Anda di halaman 1dari 11

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID


(SUMUR) DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1
1. Tujuan

1.1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid


(SUMUR) di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini
disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru dan murid di
sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej
Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
1.2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan :
1.2.1. Surat siaran Pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid
(SUMUR) di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM);
1.2.2. Surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta
peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Malaysia dari semasa ke semasa.

2. Pengurusan

2.1 Pengurusan SUMUR berada di bawah tanggungjawab guru penolong kanan


Hal Ehwal Murid (HEM) dan melibatkan semua warga sekolah.

2.2 Seorang penyelaras perlu dilantik dalam kalangan guru kanan/ketua bidang
yang berperanan untuk memastikan SUMUR dilaksanakan mengikut garis
panduan pelaksanaan yang dibekalkan oleh pihak BPI KPM.

3. Pelaksanaan

3.1 SUMUR merupakan aktiviti tahunan yang merangkumi empat teras utama
iaitu; Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama.

2
3.2 Keempat-empat teras utama SUMUR iaitu; Berbudi Bahasa, Jati Diri,
Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama ini perlu dilaksanakan dan dinilai
secara serentak.

3.3 Pelaksanaan SUMUR mampu memperkukuhkan lagi pelaksanaan Program


Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) serta Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM) kelolaan BPSH kepada semua murid di sekolah KPM kerana SUMUR
menyediakan instrumen penilaian secara holistik terhadap sahsiah murid
melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah.

4. Kandungan

4.1 SUMUR ialah satu program bagi memberi pengetahuan dan membina
kesedaran di samping untuk menilai amalan murid secara berterusan terhadap
peningkatan akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkahlaku) serta sahsiah
(keperibadian) murid melalui empat teras utama dalam pelaksanaan SUMUR
iaitu Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama.

4.2 SUMUR menyediakan satu aktiviti perbincangan dalam kumpulan antaramurid


iaitu aktiviti Usrah SUMUR menggunakan modul yang terangkum dalamnya
kandungan bagi keempat-empat teras SUMUR.

4.3 Aktiviti Usrah SUMUR melibatkan kumpulan murid (maksimum 15 orang) yang
diketuai oleh seorang ketua dalam kalangan murid dan guru bertindak sebagai
pembimbing.

4.4 Aktiviti Usrah SUMUR menjadi medan untuk murid berbincang dan
menjalankan aktiviti menggunakan modul Usrah SUMUR yang dibekalkan
oleh pihak BPI KPM.

4.5 Aktiviti Usrah SUMUR perlu dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan
dan peruntukan masa setengah jam (30 minit) di semua sekolah, sama ada di
sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama.

3
4.6 Pelaksanaan aktiviti Usrah SUMUR adalah di luar waktu persekolahan dan
cadangan masa pelaksanaan serta lokasi adalah mengikut kesesuaian
sekolah.

5. Penilaian

5.1 Penilaian bagi instrumen SUMUR adalah bersifat holistik yang menilai individu
murid bagi semua program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah
menggunakan Borang Instrumen Penilaian SUMUR pada pautan:
https://forms.gle/54cTx4QHmhDnTb7E6

5.2 Kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada penilaian kendiri, penilaian


rakan sebaya dan pemerhatian guru bagi semua aktiviti dan program sekolah.

6. Pemantauan

6.1 Aktiviti pemantauan bagi pelaksanaan SUMUR dilakukan oleh pegawai KPM,
penyelaras SUMUR di JPN/PPD dan pentadbir di sekolah masing-masing
menggunakan Borang Pemantauan SUMUR KPM.

6.2 Sebarang pertanyaan bagi pelaksanaan SUMUR di negeri hendaklah dirujuk


kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.

4
5
PERINCIAN TERAS 1 - TERAS BERBUDI BAHASA

TERAS KRITERIA CIRI-CIRI PENERANGAN CIRI-CIRI

a. Menyapa atau ucap selamat bagi memupuk


Memberi salam/bertegur sapa
rasa hormat

Hormat b. Mengutamakan yang dewasa, menyayangi Berlapang dada dengan perbezaan


Menghormati yang muda dan bersikap terbuka pendapat

c. Mematuhi peraturan, norma masyarakat dan


Memupuk nilai kepatuhan
undang-undang

BERBUDI
a. Bersikap kebersamaan Bekerja dalam satu pasukan
BAHASA

Tolong Menolong
b. Bersikap prihatin Mempunyai sifat simpati dan empati

Memberi pertolongan tanpa


c. Bersikap sukarela melakukan kebaikan
mengharapkan balasan
Menggunakan bahasa yang sopan dan
a. Intonasi pertuturan yang bersesuaian
sedap didengari
Menggunakan kata panggilan sesuai bagi
Kesantunan Tutur b. Penggunaan kata gelaran rasmi
situasi rasmi/tidak rasmi
Bicara
c. Bahasa badan yang sesuai dengan situasi
Menampilkan raut wajah dan lengguk
badan yang sopan

6
PERINCIAN TERAS 2 - TERAS PENAMPILAN DIRI

TERAS KRITERIA CIRI-CIRI PENERANGAN CIRI-CIRI


Memakai pakaian yang sopan/tidak
a. Berpakaian sopan/menutup aurat
menjolok mata

Pemakaian b. Bersih/kemas/lengkap Pakaian yang tidak berbau/tiadak kotoran

Mematuhi etika berpakaian mengikut


c. Sesuai situasi

a. Perlakuan yang sopan Menjaga adab/tatasusila dalam kehidupan

Tidak melihat perkara yang merosakkan


PENAMPILAN
Tingkah Laku b. Membataskan pandangan hati/bahan pornografi
DIRI
Tidak bergaul bebas antara lelaki dan
c. Membataskan pergaulan perempuan

Membuat keputusan yang tepat


a. Bijak membuat keputusan berdasarkan keperluan dan rasional

Berani memberi pendapat/mengutarakan


Kepimpinan b. Berkomunikasi dengan baik soalan/komen/kritikan membina

Mempunyai visi/misi yang jelas dalam


c. Berwawasan/berpandangan jauh kehidupan

7
PERINCIAN TERAS 3 - TERAS JATI DIRI

TERAS KRITERIA CIRI-CIRI PENERANGAN CIRI-CIRI

Bersedia untuk berubah ke arah yang


a. Kesediaan untuk berubah
lebih baik

Sentiasa berusaha dan bersemangat


Sabar dan Tabah b. Tidak berputus asa
untuk mencapai kecemerlangan

Bersikap tidak keterlaluan dalam semua


c. Kesederhanaan
situasi

Berani menegakkan keputusan yang telah


a. Tegas mempertahankan keputusan
dibuat dengan berhikmah/bijaksana
JATI DIRI

Boleh memberikan justifikasi/rasional atas


Tetap Pendirian b. Bijak membuat keputusan
setiap tindakan yang dilakukan

Membuat keputusan berdasarkan ilmu


c. Bertanggungjawab atas keputusan
pengetahuan/fakta yang betual/tepat

Bersedia/boleh menghadapi cabaran


a. Cekal menjalankan tugasan
Bersungguh-sungguh untuk mencapai
Semangat Juang b. Gigih dalam mencapai kecemerlangan kejayaan

Mempunyai semangat cintakan negara


c. Mempamerkan semangat patriotisme

8
PERINCIAN TERAS 4 - TERAS CARA HIDUP BERAGAMA

TERAS KRITERIA CIRI-CIRI PENERANGAN CIRI-CIRI


Melaksanakan ajaran/nilai berdasarkan
a. Mematuhi ajaran/nilai berdasarkan
agama/kepercayaan masing-masing
agama/kepercayaan masing-masing
Menjaga sensitiviti antara
Kepercayaan b. Membina keharmonian beragama agama/kepercayaan kaum di Malaysia
kepada Tuhan
Akur/patuh ajaran/nilai yang ditetapkan
dalam agama/kepercayaan masing-
c. Berdamai dengan takdir/ketentuan Tuhan
masing

Selalu berterima kasih atas


a. Mensyukuri nikmat/pemberian yang
nikmat/pemberian yang diperolehi
dikurniakan
CARA HIDUP
Berlapang dada dengan nikmat/pemberian
BERAGAMA b. Bersangka baik atas nikmat/pemberian yang
Bersyukur yang dikurniakan
dikurniakan
Mendoakan agar nikmat/pemberian yang
c. Mendoakan kesejahteraan dikurniakan untuk dimanfaatkan semua

Bertanggungjawab terhadap tugasan yang


a. Amanah diberikan

Berkata benar/telus/berterus terang


Integriti b. Jujur
Sentiasa menghadirkan diri tepat pada
c. Menepati masa masa yang ditetapkan

9
CARTA PERBATUAN PELAKSANAAN SUMUR

APRIL MEI JUN JULAI


BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Surat Siaran Pelaksanaan dari BPI KPM untuk
1
dipanjangkan ke sekolah
Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR, perancangan Takwim
2 SUMUR dan pelantikan AJK SUMUR peringkat sekolah
3 Pelancaran SUMUR peringkat sekolah
4 Pelaksanaan SUMUR peringkat sekolah
5 Aktiviti Usrah SUMUR

OGOS SEPT OKT


BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
6 Pelaksanaan SUMUR peringkat sekolah
7 Aktiviti Usrah SUMUR
Pengisian Borang Instrumen Penilaian SUMUR bagi penilaian
8 kendiri, penilaian rakan sebaya dan penilaian berdasarkan
pemerhatian guru pembimbing

NOV
BIL AKTIVITI
1 2 3 4
Pengisian Borang Instrumen Penilaian SUMUR bagi penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya
9
dan penilaian berdasarkan pemerhatian guru pembimbing
Pihak SPI JPN menghantar pencalonan pelaksana terbaik program SUMUR bagi tahun
10
semasa kepada urusetia SUMUR di BPI KPM.
Urusetia SUMUR di BPI KPM menganalisa data yang dihantar dalam MS Excel dan
11 menyenaraikan sekolah yang dinobatkan sebagai benchmark peringkat kebangsaan bagi
pelaksana terbaik program SUMUR bagi tahun semasa.

Anda mungkin juga menyukai