Anda di halaman 1dari 45

Isi Kandungan

01 I Hak Cipta SRITI Al-Farabi 3


02 I Peingatan Penting 4
03 I Siapa Ustaz Muhd Bazli bin Zakaria 5
04 I Panduan Menggunakan eBook ini 9
05 I Pengenalan eBook 11
06 I Teknik 1: Mulakan Dengan Hafal Surah Pendek 20
07 I Teknik 2: Baca Setiap Hari Sebelum Anak Masuk 25
Tidur

08 I Teknik 3: Ulang Ayat Yang Sama Sampai Anak 29


Betul-Betul Ingat.

09 I Teknik 4: Pastikan Ayat Tersebut Di Ulang Setiap 31


Hari.

10 I Teknik 5: Jom Pindah Ke Ayat Lain. 33


11 I Teknik 6: Mulakan Dengan Anak Yang Sulung 35
12 I Tujuan Utama Hafaz Al-Quran 38

13 I Macam mana pula kalau anak dah hafaz Quran tapi


lupa?
40
HAK CIPTA SRITI AL-FARABI
www.SritiAlFarabi.com
Terbitan 2022

eBook Percuma ini khas untuk bacaan Tuan/Puan yang merupakan pewaqaf
kepada Dana Pembangunan SRITI Al- Farabi sahaja sebagai tanda penghargaan
daripada pihak SRITI Al- Farabi.

Tidak dibenarkan berkongsi kepada pihak lain sebagai tanda penghormatan


serta penghargaan kepada usaha keras pihak penulis serta penerbit.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi,


kandungan buku elektronik ini, dalam mana-mana bentuk dan dengan apa-apa
cara samada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada pihak SRITI Al- Farabi, Ketereh Kelatan.

Penulis
Muhd Bazli bin Zakaria
Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir),
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Pembaca Pruf
Mohd Rahimi bin Mohd Haron
Guru Besar SRITI Al-Farabi, Ketereh

Reka Bentuk & Susun Atur


Wan Mohamad Fakhuruddeen bin Wan Jamaluddin
Grafimore, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.
+6011 5768 0435 | www.Grafimore.com

Terbitan
SRITI AL-FARABI, Ketereh, Kelantan

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 03


PERINGATAN PENTING

Ebook ini ditulis oleh Ustaz Muhd Bazli Zakaria mengikut


pengalaman dan pengetahuannya sendiri. Ianya bersifat
peribadi dan tersendiri.

Adalah dilarang sama sekali untuk diulang cetak, dijual di


tempat lain, digunakan sebagai modul mengajar dan
dijadikan bahan komersil untuk tujuan keuntungan sendiri.

Sekiranya pihak kami jumpa ebook ini diperlakukan seperti


yang dinyatakan di atas, kami tidak akan teragak-agak untuk
memberi tuntutan kewangan di mahkamah.

Sekiranya ada pertanyaan boleh terus berhubung ke:

MBZ EMPIRE
Jalan Baiduri 2A, Taman Desa Baiduri,
Cheras 56000 Kuala Lumpur
+60108349503

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 04


SIAPA USTAZ
MUHD BAZLI
BIN ZAKARIA?

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 05


Penulis

• Merupakan pembimbing asas


Al-Quran yang berpengalaman.

• Menamatkan hafazan al-Quran


dan melalui proses Syahadah Tahfiz al-Quran
di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Pasir Mas
Kelantan dan Raudhoh Tahfiz Al-Quran Hulu Langat di
Selangor.

• Masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam


bidang Tafsir, Usuluddin.

• Berpengalaman menyertai Majlis Menghafaz


al-Quran peringkat Negeri Selangor dan Wilayah
Persekutuan selama 6 tahun.

• Berpengalaman 21 tahun berkhidmat sebagai imam


tarawih sepanjang bulan Ramadan termasuk 9 tahun di
Mesir.

• Pernah mengikuti beberapa kursus al-Quran


antaranya Persijilan Asas Tarannum anjuran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pengajian
bersama beberapa guru tajwid dan tarannum al-Quran.

• Berpengalaman dalam bidang hafazan al-Quran


selama 19 tahun.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 06


• Aktif menulis di laman Facebook mengenai tips serta
panduan hafazan dan info bacaan al-Quran dengan carian
hashtag #infoHUFFAZ dan #infoQuranMBZ.

• Penerima Sanad Al-Quran dari Syeikhah Manal


at-Tunisiy di Masjid Al-Hira’ Muqattam dan juga dari Syeikh
Bassam Hijazi, Hayyu Sabik.

• Kini masih bertalaqqi dengan Syeikh Abdul Qadir


al-Jibuti di Darrasah Hussin.

• Jemput join channel telegram beliau t.me/bazlizakari-


aMBZ.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 07


PANDUAN
MENGGUNAKAN
E-BOOK INI

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 09


Panduan Menggunakan eBook ini

E-book ini disusun dengan bahasa yang


1 mudah dan ringkas.

2 Sekali baca dah boleh buat terus.

3 Mulakan dengan niat yang baik

4 Mohon doa dari Allah

5 Ikhlaskan niat

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 10


Pengenalan
eBook

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 11


Pengenalan eBook
Firman Allah SWT,

‫اِنَّا نَ ْح ُن نَ َّزلْ َنا ال ِّذكْ َر َواِنَّا لَ ٗه لَ ٰح ِفظُ ْو َن‬


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an, dan
pasti Kami (pula) yang memeliharanya.
(Surah Al-Hijr ayat 9)

Daripada ayat di atas, Allah SWT berfirman mengenai


keutamaan menjaga kemurnian Al Quran. Dengan itu tidak
akan ada lagi pemalsuan, perubahan, dan pergantian seper-
ti yang terjadi pada kitab-kitab terdahulu.

Al Quran adalah Kitab Allah yang terakhir diturunkan


kepada Nabi Muhammad SAW.

Al Quran diturunkan bertujuan:


• Mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah
SWT (Tauhid).

• Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manu-


sia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar.

• Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, penga-


wasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh Allah agar
dapat mengenal sifat-sifatNya yang Maha Hebat.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 12


Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Sebaik-baik manusia di
antara kamu adalah yang
mempelajari al-Quran dan
mengamalkannya.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 13


Dari hadis tersebut, diketahui bahawa Al-Quran
membawa kebaikan kepada umat Islam. Dengan
membaca, menghafal, dan memahami ayat-Nya, Allah
akan melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim juga


menjelaskan tentang janji Allah kepada penghafal
Al Quran, iaitu mereka akan bersama para malaikat dan
juga mendapatkan pahala meskipun dalam keadaan
bersusah-payah.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 14


Dari Aisyah Ra, Nabi Muhammad SAW bersabda

“Orang yang pandai


membaca Al-Quran maka dia akan
bersama para malaikat yang mulia
dan baik, sedangkan orang yang
membaca Al-Quran dengan
bersusah-payah dan mengalami
kesulitan dalam membacanya, maka
baginya dua pahala.”

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 15


• Selain itu, orang yang menghafal Al-Quran akan
mendapat Syafaat.

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda Al-Qu-


ran akan memberikan syafa’at atau pertolongan kepada
pemiliknya.

“Baca lah Al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang


pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada
pemiliknya.”

• Orang yang berusaha memghafal kalamullah juga


akan diberi pahala berlipat kali ganda. juga akan diberi
pahala berlipat kali ganda.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 16


Membaca Al Quran mer-
upakan salah satu bentuk
ibadah kepada Allah SWT.
Allah berjanji akan melipat
gandakan pahalanya menja-
di 10 kali ganda.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 18


Dalam hadist riwayat Tirmidzi,
Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang membaca satu


huruf dari Al-Quran maka baginya
sepuluh pahala dan
dilipatgandakan menjadi sepuluh kali,
dan aku tidak mengatakan alif-lam-
mim itu satu huruf, melainkan alif satu
huruf, lam satu huruf, dan mim satu
huruf tersendiri.”

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 19


Teknik 1:
Mulakan Dengan
Hafaz 3 Ayat Pendek
Setiap Surah

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 20


Teknik 1 : Mulakan Dengan Hafaz
3 Ayat Pendek Setiap Surah

• Mulakan Dengan Surah Yang


Pendek

• Baca Dan Ulang Satu-Satu


Perkataan

• Buat Gaya, Nada, Lagu, Mimik Muka

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 21


Mulakan Dengan Surah Yang Pendek

Cari mana-mana surah yang pendek dan mudah.

Kalau saya, saya pilih untuk mula dengan surah Toha.


Sebab surah ini dapat melembutkan hati anak.

Kita boleh cipta satu tarikan samada berbentuk dialog


pun boleh.

Sebagai contoh,

“Kakak nak tak bagi hati kita jadi baik dan soleh? Kalau
nak bagi hati lembut, kita kena baca ayat ni.”

Kalau ikutkan, nak mula dengan surah An-Nas dulu pun


boleh. Tak kisahlah surah apa saja. Mula dengan surah
yang biasa kita baca seharian.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 22


Baca Dan Ulang Satu-Satu Perkataan

Baca ikut satu-satu perkataan atau suku kata. Kita baca,


anak ikut. Kita baca anak ikut.

Sampai anak kita betul-betul dapat apa yang kita ulang


dan sebut tu.

PERHATIAN!!
Wajib baca betul-betul ikut tajwid, jangan baca salah.
Kalau kita baca salah, nanti lekat ayat yang dibaca tu
salah hingga dewasa.

Kalau tak tahu nak baca dengan tajwid, boleh belajar


dan tengok mana-mana video guru Quran baca.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 23


Buat Gaya, Nada, Lagu, Mimik Muka

Sebagaimana di sekolah tadika, cikgu tadika ajar anak


kita dengan pelbagai gaya dan mimic muka kan?

Jadi, kita nak ajar anak kita hafaz Quran pun,


cuba masukkan elemen santai.

Sambil-sambil baca tu, buatlah sedikit gaya, nada, lagu,


mimik muka dan bentuk mulut bagi anak-anak rasa
gembira nak ikut kita baca.

Ala, macam cikgu tadika ajar tu.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 24


Teknik 2:
Bacakan Setiap Hari
Sebelum Anak-Anak
Masuk Tidur.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 25


Teknik 2 : Bacakan Setiap Hari Sebelum Anak-
Anak Masuk Tidur.

Waktu terbaik ialah masa baring nak tidur.

Kerana waktu tu anak-anak sudah bersedia nak tidur.


Sama-sama pandang ke atas (tengok siling rumah) sam-
bil-sambil nasihat dan borak, tarik perhatian mereka
untuk baca Quran sebelum tidur.

Gunakan dialog mengajak.

Sebagai contoh,
“Jom ikut ayah baca Quran nak?”

Jangan baca Quran guna telefon.

Yang paling baik sebenarnya ialah, Ibu ayah yang wajib


hafaz dulu. Supaya kita boleh baca terus secara hafazan
tidak melalui telefon.

Takut nanti bila kita buka telefon, anak-anak jadi tak


fokus, sibuk nak tengok telefon dan terganggu dengan
cahaya telefon.

Dapat?

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 26


Jiwa manusia yang
selalu mengingati Allah dan
Al-Quran akan menjadi
tenang.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 27


‫الَّ ِذيْ َن ا ٰ َم ُن ْوا َوتَطْ َم ِٕى ُّن قُلُ ْوبُ ُه ْم ب ِِذكْ ِر اللّٰ ِه‬
‫ا َ َاَل ب ِِذكْ ِر اللّٰ ِه تَطْ َم ِٕى ُّن الْ ُقلُ ْو ُب‬

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka men-


jadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya
dengan mengingati Allah hati akan tenteram.

• Menghafal Al-Qur’an merupakan usaha kita agar


menjadi sohibul qur’an (pecinta Al-Qur’an).

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 28


Teknik 3:
Ulang Ayat Yang
Sama Sampai Anak
Betul-Betul Ingat.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 29


Teknik 3 : Ulang Ayat Yang Sama Sampai Anak
Betul-Betul Ingat.
Tips sebelum ni, kita hanya hafaz dan bagi anak kita
dengar sekali lalu je. Nanti bila-bila waktu santai yang
lain. Cuba baca saja-saja depan mereka.

Antara waktu santai ibu dan ayah bersama dengan


anak-anak ialah,

1. Dalam kereta
2. Sementara nak tunggu makan
3. Nak keluar bersiar-siar

Gunakanan cara yang sama iaitu berbual dengan anak-


anak dalam bentuk pertanyaan,

“Semalam kita hafal surah apa ya? Kita baca sama-sama


nak tak?”

Ataupun kita ibu ayah ni buat-buat saja baca dalam


kereta ke, sementara nak tunggu makan, nak keluar
jalan-jalan di luar rumah. Tujuannya nak jadikan ayat
yang kita hafal semalam tu sentiasa bermain dalam
minda anak kita.

Dapat?

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 30


Teknik 4:
Pastikan Ayat
Tersebut Diulang
Setiap Hari.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 31


Teknik 4 : Pastikan Ayat Tersebut Diulang
Setiap Hari.

Maksud setiap hari ni di sini ialah :

Setiap kali sebelum nak tidur wajib baca satu ayat yang
kita hafal semalam. Bila selalu ulang mesti anak akan
ingat InsyaAllah.

Dengan umur yang masih mudah, pastinya anak-anak


kita mudah nak ingat apa yang baru dihafaz dalam tem-
poh terdekat.

Bila dah mudah ingat, anak kita mesti jemu baca ayat
sama. Okay, jom ke tips ke seterusnya.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 32


Teknik 5:
Anak Jemu Ayat
Sama Je. Jom Pindah
Ke Ayat Lain.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 33


Teknik 5 : Anak Jemu Ayat Sama Je.
Jom Pindah Ke Ayat Lain.

Jika anak-anak kita dah boring. Selalu duk ulang, “Asyik


baca ayat sama je ayah.” Boleh saja untuk cuba pindah
ke surah lain pula.

Baca 3 ayat saja. Jangan lebih dari 3 ayat. Kalau tak, dia
akan ganggu ayat hafazan semalam. Sebab banyak
sangat dia nak kena ingat.

Tapi yang paling penting ialah jangan lupa ulang ayat


hafazan semalam.

Fokuskan seminggu ni surah tu saja. Ulang dan baca


kuat-kuat dengan nada dan lagu yang menarik
perhatian anak kita.

Ikutlah waktu bila pun.

Buat selalu setiap hari, insyaAllah mudah.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 34


Teknik 6:
Mulakan Dengan
Anak Yang
Sulung

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 35


Teknik 6 : Mulakan Dengan Anak Yang
Sulung.
Kenapa saya kata kena mulakan dengan anak yang su-
long?

Sebab nanti anak yang kedua dan seterusnya akan


ikut. Walaupun kadang-kadang anak yang kedua macam
malas nak ikut tapi sebenarnya dia sedang mendengar
apa yang kita bacakan pada anak sulung kita.

Pengalaman saya sendiri, saya hanya fokus pada si kakak


sulung. Bila minta si abang kedua baca, dia macam lari-
lari tak nak baca.

Tapi ketika saya pergi bawa si abang keluar, ada kawan


minta anak saya baca Quran. Kebetulan waktu tu saya
duduk jauh dari Abang, terdengar yang Abang baca
Quran lancar elok je depan kawan saya tu, sedangkan
saya tak pernah pun ajar dan minta dia baca.

Nampak tak?

Kesan yang kita dapat bila kita berjaya kuasai anak yang
pertama, insyaAllah dengan izin Allah adik-adik yang lain
juga akan ikut sama menghafaz.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 36


Itulah lelaki, dia ego depan baba dia. Haha. Depan
baba tak nak baca, depan orang lain dia perform ha-
bis punya.

Kanak-kanak ni, otak, jiwa dan hati mereka masih


segar, bersih dan suci. Sayang sangat kalau kita ko-
torkan dia dengan perkara yang tak bermanfaat.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 37


Tujuan
Utama
Hafaz Al-Quran

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 38


Tujuan Utama Hafaz Al-Quran

Allah SWT Berfirman:

‫الَّ ِذي َن يَ ْستَ ِم ُعو َن الْ َق ْو َل فَ َيتَّ ِب ُعو َن‬


ۖ ‫أَ ْح َس َن ُه ۚ أُولَٰ ِئ َك الَّ ِذي َن َه َدا ُه ُم اللَّ ُه‬
‫اب‬ِ ‫َوأُولَٰ ِئ َك ُه ْم أُولُو ْاأْلَلْ َب‬

“(iaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu


mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka
itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah
dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal
sihat”.
[Surat Az-Zumar 18]

Inilah tujuan utama diturunkan Al-Quran agar kita


mengamalkannya dalam kehidupan kita.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 39


Macam Mana
Kalau Anak Dah
Hafaz Quran
Tapi Lupa?

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 40


Ini biasa, sebab mereka kan budak-budak lagi, jadi kita
ibu bapalah perlu susun waktu mereka untuk ulang
hafazan. Sejujurnya memang susah. Sebab kehidupan
anak-anak ni memang nak bermain saja kerjanya.

Kita mulakan santai-santai sahaja. Jangan beri tekanan


sangat. Kalau tak ingat, kita ulang balik macam biasa.
Jangan marah-marah.

Paling tidak mulut mereka sudah biasa menyebut kalam-


ullah, otak dan fikiran mereka sudah dimasuki ayat Qu-
ran, telinga mereka sudah terbiasa dengar nama-nama
surah.

Dalam kepala mereka, dan kenal yang Surah Toha ni ayat


untuk melembutkan hati, surah Kahfi kena baca hari Ju-
maat, surah Baqarah baca untuk halau syaitan dari ru-
mah.

Biasakan dengar dan ajar sebut nama-nama surah dulu


pun tak mengapa dari mereka kenal benda-benda yang
tidak bermanfaat.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 41


Lama kelamaan kita masuk kisah dalam surah pula, ceri-
ta tentang nabi dan tadabbur pada anak-anak. Bercerita
dengan anak kita sebelum tidur.

Apa yang penting hidupkan hati anak kita dengan Quran


terlebih dahulu.

Lagi satu yang paling penting sekali, ibu ayah wajib mula
dulu. Sebab syaratnya ialah jangan buka telefon sebe-
lum nak tidur.

Maksudnya waktu menghafaz tu jangan baca Quran den-


gan melihat telefon. Biar kita baca ikut mulut saja. Takut
bila kita buka telefon, mata anak-anak akan terfokus den-
gan cahaya dan timbul rasa nak main telefon.

Ini adalah cara biasa yang boleh kita amalkan. Kalau ada
cara lain yang boleh dikongsikan juga, boleh komen di
bawah. Mana tahu ada cara lain yang lebih mudah.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 42


Indah dan bahagianya kan, bila lihat anak-anak kita ti-
dur dalam keadaan minda mereka sudah terisi dengan
Al-Quran. Biarkan mereka sampai termimpi-mimpi baca
Quran dalam tidur. Kongsikan tulisan ini jika kalian rasa
ianya sangat bermanfaat untuk orang lain juga.

Terima kasih.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 43


Doa Tenang
Dengan Quran

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 44


،‫اللهم ا ْج َعل الْ ُق ْرآ َن الْ َع ِظ ْي َم َر ِب ْي َع قُلُ ْو ِب َنا‬
َ ‫ َو َذ َه‬،‫ َو َجالَ َء أَ ْح َزانِ َنا‬،‫َونُ ْو َر ُص ُد ْو ِرنَا‬
‫اب‬
‫ َو َسائِ َق َنا َو َدلِ ْيلَ َنا إِ َىَل‬،‫ُه ُم ْو ِم َنا َو ُغ ُم ْو ِم َنا‬
ٍ ‫َج َّناتِ َك َج َّن‬
‫ات ال َّن ِع ْي ِم‬

Ya Allah,
Jadikanlah Al-Quran yang mulia
sebagai penyejuk hati kami, cahaya bagi
dada kami, penglipur kesedihan kami,
pelenyap kesusahan dan kegundahan
kami, pengemudi dan penunjuk kami
menuju surga-Mu, syurga yang penuh
kenikmatan.

Jom Ajar Anak Hafaz Quran I 45


Ingin Bagi Sumbangan
Kepada Penulis?

Sumbangan ini akan digunakan untuk :

1. Program DailyQuran daripada penulis eBook, iaitu


Ustaz Muhd Bazli bin Zakaria

2. Infaq kepada pelajar Malaysia yang belajar di


Mesir sepanjang Ramadan

Klik butang di bawah untuk menyumbang

ezy.la/sumbanganpenulis

Pengakuan: Wang sumbangan anda, akan diuruskan


oleh penulis 100%
Dapatkan 2 Siri eBook Percuma
SRITI Al-Farabi, Ketereh berbesar hati ingin
memberikan 2 eBook Siri Panduan Tarbiah Anak-
anak kepada anda dengan hanya menderma
serendah RM15 sahaja untuk bantu pihak kami
menjayakan proses pembangunan bangunan
kekal SRITI Al-Farabi bagi keselesaan warga SRITI
menuntuntut ilmu agama?

Klik butang di bawah untuk menyumbang

klik.vip/pembangunanSRITI
https://klik.vip/PembangunanSRITI

www.SritiAlFarabi.com

Anda mungkin juga menyukai