Anda di halaman 1dari 2

JENIS-JENIS RALAT

1. Ralat Kasar/Pengguna

Ralat kasar biasanya disebabkan oleh manusia/pengguna sendiri kerana kesilapan memilih
instrumen  yang tidak sesuai, salah mengambil bacaan, salah mengendalikan instrumen, terlupa set
zero, kesan beban dilupakan dll.Ralat ini boleh dikurangkan dan dihapuskan dengan memberi
perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan instrumen pengukuran, semasa membuat
pengukuran dan kiraan. Berjaga-jaga dengan had keupayaan instrumen, ambil bacaan sekurang-
kurangnya 3 kali untuk mengelakkan ralat kasar, membaca manual instrumen, baca penunjuk
dengan tepat, tiada zero offset dan ralat parallax.

2. Ralat Sistematik
Ralat sistematik akan berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan dan
menggunakan instrumen yang sama. Ralat sistematik boleh disebabkan oleh 2 punca utama iaitu :
a. ralat instrumen
b. ralat sekitaran.

a.Ralat instrument

Ralat instrument terjadi akibat ketidak sempurnaan instrumen itu sendiri seperti kesan dari geseran
penunjuk, komponen tidak linear, ralat tentukuran alat, alat rosak. Ralat boleh ditentukan dengan
membandingkan bacaan yang diberikan dengan nilai piawai dan boleh tentukan samada ralat adalah
tetap atau berkadaran.
Ralat instrumen boleh dikurangkan dengan melakukan penentukuran alat, dapatkan faktor
pembetulan daripada ralat yang didapati, lakukan lebih dari satu cara pengukuran. Seelok-eloknya
selalu lakukan pemeriksaan alatan untuk memastikan bacaan adalah tepat seperti yang
dikehendaki.

b. Ralat Sekitaran

Ralat sekitaran adalah akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti suhu, kelembapan, medan
magnet, elektrik/elektrostatik. Untuk mengelakkan berlakunya ralat jenis ini lakukan
eksperimen/tempatkan instrumen pada suhu/kelembapan sekitaran yang dibenarkan, hindarkan
dari kesan medan magnet dll. Seeloknya gunakan instrumen yang tahan terhadap perubahan
keadaan sekitaran/tahan lasak.

3. Ralat Rawak
Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan dalam
pengukuran. Ralat rawak boleh dikenalpasti jika bacaan berubah dengan tidak menentu, walaupun
pengukuran dilakukan berulangkali. Ralat jenis ini tidak diketahui puncanya dan selalunya kurang
diambil kira melainkan pengukuran memerlukan kejituan yang tinggi. Analisis secara statistik
terhadap data yang diperolehi boleh dilakukan untuk melihat ketepatan pengukuran, dengan
mendapatkan min dan sisihan piawainya

Anda mungkin juga menyukai