Anda di halaman 1dari 1

Langkah-Langkah

Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam memupuk semangat kerijanan dengan menjadi suri
teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik
kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka, mereka
akan mencontohi teladan yang ditunjukkan. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau
menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain
itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk
semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan
anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sekiranya
semangat kejiranan dapat dipupuk dalam kalangan individu yang mendapat pengaruh baik dari ibu
bapa mereka dalam segi perpaduan, tidak mustahil negara dapat melahirkan generasi yang
bijaksana dan dapat bekerjasama dalam memajukan negara pada masa akan datang. Tegasnya,
contoh teladan yang baik dari ibu bapa dapat mempengaruhi cara pergaulan anak-anak dan sikap
mereka dalam kejiranan mahupun perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai