Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN MENGIKUTI KELAS TUISYEN

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan
Guru Besar, guru-guru penolong kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini,
saya ingin menyampaikan pidato yang bertajuk, “Faedah- faedah Mengikuti
Kelas Tuisyen”.
Hadirin yang dimuliakan,
Kelas tuisyen atau kelas tambahan sering diikuti oleh murid-murid untuk
menambahkan lagi pemahaman yang diajar oleh guru di dalam kelas. Sebagai
contoh, penerangan tentang sesuatu topik berkaitan dengan mata pelajran Sains
dijelaskan dengan lebih mendalam oleh guru tuisyen. Kesannya, pemahaman
murid semakin meningkat, sekali gus dapat menjawab soalan dengann
cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Selain itu, kita dapat bersaing dengan murid dari kelas yang berbeza. Hal
ini demikian kerana murid yang mengikuti kelas tuisyen adalah dari sekolah
yang berbeza. Apabila hal ini berlaku, kita akan sentiasa meningkatkan prestasi
pelajaran kita.
Hadirin yang dikasihi,
Seterusnya kita dapat menukar nota latihan dengan rakan dari kelas dan
sekolah yang berbeza. Keadaan ini berlaku kerana setiap kelas dan sekolah akan
menggunakan nota yang berlainan. Kesannya, kita mampu menjawab pelbagai
jenis soalan apabila diajukan dalam peperiksaan sebenar kelak.
Selanjutnya, kita dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
berfaedah. Sebagai contoh, jika kita tidak mengikuti kelas tuisyen,
kemungkinan kita asyik menonton televisyen. Jika sikap negatif itu kita
amalkan, sudah pasti prestasi kita akan merosot, seterusnya menjadi sampah
masyarakat.
Kesimpulannya, memang banyak faedah yang akan diperolehi apabila
kita mengikuti kelas tuisyen. Hingga di sini dahulu syarahan saya pada pagi ini.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai