Anda di halaman 1dari 9

SUBJEK :

ASAS PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN

KOD KURSUS :
( KID2103 )

TUGASAN :
PENULISAN

NAMA & NO MATRIKS :


NURUL IZZAH BT NORAZAM ( KID230604117 )

NAMA PENSYARAH :
DR. NAZARIYAH BINTI SANI

PROGRAM :
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM
SEMESTER SATU ( AMBILAN JUN 2023 )
SOALAN : HURAIKAN DUA TEORI PERKEMBANGAN
MANUSIA DAN SATU TEORI PEMBELAJARAN YANG
DIAPLIKASI OLEH GURU ANDA BERDASARKAN
PEMERHATIAN ATAU PENGALAMAN KETIKA BERADA DI
SEKOLAH RENDAH ATAU MENENGAH

PENGENALAN

Berdasarkan apa yang saya telah pelajari, pengetahuan mengenai pertumbuhan dan
perkembangan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam
pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua
proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan
perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh
kanak-kanak berbagai umur dan membolehkan guru merancang serta memilih bahan
bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru juga perlu mengetahui jenis
minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi
dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan sewaktu di dalam
kelas. Selain itu, terdapat pelbagai teori perkembangan manusia yang amat penting untuk
kita tahu. Sewaktu saya menganalisis teori untuk perkembangan kanak - kanak ini, saya
dapat melihat yang perkara ini penting untuk guru-guru meniliti setiap teori
perkembangan ini agar dapat membimbing pelajar-pelajar dengan lebih efektif. Dua teori
perkembangan manusia yang akan saya jelaskan ini adalah teori Arnold Gesell dan Erik
Erikson serta teori pembelajaran.
TEORI ARNOLD GESELL

Teori pertama yang akan saya jelaskan adalah teori Arnold Gesell. Teori yang
dikemukakan oleh Arnold Gesell ini berupa teori kematangan biologi yang mengatakan
tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau
kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran.
Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu dan organ serta fungsi-fungsi lain
berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian, perlakuan
kanak-kanak boleh diramalkan. Oleh itu, Arnold Gesell mempercayai kematangan
menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau mementingkan baka
sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak - kanak.

Arnold Gesell juga membahagikan perkembangan kanak - kanak kepada lima peringkat
antaranya ialah pada peringkat pertama sewaktu 0 hingga 1 tahun, semasa berumur
sebulan, bayi menghasilkan tangisan berlainan yang membezakan tangisan lapar dan
tangisan yang menginginkan belaian dari ibunya. Semasa berusia 4 bulan, bayi melalui
peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira sementara di usia
8 bulan pula, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh
menggenggam objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi 1 tahun pula bayi telah boleh
berdiri dengan bantuan objek berdekatannya.

Berdasarkan teori ini, saya mempunyai pengalaman menarik yang ingin saya
kongsikan. Rakan saya yang bernama Alisha yang ketika itu sama umur dengan saya,
11 tahun. Saya dan Alisha bermain di taman permainan yang berada di sekolah kami,
ketika kami bermain, tiba – tiba datang seorang cikgu kami. Cikgu kami yang bernama
Saadiah. Cikgu Saadiah memarahi kami kerana bermain di taman permainan tersebut
tanpa sebab padahal pada waktu itu kami sudah selesai kelas. Selepas kejadian tersebut,
kawan saya Alisha selalu berasa tidak seronok dan terpaksa ketika belajar subjek
matematik yang diajar oleh Cikgu Saadiah, sedangkan sebelum ini Alisha sangat suka
dengan subjek matematik tetapi disebabkan kejadian itu, Alisha tidak lagi minat dengan
subjek matematik. Dan pada hari peperiksaan, Alisha tidak dapat menjawab kertas
peperiksaan matematik dengan baik kerana tidak menumpukan perhatian di dalam kelas
yang diajar oleh Cikgu Saadiah. Pada hari keputusan keluar, Cikgu Saadiah melihat
keputusan Alisha yang sangat menurun sedangkan sebelum ini Alisha selalu mendapat
markah yang baik dalam subjek yang diajar olehnya. Selepas hari keputusan keluar,
Cikgu Saadiah berjumpa dengan Alisha dan Cikgu Saadiah meminta maaf kerana
memarahi mereka pada hari itu. Cikgu Saadiah memberitahu bahawa beliau tidak sedar
sewaktu memarahi mereka pada waktu itu kerana beliau terlalu mengikut perasaannya
yang terlalu stres pada waktu itu. Di sini kita dapat melihat bahawa kanak-kanak tidak
suka apabila diri mereka dihalang dari membuat apa yang diingini. Jelaslah bahawa
kematangan kanak – kanak tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu tanpa
mengambil kira peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya.
TEORI ERIK ERIKSON

Teori kedua yang akan saya jelaskan pula adalah teori perkembangan Erik Erikson.
Erik Erikson merupakan seorang penuntut Freud dan beliau juga terkenal dengan teori
psikososialnya yang menegaskan pengaruh sosial dan budaya ke atas pembentukan
personaliti seseorang. Beliau mempercayai manusia berpotensi untuk perkembangan
psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam proses
perkembangan. Terdapat lapan peringkat yang telah dikenalpasti oleh beliau dalam
perkembangan manusia.

Antara salah satu peringkatnya adalah pada peringkat identiti lawan kekeliruan identiti
sewaktu berumur 12 hingga 18 tahun. Ini merupakan peringkat remaja, di mana mereka
cuba mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka cuba
mendapatkan kestabilan diri dalam masyarakat sekiranya mereka gagal, mereka akan
meragui peranan mereka dalam masyarakat.

Berdasarkan teori ini, pengalaman yang berlaku di depan mata saya merupakan kisah
rakan saya. Rakan saya yang bernama Syahida. Syahida seorang yang sangat pendiam
dan mempunyai sifat malu yang tidak terkawal untuk berbual dengan orang yang ada di
sekelilingya. Dia hanya selesa dengan keluarganya serta rakan yang rapat dengannya
sahaja. Pada suatu hari, cikgu Farah (cikgu sekolah menengah) secara tiba - tiba
meminta Syahida untuk masuk pertandingan bercerita. Dan disini bermulalah rasa tidak
tenang dalam diri Syahida kerana perlu berdepan dengan orang ramai pada hari
pertandingan tersebut berlangsung. Oleh itu, Cikgu Farah pun mula memberi bimbingan
kepada Syahida. Cikgu Farah sentiasa berada di sisi Syahida untuk terus memberi
semangat kepada Syahida dan selalu mengajar Syahida untuk memupuk keberanian
dalam dirinya dan lama-kelamaan Syahida sudah mula rasa berani, dan tibalah pada hari
pertandingan bercerita tersebut, Syahida dapat berdiri dan mempersembahkan
persembahan bercerita di hadapan orang ramai dengan sangat baik dan dia berasa
sangat bangga dengan diri sendiri kerana memiliki keberanian yang tidak pernah
disangka sebelum ini. Dan disini terlihatlah bahawa murid hanya mempercayai guru yang
memahami dan melayaninya dengan baik. Guru seperti ini adalah guru yang dapat
menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Teknik nasihat yang diberikan juga perlu
berbeza – beza bagi memenuhi keperluan semua murid yang berada di dalam peringkat
perkembangan yang pelbagai.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Seterusnya, saya akan menjelaskan tentang teori pembelajaran. Teori - teori


pembelajaran merujuk kepada prinsip - prinsip dan hukum - hukum berkaitan
pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami
tingkah laku pembelajaran. Teori pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian.
Antaranya teori behaviorisme. Teori ini yang akan saya jelaskan pada perenggan
seterusnya.

Teori behaviorisme ini menekankan kepada perubahan tingkah laku yang disasari oleh
prinsip stimulus dan respons. Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal.
Seseorang individu dianggap telah belajar sesuatu jika dapat menunjukkan perubahan
pada tingkah lakunya. Menurut teori ini, yang paling penting adalah input yang berupa
stimulus dan output yang berupa respons. Apa sahaja yang diberikan oleh guru (stimulus)
dan apa yang dihasilkan oleh murid (respons) semuanya harus diperhati dan diukur.
Menurut Rahil Muhyidin J.M. (2000), dalam buku Psikologi Pendidikan II, tokoh-tokoh
behaviorisme berpendapat bahawa pelajaran merupakan suatu hal yang penting untuk
melihat perubahan tingkah laku.

Oleh itu, saya ingin memberikan contoh berdasarkan pengalaman yang saya alami. Di
dalam kelas terdapat seorang pelajar lelaki yang bernama Syahir. Syahir ini ialah murid
yang selalu disebut oleh ramai cikgu sewaktu di sekolah. Ini kerana Syahir mempunyai
satu perkara yang dia minati tetapi cikgu - cikgu sangat marah kerana Syahir sering tidak
menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Pada bulan kedua sesi persekolahan, kami
mendapat cikgu baru yang bernama Amira. Cikgu Amira menggantikan salah satu guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana guru tersebut terpaksa berpindah
atas sebab hal peribadi keluarga. Jadi bermulalah hari kami bersama cikgu baru yang
akan mengajar kami dalam subjek Bahasa Inggeris. Pada minggu kedua Cikgu Amira
mengajar, beliau mula memberikan kami kerja sekolah. Beliau ingin setiap murid untuk
menghantar kerja yang diberikannya pada minggu hadapan. Seminggu pun berlalu,
beliau pun meminta semua murid untuk letak semua kerja sekolah di atas mejanya tetapi
apabila diperiksa hanya seorang sahaja yang belum menghantar tugasan dan murid itu
ialah Syahir. Syahir masih tidak mengubah sikapnya yang malas untuk menyiapkan kerja
sekolah maka Cikgu Amira pun memberi peluang kepada Syahur untuk menghantarnya
pada minggu hadapan. Tiba pada hari yang ditetapkan, Syahir tetap tidak menghantar
kerjanya itu. Cikgu Amira pun terus mengambil keputusan untuk mendenda Syahir.
Selepas daripada kejadian itu, Syahir mula berubah dan dia mula untuk menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan tepat pada masanya tidak kiralah ketika subjek Cikgu Amira
mahupun cikgu-cikgu yang lain.

Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa pembelajaran hanya bermula apabila
wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang diberi. Proses pembelajaran
akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinstik yang sesuai sama ada peneguhan
positif atau negatif, sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan
tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
PENUTUPAN

Maka terbuktilah bahawa pengetahuan mengenai teori – teori pertumbuhan dan


perkembangan kanak – kanak akan memberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa untuk
membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Setiap
satu teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang
dikemukakan. Oleh itu, kita perlu mengenali kesemua teori agar kita dapat ketahui
kesannya ke atas perkembangan kanak – kanak. Antara faedah yang dapat membantu
guru sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ini
adalah dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayaan,
mental, jasmani dan emosi pelajar. Akhir sekali, guru juga dapat menyediakan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna serta menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai