Anda di halaman 1dari 23

Terbit edisi e-buku, Oktober 2022

© Angkatan Belia Islam Malaysia

Judul Asal: East Turkistan and The Uyghurs


Pengarang: Penyelidik Center For Uyghur Studies
Penterjemah: Grup Penterjemah ABIM
Penyunting: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ahmad Aiman
Reka Letak Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2,
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +60133916299
No.Faks: +603-4108 2400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy

Koleksi E-Buku ABIM PRESS boleh diakses dan dimuatturun


secara percuma di pautan berikut:
https://tinyurl.com/KoleksiEbukuABIMPRESS

Atau boleh juga ikuti perkembangan E-buku terkini di


halaman FB Abim Press:

ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENERBIT

Dengan nama Allāh


Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allāh, Tuhan Sekelian Alam, serta selawat


dan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muḥammad
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Kami ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah subḥānahu


wa ta‘ālā kerana mempermudahkan jalan kepada terbitnya
judul terbaharu ini yang merupakan sebahagian daripada
siri Korpus Turkistan Timur. Judul ini adalah terjemahan
daripada judul asal dalam bahasa Inggeris iaitu “East
Turkistan & The Uyghurs” hasil kajian dan susunan Pusat
Kajian Uyghur yang berpusat di Amerika Syarikat. Karya
asal ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang
dipecahkan judulnya kepada empat bahagian. Judul yang
sedang dihayati oleh para pembaca ketika ini adalah pecahan
yang pertama, yang kami judulkannya sebagai, “Kenali
Uyghur dan Turkistan Timur: Sejarah Ringkas.”
3
Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
Abdulhakim Idris, Pengarah Eksekutif Center for Uyghur
Studies, dan Rushan Abbas, Pengarah Eksekutif Campaign
For Uyghur yang telah memberikan keizinan kepada kami
untuk menterjemahkan karya ini dan seterusnya memberikan
keizinan untuk ABIM menerbitkannya. Kami mendapat
peluang ekslusif membawa kedua-dua pimpinan Uyghur ini
dari Amerika Syarikat ke Malaysia dalam siri advokasi isu-isu
Uyghur ke seluruh negara. Kedua-dua mereka adalah aktivis
yang cekal dan berani, yang mana dari aspek intelektual
membawa misi dan visi yang sama seperti ABIM, iaitu
membangkitkan semangat umat ini melalui jalan ilmu, justeru
penerbitan ini adalah sangat bermakna dan selaras dengan apa
yang kedua-dua mereka impikan kerana ini adalah sebahagian
daripada pencerahan tentang isu Uyghur melalui jalan ilmu.

Judul terbaharu ini penting bagi pandangan kami, dalam


keringkasannya, para pembaca sekalian akan dapat gambaran
yang jelas tentang Uyghur dan Turkistan Timur, dan
barangkali boleh mendapat sedikit jawapan, bahawa Uyghur
ini bukan bangsa China, dan Turkistan Timur bukan
sebahagian dari China, tetapi mereka merupakan bangsa
tersendiri, dan mempunyai negara tersendiri, tetapi kini masih
dijajah dan dikuasai oleh China, melalui namanya yang telah
ditukar kepada Xinjiang, yang bermaksud wilayah baharu.

Akhir kalam, kami mengucapkan berbanyak terima kasih


kepada semua yang terlibat kepada penerbitan karya ini.
Moga-moga karya ini dapat memberikan manfaat yang besar
kepada khalayak pembaca tanahair.
Selamat membaca!

4
KENALI UYGHUR
DAN TURKISTAN TIMUR:
SEJARAH RINGKAS

1.1. PENDAHULUAN
Turkistan Timur terletak di Asia Tengah, di tengah-tengah
geografi Turkistan dan terbentang lebih dari 1,828,414
kilometer persegi. Turkistan Timur berkongsi sempadan
dengan China, Mongolia, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan,
Tajikistan, Afghanistan, Pakistan, India, dan Tibet.

5
Turkistan Timur dikelilingi oleh Altay, Zaisan, dan
pergunungan Junggar dari utara, pergunungan Pamir di
barat, dan pergunungan Kuinlun dan Qaraqorum dari
selatan, serta Altyn Tagh dan Banjaran Qurum di barat
daya. Banjaran Tengri Tagh merupakan jalur semula jadi
yang melintasi Turkistan Timur dari barat ke timur,
membahagikannya kepada dua bahagian. Terdapat Lembah
Tarim di Selatan, dan Lembah Junggar juga Lembah Ili di
utara, yang mana kawasan-kawasan ini berjumlah hampir
satu juta kilometer persegi. Wilayah Turkistan Timur yang
lain terdiri daripada gunung-gunung dan bukit-bukit.

6
1.2. SIAPAKAH UYGHUR?
Uyghur adalah salah satu daripada bangsa Turki tertua
yang mempunyai sejarah yang panjang dan tamadun yang
gilang gemilang. Istilah “Uyghur” bermaksud “perpaduan,
perikatan” dalam istilah Turki lama. Bahasa Uyghur
tergolong dalam cabang Qarluq dari keluarga bahasa Turki
dan ditulis dalam tulisan Arab yang telah dimodifikasi.

Orang-orang Uyghur kebanyakannya adalah Muslim.


Mereka menerima Islam pada abad ke-10 berikutan
raja mereka Sultan Satuq Bughra Khan (920-956), yang
menerima Islam sebagai putera muda. Selama berabad-
abad, Islam telah tersebar luas di Turkistan Timur dan
telah bersilang dengan kebudayaan Uyghur.

7
1.3. SEJARAH POLITIK UYGHUR
Orang-orang Uyghur dalam sejarah telah menubuhkan
banyak negara termasuklah kerajaan-kerajaan serta dua
republik pada abad yang lalu.

Kerajaan Khaganate1 Uyghur Orhun


Orang-orang Uyghur tinggal di wilayah yang luas yang
terbentang daripada Banjaran Greater Khingan di timur
Asia ke Laut Aral di bahagian barat Asia, dan dari Tasik
Baikal di utara ke Tembok Besar China di Selatan.

Pada tahun 605M, orang-orang Uyghur telah


menubuhkan kuasa politik yang bebas dan mengasaskan
Kerajaan Khaganate Uyghur Orhun pada tahun 744M.
Kerajaan Khaganate Uyghur Orhun menjadi empayar yang
paling kuat di Asia Tengah dan Turkistan Timur menjadi
pusat utama ekonomi dan pembangunan kebudayaan Asia.

1 Nota penyunting: Khaganate adalah entiti politik yang diperintah


oleh Khagan, iaitu gelaran yang dipegang oleh pemerintahnya.
Contohnya Khutlugh Bilgé Kül Khaghan (745-747), Bayan Chor
Khaghan (747-759), begitulah seterusnya kepada Khagan terakhir
yang memerintah di bawah kerajaan Khaganate ini iaitu Ho Sa
Khaghan (839-840).

8
Khaganate Uyghur Orhun wujud selama hampir satu
abad sehingga keruntuhannya pada tahun 840M. Dalam
tempoh ini, istilah “Uyghur” adalah istilah yang bersifat
politikal yang merujuk kepada empayar gabungan puak-
puak.

Kerajaan Uyghur Idiqut


Selepas kejatuhan kerajaan Khaganate Uyghur Orhun,
orang-orang Uyghur yang berhijrah ke barat menubuhkan
Kerajaan Uyghur Idiqut pada tahun 848M di bawah
kepimpinan Pantekin, dan menjadikan Beshbaliq sebagai
ibu negeri dan Idiqut sebagai ibu negeri musim sejuk pada
tahun 866M.

Wilayah Kerajaan Uyghur Idiqut terbentang dari


Toqquz Bulaq di timur ke Bugur di barat, dan Gurun
Taklamakan di Selatan ke Pergunungan Altay di utara.
Kerajaan Uyghur Idiqut mewarisi Kerajaan Khaganate
Uyghur Orhun dalam aspek adat dan politik mereka.
Kerajaan Uyghur Idiqut wujud selama hampir 500 tahun
lamanya.

9
Dinasti Qarakhanid
Dinasti Qarakhanid diasaskan
pada tahun 840M di Asia
Tengah berpusat di sekitar
Kashgar, Balasaghun, dan
Samarkand. Pada masa Sultan
Satuq Bughra Khan, raja
ketiga Dinasti Qarakhanid,
warga Dinasti telah menerima
Islam pada tahun 924M.

Ini adalah titik permulaan kepada pengislaman wilayah


Turkistan. Kashgar dan Balasaghun adalah ibu kota kepada
Dinasti Qarakhanid.

Dinasti Qarakhanid wujud bertahan selama tiga abad.

Kerajaan Saidia2 Khanate3


Kerajaan Saidia Khanate wujud selama 164 tahun, dari
tahun 1514M ke 1678M dan telah memainkan peranan
penting dalam sejarah bangsa Uyghur dan Turkistan.
Khanate ditubuhkan untuk menyatukan suku-suku kaum
di bahagian utara dan selatan Gunung Tengri Tagh, dan
dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Sultan Said
Khan.

2 Nota penyunting: Sadia di sini adalah nama yang dinisbahkan


kepada nama pengasas kerajaan ini iaitu Sultan Said Khan.
3 Nota penyunting: Khanate adalah entiti politik yang diperintah
oleh Khan, iaitu gelaran yang dipegang oleh pemerintahnya.

10
Saidia Khanate terdiri
daripada orang-orang
Uyghur kebanyakannya.
Daripada pegawai peringkat
tertinggi dan pegawai
tempatan, daripada jeneral
tentera kepada askar,
kebanyakannya adalah
orang-orang Uyghur.

Institusi-institusi negeri, adat, kehidupan seharian, dan


upacara keagamaan, semuanya adalah berdasarkan kepada
adat sejarah Uyghur.

1.4. MANCHU CUBA MENDUDUKI


TURKISTAN TIMUR
Selepas kejatuhan Kerajaan
Saidia Khanate, banyak
kerajaan kecil telah muncul di
Turkistan Timur.

Mengambil peluang bersejarah ini, Empayar Manchu


menceroboh Turkistan Timur pada tahun 1758 dan
merampas ibu negeri Saidia, iaitu Yarkand pada tahun
1759. Ini adalah merupakan pencerobohan Manchu yang
pertama. Orang-orang Turkistan Timur tidak pernah
berhenti melawan pencerobohan Manchu. Telah banyak
kali orang-orang Turkistan, mengejar dan menghalau
pemimpin Manchu keluar dari Turkistan Timur dan
menubuhkan beberapa negeri di seluruh Turkistan Timur.

11
1.5. YAQUB BEG DAN NEGERI KASHGARIA
Pada tahun 1863, Yaqub Beg berjaya menubuhkan negeri
di Turkistan Timur dan menjadikan Kashgar sebagai
ibu negerinya. Negeri ini dikenali sebagai Kashgaria dan
disokong oleh khalifah Uthmaniyyah.

Negeri Kashgaria dapat menghalang cita-cita


pencerobohan Empayar Manchu selama lebih dari satu
dekad. Bagaimanapun, dengan kematian Yaqub Beg pada
tahun 1877, Kashgaria tidak bertahan lama.

Mengambil peluang ini, Zuo Zongtang, Komander


tentera Manchu, menyokong Empayar Manchu untuk
menyerang Turkistan Timur. Pada tahun 1884, tentera
Manchu secara rasmi menduduki Turkistan Timur.

Bagi memastikan pemerintahan jangka masa panjang,


Empayar Manchu menjadikan Turkistan Timur wilayah
yang ke-19 bagi China dan telah menukar namanya daripada
“Turkistan Timur” kepada nama China “Xinjiang,” yang
bermaksud “New frontier, new border.”

1.6 DUA REPUBLIK


Orang-orang Uyghur yang konsisten melawan pendudukan
Manchu telah dapat menubuhkan dua republik selepas
keruntuhan Empayar Manchu. Walaupun kedua-dua
republik itu dibubarkan dengan komplot bersama antara
China dan Kesatuan Soviet, mereka membuktikan bahawa
tradisi kebangsaan (nasionalis) orang-orang Uyghur tidak
akan hilang.

12
1.6.1 REPUBLIK ISLAM TURKISTAN
TIMUR
Pada 12 November 1933,
Republik Islam Turkistan
Timur telah ditubuhkan
di Kashgar. Kabinetnya
termasuk 16 orang.

Hojaniyaz Haji telah


menjadi presiden dan Damolla
Sabit Abdulbaqi menjadi
Perdana Menteri. Bendera
Biru dengan bulan sabit dan
bintang dijadikan bendera
kebangsaan. Perlembagaan
republik diumumkan dalam
jurnal “Istiqlal,” iaitu jurnal
rasmi kepada East Turkistan
Istiqlal Society.

13
Selepas penubuhan Republik Islam Turkistan Timur,
orang-orang Uyghur di seluruh Turkistan Timur
menunjukkan sokongan yang besar terhadap kerajaan
baru mereka, dan menyumbang dalam setiap cara yang
mereka boleh. Apabila pemimpin-pemimpin tempatan
dan ilmuwan-ilmuwan agama memanggil mereka
untuk menyumbang kepada revolusi di dalam kawasan
kejiranan dan masjid mereka, orang-orang Uyghur –
yang menginginkan kebebasan – menyumbangkan emas,
perak, hartanah, dan ramai dari kalangan para wanita
menyumbang barang kemas mereka.

Malangnya, republik
baru ini dibubarkan
dengan campurtangan
kerajaan Cina dan
Soviet pada 13 April
1934.

Akibatnya, benih-benih revolusi yang telah tersebar di


seluruh Turkistan Timur telah hilang. Walaupun Republik
Islam Turkistan Timur tidak bertahan, ianya dianggap
sebagai republik Islam yang pertama dalam sejarah dunia.

1.6.2. REPUBLIK TURKISTAN TIMUR


Selepas pembubaran Republik Islam Turkistan Timur,
orang-orang Uyghur meneruskan pertentangan mereka
terhadap pendudukan China. Pada 12 November 1944,
Republik Turkistan Timur ditubuhkan di Ghulja.

14
Elihan Tore menjadi
presiden dan Abdurrauf
Mahsum menjadi Perdana
Menteri. Bendera biru yang
sama dengan bulan sabit dan
bintang daripada republik
pertama telah diteruskan.

Kerajaan baru
mengisytiharkan bahawa
ia mewakili Turkistan
Timur yang merdeka,
dan tidak mengiktiraf
rejim China. Kerajaan
Kuomintang yang mewarisi
Empayar Manchu telah
menghantar tenteranya ke
Ghulja dari tiga arah untuk
mengalahkan republik baru
Turkistan Timur.

Tentera China menyerang Ghulja dari tiga arah pada


11 Januari 1945. Oleh kerana Republik Turkistan Timur
berhadapan dengan bahaya, rakyat Turkistan Timur telah
berjuang menentang tentera China siang dan malam,
dan akhirnya mengalahkan mereka di bawah kepimpinan
Elihan Tore. Pejuang-pejuang gerila dan para sukarelawan
turut berjuang melawan tentera-tentera musuh di gunung
-gunung dan mengalahkan mereka.

15
Republik Turkistan
Timur mempunyai bendera
kebangsaan, mata wang,
perlembagaan dan undang-
undang, institusi-institusi
negeri yang melaksanakan
undang-undang, dan tentera
moden yang tersendiri.
Tentera kebangsaan
Republik Turkistan Timur
dapat mengalahkan tentera
China, dan lebih tinggi
daripada tentera China dari
segi disiplin dan organisasi.

Malangnya, republik kedua ini yang ditubuhkan dengan


darah orang-orang Uyghur, juga dibubarkan selepas lima

16
tahun dengan komplot antara kerajaan China dan Soviet.
Kesatuan Soviet menganggap kemerdekaan orang-orang
Uyghur menjadi ancaman kepada pemerintahannya di Asia
Tengah dan oleh yang demikian mereka mengkehendaki
Turkistan Timur untuk menjadi sebahagian daripada
Republik Rakyat China yang baru ditubuhkan. Dengan
ini, Tentera Merah Cina menceroboh Turkistan Timur
pada 1 Oktober 1949. Sejak itu, Turkistan Timur menjadi
negara jajahan China. Walau bagaimanapun, orang-orang
Uyghur sentiasa meneruskan perjuangan mereka untuk
kebebasan mereka dan negara mereka.

1.6.3. TEMPOH TIGA EFFENDI 4


Semasa tahun 1940-an, Muhammad Emin Bugra, Isa
Yusuf Alptekin, dan Dr. Mesut Sabri Baykozi bekerjasama
di Urumqi untuk mencari penyelesaian politik untuk
kemerdekaan Turkistan Timur. Disebabkan kerjasama
rapat mereka, mereka memperoleh nama gelaran “Tiga
Effendi.”

4 Nota penyunting: Effendi di sini adalah gelaran kepada lelaki


yang ada status sosial tertentu, boleh juga menjadi gelaran terhormat
kepada lelaki yang membawa maksud di dalam bahasa kita sebagai
Tuan. Istilah Effendi ini digunakan meluas di Turki.

17
Muhammad Emin Bugra dilahirkan di Hotan pada
tahun 1901 dan dilatih sebagai seorang ilmuwan agama.
Bugra juga merupakan salah seorang pemimpin pengasas
Republik Islam Turkistan Timur pada tahun 1933.

Isa Yusuf Alptekin dilahirkan pada tahun 1901 di


Kashgar. Beliau belajar di kedua-dua (aliran pendidikan)
iaitu di madrasah (sekolah agama) dan sekolah berbahasa
Cina. Beliau telah dipilih ke National Assembly of China
pada tahun 1936.

Dr. Mesut Sabri Baykozi dilahirkan di Ghulja pada


tahun 1887. Dia belajar di Turkiye pada tahun 1904.
Selepas pulang ke Turkistan Timur pada tahun 1914,
beliau meletakkan dirinya di barisan hadapan perjuangan
kebangsaan. Mesut Sabri Baikozi memberikan penumpuan
utama kepada isu pendidikan dan menubuhkan banyak
sekolah. Ketika Rusia menyerang Turkistan Timur pada
tahun 1933, beliau melarikan diri ke China melalui India,
di mana beliau telah dipilih sebagai ahli Majlis Negeri
(the State Council). Ketiga-tiga pemimpin ini bertemu di
Chongqing, China pada tahun 1943, dan mula bekerja
bersama.

Tiga Effendi ini membuat satu siri percubaan untuk


Turkistan Timur ketika mereka bertemu di Chongqing
antara tahun 1943 dan 1945. Yang paling luar biasa adalah
permintaan untuk membuat perlembagaan baru melalui
penggunaan artikel yang berkaitan dengan Turkistan
Timur kepada suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Kerajaan
China.
18
Mereka membuat cadangan terhadap Perlembagaan
China seperti “Penerimaan orang-orang Turkistan sebagai
salah satu daripada bangsa Turki” dan “Pertukaran
istilah Xinjiang kepada Turkistan dalam artikel keempat
Perlembagaan.” Selepas cadangan ini didengari di dalam
kalangan rakyat Cina, para nasionalis China bertindak
balas dengan kemarahan yang besar.

Apabila Republik Turkistan Timur ditubuhkan pada


tahun 1944, Tiga Effendi mendapat peluang untuk pergi
ke tanah air mereka dan bekerja di Urumqi untuk mencari
penyelesaian politik untuk kebebasan Turkistan Timur
sehingga pencerobohan komunis Cina pada tahun 1949.

1.7. SUMBANGAN ORANG-ORANG


UYGHUR TERHADAP DUNIA ISLAM
Sejak menerima Islam, kaum Uyghur telah memberikan
sumbangan yang amat besar kepada Dunia Islam sepanjang
sejarah dalam pelbagai cara, termasuk:

• Sebagai bangsa Turki yang pertama menerima


Islam, orang-orang Uyghur telah memainkan
peranan penting dalam penerimaan bangsa Turki
terhadap Islam dan penyebaran Islam di Asia
Tengah.

• Dengan kelebihan bahasa dan kebudayaan mereka,


orang-orang Uyghur memberikan impak yang
besar terhadap pengislaman Empayar Mongol
begitu juga terhadap benua India.

19
• Sebagai bangsa yang hebat di persimpangan
Laluan Sutera, Uyghur telah memainkan peranan
menjambatani pertukaran kebudayaan di antara
Timur dan Barat terutamanya antara ketamadunan
Cina, ketamadunan India dan ketamadunan Arab-
Parsi. Dengan ini, orang-orang Uyghur telah
memberikan sumbangan yang amat besar dalam
memperkaya ketamadunan Islam.

• Sepanjang abad, orang-orang Uyghur telah


mempertahankan negara-negara Islam di Asia
Tengah dan Selatan, Arab dan dunia Islam daripada
pencerobohan China. Kerana penentangan berani
orang-orang Uyghur, tentera China tidak dapat
datang ke dunia Islam. Orang-orang Uyghur
berterusan memainkan peranan ini pada hari ini.

1.7.1. MAHMUD KASHGARI DAN “DIWAN


LUGHAT AL-TURK”
Mahmud Kashgari adalah
ilmuwan Uyghur abad ke-
11, yang juga merupakan
leksikografi dan pengarang
kamus yang terkenal
“Diwan Lughat al-Turk”
(kompendium dialek Turki).

Beliau Dilahirkan di Kashgar, Turkistan Timur pada


tahun 1008 kepada keluarga diraja Qarakhanid. Beliau
adalah ilmuwan yang hebat, penulis, dan pengasas kepada

20
ilmu perbandingan bahasa. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1105 pada usia 97 tahun.

Mahmud Kashgari telah


mengajar dan melatih ramai
murid sepanjang hidupnya. Beliau
menulis kamus ensiklopediknya
yang terkenal “Diwan Lughat al-
Turk” sekitar tahun 1072-1074 di
ibu kota Abbasid, iaitu Baghdad.

“Diwan Lughat al-Turk” adalah kamus


arab dialek Turki dan ianya dianggap
sebagai kamus perbandingan pertama
dalam sejarah. UNESCO mengisytiharkan
tahun 2008 sebagai “Tahun Mahmud
Kashgari.”

1.7.2. YUSUF KHASS HAJIP DAN


“QUTADGU BILIG”
Yusuf Khass Hajib adalah penyair, negarawan dan ahli
falsafah Uyghur abad ke-11. Beliau dilahirkan pada awal
abad ke-11 di Qarakhanid, ibu kota Balasaghun dan
kemudian tinggal dan bekerja di ibu kota Qarakhanid yang
lain iaitu Kashgar. Tarikh kematiannya tidak diketahui.
Yusuf Khass Hajib menulis bukunya yang terkenal
“Qutadgu Bilig” (Blessed Knowledge) sekitar tahun 1069-
1070 dan menyelesaikan penulisannya ketika usianya sudah
melebihi 50 tahun.

21
“Qutadgu Bilig” adalah merupakan legasi penting yang
ditulis di dalam bahasa Uyghur lama. Ia adalah buku puisi
yang memusatkan kepada topik kenegaraan. Yusuf Khass
Hajib menulis lebih terperinci tentang semua aspek hal
ehwal awam dan negara.

22

Anda mungkin juga menyukai