Isu
8 Kefalsafahan
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor
Etika merupakan satu topik yang sering dibincangkan oleh ahli falsafah untuk
mengenal pasti dan membuat pertimbangan antara perkara yang baik dengan
perkara yang buruk. Perbincangan tersebut keseluruhannya meliputi:
Oleh itu, topik ini akan membincangkan etika dari pelbagai perspektif yang
berbeza termasuk dari perspektif agama yang berlainan. Jadi, mari kita teruskan!
AKTIVITI 8.1
Pilih tiga filem (tempatan dan antarabangsa) yang pernah anda tonton
dan memberi kesan kepada diri anda. Adakah anda berasa bahawa
semua filem ini memberi kesan terhadap pembentukan etika
masyarakat setempat? Bincangkan pandangan anda dalam forum
myINSPIRE.
Singer (2019) melihat etika sebagai falsafah moral, iaitu disiplin yang
membincangkan perkara yang baik dan perkara yang buruk, ataupun betul dan
salah secara moral. Istilah ini digunakan juga ke atas mana-mana sistem, teori nilai,
atau prinsip moral. Istilah etika dan moral adalah sangat berkaitan seperti
peribahasa Melayu, isi dengan kuku.
Malah, terdapat pendapat yang mengatakan penaakulan etika ataupun prinsip etika
sebagai penaakulan moral ataupun prinsip moral. Penggunaan ini dikaitkan
dengan maksud etika itu sendiri. Pada awal etika diperkenalkan, istilah tersebut
tidak merujuk moral tetapi sebagai cabang kajian yang mempunyai kajian dengan
moral sebagai subjek utamanya. Dari aspek ini, etika lebih tepat jika disandarkan
sebagai falsafah moral.
Untuk membincangkan etika sebagai epistemologi amali, maka kita perlu merujuk
perbincangan Fieser (2000) yang membahagikan etika kepada tiga kategori (lihat
Rajah 8.1).
Tiga kategori etika ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.1.
Kategori Huraian
Metaetika Metaetika merujuk kepada asal usul prinsip etika dan maksud di
sebaliknya. Adakah etika lahir dalam kalangan masyarakat? Adakah
etika bukan sekadar ekspresi terhadap emosi secara individu? Metaetika
memberi jawapan terhadap semua persoalan tadi dengan memberi fokus
kepada kebenaran semesta, kehendak Tuhan, fungsi penaakulan dalam
penentuan etika, dan maksud kepada pelbagai istilah yang berkaitan
dengan etika.
Etika Ia merujuk etika secara praktikal. Etika ialah piawaian moral yang
normatif menunjukkan perilaku yang betul dan salah, termasuklah menyuarakan
semua sifat baik yang harus kita amalkan, tanggungjawab yang perlu
dipenuhi, dan akibat daripada tindakan kita terhadap orang lain.
Contohnya, aktiviti gotong-royong yang merupakan etika normatif
terhadap masyarakat setempat (lihat Rajah 8.2).
Etika gunaan Ia membincangkan pelbagai isu kontroversi yang berkaitan dengan etika,
termasuk pengguguran bayi, pembunuhan bayi, hak haiwan, isu alam
sekitar, kegiatan homoseksual, hukuman mati, dan perang nuklear. Etika
normatif dan etika gunaan merupakan bentuk epistemologi amali dalam
kehidupan manusia berdasarkan segala prinsip etika yang jelas
diperoleh.
Malah, kewujudan pelbagai isu ini adalah kerana isu tersebut
bertentangan dengan standard nilai etika atau norma seperti yang telah
dinyatakan tadi dalam etika normatif. Selain itu, isu kontroversi ini sering
mendapat tentangan masyarakat seperti contoh yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.3.
Sumber: https://otaireformis98.blogspot.com/p/blog-page.html
• Jika kita memilih untuk gembira, adakah kegembiraan itu milik kita secara
individu ataupun kegembiraan yang dikongsi bersama?
• Adakah turut serta dalam peperangan yang ramai manusia yang tidak berdosa
terbunuh, boleh diterima?
Menurut Perkams (2013), Socrates merupakan ahli falsafah pertama yang membuat
hubung kait antara kognitif dengan tingkah laku. Beliau bukan sahaja
memperkenalkan kepentingan penaakulan yang benar untuk berkelakuan baik dan
cara ia boleh diperoleh, malah beliau menjadikan matlamat falsafah sebagai seni
pengajaran tentang kehidupan yang baik dengan menyampaikan ilmu yang
mengandungi pengetahuan tentang kehidupan yang baik.
Berdasarkan pandangan ini, ahli falsafah kuno dan zaman pertengahan berpegang
pada prinsip sikap yang baik datang daripada penaakulan yang benar dan betul.
Malah, ahli falsafah kuno, terutamanya pada era klasik, Helenistik, dan imperial
(sehingga tahun 200 SM), memfokuskan perbincangan tentang „bagaimanakah
pemikiran dapat membawa kepada tindakan yang baik, hubungannya dengan sifat
kebaikan, dan bagaimanakah pemikiran yang benar dapat diajar?‰, sehinggakan
mereka mewujudkan pendapat yang signifikan mengenai kebebasan kehendak.
Oleh itu, pandangan umum masih berpendapat bahawa norma kehidupan manusia
itu bergantung pada masyarakat sekitarnya iaitu masyarakat tersebut tidak dapat
dikritik melalui penaakulan praktikal.
Rajah 8.4: Empat Teori Utama yang Membincangkan Kesejahteraan Hidup Manusia
Empat teori ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.2.
Jadual 8.2: Empat Teori Utama yang Membincangkan Kesejahteraan Hidup Manusia
Teori Huraian
Teori Menurut teori ini, tahap kehidupan manusia itu diukur melalui tahap
kegembiraan kegembiraan yang dialaminya. Ia masih bergantung pada penilaian
seseorang terhadap kegembiraan, termasuklah sebagai satu sikap
(kehidupan yang memuaskan), satu perasaan (perasaan yang baik),
atau kombinasi kedua-duanya.
Teori Menurut teori ini, seseorang itu menjalani kehidupan yang baik
pemenuhan sekiranya seseorang itu dapat menjalani kehidupan seperti yang
keinginan diingininya. Nilai positif yang dirasai dalam teori ini adalah apabila
seseorang itu dapat mencapai keinginan intrinsik (iaitu dengan
melakukan sesuatu demi diri sendiri), dan nilai ekstrinsik pula adalah
apabila seseorang itu mencapai keinginan ekstrinsik (iaitu dengan
mencapai keinginan orang lain).
Teori senarai Menurut teori ini, terdapat juga objektif yang lain bagi kehidupan yang
objektif sejahtera selain daripada kegembiraan dan kesenangan. Contohnya,
pengetahuan, persahabatan, kasih sayang, dan kebebasan.
Oleh itu, subtopik ini membincangkan konsep etika dalam bidang keagamaan
dengan memberi tumpuan kepada beberapa agama dan kepercayaan utama dunia,
iaitu Islam, Buddha, Hindu, Kristian, dan Konfusianisme. Mari kita teruskan!
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam
pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini
terbina daripada asas akhlak ataupun dipanggil sebagai tamadun kemanusiaan,
iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan.
Lima kepentingan ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.3.
Kepentingan Huraian
Akhlak Akhlak ialah cermin keimanan seseorang. Dengan kata lain, iman
mencerminkan yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang baik/mulia
keimanan ataupun dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pokok yang
tumbuh subur, mempunyai akar yang mantap, mempunyai batang
ataupun dahan yang kuat, dan menghasilkan buah yang berkualiti.
Buah yang berkualiti itu merupakan „akhlak‰. Perumpamaan ini
boleh digambarkan seperti dalam Rajah 8.6.
Rajah 8.6: Akhlak yang Baik Umpama Buah yang Berkualiti yang
Datang daripada Pokok yang Subur kerana Mempunyai Akar yang
Mantap dan Batang ataupun Dahan yang Kuat
Akhlak sebagai Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana
simbol tamadun penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak
manusia adalah sebagai mercu tanda; berjaya atau tidaknya sesuatu umat
dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa
akhlak, nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun
kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor
membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat
tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya.
Akhlak adalah Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat
mangkin serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap
perubahan agenda perubahan kepada masyarakat, sebagaimana yang diulas
oleh Imam as Syahid Hassan al-Banna, iaitu akhlak merupakan
„tongkat perubahan‰. Hal ini demikian kerana krisis yang dihadapi
oleh dunia merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum
menjadi krisis ekonomi dan politik.
Islam menolak keganasan dan sifat pelampau sebagai cara hidup ataupun budaya
masyarakat Islam. Terdapat banyak petikan ayat daripada al-Quran yang
meminta penganutnya tidak melampau dalam tindakan. Antaranya ialah:
Islam menekankan akhlak yang baik dalam kehidupan. Bermula dengan aspek
akidah, umat Islam perlu menanamkan rasa yakin kepada Allah SWT dan
menunaikan solat lima kali sehari. Dengan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa,
umat Islam juga percaya bahawa setiap perbuatan akan dilihat oleh Allah SWT
dan dinilai di akhirat nanti. Kepercayaan ini membina sikap berhati-hati apabila
membuat keputusan bagi mengambil sesuatu tindakan.
Islam bukan sahaja melihat aspek akidah dalam amalan, malah memberi
penekanan pada aspek muamalah, iaitu hubungan sesama manusia. Manusia
perlu menjaga hubungan dan mengasihi Muslim yang lain seperti mengasihi
dirinya sendiri. Terdapat akhlak yang perlu dijaga untuk membina hubungan
yang baik seperti:
• melangsaikan hutang.
Semua aspek ini perlu diberi penekanan dalam Islam kerana ia berkaitan dengan
sosial, ekonomi, politik, kehidupan sebelum dilahirkan sehinggalah selepas
manusia itu meninggal dunia.
AKTIVITI 8.2
Dengan itu, setiap penganut agama Buddha yang mencapai Nirwana, iaitu bebas
daripada dikongkong oleh hawa nafsu, tidak akan dilahirkan semula. Konsep
meninggalkan hawa nafsu ini ialah konsep yang mengatakan bahawa seorang
penganut agama Buddha itu tidak lagi dipengaruhi oleh keindahan dunia semata-
mata. Dirinya mencapai kegembiraan apabila sikap dan tindakannya tidak
dipengaruhi oleh sikap kejahilan, kebencian, dan rasa tamak.
Kewajipan melibatkan tanggungjawab moral yang merupakan asas etika. Hak dan
kewajipan boleh diumpamakan sebagai dua wajah duit syiling yang sama. Hak
tidak boleh dilaksanakan selagi kewajipan seseorang untuk melaksanakannya
tidak dapat dipastikan. Misalnya, seseorang boleh membuat undang-undang yang
memberi orang hak kepada pendidikan, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan
melainkan kewajipan negara dan ibu bapa, ataupun penjaga juga dinyatakan
dalam akta yang sama.
Kisah epik seperti Ramayana, Mahabharata, dan Puranas, buku cerita seperti
Panchatantra, Jaataka, dan Hitopadesha, semuanya bertujuan memberikan
pelajaran moral – menunjukkan cara etika dilaksanakan dan cara konflik moral
diselesaikan. Semua pelajaran ini bukan hanya bertujuan mendidik mereka yang
elit intelektual tetapi juga untuk orang ramai supaya dapat mengingati pelajaran
moral melalui penceritaan. Bagi Hinduisme, tidak mencukupi jika etika terhad
kepada golongan cerdik pandai sahaja. Yang dimaksudkan oleh semua teks ini
adalah untuk meningkatkan tahap moral dan intelektual rakyat biasa termasuk
orang yang buta huruf.
Para dewa agama Hindu mempunyai tugas yang tersendiri. Mereka mempunyai
kuasa untuk menjalankan tugas yang tertentu. Agama Hindu menjadikan rumah
ibadat (kuil) sebagai tempat untuk pemujaan dewa dan amalan menziarahi kuil
adalah dituntut dalam agama Hindu. Amalan ini mendidik anak muda untuk
menjadikan agama sebagai sebahagian daripada kehidupan dan kebergantungan
pada satu kuasa yang hebat yang menguruskan alam ini. Seterusnya, daripada
amalan itu, sikap rendah diri dapat dipupuk dan sekali gus mencipta rasa kasih
sayang sesama manusia.
Agama Hindu lebih menumpukan pada amalan agama yang berkonsepkan ritual,
upacara korban, dan pemujaan dewa. Oleh itu, konsep agama yang dapat
dirumuskan di sini ialah amalan agama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan
dan seterusnya membentuk peribadi yang mulia.
Terdapat dua perintah yang baik kepada orang Kristian, iaitu untuk mencintai
(Matius, 22:37−39):
• Tuhan
• jiran
Untuk „hidup dalam cinta‰ adalah sama seperti mencintai Tuhan, Dia yang benar
dan penuh kecintaan (Yohanes, 1).
Agama Kristian menitikberatkan rasa cinta terhadap orang lain. Perasaan kasih
sayang yang disemai sesama manusia dapat menimbulkan suasana harmoni dan
toleransi. Kasih sayang dapat menjauhkan hasad dengki yang menimbulkan
pergaduhan dan peperangan. Manusia juga akan saling hormat-menghormati dan
memberi ruang kepada pendapat daripada pelbagai sumber secara terbuka.
Penganut Kristian digalakkan untuk lebih memberi fokus terhadap amalan agama
berbanding dengan segala hal kebendaan. Berusaha untuk kehidupan yang lebih
baik dan mengejar kekayaan adalah tidak salah, tetapi sikap tersebut perlulah
dilakukan demi mendekatkan diri dengan Tuhan.
Terdapat beberapa nilai moral yang digariskan oleh agama Kristian seperti:
• Umat yang rendah hati, lembut hati, prihatin, dan belas kasihan akan
menerima balasan yang baik seperti syurga.
Pada amnya, ajaran Konfusianisme menitikberatkan tingkah laku dan tabiat yang
baik dalam lima bentuk perhubungan manusia seperti yang dinyatakan dalam
Rajah 8.7.
Rajah 8.8: Lima Sifat Baik yang Harus Ada pada Manusia yang Sempurna
Konsep chun tze pula menjelaskan bahawa segala sifat keperibadian yang mulia
adalah seperti:
• tidak sombong;
• menjaga maruah;
• menguasai gerak-geri;
• menghayati keadilan;
• berilmu;
• bijaksana;
• bersikap hormat-menghormati;
• berbudi bahasa;
• setia;
• mesra;
• penyayang;
• ikhlas;
• boleh dipercayai;
• jujur; dan
• bersikap sederhana.
Semua sifat keperibadian mulia yang disenaraikan tadi akan melahirkan manusia
yang baik ataupun sempurna.
Confucius mengetengahkan sikap tidak menyakiti hati orang lain seperti juga kita
tidak mahu orang lain menyakiti kita. Ajaran Confucius lebih mementingkan
pelbagai sifat kemanusiaan dan hubungan sesama manusia untuk mewujudkan
suasana kehidupan yang aman dan harmoni.
• kebajikan
• utiliti (utility)
Pemilihan antara menderma darah atau menderma buah pinggang merupakan satu
nilai berhemah bagi kesejahteraan hidup David, iaitu bagaimanakah David dapat
hidup dengan baik selepas ini?
Menurut Brülde (2011), persoalan mengenai hidup yang baik (sejahtera) merupakan
persoalan klasik dalam bidang falsafah. Antara persoalan yang berkaitan
dengannya adalah:
Bagi menjawab dua persoalan ini, ahli falsafah memberikan satu definisi yang
formal terhadap kesejahteraan (kehidupan yang baik), iaitu nilai akhir bagi
seseorang. Terdapat tiga aspek penting dalam pendefinisian ini seperti yang
dijelaskan dalam Jadual 8.4.
Aspek Huraian
Sesuatu kehidupan yang Persoalannya perlu bersifat menilai secara penuh, bukan
baik ataupun mempunyai secara melihat secara fizikal dan eksperimen sahaja.
kualiti yang tinggi perlu
dinilai secara positif
Jenis nilai yang relevan Kehidupan itu sememangnya baik untuk mereka, bukan
adalah „nilai berhemah‰ sepatutnya baik secara moral atau estetika. Aspek ini
(prudential value) merujuk kepada „apakah jenis kehidupan yang baik bagi
seseorang yang melalui kehidupan tersebut?‰
Nilai berhemah yang Persoalan tentang nilai ini adalah dengan melihat nilai
relevan adalah nilai sebagai keputusan akhir, bukan sebagai alat ataupun cara.
terakhir bagi seseorang Kehidupan yang baik merupakan kehidupan yang dipenuhi
dan ia bukanlah nilai dengan nilai akhir yang positif berbanding nilai negatif.
instrumental
Seligman (2012) pula berpendapat bahawa tiada definisi yang khas bagi
kesejahteraan. Menurutnya, kesejahteraan itu terbentuk berdasarkan tiga elemen
utama (lihat Rajah 8.10).
Tiga elemen utama ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.5.
Elemen Huraian
Emosi yang Kegembiraan dan kehidupan yang memuaskan bukanlah matlamat tetapi
positif sebagai faktor kepada kehidupan yang sejahtera.
Komitmen Ia sama seperti emosi yang positif dan komitmen secara subjektif.
Contohnya, menilai komitmen dari sudut berikut:
Maksud Maksud memberi definisi sesuatu perbuatan itu adalah subjektif. Walau
bagaimanapun, penekanan masih diberi terhadap perasaan positif
mengenai sesuatu perkara yang berlaku, tanpa perlu mempunyai maksud
terhadapnya. Maksud tidaklah semata-mata berbentuk subjektif, ia juga
merupakan penaakulan objektif terhadap sejarah, logik, dan ketepatan.
Memberi maksud kepada sesuatu peristiwa juga dapat menyumbang
kepada kehidupan yang baik.
Seterusnya, elemen emosi yang positif dan komitmen dianggap memenuhi kriteria
bagi elemen kesejahteraan, iaitu:
• Kedua-duanya dikejar oleh manusia demi diri sendiri, dan tidak semestinya
untuk mencapai elemen yang lain.
Beliau membuat analisis terhadap tinjauan kes kecurian di kaunter layan diri pada
tahun 2015. Menurut juruaudit, satu juta transaksi telah dilakukan dalam setahun,
yang menghasilkan USD21 juta penjualan. Laporan audit juga menunjukkan
hampir USD850,000 jualan keluar dari kedai tanpa diimbas dan dibayar.
Persoalannya adalah bagaimanakah mereka melakukan kesalahan ini? Beliau
mendapati terdapat pelanggan yang melakukan perkara berikut:
Cara mencuri pelanggan tadi dipercayai memberi inspirasi kepada pelanggan lain.
Malah, mereka yang tidak biasa mencuri juga akan melakukan perkara yang sama
dengan alasan semua orang melakukannya, ia mudah dilakukan, dan boleh
dilakukan. Bagi Mintz, tindakan pelanggan mencuri barangan tersebut adalah salah
kerana pelanggan salah tafsir tentang ketanpanamaan (anonimity) barang kedai
tersebut. Namun, pelanggan merasionalkan tindakan mencuri mereka dengan
mengatakan bahawa kedai tersebut meletakkan harga yang tinggi pada barang itu.
Oleh itu, Mintz menyarankan analisis etika seperti dalam Jadual 8.6 perlu dilakukan
untuk mengelakkan masalah mencuri. Analisis ini merupakan analisis kendiri, iaitu
pelanggan perlu menganalisis atau bertanya diri sendiri apabila hendak mencuri
barangan di sebuah kedai.
Prinsip perintah Peraturan tingkah laku yang Bagaimanakah jika semua orang
mutlak dilaksanakan untuk semua menggunakan pengimbas untuk
(categorical dan tidak bergantung pada menipu kedai? Adakah anda mahu
imperative) keinginan ataupun tujuan tindakan anda diterima menjadi
akhir. tindakan sejagat?
AKTIVITI 8.3
• Etika amali berkait rapat dengan metaetika, etika normatif, dan etika gunaan.
• Bagi membina kehidupan yang sejahtera, kita perlu menjawab persoalan seperti
yang berikut:
− bagaimanakah mahu meneruskan kehidupan?
− apakah tumpuan kepada pencapaian ilmu pengetahuan? dan
− apakah penciptaan sesuatu yang baharu itu salah?
• Kod etika yang menjadi teras ajaran Buddha dipanggil sebagai lima ajaran.
Lima ajaran tersebut bukanlah peraturan ataupun perintah tetapi prinsip
latihan yang dilaksanakan secara bebas dan perlu dipraktikkan dengan
kecerdasan dan kepekaan.
• Tiga elemen utama yang membentuk definisi kesejahteraan ialah emosi yang
positif, komitmen, dan maksud.
Akhlak Komitmen
Analisis kendiri Maksud
Emosi yang positif Metaetika
Epistemologi Nilai akhir
Etika Teori hedonisme
Etika agama Teori kegembiraan
Etika gunaan Teori pemenuhan keinginan
Etika normatif Teori senarai objektif
Kesejahteraan
BERNAMA. (2015, Januari 8). Suasana pasca banjir di Pantai Timur. Astro Awani.
https://bit.ly/3cYYwld
Brülde, B. (2011). Health, disease and the goal of public health. Dalam A. Dawson
(Pnyt.), Public health ethics: Key concepts and issues in policy and practice
(ms. 20–47). Cambridge University Press.
Fieser, J. (2000). Metaethics, normative ethics, and applied ethics: Historical and
contemporary readings. Wadsworth/Thomson Learning.
Ganeri, J. (Pnyt.). (2002). The collected essays of Bimal Krishna Matilal: Ethics and
epics. Oxford University.
Singer, P. (2019). Ethics into action: Learning from a tube of toothpaste. Rowman
& Littlefield.