Anda di halaman 1dari 25

PPK 334 PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

Tajuk Pembentangan

Apakah yang anda fahamkan dengan APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS. Bagaimana anda akan lakukan analisis ini dalam kelas Pendidikan Khas?

APPLIED BEHAVIOR ANALYSIS


Diperkenalkan oleh Ole Ivar Loovas (1962) Merupakan kajian saintifik tingkah laku pengisian konsep, pemahaman, dasar pemikiran, sosialisasi dan akademik Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki dan penyesuaian tingkah laku dan mengurangkan tingkah laku mereka yang bermasalah Kajian menunjukkan 47% penghidap autisma berjaya dibantu dengan terapi ABA

DEFINISI APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS

Proses belajar dan mengubahsuai tingkahlaku Ia mengubah persekitaran dan memantau perubahan tindak balas dari seseorang yang menyebabkan perubahan tingkah laku dan pembelajaran kemahiran hidup. Membantu individu untuk belajar.

Reka bentuk, pelaksanaan, dan penilaian pengubahsuaian alam sekitar untuk menghasilkan peningkatan sosial yang ketara dalam tingkah laku manusia. Penggunaan pemerhatian langsung, pengukuran dan analisis fungsi hubungan antara persekitaran dan tingkah laku.

PRINSIP APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS


Program Individu Analisis tugasan Pengulangan dan prompt fading

Percubaan diskrit dan prompting Pembangunan kemahiran


Pembinaan pembangunan kemahiran

Pengukuhan

Kutipan data

Generalisasi

1. Program Individu

Setiap murid perlu ada program yang sesuai dengan tahap dan keperluan mereka. Tugasan perlu dipecahkan kepada unit-unit yang kecil

2. Analisis tugasan

3. Percubaan diskrit dan prompting

Ajar setiap langkah secara berasingan

4. Pengukuhan

Rancangkan pengukuhan untuk setiap langkah yang boleh meningkatkan motivasi murid. Amalan setiap langkah berulang kali sehingga pelajar boleh menjalankan bahawa komponen kemahiran tanpa mendorong. Membina setiap langkah secara sistematik sehingga keseluruhan tugasan boleh diselesaikan oleh murid sendiri.

5. Pengulangan dan prompt fading

6. Pembangunan dan Kemahiran

7. Kutipan data

Selalu mengumpul data untuk memantau penyertaan murid terhadap kemahiran dan keberkesanan program ini.

8. Generalisasi

Mengajar pelajar untuk menyelesaikan tugas dalam pelbagai tetapan, dengan orang-orang yang berbeza dan pada masa yang berlainan.
Membina kemahiran yang memberi inspirasi kepada kehidupan secara sendiri dan pembelajaran sepanjang hayat.

9. Pembinaan pembangunan kemahiran

THE ABC MODEL: ASAS APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS


A-Antecedent

-Arahan atau permintaan untuk kanak-kanak melakukan sesuatu tindakan. B-Behaviour -tingkah laku dan tindak balas dari kanak-kanak. Consequence -Satu akibat, ditakrifkan sebagai reaksi dari terapi yang terdiri daripada pengukuhan yang positif yang kuat kepada pengukuhan negatif yang kuat.

TEKNIK-TEKNIK DALAM ABA 1. Shaping 2. Task Analysis 3. Chaining 4. Reinforcement 5. Fading 6. Discrete Trial 7. Prompting

BAGAIMANA ABA DILAKUKAN DALAM KELAS PENDIDIKAN KHAS

1. SHAPING
Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru akan memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.

CONTOH SHAPING.
Seperti biasa di dalam kelas, Ahmad tidak pernah menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa yang diberikan. Guru memerhatikan bahawa, Ahmad menghabiskan 3 soalan pertama terus berhenti. Oleh itu, Cikgu cuba mereka bentuk intervensi shaping bagi membantu Ahmad menyiapkan latihan kelas. Dia akan diberikan pengukuhan selepas berjaya menghabiskan 4 soalan, 5 soalan dan sebagainya. Akan tetapi, apabila Ahmad hanya mampu menyiapkan kurang daripada 3 soalan, Cikgu tidak akan memberikan sebarang pengukuhan. Setelah 3 minggu, didapati bahawa Ahmad berjaya menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa. Cikgu pun berhentikan pemberian pengukuhan tersebut

2. TASK ANALYSIS
Satu proses di mana tugas dianalisis ke dalam bahagian-bahagian komponen supaya boleh diajar melalui penggunaan chaining. Ia boleh didefinisikan sebagai satu proses yang melibatkan satu kemahiran tertentu atau objektif am dipecahkan pada langkah-langkah urutan yang kecil. Teknik ini dapat membantu dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid khas secara beransur-ansur.

Contohnya, kanak-kanak khas perlu belajar cara membasuh tangan. Dalam aktiviti membasuh tangan, guru boleh menganalisis kepada beberapa komponen yang kecil seperti membuka dan menutup paip, menekan sabun, menggosok tangan dan mengelap tangan.

3. CHAINING
Chaining ialah kemahiran yang dipelajari secara berasingan digabungkan sebagai satu aktiviti yang berterusan. Contohnya, aktiviti membasuh tangan telah dibahagi kepada beberapa komponen kecil. Komponen kecil tersebut ialah membuka dan menutup paip, menekan sabun, menggosok tangan dan mengelap tangan. Setelah kanak-kanak tersebut dapat menguasai setiap komponen ini, kanak-kanak akan diminta untuk melakukan kesemua komponen secara berterusan.

4. REINFORCEMENT
Pengukuhan memberikan tindak balas kepada tingkah laku kanak-kanak. Pengukuhan positif (pujian lisan atau aktiviti kegemaran) atau negatif (tegas tidak ). Pengukuhan diberikan serta-merta selepas tingkah laku berlaku supaya membentuk tingkah laku yang diingini masa depan kanakkanak.

5. FADING
Matlamat utama ialah individu dapat melakukan sesuatu kemahiran dengan sendiri dan tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain. Individu tidak menjadi terlalu bergantung apabila pembelajaran tingkah laku baru berlaku.

6. DISCRETE TRIAL
Discrete trial dalam Bahasa Melayu ialah ujicuba latihan. Teknik ini adalah untuk memaksimakan proses belajar. Kanak-kanak akan diminta untuk mencuba sesuatu aktiviti dan guru akan menilai sama ada tingkah laku kanak-kanak tersebut betul atau salah.

Contohnya, guru menunjukkan gambar dan kanak-kanak akan memberi respons. Kanakkanak diberi hadiah jika betulmanakala guru akan mengatakan tidak jika salah. Dalam teknik ini, terdapat senggang waktu atau interval singkat sebelum memulai ujicuba berikutnya supaya kanak-kanak dapat menenangkan pemikiran mereka.

7. PROMPTING
Prompting ialah konsep mendorong. Ibu bapa atau guru menyediakan bantuan untuk menggalakkan tindak balas yang dikehendaki daripada kanak-kanak. Contohnya, isyarat lisan, isyarat visual, bimbingan fizikal dan demonstrasi.

RUMUSAN
Sistematik - aktiviti disusun mengikut urutan dan kanak-kanak menguasai kemampuan secara tahap demi tahap. Terstruktur - teknik melatih yang efektif dan efisien berdasarkan hasil penelitian.

Terukur - penilaian dilakukan sebelum dan selepas kanak-kanak menguasai suatu kemampuan.

RUJUKAN
http://agapesibu.org/wp-content/uploads/2012/07/Bengkel Asas-Pengurusan-Tingkahlaku.pdf http://www.abainternational.org / http://www.autismspeaks.org/what autism/treatment/applied-behavior-analysis-aba http://en.wikipedia.org/wiki/Applied_behavior_analysis http://www.bacb.com/index.php?page=2 http://books.google.com.my/books?id=l_YySvEzZ9wC&printse c=frontcover&dq=applied+behaviour+analysis&hl=en&sa=X&e i=o3aRUrzYL8bZrQfYvYCoBg&redir_esc=y#v=onepage&q=appli ed%20behaviour%20analysis&f=false

Anda mungkin juga menyukai