Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap
pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman
pelajar tentang realiti. Dengan itu, pelajar dapat belajar sendirian, menurut
kemampuan dan keselesaan masing-masing.
Pengalaman dan Persepsi yang sama. Sifat keunikan yang ada pada setiap orang
pelajar dan faktor persekitaran yang berbeza dapat diatasi dengan media
pengajaran kerana kemampuanya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan
persepsi yang sama. Contohnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang
kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini
dapat membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu
konsep atau prinsip.
Soalan 2
Jenis-jenis media pengajaran terbahagi kepada dua iaitu media cetak dan media
bukan cetak. Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas
kertas. Ia berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat
khabar, nota-nota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan
sebagainya. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah untuk memberikan panduan,
menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian
pada bidang yang dicetak. Manakala media bukan bercetak adalah yang boleh
diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian (software) dan
bahan kos rendah dan papan peragaan. Contohnya slaid, radio, televisyen, filem
dan lain-lain.
Soalan 3

Anda mungkin juga menyukai