Anda di halaman 1dari 13

SIMPOSIUM KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH

MANJUNG SIRI 1 BAGI TAHUN 2020

1. PENDAHULUAN

Penyelidikan Kajian Tindakan merupakan aspek terpenting di dalam melahirkan modal


insan yang berkualiti dari aspek pembangunan ilmu pengetahuan, moral, sahsiah dan
peribadi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan harus mempunyai keseimbangan di antara
pembangunan pendidikan ilmu pengetahuanyang mapan serta pembangunan moral yang
tinggi di dalam kalangan pelajar-pelajar. Oleh itu, kualiti guru-guru yang ingin dihasilkan
bagi memastikan keluaran pelajar-pelajar yang baik dan berkualiti juga adalah penting di
dalam memastikanpembangunan modal insan itu adalah membangun secara menyeluruh
mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek serta pembangunan Sosial.

Penyelidikan kajian tindakan adalah sangat penting di dalam meningkatkan mutu dan
amalan pengajaran seseorang guru di dalam bilik darjah agar dapat meningkatkan prestasi
murid-murid serta tahap pengajaran guru dengan cemerlang. Ini juga dapat mewujudkan
suasana sentiasa ingin menuju tahap kejayaan yang lebih baik dalam kalangan pendidik.

Usaha sama di antara ahli akademik, pendidik, pelajar, pihak kerajaan serta masyarakat
setempat adalah penting di dalam memastikan perkembangan intelektual dan sahisah para
pelajar pada masa hadapan adalah berkualiti serta mendokong lima prinsip Rukun Negara
supaya generasi akan datang dapat menjadi insan yang berguna pada masyarakat, bangsa,
agama dan negara.

2. MATLAMAT
Matlamat utama Simposium Kajian Tindakan GPI Daerah Manjung Siri 1 2020 ini adalah
untuk memperlengkapkan bakal guru pelatih serta peserta yang mengikutipersidangan ini
dengan ilmu yang sebaiknya bagi mempersiapkan diri dengan pembangunan pendidikan
yang semakin mencabar pada masa hadapan. Pembangunan pendidikan turut
menekankan pembangunan sahsiah dan moral seseorang itu dengan lebih mendalam.

3. OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan Kajian Tindakan
sebagai satu medium yang penting di dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.
3.2 Memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para guru-guru mengenai
Penyelidikan kajian Tindakan secara menyeluruh.

4. ANJURAN
Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, PPD Manjung

5. TEMA PERSIDANGAN
“Guru Pendidikan Islam Peneraju kepada Revolusi 4.0”
6. TARIKH CADANGAN
10 Disember 2020 (Khamis)

7. TEMPAT
Google Hangouts Meet

8. PESERTA
Guru-guru pendidikan Islam dan Pembentang terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam

AHLI JAWATAN KUASA INDUK

PENASIHAT : EN MOHAMAD AKHIR BIN ABD LATIF

PENGERUSI: EN MOHD MARZUKI BIN ABD GHANI

KETUA PANEL : EN A.ZAMRI BIN HUSIN


DR MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN

PEMBENTANG : PN NARIMAH ABYAD BT ARSHAD (SK SERI SAMUDERA)


PN NOR SHUHADA BT JAAFAR (SK SERI BAYU)
PN NIK FATIHAH BT HARUN AMINURASHID (SJKC KG JERING)
PN NURUL SHUHADA BT TALIB (SJKC KUR SENG)
CIK NUR HANISAH BT HASHIM (SJKC AYER TAWAR)
PN NOR AZRINA BT OTHMAN (SMK PANGKOR)
PN ASIAH BT MOHAMAD NOOR (SMK TLDM)
PN SITI FAUZIAH BT MOHD NOH (SK SERI SAMUDERA)
PN NORHASMANIZA BT NAYAN (SK SERI MANJUNG)
PN KAUTHAR BIN ISMAIL (SK SERI MANJUNG)
PN ZAIRUL HAIZAT BT SABUDIN (SK SERI MANJUNG)
PN NOOR AFIQAH BT SABRI (SK SERI BAYU)
EN AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMED SAID (SMK BATU 10)
EN ZULKARNAIN BIN ABDULLAH (SK SUNGAI BATU)
TENTATIF PEMBENTANGAN
09/12/2020 - RABU
1.45 ptg - Pembentang dan Jemputan/guru-guru log in
2.00 ptg - Moderator Majlis (En Ahmadal Bawani Bin Zainal Abidin – SK Batu 10)
2.00 ptg - pembentangan 1 - -
ELIT: SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA KALIMAH B.ARAB/ AL-QURAN –
PN NARIMAH ABYAD BIN ARSHAD (SK SERI SAMUDERA)

2.15 ptg - pembentangan 2 –


BAGAIMANA "KIT ARABIC" MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN SUKU KATA BAHASA ARAB BERBARIS
SUKUN DAN SYADDAH DENGAN MUDAH – PN NOR SHUHADA BT JAAFAR (SK SERI BAYU)

2.30 ptg - pembentangan 3 –


KATA PENGHUBUNG : SATU KAEDAH MNEMONIK UNTUK MENGUASAI TOPIK SUNAT AB‟AD – Pn
Nik Fatihah Nik Harun Aminarrashed, Pn Nurul Shuhada Talib & Cik Nur Hanisah Hashim
(SJKC Kg Jering, SJKC Kur Seng & SJKC Ayer Tawar)

2.45 ptg - pembentangan 4 –


KAEDAH TIKRAR : TEKNIK JAMAI‟E DAN TAQSIM: SUATU KAEDAH MENGUASAI AYAT HAFAZAN
– Pn Nor Azrina Bt Othman (SMK Pangkor)

3.00 ptg - pembentangan 5 –


TEKNIK „BURRAQ‟- Pn ASIAH BINTI MOHAMAD NOOR (SMK TLDM)

3.15 ptg - pembentangan 6 –


KAEDAH LATIH TUBI (ULANGAN) DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
JAWI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 – Pn Siti Fauziah Bt Md Noh (SK Seri Samudera)

3.30 ptg - pembentangan 7


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGELASKAN KATA TUNJUK “ISIM ISYARAH”
MENGGUNAKAN TEKNIK PENERANGAN MELALUI “NYANYIAN DAN PERMAINAN RODA” – Pn
Norhasmaniza Bt Nayan, Pn Kauthar Bt Ismail, En Zairul Haizat Bt Sabudin (SK Seri Manjung)

3.45 ptg - pembentangan 8


BAGAIMANA KAEDAH “KIT BIJAK IQRA” DAPAT MEMBANTU MURID MENGINGAT NAMA
HURUF-HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL – Pn Noor Afiah Bt Sabri (SK Seri Bayu)

4.00 ptg - pembentangan 9


HUBUNGAN MINAT TAHAP PENGUASAAN QIRA‟AH AL- SAB‟IE DALAM KALANGAN PELAJAR
KELAS MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN – En Junaidi Bin Mohamed Said (SMK Batu
10)

4.15 ptg - pembentangan 10


MODUL IZAKI (INOVASI DALAM PEMBELAJARAN TASMIK) – En Zulkarnaian Abdullah (SK
Sungai Batu)

4.30 ptg – Ucapan daripada En Mohamad Akhir Bin Abd Latif


4.45 ptg – Penyampaian Cenderahati
5.00 ptg- Jamuan Ringan & Bersurai
SESI 10/12/2020 - KHAMIS
2.30 ptg – Pembentang - pembentang, Timb PPD (Pembelajaran) & Tuan PPD log In
2.45 ptg - Bacaan Doa
2.50 ptg - Pembentangan Amalan Kajian Tindakan terbaik oleh SMKA Segamat, Johor
Ustazah Zuliana Shukor
3.15 ptg - Perkongsian Amalan Kajian Tindakan oleh Dr Rozita Mohd Noh (Ketua Jabatan
Penyelidikan, Institut Pendidikan Guru Islam Kampus Bangi) –Kualiti Amalan
Kajian Tindakan GPI ke arah Peneraju Revolusi 4.0
4.45 ptg - Bersurai
I-ELIT: SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI
KEMAHIRAN MEMBACA KALIMAH B.ARAB/ AL-QURAN

OLEH
NARIMAH ABYAD BINTI ARSHAD
SK SERI SAMUDERA, MANJUNG
32040 SERI MANJUNG PERAK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca kalimah
Bahasa Arab dan Al Quran yang dihadapi oleh murid tahap 1, SK Kayan,di dalam subjek
B.Arab al-Quran dan Tasmik. Seramai 51 orang murid tahap 1, dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian diagnostik kelas B.Arab dan Tasmik. Hasil
tinjauan menunjukkan murid sukar mengingati huruf tunggal, bersambung dan sebutan
huruf yang mengandungi baris. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan – Kaedah „i-ELIT‟. Murid telah didedahkan
kepada kaedah „I-ELIT‟ selama 60 minit dalam setiap kelas al-Quran dan Tasmik dan
kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 12 minggu waktu pdpc. Keputusan ujian pos
telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan
murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar membaca Al Quran melalui
kaedah „i-ELIT‟.
BAGAIMANA "KIT ARABIC" MEMBANTU MURID "MEMBEZAKAN SUKU
KATA BAHASA ARAB BERBARIS SUKUN DAN SYADDAH" DENGAN MUDAH.

NOR SHUHADA BINTI JAAFAR


BAHASA ARAB
SK Seri Bayu

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membantu murid-murid tahun 3 ibnu sina yang lemah dalam
membezakan suku kata Bahasa Arab yag berbaris sukun dan syaddah. Murid - murid yang
terlibat adalah seramai 2 orang murid. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan
membimbing murid- murid agar menguasai kemahiran ini dalam matapelajaran Bahasa
Arab.

Kajian ini berkaitan pembezaan suku kata berbaris sakinah dan syaddah. Ia berkaitan
pengecaman huruf- huruf yang telah dicerakinkan dengan menggunakan Kit Arabic.
Seterusnya murid-murid dapat menyambung suku kata tersebut menjadi perkataan yang
sempurna serta dapat menyebut dengan fasih.
KATA PENGHUBUNG : SATU KAEDAH MNEMONIK UNTUK MENGUASAI
TOPIK SUNAT AB‟AD
Nik Fatihah Nik Harun Aminarrashed, Nurul Shuhada Talib &
Nur Hanisah Hashim
1
SJK (C) KAMPUNG JERING, PERAK
2
SJK (C) KUR SENG, PERAK
3
SJK (C) AYER TAWAR, PERAK
Abuadam713@gmail.com
Shuazim2@gmail.com
hanisah2111@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid menguasai bidang


ibadah di bawah topik Sunat Ab‟ad menggunakan teknik kata hubung
berbantukan fungsi warna dan pergerakan gaya. Hal ini kerana murid
berhadapan dengan kesukaran untuk mengingat perkara-perkara yang
terkandung dalam sunat tersebut. Oleh itu, tiga orang murid, SJK (C)
Rampai dipilih sebagai peserta bagi kajian ini. Pengumpulan data
dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Analisis
data dalam kajian ini menggunakan triangulasi kaedah bagi mendapatkan
kesahan dan kebolehpercayaan. Penguasaan murid bagi tajuk Sunat Ab‟ad
menunjukkan peningkatan nilai min bagi peratus peningkatkan sebanyak
93%. Demikian, dapat dirumuskan bahawa teknik kata hubung Ab‟ad dapat
membantu murid mengingat perkara-perkara yang terkandung dalam sunat
Ab‟ad disamping mengekalkan minat mereka dalam proses pembelajaran.
Kajian ini juga penting sebagai rujukan buat warga pendidik dalam
pemilihan dan pengaplikasian kaedah dan teknik pengajaran yang efektif
bagi memastikan kemenjadian murid disamping membantu peningkatan
amalan profesional mereka. Cadangan bagi kajian lanjutan yang boleh
dijalankan ialah pengaplikasian Kaedah Mnemonik ini pada tajuk lain
dalam pelbagai bidang Pendidikan Islam untuk membantu meningkatkan
kebolehan murid dalam mengingat fakta-fakta penting.

Kata kunci: Sunat Ab‟ad, Kaedah Mnemonik, Kata Penghubung,Teknik


Warna, Pergerakan
KAEDAH TIKRAR : TEKNIK JAMAI‟E DAN TAQSIM:
SUATU KAEDAH MENGUASAI AYAT HAFAZAN

noorazrinaothman@gmail.com

Noor Azrina Binti Othman

Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor


Jalan Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Perak

ABSTRAK

Objektif Kurikulum Standard Pendidikan Islam Tingkatan 1 adalah memastikan


murid menghafaz ayat hafazan dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih serta
mengamalkan ayat tersebut di dalam kehidupan harian. Namun, terdapat isu pelajar tidak
mampu mencapai tahap minimum dalam TP semasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
khususnya bahagian ayat hafazan. Masalah utama yang telah dikesan berdasarkan
pemerhatian, PBD serta ujian terdapat sebilangan murid tidak mampu menghafaz
disebabkan mereka menganggap menghafaz merupakan perkara yang sukar disebabkan
tahap kemampuan mereka membaca Al-Quran amat lemah. Ini menjadikan mereka kurang
berminat untuk menghafaz ayat pilihan tersebut. Oleh itu, guru memilih Teknik Jama‟ie
dan Taqsim bagi mengatasi permasalahan ini. Seramai 19 orang pelajar kelas telah dipilih
sebagai peserta untuk teknik ini. Data yang diperoleh sebelum dan selepas telah diproses
secara manual oleh pengkaji. Selepas mereka didedahkan dengan teknik ini, peserta
mampu mencapai sekurang-kurangnya TP 3 untuk ayat hafazan Surah Al-Baqarah ayat 1
hingga 5. Cadangan penambahbaikkan bagi kajian ini adalah untuk mengguna pakai
teknik ini bagi subjek yang berfakta.
TEKNIK „BURRAQ‟

OLEH

ASIAH BINTI MOHAMAD NOOR


SMK PANGKALAN TLDM
32100 LUMUT, PERAK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid Tingkatan 1 Al-Farabi yang tidak dapat menghafaz ayat hafazan dengan pantas.
Seramai 32 orang pelajar 1 Al-Farabi dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk ayat
hafazan sebanyak 12 ayat dalam Surah Al-Baqarah. Hasil tinjauan menunjukkan murid
tidak dapat menghafaz ayat hafazan dengan cepat. Murid hanya menghafaz secara
individu. Murid yang mahir membaca Al-Quran dapat menghafaz dengan baik, manakala
murid yang sederhana tidak dapat melaksanakan ayat hafazan dengan baik. Perancangan
tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan daya ingatan murid melalui kaedah
„round robin‟, ulang ayat dan carta „Huffaz Cemerlang‟. Murid telah didedahkan kepada
teknik hafazan secara berkumpulan selama 4 sesi pengajaran dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid dapat
mengingati ayat hafazan dengan cepat dan mereka berlumba-lumba untuk menyelesaikan
hafazan kerana terdapat carta „Huffaz Cemerlang‟ di dalam kelas. Murid-murid juga tidak
merasa terbeban dan sukar untuk menghafaz. Ayat hafazan merupakan salah satu
bahagian dalam Sukatan Pendidikan Islam, Ayat hafazan dipilih berpandukan kepada
sukatan Ayat-ayat Tilawah yang mempunyai hubung kait dengan kehidupan dan amalan
harian. Ayat ini juga dipilih untuk menjadi amalan harian umat Islam yang terkandung
di dalamnya doa-doa yang menjadi amalam setiap kali lepas solat.
KAEDAH LATIH TUBI (ULANGAN) DAPAT MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2

SITI FAUZIAH BINTI MOHD NOH

SK SERI SAMUDERA MANJUNG RAYA


32040 SERI MANJUNG PERAK
2020

ABSTRAK

Guru-guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran Mata


Pelajaran Jawi kerana terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam penguasaan
kemahiran menulis Jawi. Hal demikian ini tidak boleh dibiarkan kerana ia
akan berpanjangan. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah cukup berkesan
bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana dan
lemah. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi membantu beberapa orang murid yang
dikesan yang bermasalah dalam menyambung huruf-huruf Jawi bagi membentuk
perkataan. Kebolehan menulis dalam tulisan Jawi akan meningkatkan murid dalam
menguasai pembelajaran Pendidikan Islam.
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGELASKAN KATA
TUNJUK “ISIM ISYARAH” MENGGUNAKAN TEKNIK PENERANGAN
MELALUI “NYANYIAN DAN PERMAINAN RODA”

Norhasmaniza bt Nayan
Kauthar bt Ismail
Mohd Zairul Haizat b Sabudin
(SK SERI MANJUNG)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 4 Berlian ,


yang lemah dalam membuat pengelasan isim isyarah (kata tunjuk).
Murid-murid yang terlibat adalah seramai 5 orang .Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid ini
agar dapat menguasai kemahiran ini dengan lebih baik.
Kajian ini berkaitan kaedah untuk menentukan isim isyarah (kata
tunjuk) dalam satu ayat) ‫(ذلك – تلك‬.Ia memfokuskan kepada proses
pengecaman dalam membezakan antara muzakkar dan muannas
dengan menggunakan teknik penerangan melalui kaedah “Nyanyian
dan Permainan Roda”. Tinjauan awal yang telah dilakukan ialah
mengenal pasti masalah murid melalui semakan latihan murid, latihan
lisan, dan pemerhatian di dalam kelas. Pengesanan awal terhadap
masalah ini telah mendorong guru mencari kaedah yang
memudahkan murid untuk memahami konsep isim isyarah dan
seterusnya dapat dipraktikkan oleh murid pada pelajaran-pelajaran
akan datang.
BAGAIMANA KAEDAH “KIT BIJAK IQRA” DAPAT MEMBANTU MURID
MENGINGAT NAMA HURUF-HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL

0LEH:
Noor Afiah Binti Sobri
Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Kompleks Sekolah Wawasan Seri Manjung, Perak

ABSTRAK

Bidang Tilawah al-Quran merupakan pengantar ilmu bagi Pendidikan Islam sekolah
rendah. Bidang ini memfokuskan pelbagai kemahiran yang digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia yang perlu dicapai oleh semua murid antaranya ialah kemahiran
mengenal huruf-huruf Hijaiyyah. Kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat
nama huruf-huruf Hijaiyyah dengan bantuan „KIT Bijak Iqra‟ bagi murid-murid yang
masih lagi tidak menguasai huruf-huruf Hijaiyyah (alif hingga ya). Responden terdiri
daripada 2 orang murid kelas 1 PKB Bistari yang masih berada pada tahap bacaan Buku
Iqra‟ 1 dalam tasmik al-Quran. Data dikumpulkan melalui instrument Rekod Pencapaian
Murid Program j-QAF Pendidikan Khas dan senarai semak bacaan yang telah dilakukuan
terhadap murid. Dapatan dari senarai semak bacaan dari buku Iqra‟ satu sebelum
menjalankan pelan intenvensi ialah sebanyak 30%. Manakala selepas menjalankan pelan
intenvensi, dapatan menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 60%. Rumusan
daripada kajian yang telah dijalankan oleh guru ini memberikan kesan yang positif
terhadap peningkatan pencapaian murid yang dikaji.

Anda mungkin juga menyukai