Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS APRESIASI TINTA JURNAL IPGKSM TAHUN 2021

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN


Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim,
Pengarah IPGKSM masuk ke Bilik Santapan Di Raja.

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.r.b.t..Salam sejahtera..


Salam Malaysia Madani..Salam MIZANIS Terbilang..

1. Yang berbahagia, Dr. Hj. Ahamad bin Rahim,


Pengarah IPGKSM,
2. Yang berusaha,
Ts. Dr. Pajuzi bin Awang, Timbalan Pengarah IPGKSM,
3. Yang dihormati, Dr. Hjh. Haslina binti Hj. Hanapi,
Pengerusi Penerbitan Jurnal 2021 merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Program Transformasi Pendidikan IPGKSM,
4. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, ketua-ketua sektor, barisan
sidang editor, para penulis, pereka grafik dan penerbit digital jurnal-
jurnal IPGKSM, para pensyarah, para pegawai serta staf pengurusan
Ucapan
dan pentadbiran, seterusnya para hadirin yang dihormati dan dikasihi
pembukaan
sekalian.
pengerusi majlis

Pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran


kepada Allah S.W.T atas kurniaan dan izinNya dapat kita berhimpun
pada pagi yang berbahagia ini bagi memeriahkan Majlis Apresiasi
Tinta Jurnal IPGKSM Tahun 2021.

Hadirin sekalian,

Majlis Apresiasi Tinta Jurnal IPGKSM Tahun 2021 merupakan majlis


yang dianjurkan oleh Unit Program Transformasi Pendidikan, dengan
kerjasama Jabatan Pembangunan Latihan IPGKSM. Tujuan majlis ini
diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada sidang editor,
para penulis serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan penerbitan jurnal-
jurnal IPGKSM iaitu Jurnal Penilaian Program, Jurnal Penyelidikan
Muallim, Jurnal Al-Basuti, Jurnal Akademik Al-Mizan dan Jurnal STEM
Berwasit.

1
Membuka tirai majlis pada pagi ini, pihak majlis dengan ini menjemput
Tuan Haji Mohd Rusli bin Ismail, Pensyarah Kanan Jabatan
Pendidikan Islam & Moral untuk membacakan doa. Bagi yang bukan
Islam boleh bertafakur sebentar mengikut kepercayaan masing-
Bacaan doa masing. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Rusli bin Ismail atas
bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada pagi ini mendapat rahmat
dan keberkatan daripada Allah. S.W.T.

Hadirin sekalian,

Majlis berhenti untuk seketika bagi memberi ruang kepada para


Jamuan makan hadirin menikmati jamuan yang disediakan. Jangan segan dan silu,
dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Dr. Hjh. Haslina


binti Hj. Hanapi, Pengerusi Penerbitan Jurnal 2021 merangkap
Ucapan KUPTP Pengerusi Jawatankuasa Program Transformasi Pendidikan IPGKSM
IPGKSM untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya majlis
mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Hjh. Haslina binti
Hj. Hanapi atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia


Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Pengarah IPGKSM untuk menyampaikan
Ucapan Tuan ucapan perasmian Majlis Apresiasi Tinta Jurnal IPGKSM Tahun 2021.
Pengarah Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Hj.


Ahamad bin Rahim atas ucapan perasmian yang diberikan sebentar
tadi.

2
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada sidang editor, para
penulis serta pihak-pihak yang terlibat dalam penerbitan jurnal-jurnal
IPGKSM Tahun 2021.
Terlebih dahulu majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Ts. Dr.
Pajuzi bin Awang, Timbalan Pengarah IPGKSM untuk menyampaikan
sijil kepada Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Pengarah
IPGKSM sebagai penasihat Penerbitan Jurnal IPGKSM Tahun 2021.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad
bin Rahim untuk menyampaikan sijil kepada Yang Berusaha Ts. Dr.
Pajuzi bin Awang yang juga merupakan penasihat Penerbitan Jurnal
Penyampaian IPGKSM Tahun 2021.
Sijil
Mohon Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim untuk kekal
berada di hadapan.

Majlis seterusnya menjemput Dr. Hjh. Haslina binti Hj. Hanapi,


Pengerusi Penerbitan Jurnal 2021 merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Program Transformasi Pendidikan IPGKSM bagi
mengiringi Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim untuk
menyampaikan sijil kepada sidang editor, para penulis serta pihak-
pihak yang terlibat dalam penerbitan jurnal-jurnal IPGKSM Tahun
2021. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin Rahim dan Dr. Hjh. Haslina binti
Hj. Hanapi atas kesudian menyampaikan sijil kepada para penerima
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Alhamdulillah kita sudah berada di penghujung acara.
Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
Penutup terima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur serta kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis pada hari ini.

Sebelum bersurai, menjemput Yang Berbahagia Dr. Hj. Ahamad bin


Rahim untuk sesi bergambar bersama dengan hadirin.

Anda mungkin juga menyukai