Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.

t para juri yang bijaksana dan sidang penonton yang dimuliakan


sekalian.
Di pentas kini, para penonton boleh menyaksikan peragawati cilik ini sedang memperagakan
busana tradisional Melayu Johor iaitu baju kurung Teluk Belanga. Dalam konteks sejarah,
pengertian ‘kurung’ membawa erti ‘mengurung’ atau menutup anggota tubuh. Ini menepati
konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam. Manakala, nama ‘Teluk Belanga’ itu
diambil dari nama tempat pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar sekitar tahun 1800 di
Teluk Belanga, Singapura sebelum berpindah ke Johor Bahru.

Baju kurung yang sedang diperagakan ini berwarna biru diperbuat daripada kain songket
mempunyai leher berbentuk bulat dan ada belahan di hadapan. Peragawati menggunakan
kerongsang untuk mengancing leher baju. Potongan busana labuh sehingga ke lutut dan
kelihatan besar serta longgar kerana adanya bahagian yang dikenali sebagai ‘pesak’ dan
‘kekek’.
Kain yang digayakan pula, juga diperbuat daripada fabrik songket gabungan warna biru
yang lebih gelap dan kuning cair, atau lebih dikenali dengan warna krim. Ropol kain kemas
tersusun di sebelah kanan.
Peragawati yang manis ini turut memadankan busana dengan kain sarung berdagang luar,
menggunakan ikatan yang dikenali sebagai ‘ombak mengalun’. Kain sarung ini juga
diperbuat daripada fabrik songket berwarna krim .Ianya digunakan untuk menutup
bahagian bawah badan. Ada kalanya, kain sarung dipegang sahaja pada paras pinggang
dan akan dijadikan kain kelubung bagi menutupi kepala ketika si pemakai hendak keluar
rumah dan berada di khalayak ramai.
Terdapat juga kain yang dikenali sebagai sibai berwarna krim terletak elok menutupi
bahagian bahu dan dada si pemakai. Terdapat juraian benang berwarna keemasan pada
kain sibai ini.
Dalam berbusana, aspek perhiasan tidak dilupakan. Peragawati ini memakai cucuk sanggul
dan tambahan bunga-bungaan sebagai perhiasan kepala. Pada zaman dahulu, perhiasan
cucuk sanggul menjadi simbol status bagi si pemakainya. Ia turut dijadikan sebagai senjata
untuk mempertahankan diri. Selain itu, peragawati turut mengenakan rantai leher, gelang
tangan dan gelang kaki bagi menambah seri.

Percaya atau tidak, gaya yang ranggi ini dianggap eksklusif pada suatu ketika dahulu. Pendek
kata, busana ini jelas memperlihatkan keunikan identiti orang melayu Johor yang pandai
menjaga adab.
Cantik berseri si gadis melayu,
Bersiar-siar dihembus bayu
Baju kurung teluk belanga dipakai ayu
Identiti bangsa rumpun melayu.
Begitulah indahnya, pakaian yang direka oleh nenek moyang kita. Bak kata pepatah ‘ Tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’. Walaupun busana ini telah berabad direka, tetapi
masih relevan digayakan pada zaman moden. Namun, ianya telah melalui evolusi dari segi
jenis fabrik untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca yang panas. Contohnya penggunaan
fabrik kapas dan sutera. Pada hari ini, ramai yang memilih untuk memakai baju kurung teluk
belanga pada hari raya, kenduri kendara, untuk keluar bekerja dan dijadikan pakaian
seharian. Ini disebabka, busana ini sungguh selesa dan sopan. Malah, Negeri Johor yang kita
sayangi ini juga menggalakkan profesion di sektor awam untuk membudayakan pemakaian
busana tradisional Johor ini pada setiap hari Khamis. Jika tidak kita yang meyambung
warisan budaya melayu ini, siapa lagi?
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai