Anda di halaman 1dari 2

Imam Al-Ghazali dikenali sebagai pengaruh pemikiran yang hebat dan terkenal dalam arena

dunia.Terutamanya dalam dunia Islam, pengetahuan beliau amat mendalam dan luas sekali.
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali.
Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam yang bermaksud pembela Islam. Hasil karya beliau
dibaca dan dikaji di Timur dan di Barat serta daripada kalangan bangsa Arab atau bukan
Arab. Bahkan pengkaji-pengkaji bukan Islam turut meneliti hasil karya beliau dan
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Imam Al-Ghazali terkenal kerana beliau banyak
mengutarakan pandangan tentang konsep akhlak dan pendidikan akhlak manusia.

Dalam membincangkan bab ilmu, terdapat dua kategori ilmu yang dikemukakan oleh Imam
Al-Ghazali:

1. Ilmu muamalah
- Menurut Imam Al-Ghazali, Ilmu muamalah adalah ilmu yang dituntut untuk
mengetahuinya dan mengamalkannya oleh hamba Allah yang berakal dan dewasa.
Didalam ilmu fardu ain hanya membahaskan mengenai ilmu Syariah, sedangkan
ilmu fardu kifayah membahaskan mengenai ilmu Syariah dan ilmu bukan Syariah
adalah lmu yang berkaitan dengan kemaslahatan dunia seperti bidang kedoktoran,
ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ilmu bukan Syariah juga terbahagi menjadi
mahmudah, mazmumah dan ilmu mubah.
2. Ilmu Mukasyafah
- Suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh manusia menerusi ilham yang diberikan
oleh Allah kepadanya setelah melalui peringkat-peringkat tertentu dalam
amalannya. Ilmu ini adalah puncak dari semua ilmu kerana hubungannya dengan
hati, roh, jiwa dan pensucian jiwa. Ilmu ini diibaratkan sepeti cahaya yang
menerangi hati seseorang dan mensucikan sifat-sifat tercela. Ilmu ini adalah
puncak ilmu yang dimiliki para siddiqun dan muqarrabun, dimana mereka boleh
mengetahui hakikat dan makna kenabian, wahyu dan lain-lain. Ia juga lebih
dikenali di kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu ladunni.

Imam Al-Ghazali sangat menitikberatkan akhlak ataupun etika di dalam kehidupan, seperti
etika ketika pembelajaran. Hal ini kerana, menurut Imam Al-Ghazali, belajar merupakan
sebahagian daripada ibadah bagi mencapai darjat seorang hamba yang dekat dengan
pencipta-Nya. Jika nilai-nilai etika tidak dijunjung tinggi, maka tujuan pembelajaran tidak
dapat dicapai dengan baik. Proses pembelajaran melibatkan murid sebagai orang yang ingin
mendapatkan ilmu dan ada seorang guru sebagai penyampai ilmu.

Menurut Imam Al-Ghazali:

Etika MENGAJAR bagi seorang GURU ialah:

 Memulakan sesuatu pembelajaran dari tahap yang mudah difahami terlebih dahulu
sehingga sukar mengikut peringkat.
 Menjelaskan sesuatu perkara mengikut tahap pemahaman kemampuan akal murid.
 Menasihati murid dengan perkara-perkara yang baik dan memberi teguran secara
berhikmah kepada murid untuk menjauhi akhlak yang buruk bukan secara langsung
atau sindiran.
 Menghormati disiplin ilmu yang lain walaupun berbeza pandangan.
 Menyantuni murid dengan kasih sayang seperti anaknya sendiri.
 Mengikuti teladan dan akhlak Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu.
 Guru haruslah bersedia dengan ilmu yang ingin diajarinya dan mengamalkannya.

Etika BELAJAR sebagai MURID:

 Murid perlu IKHLAS dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan bukan kerana
dunia semata-mata.
 Murid perlu membersihkan jiwa dari akhlak yang buruk kerana ilmu itu adalah
ibadah.
 Murid mestilah beradab dengan guru, kerana guru adalah orang yang kita memperoleh
ilmu kepadanya.
 Mempelajari sesuatu ilmu dan mendalaminya sehingga selesai dan mengetahui
hakikatnya sebelum mempelajari ilmu yang lain.
 Tidak hanya mengkhususkan sesuatu bidang ilmu tetapi menuntut ilmu secara
keseluruhannya.
 Tidak tergesa- gesa dalam memahami sesuatu pelajaran kecuali jika telah memahami
ilmu yang telah dipelajari sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai