Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PRASEMINAR PENULISAN & PENERBITAN JURNAL 2023


PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.r.b.t.. Salam


sejahtera.. Salam Malaysia Madani..Salam MIZANIS Terbilang..

1. Yang berusaha,
Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan
Kecemerlangan Akademik IPGKSM merangkap wakil rasmi
Pengarah IPGKSM,
2. Yang dihormati,
Dr. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff,
Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi (JPPI)
IPGKSM,
3. Yang dihormati,
Dr. Wan Hasni bin Wan Ahmad,
Penyelaras Praseminar Penulisan & Penerbitan Jurnal 2023,
5. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, ketua-ketua sektor,
barisan jawatankuasa Praseminar Penulisan & Penerbitan
Jurnal 2023, para pensyarah kanan dan pensyarah cemerlang,
para pensyarah, para pegawai serta staf pengurusan dan
pentadbiran, seterusnya para hadirin yang dihormati dan
dikasihi sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada para hadirin ke Praseminar


Penulisan & Penerbitan Jurnal tahun 2023 peringkat IPGKSM.

Pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran


kepada Allah S.W.T atas kurniaan dan izinNya dapat kita
berhimpun pada pagi yang berbahagia dan penuh barakah ini
bagi bersama-sama mengimarah serta memeriahkan
Praseminar Penulisan & Penerbitan Jurnal tahun 2023 peringkat
IPGKSM.

1
Hadirin sekalian,

Praseminar Penulisan & Penerbitan Jurnal tahun 2023 pada hari


ini diadakan bagi membuat persediaan dan persiapan para
penyelidik dan penulis untuk membentangkan hasil penulisan
dan penyelidikan masing-masing dalam Seminar Penulisan &
Penerbitan Jurnal Zon Utara 2023 yang akan diadakan pada 11
hingga 13 Julai nanti.
Penganjuran seminar ini merupakan satu usaha untuk
menggalakkan para pensyarah melibatkan diri dalam aktiviti
penyelidikan selain membentuk budaya penyelidikan dalam
kalangan warga IPG khususnya IPG Kampus Sultan Mizan.
Selain menghasilkan artikel untuk diterbitkan ke dalam jurnal-
jurnal IPG, ia turut memberi peluang kepada para penyelidik dan
penulis yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai
pengurusan untuk meningkatkan jumlah jam dalam Amanah
Tugas Pensyarah (ATP) serta memenuhi kriteria-kriteria bagi
penarafan IPG.

Membuka tirai pada pagi ini, pihak majlis dengan ini menjemput
Muhammad Fadhlin bin Zaid, siswa pendidik semester 6 dari
Unit PAI4 untuk membacakan doa. Bagi hadirin yang bukan
Islam boleh bertafakur sebentar mengikut kepercayaan masing-
masing. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.
Bacaan doa
Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Fadhlin bin Zaid
atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada pagi ini mendapat
rahmat dan keberkatan daripada Allah. S.W.T.

2
Hadirin sekalian,

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman,
Ucapan Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap
Perasmian wakil rasmi Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk
Wakil Pengarah menyampaikan ucapan perasmian Praseminar Penulisan &
IPGKSM Penerbitan Jurnal tahun 2023 peringkat IPGKSM. Dengan
hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman atas kesudian
merasmikan majlis pada pagi ini.

Hadirin sekalian,

Ucapan perasmian tersebut mengakhiri majlis pada pagi ini. Pihak


majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada para hadirin, ahli jawatankuasa penganjur
serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis pada pagi
ini.
Penutup
Sejurus selesai majlis ini, para pembentang boleh membuat
pendaftaran bersama dengan pihak urus setia dan
pembentangan akan dilaksanakan di bilik-bilik bersama
pengerusi sidang yang telah ditetapkan.
Sebelum bersurai, pihak majlis mempersilakan Yang Berusaha,
Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman untuk sesi bergambar bersama
dengan para hadirin.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai