Anda di halaman 1dari 2

E – FORUM

Huraikan dua kategori ilmu yang dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali serta bincangkan juga dengan
terperinci etika mengajar dan etika belajar menurut beliau. 

Dua kategori ilmu yang diklasifikasikan oleh Imam Al – Ghazali adalah Ilmu Terpuji (Al- Mahmud)
dan terkutuk (Al- Madzmum).

 Ilmu terpuji (Al-Mahmud) merujuk kepada ilmu yang dipelajari. Ia terbahagi dua iaitu fardhu
ain iaitu ilmu agama dan fardhu kifayah seperti ilmu matematik.
 Ilmu terkutuk (Al – Madzmum) pula merupakan ilmu yang tidak digalakkan untuk dipelajari
kerana ia boleh menyesatkan seperti ilmu sihir, ilmu nujum dan falsafah. Walau
bagaimanapun imam al – Ghazali masih memberi toleransi dengan mengatakan ilmu ini boleh
dipelajari pada kadar yang perlu sahaja.

Etika mengajar menurut Imam Al – Ghazali.

 Meneladani Rasul. Guru harus berupaya mengikut teladan Rasul, yang ikhlas
menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan upah, balasan atau pujian.
 Mewujudkan hubungan positif antara guru dengan pelajar. Hubungan keduanya perlulah
dibina atas dasar kasih saying, lemah lembut, saling percaya dan menghormati. Hubungan
positif ini boleh mewujudkan proses p&p berjalan dalam situasi menyeronokkan.
 Menyampaikan ilmu mengikut keupayaan pelajar. Guru perlu menerangkan ilmunya
kepada pelajar dengan kemampuan akal murid. Prosesnya juga berlaku secara berperingkat
daripada yang mudah kepada yang sukar secara bertahap.

Etika belajar menurut Imam Al – Ghazali.

 Membersihkan jiwa dari kejelikan akhlak dan keburukan sifat. Jiwa yang bersih penting
bagi memudahkan para pelajar untuk menyerap dan menguasai ilmu yang dipelajrinya
disamping membantu mereka untuk mengambil manfaat daripadanya.
 Memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran. Pelajar dikehendaki berjauhan
dengan keluarga semasa menuntut ilmu. Ini kerana bagi memudahkan pelajar untuk memberi
sepenuh perhatian Ketika sesi pengajian.
 Menghormati ilmu guru. Pelajar perlu menghormati guru dengan cara mengamalkan ilmu
yg diberi dengan sebaiknya, berkongsi ilmu dengan orang lain dan menghormati sumber ilmu
seperti tidak memijak buku pelajaran serta hendaklah selalu memanggil guru dengan
panggilan hormat.
Namun begitu, tetap ditekankan Imam Al – Ghazali ilmu yang paling utama adalah ilmu agama
kerana ia mencakupi keselamatan manusia diakhirat, sedangkan ilmu lain hanya menjamin
keselamatan di dunia sahaja.

Anda mungkin juga menyukai