Anda di halaman 1dari 1

Diri seorang insan itu adalah yang diciptakan Allah SWT dengan gabungan jasad dan roh.

Fungsi
jasad adalah melaksanakan segala arahan yang ditetapkan Allah SWT dan roh berupaya menjadikan
jasad dapat melaksanakan perintah terbabit.

Nyawa, akal, nafsu dan hati adalah kepunyaan roh yang menjadikan akal sebagai sebagai fungsi
penasihat dengan pandangan dan cadangan.

Apabila akal disinari dengan cahaya keimanan, maka segala kebaikan akan menghiasi kehidupan
seseorang insan. Begitu juga sebaliknya apabila akal tidak dapat menerima cahaya iman lantaran
dorongan hawa nafsu yang menawarkan kelazatan dan keseronokan dunia.

Gerakan hati akan mendengar daripada pandangan akal dan nafsu akan membuat keputusan yang
akan menentukan segala keputusan, sama ada membenarkan iman bertapak terhadap Allah atau
sebaliknya.

Justeru, Baginda SAW mengingatkan kita bahawa hati amat berperanan dalam menentukan
kebaikan dan kejahatan.

Sabda Baginda SAW َ ‫سدَ ْت َف‬


‫س َد‬ َ ‫ َوِإ َذا َف‬،‫س ُد ُكلُّ ُه‬ َ ‫صلَ َح‬
َ ‫الج‬ َ ‫ ِإ َذا‬:‫ض َغ ًة‬
َ ‫صلَ َح ْت‬ ْ ‫س ِد ُم‬ َ ‫َأالَ َوِإنَّ فِي‬
َ ‫الج‬
ُ ‫ َأالَ َوه َِي ال َق ْل‬،‫س ُد ُكلُّ ُه‬
‫ب‬ َ ‫الج‬َ
bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik,
maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka
rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari
Nu'man bin Basyir).

Pengarang kitab Hadyun Nabawi Fir Raqaiq atau Petunjuk Nabawi Bagi Hati mengkategorikan hati
kepada beberapa bahagian.

Antaranya hati yang sejahtera, hati yang sakit dan hati yang mati.

Hati yang sejahtera adalah hati yang sentiasa memilih kebaikan dan keredaan Allah SWT, manakala
kecenderungan kepada kejahatan dan kemurkaan Allah SWT.

SEORANG mukmin perlu berusaha membersihkan hati dengan bertaubat dan beristighfar serta
berdoa

Kekerapan melakukan dosa dan memandang ringan terhadap dosa adalah antara faktor yang
menyebabkan kekerasan hati. Apatah lagi memandang remeh terhadap taubat dalam kehidupan.

Syekh Ibn A'toillah Assakandari membicarakan hikmahnya dengan menyebut: "Sebahagian daripada
tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan
dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa."

Sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Masu'd berkata, "Orang mukmin melihat dosa pada dirinya
seolah-olah dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat
dosanya umpama lalat yang hinggap diatas hidungnya lalu menepis dengan tangannya sahaja dan
terbanglah lalat tersebut."

Justeru, kita sebagai seorang mukmin sewajarnya berusaha membersihkan hati dengan bertaubat
dan beristighfar serta berdoa kepada Allah sebagai garis panduan.

Anda mungkin juga menyukai