responden kajian ini, iaitu seorang responden berumur dalam lingkungan 10
hingga 11 tahun dan seorang responden lagi adalah murid Autisme dari kelas 5 Kristal yang
tidak boleh belajar dan menguruskan diri. Responden berumur dalam lingkungan 7 tahun.
Kesemua responden berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala
Terengganu. Mereka berasal dari keluarga yang agak senang. Ibubapa responden bekerja
sebagai pensyarah dan guru.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memungut data dengan menggunakan beberapa kaedah
seperti pemerhatian, senarai semak dan temubual. Selain itu, bagi kajian ini juga, pengkaji telah
menggunakan model kajian yang disarankan oleh Kemmis & Mc Taggart (1983). Berdasarkan
model kajian ini terdapat empat langkah utama yang digunakan. Langkah pertama ialah
mereflek (reflec), kedua adalah merancang (plan), ketiga ialah bertindak (action) dan langkah
yang terakhir adalah memerhati (observe)

• Melihat kekuatan dan •Rancang tindakan yang


kelemahan PdP. perlu diambil berfokuskan
• Mengenalpasti masalah masalah
yang menganggu sesi PdP •Berdasarkan tinjauan awal,
dalam bilik darjah. rancang tindakan rawatan
iaitu menggunakan
• Terdapat murid Autisme gerakan Brain Gym
Mereflek Merancang •Meliputi 3 dimensi: Lateral,
yang mengalami masalah
dalam komunikasi lisan (Reflek) (Plan) Fokus dan Pemusatan
dan bukan lisan.

Memerhati Bertindak
•Memerhati tingkah laku (Observe) (Action)
murid selepas pelaksanaan
Brain Gym • Melaksanakan kaedah
perlaksanaan Brain Gym
• Analisis data untuk buat seperti yang dirancang.
refleksi tindakan melalui
pemerhatian, senarai
semak dan temubual .

Rajah 1: Prosedur Kajian Tindakan Berpandukan Model Kajian Kemmis & McTaggart
(1988)

Untuk menjawab ketiga- tiga persoalan, pengkaji telah menganalisis dokumen dengan
menggunakan senarai semak bagi melihat komunikasi lisan dan bukan lisan ketiga-tiga
responden sebelum dan selepas penggunaan Brain Gym dijalankan. Daripada senarai semak
tersebut, data yang diperolehi dianalisis ke dalam bentuk jadual.

Jadual 1: Item Analisis

Item markah Item Analisis

3 Selalu
2 Kadang - kadang

1 Jarang - jarang

0 Tak pernah

Jadual 2: Senarai Semak Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan responden selama empat
(4) minggu intervensi

Respondan Kontak mata murid Respon murid ketika Bercakap jelas


dengan guru semasa dipanggil oleh guru dengan guru
komunikasi

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

A 1 1 2 3 2 2 2 3 2 2 2 3
B 1 1 1 2 1 2 2 2 0 1 2 2
C 1 2 2 3 1 1 1 2 0 0 1 2

Berdasarkan jadual , terdapat peningkatan pada komunikasi lisan dan bukan lisan ketiga-tiga
responden. Data ini di analisis dengan lebih terperinci dengan menterjemahkannya ke dalam
bentuk graf.

1. Adakah kontak mata murid Autisme dapat ditingkatkan kesan menggunakan Brain
Gym?
Kekerapan
3.5
3 Responden
2.5 n
2 A
1.5 B
1
C
0.5
0
M1 M2 M3 M4 Minggu

Rajah 2: Kekerapan data bagi item kontak mata murid Autisme ketika dipanggil oleh guru
Graf menunjukkan responden A dan C telah mencapai kekerapan yang tinggi di mana daripada
kekerapan “jarang–jarang” dalam melakukan kontak mata dengan individu yang bercakap
dengannya meningkat kepada kekerapan “selalu” pada minggu keempat. Manakala respondan
B pula, daripada kekerapan “jarang–jarang” juga meningkat kepada kekerapan “kadang–
kadang”. Ini menunjukkan respon respondan dalam melakukan kontak mata semakin meningkat
setelah melakukan Brain Gym. Respondan tidak lagi mengelak, malah boleh memandang guru
ketika berkomunikasi.

2. Adakah respon murid Autisme ketika dipanggil oleh guru dapat ditingkatkan kesan
menggunakan Brain Gym?

Kekerapan

3.5
3 Responden
2.5 n
A
2
B
1.5
C
1
0.5
0
M1 M2 M3 M4 Minggu

Rajah 3: Kekerapan data bagi item respon murid Autisme ketika dipanggil oleh guru

Seterusnya, pada Rajah 3 juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pada graf yang
ditunjukkan daripada minggu pertama intervensi hinggalah minggu keempat. Peningkatan ini
adalah pada respon murid ketika dipanggil oleh guru. Jika dilihat pada Responden A, minggu
pertama dia hanya “kadang-kadang” sahaja memberikan respon ketika guru memanggilnya,
manakala respondan B dan C pula “jarang-jarang” memberikan respon ketika dipanggil oleh
guru. Namun, setelah intervensi dilaksanakan secara konsisten dari minggu ke minggu terdapat
perubahan pada tingkah laku dan respon respondan ketika guru memanggil. Responden sudah
mula memberi respon yang positif seperti senyum, angguk dan mengangkat tangan. Ini
menunjukkan, mereka lebih peka dan dapat berfikir serta bertindak berdasarkan arahan yang
didapati. Ini adalah berdasarkan perubahan kekerapan setiap respondan kepada kekerapan
“kadang–kadang” dan “selalu” pada akhir intervensi.
3. Adakah kejelasan berbahasa murid Autisme dengan guru dapat ditingkatkan dengan
penggunaan Brain Gym?

Kekerapan
3.5
3 Responden
2.5 n
2 A
1.5 B
1 C
0.5
0
M1 M2 M3 M4 Minggu

Rajah 4: Kekerapan data bagi item kejelasan berbahasa murid Autisme ketika dipanggil
oleh guru

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan bahawa setiap responden memperlihatkan peningkatan


yang positif di mana pada minggu keempat, respondan A telah berbahasa dengan lebih jelas
dengan guru di mana dia tidak bercakap terlalu laju ataupun terlalu kuat ketika berkomunikasi
dengan guru. Dia juga telah menunjukan pencapaian yang paling baik berbanding respondan
yang lain. Respondan B dan C juga meningkat dengan peningkatan yang teringgi pada minggu
keempat iaitu daripada tak pernah melaksanakan komunikasi dengan guru pada mulanya,
namun setelah intervensi dijalankan ke atas kedua – dua respondan ia sudah boleh
melaksanakan komunikasi secara lisan mahupun bukan lisan dengan guru.

Bagi menjawab ketiga – tiga persoalan, saya turut menggunakan kaedah temubual. Temubual
telah dilaksanakan bersama guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Temubual

Berdasarkan sesi temubual yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa ketiga – tiga
responden telah dapat meningkatkan komunikasi lisan dan bukan lisan mereka semasa
berkomunikasi dengan guru. Antara contoh dialog pengkaji dengan guru dan PPM ialah:
Jadual 3: Hasil dapatan temubual pengkaji bersama guru dan pembantu pengurusan
murid (PPM) berkenaan item kontak mata murid ketika berkomunikasi dengan
guru.

Soalan 1:
Pengkaji
Adakah kontak mata murid Autisme ketika berkomunikasi
dengan guru meningkat selepas intervensi menggunakan
Brain Gym?

Respondan A B C

Guru “..Memang meningkat, “..Saya nampak diai “…dia dah boleh bagi
lepas buat Brain Gym menyahut..sebelum tumpuan dan pandang
saya lihat dah boleh ni susah betul nak mata bila
tengok mata, angguk suruh dia pandang dipanggil…Brain Gym
bila faham…” saya bila bercakap..” berkesan”

PPM “…ok, saya dah boleh “…dah boleh pandang “…Ya,dia dah tak
bertentangan mata mata, dah tak malu – larikan matanya ke
dengannya, dia pun malu..” tempat lain..”
dah kurang mengelak
bila pandang saya..”

Temubual yang dijalankan membuktikan bahawa penggunaan Brain Gym sebagai intervensi
bagi meningkatkan komunikasi lisan dan bukan lisan murid Autisme berhasil di mana
responden yang dipilih telah menunjukkan respon yang baik dalam PdP guru dalam kelas. Guru
– guru yang telah ditemubual juga rata – rata menyatakan bahawa respondan lebih beri
tumpuan dalam PdP dengan memandang mata guru ketika bercakap.

Jadual 3: Hasil dapatan temubual pengkaji bersama guru dan PPM berkenaan respon
murid Autisme ketika dipanggil oleh guru.

Pengkaji Soalan 2:

Adakah respon murid Autisme ketika dipanggil oleh guru


dapat ditingkatkan menggunakan Brain Gym?

Respondan A B C

Guru “…dia bagi respon. “…Kalau dulu dia malu “…Suka tengok dia
Kadang – kadang – malu kalau saya sekarang, kita cakap
dia angkat tangan, tanya soalan, pun dia
kadang – kadang alhamdulillah, makin faham..mengangguk
dia menyahut..okla baik..nampak die
semakin bagus…” seronok nak belajar…” kepala..”

PPM “…Bagi saya, kalau “…Dalam kelas dah “…Dia senyum, boleh
dia mengangguk tu, bagi respon, boleh buat apa kita
maksudnya dia tepuk – tepuk tangan, suruh..perkembangan
faham..sekarang suka – suka dengan yang baikla…”
saya nampak, bila kawan dia..okla,
dia faham, dia kadang – kadang dia
mengangguk…’ buat Brain Gym
dengan kawan dia…”

Berdasarkan temubual seterusnya yang dibuat dengan guru, pengkaji mendapati guru juga turut
mengesani perubahan yang berlaku pada respondan setelah intervensi menggunakan Brain
Gym. Menurut Paul E. Dennison 2009, gerakan - gerakan ringan dengan permainan oleh
tangan dan kaki dapat memberikan rangsangan atau stimulus pada otak. Gerakan yang
menghasilkan stimulus inilah yang dapat meningkatkan kemampuan kognitif (kewaspadaan,
konsentrasi, kecepatan, persepsi, belajar, memori, pemecahan masalah dan kreativiti). Oleh itu,
jelas bahawa dengan gerakan – gerakan pada Brain Gym ini telah merangsang sel –sel otak kiri
dan otak kanan respondan untuk member respon yang sepatutnya ketika disoal mahupun
dipanggil oleh guru ketika PdP dalam kelas.

Jadual 4: Hasil dapatan temubual pengkaji bersama guru dan PPM berkenaan kejelasan
berbahasa murid Autisme dengan guru.

Pengkaji Soalan 3:

Adakah kejelasan berbahasa murid Autisme dengan guru


dapat ditingkatkan dengan menggunakan Brain Gym?

Respondan A B C

Guru “…Okla, kat kelas pun “…Kalau dulu, susah “...Memang dia tak
dah bagi betul nak dengar boleh nak bercakap
tumpuan..cakap pun suara dia, sekarang secara lisan, tapi saya
dah tak laju dah…” semakin baik, cakap dapati komunikasi
pun dah kuat sikit..” secara non-verbal dia
meningkat..maksudnya
dia akan senyum bila
suka, ketawa bila
gembira, tunjuk apa
yang dia nak..jadi kita
fahamla..”
PPM “… sebenarnya dia “…dah nampak dah “…dia dah mula faham
mampu bercakap keyakinan dia untuk arahan secara non-
dengan baik, bercakap…” verbal yang cikgu buat,
sekarang saya oklah..senang nak bagi
nampak dia akan arahan atau
berfkir sebelum dia berkomunikasi
bercakap…tak cakap dengannya..”
ikut suka…”

Melalui hasil dapatan temubual ini, pengkaji mendapati responden telah dapat berkomunikasi
dengan lebih jelas walaupun sama ada secara lisan mahupun bukan lisan dengan guru
semasa sesi PdP.Guru–guru juga telah nampak perubahan pada setiap responden kerana
terdapat peningkatan untuk bercakap contohnya respondan A. Guru menyatakan dia boleh
bertutur dengan sederhana, tidak terlalu laju mahupun terlalu perlahan jka dibandingkan
sebelum intervensi dilakukan. Begitu juga dengan respondan B dan C. Setiap responden
memperlihatkan peningkatan pada komunikasi. Pertuturan yang dhasilkan lebih jelas dan
teratur serta difahami oleh orang lain.

Analisis dokumen

Pengkaji telah membuat analisa terhadap komunikasi lisan dan bukan lisan ketiga-tiga
responden. Pengkaji mendapati berlaku peningkatan dari segi kontak mata, respon dan
kejelasan berbahasa setiap responden. Responden A menunjukkan peningkatan yang tinggi
berbanding yang lain. Peningkatan ini juga berlaku pada kejelasan komunikasi mereka dimana
kebanyakan antara mereka daripada kekerapan yang “ jarang–jarang” menunjukkan perubahan
kepada kekerapan “selalu”.Ini menunjukkan bahawa penggunaan Brain Gym mampu
meningkatkan komunikasi murid–murid Autisme di mana ia merangsang sel–sel saraf untuk
bertutur dengan lebih jelas.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Kajian ini berjaya membuktikan bahawa penggunaan Brain Gym telah membantu dalam
meningkatkan komunikasi lisan dan bukan lisan di kalangan responden iaitu murid Autisme.
Ianya sekaligus mewujudkan komunikasi yang berkesan antara guru dan respondan. Di
samping meningkatkan komunikasi respondan, dengan Brain Gym juga telah meningkatkan
penglibatan respondan di dalam kelas. Respondan telah menunjukkan tingkah laku yang lebih
positif dan kelihatan lebig berminat dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan
Brain Gym bersama muzik telah merangsang keseronokan respondan semasa belajar. Ini
bertepatan dengan kajian Sufian & Osman (2008), iaitu penggunaan muzik dalam proses P&P
dapat menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan
kemahiran berfikir murid.

Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian akan datang.
Penggunaan Brain Gym boleh diaplikasikan bagi pelbagai masalah lain yang berlaku di bilik
darjah. Antaranya ialah terhadap murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang lain
seperti hiperaktif, ADD (Attention Deficit Disorder) dan Sindrom Down. Ini bertujuan untuk
meningkatkan penglibatan mereka di dalam bilik darjah serta dapat mencipta suasana
pembelajaran yang selesa dan ceria. Ini adalah kerana, keupayaan murid yang berbeza
menyebabkan guru - guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai untuk merangsang emosi
dan perhatian murid, sekaligus meningkatkan perkembangan motor kasar, motor halus,
perkembangan kecerdasan fizikal serta dapat memantapkan otak pelajar secara semulajadi
melalui pergerakan.

Selain itu, perlaksanaan Brain Gym ini juga boleh diaplikasikan terhadap murid kelas arus
perdana bagi mencipta keseronokan dan merangsang peningkatan dalam pencapaian murid di
dalam kelas. Ini adalah kerana, Brain Gym mampu meningkatkan keyakinan diri,
mengurangkan stress dan mengawal emosi seseorang individu. Bagi murid arus perdana,
mereka kebanyakan mampu membaca dan menulis dengan baik berbanding murid Pendidikan
Khas, namun dari segi emosi dan keyakinan diri perlu ditingkatkan supaya mereka dapat
bergaul dengan baik sesama rakan sekelas.

Seterusnya, tempoh kajian yang dijalankan ini hanya mengambil masa sebulan sahaja. Ini
menyebabkan masa untuk mengumpul data sangat terhad. Oleh yang demikian, jika kajian
dapat dijalankan dalam tempoh yang lebih lama proses perlaksanaan kajian menjadi lebih
efektif dan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

SENARAI RUJUKAN

Alis bin Puteh, (2008). Kajian Tindakan di Sekolah: Definisi, Proses dan Cabaran. Edisi Kedua.
Kedah. Pure Honey Enterprise
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM
Daniel P.Hallahan & James M. Kauffman. (2006). Exceptional Learners: An Introduction to
Special Education. Pearson Education, Inc. Boston: Allyn and Bacon
Fakulti pendidikan dan Bahasa. (2001). Pengurusan Tingkah Laku Kanak – kanak
Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur. Universiti Terbuka Malaysia
Fakulti pendidikan dan Bahasa. (2001). Perkembangan dan ciri – ciri kanak – kanak
Berkeperluan khas. Kuala Lumpur. Universiti Terbuka Malaysia
Gail & Paul E. Dennison, Ph. D, (2006). Brain Gym Teacher’s Edition. Chinese Simplified
Edition. Kuala Lumpur. Jiangsu Education Publishing House.
Gary Fisher, Ph. D & Rhoda Cumming, Ed. D. (2002). The Survival Guide for Kids with Learning
Differences. United States of America. Free Spirit Publishing Inc.
Heru Subrata. (2009). Mengenal Metode Pembelajaran Brain Gym: Penerapan Brain Gym
Dalam Pembelajaran Bahasa Indonesia Di Sekolah Dasar. Diperoleh daripada
http://percepatanbelajar.blogspot.com/ pada 3 Mac 2012.
Jamila K. A. Mohamed. (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak – kanak Istimewa. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur
Lau Pik Ling. (2010). Kesan Senaman Brain Gym Terhadap Kekemasan Tulisan Bahasa Cina
Murid – Murid Tahun Lima. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms
23 – 40
Linah binti Summase. (2009). Belajar Sambil Bermain. Buku Koleksi Kertas Kerja, Seminar
Penyelidikan IPGM, Kampus Batu Lintang. ms 92 – 101.
Rewani Dewinta L, (2009). Pengaruh Senam Otak (Brain Gym) Terhadap Kualitas Komunikasi,
Interaksi Sosial Dan Pemfokusan Pemahaman Pada Anak Autis. Universitas
Muhammadiyah. Yogyakarta
Rosinah Edinin, (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur. Freemind Horizaons Sdn. Bhd
Susan M. Bruce & Gerald J. Pine. (2010). Action Research in Special Education: An Inquiry
Approach for Effective Teaching and Learning. United States of America.
Teachers College, Columbia University.
Siti Irene Astuti. (2009). Model Partisipasi Orangtua Dalam Mengatasi Problem Belajar Anak Di
Rumah Melalui Gerakan Brain Gym. Universitas Negeri Yogyakarta.Yogyakarta
Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik DalamPengajaran Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
IPGKTI. 9(4):27-31.
………..(2012). Brain Gym. Diperoleh daripada
http://cepatmembaca.blogspot.com/2010/11/brain-gym.html pada 23 Februari 2012
………..(2009). Inovasi dan Kreativiti dalam Belajar. Diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/38219693/Inovasi-Dan-Kreativiti-Dalam-Belajar pada 3 Mac
2012
………..(2009). Meningkatkan kecerdasan kualiti anak dengan Brain Gym. Diperoleh daripada
http://izhayusmal.wordpress.com pada 25 Mac 2012
………..(2009). Meningkatkan kecerdasan kualiti anak dengan Brain Gym. Diperoleh daripada
http://www.brain gym.com/html/bodyfounders pada 25 Mac 2012
…………. (2012). Senaman Otak. Diperoleh daripada
http://freddy94186.blogspot.com/2010/03/senaman-otak-brain-gym.html. pada 25 Mac
2012
………………… ( 2009). Terapi Musik untuk Bangkitkan Konsentrasi Anak Autis. Diperoleh
daripada http://xangga-riana.blogspot.com/2012/03/terapi-untuk-meminimalisirkan-
gejala.html pada 25 Mac 2012.
…………………(2009). Brain Gym . Diperoleh daripada
http://cepatmembaca.blogspot.com/2010/11/brain-gym.html pada 26 Mac 2012
………………… ( 2009). Komunikasi Bukan Lisan. Diperoleh daripada
http://azamri.tripod.com/zt2223/kombulis.htm. pada 25 Mac 2012.
………………… ( 2009). Komunikasi Lisan. Diperoleh daripada
http://sabahan.bigforumpro.com/t1376-pendidikan-definisi-komunikasi pada 26 Mac
2012

Anda mungkin juga menyukai