Anda di halaman 1dari 14

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS

KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA

DIPLOMA SAINS GEOMATIK (AP120)

OKTOBER 2022 - MAC 2023

ASAS PENGURUSAN HARTANAH ISLAM (CTU 262)

TAJUK KERTAS KERJA :

PELAKSANAAN KONSEP KAFALAH DALAM ISLAM : ANALISIS TERHADAP


KEPENTINGAN DAN KESANNYA DALAM MUAMALAT

DISEDIAKAN OLEH:

RAP1203D (KUMPULAN 6)

NAMA NO. MATRIK

ZULHUSNI BIN ZAINI 2021883822

MUHAMMAD UWAIS BIN MOHD NIZAM 2021208428

MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD 2021602732


ZAMANI

MUHAMMAD SYAMIL IQMAL BIN SHUKRI 2021487682

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RADI 2021469248

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. SYAIMAK BINTI ISMAIL


1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada kami yang kemudiannya dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini dilaksanakan untuk membincangkan tentang
pelaksanaan konsep kafalah dalam islam iaitu analisis terhadap kepentingan dan kesannya dalam
muamalat.

Kafalah dalam Islam membawa maksud jaminan dan tanggungan. Selain itu, ia juga
disebut sebagai dhamanah. Secara jelasnya, kafalah membawa maksud sebarang bentuk jaminan
yang diberikan oleh pemberi jaminan (kafil) kepada pihak ketiga atas kewajiban yang harus
ditunaikan pihak yang dijamin (makful anhu). Menurut ulama terdahulu, harta dan diri pihak
penjamin juga boleh dilibatkan dalam jaminan.

Antara contoh jaminan yang melibatkan harta si penjamin seperti dalam konteks
berhutang. Kebiasaannya, pihak lain boleh menjamin penghutang dalam membayar hutangnya
kepada pemiutang.Dalam kes kemungkiran oleh pihak penghutang, maka pihak penjamin
hendaklah membayar hutang tersebut bagi pihak penghutang. Salah satu contoh jaminan yang
tidak melibatkan harta tetapi melibatkan diri si penjamin adalah seperti dalam konteks
pendakwaan iaitu si tertuduh dengan jaminan orang lain. Sekiranya, beliau tidak hadir dalam
perbicaraan maka si penjamin hendaklah bertanggungjawab. Amalan kafalah dianjurkan oleh
Islam sebagai antara perbuatan yang mulia. Sebagaimana dinyatakan dalam beberapa ayat al-
Quran Surah Yusuf ayat 66 berbunyi: “Bapa mereka berkata: ‘Aku tidak sekali-kali akan
melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu
perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya
kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepung dan dikalahkan oleh
musuh.’ Maka, ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya,
berkatalah dia: ‘Allah jualah yang menjadi saksi dan pengawas atas apa yang kita semua katakan
itu’.”
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kepentingan pelaksanaan konsep kafalah dari
pandangan Islam.
2) Kajian ini diusahakan untuk mengkaji kesan pelaksanaan konsep kafalah dalam
muamalat kehidupan seharian.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Ustaz Kenali, metodologi adalah kaedah dan teknik mereka bentuk, menganalisa
dan mengumpul data yang kukuh supaya dapat menyokong apa yang dikaji. Metodologi adalah
penting dalam sesebuah kajian supaya dapat menjadikan kajian ini lebih luas dengan mengira
semua aspek yang wujud tentang sesebuah tajuk kajian. Metodologi juga membantu menjadi
sesebuah kajian itu mempunyai bukti dan bukan hanya spekulasi semata-mata. Oleh itu,
bahagian akan membincangkan kaedah penyelidikan, instrumen dan prosedur menganalisis data
yang diperoleh. Kami menggunakan kaedah kualitatif untuk menyediakan kertas kerja ini.
Antaranya ialah:

Kajian Perpustakaan
Semasa menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan sumber daripada bahan-bahan bercetak
dan juga bahan-bahan elektronik seperti buku-buku rujukan, akhbar dan juga sumber-sumber
daripada Internet. Sumber rujukan adalah penting untuk mendapatkan hasil kajian terdahulu.

a) Buku
Kami telah menggunakan pelbagai sumber buku yang berkaitan dengan tajuk yang
dipilih. Terdapat pelbagai maklumat yang kami perolehi daripada beberapa buah buku bagi
menambahkan lagi dapatan dalam kajian ini.
b) Jurnal Artikel
Kami mencari artikel tentang aspek yang kami kaji. Artikel-artikel yang kami dapati
dapat membantu menjadi isi-isi penting tentang pelaksanaan konsep kafalah dalam islam. Kami
juga dapat mengaitkannya dengan kepentingan dan kesan kafalah dalam muamalat dengan
bantuan artikel-artikel yang membincangkan hal ini.

c) Internet
Kami telah melayari laman sesawang tentang perkara yang menyokong tajuk kajian kami.
Kami menggunakan laman seperti Google Book untuk mencari maklumat yang dapat kami
gunakan. Kami juga melihat beberapa blog yang membincangkan hal tajuk kajian ini agar kami
mendapat idea dan inspirasi.
4.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN
4.1 Aplikasi Kafalah dalam Produk-Produk Pembiayaan Perdagangan
Antarabangsa Islam

Rosli (1998) berpendapat operasi pembiayaan perdagangan antarabangsa dalam sistem


perbankan mempunyai peranan besar dalam kemajuan ekonomi sesebuah negara sama ada
melalui kemudahan pembiayaan import atau eksport. Transaksinya melibatkan pertukaran
barangan atau perkhidmatan di antara satu negara dengan negara yang lain seperti penghantaran
dan penerimaan barangan dan perkhidmatan, pemindahan dana dalam pelbagai bentuk mata
wang, pelaburan, pelesenan, pemborongan, perbankan dan segala bentuk perundingan dan
perjanjian.

Kafalah diterapkan dalam dua produk utama perdagangan antarabangsa Islam iaitu
Jaminan Perkapalan (SG-i) dan Jaminan Bank (BG-i). Kedua-dua produk ditawarkan oleh semua
bank Islam di Malaysia. BIMB (2011), RHB Islamic (2011) dan bank-bank Islam yang lain di
Malaysia mengungkapkan Jaminan Perkapalan (Shipping Guarantee/SG-i) sebagai suatu
kemudahan iaitu bank Islam menjamin syarikat perkapalan untuk penyerahan barangan kepada
pembeli/pengimport tanpa perlu menyerahkan bil muatan asal (bill of lading). SG-i hanya
dikeluarkan terhadap dokumen-dokumen yang dikeluarkan di bawah Surat Kredit (LC-i) atau
kepada pelanggan-pelanggan yang telah disahkan SG-i untuk pemungutan dokumen (Bank
Muamalat Malaysia, 2011). Dalam sistem perbankan Islam, Jaminan Perkapalan (shipping
guarantee/ SG-i ) menggunakan kontrak kafalah atau al-dhamanah. Kontrak ini membawa
maksud jaminan yang disediakan oleh satu pihak (bank) kepada pemilik barangan yang
meletakkan barangan mereka dengan menggunakan khidmat syarikat perkapalan. Sebarang
perjanjian yang dibuat oleh pemilik terhadap barangannya selepas itu mestilah dipenuhi oleh
penjamin (bank).

SG-i bukan merupakan suatu pembiayaan tetapi berbentuk jaminan sepenuhnya. Dengan
itu, pihak bank akan mengenakan yuran atas perkhidmatan yang dilakukan di bawah kontrak
ujrah. Terdapat pelbagai langkah dan cara bank-bank Islam mengenakan caj perkhidmatan ke
atas pengeluaran SG-i ini. Sebahagian bank-bank Islam mengenakan yuran berdasarkan kadar
yang ditetapkan oleh ABM (Association of Bankers Malaysia) manakala yang lainnya mengikut
perbelanjaan pengurusan sebenar sahaja (Ismail,2012).

Dengan wujudnya kemudahan ini, pengimport boleh mendapatkan barangannya yang


telah sampai (diimport) dengan segera tanpa perlu menunggu dokumen-dokumen dari bank atau
pengeksport sampai kepadanya. Selain itu, pengimport juga tidak perlu risau untuk menanggung
bayaran lewat dan caj gudang yang tinggi. Oleh itu, barangan tersebut boleh terus dijual tanpa
berlaku penangguhan lagi. Keuntungan yang diperoleh oleh pihak bank daripada perkhidmatan
ini ialah sebanyak 0.125% setiap bulan kerana risiko tinggi yang terpaksa ditanggung oleh pihak
bank (Azahari,2011).

Produk Jaminan Bank (Bank Guarantee/BG-i) secara Islam ditawarkan oleh semua bank-
bank Islam di Malaysia. Produk ini ditakrifkan sebagai satu tanggungjawab bertulis yang tidak
boleh ditarik balik, jaminan ini dikeluarkan oleh bank Islam yang telah bersetuju membayar
sejumlah wang kepada pihak ketiga (benefisiary of BG-i) apabila pelanggan (pemohon BG-i)
engkar dalam menunaikan tanggungjawabnya (default) kepada pihak ketiga (BIMB, 2011, RHB
Islamic, 2011). Dalam perbankan Islam, kontrak kafalah atau dhamanah digunakan dalam
jaminan ini. BG-i merupakan aku janji yang tidak boleh ditarik balik untuk menjamin prestasi
atau kedudukan kewangan seseorang pelanggan. BG-i yang ditawarkan kepada pelanggan ini
bukan merupakan suatu pembiayaan. Dengan ini, pihak bank perlu benar-benar berpuas hati
dengan status kewangan pelanggan sebelum mengesahkan atau menerima jaminan tersebut.
Kebiasaannya pihak bank akan meminta sejumlah wang daripada pelanggan sebagai deposit dan
diletakkan di bawah akaun wadiah. Pihak bank juga tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan
surat jaminan (BG-i) kepada semua pemohon, tetapi kebiasaannya pelanggan yang mempunyai
rekod perniagaan dengan pihak bank akan diberi keutamaan (Azahari, 2011, Dayang Atikah,
2011). Kontrak ini membawa maksud bank Islam akan bertindak sebagai penjamin sekiranya
pelanggan engkar dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk menghormati tuntutan pihak
ketiga. BG-i kebiasaannya dikeluarkan dalam tempoh yang tidak melebihi satu tahun. Bank akan
mengenakan caj perkhidmatan atas surat jaminan yang dikeluarkan berdasarkan konsep ujrah.
Kesimpulannya, dalam urusan perdagangan antarabangsa, jaminan menjadi satu
keperluan utama kerana kebiasaannya penjual dan pembeli tidak mengenali antara satu sama lain
dan penjual (pengeksport) tidak menerima bayaran sejurus selepas penyerahan barangan seperti
yang berlaku pada aktiviti perniagaan biasa.

4.2 Pelaksanaan Kafalah dalam Organisasi Perbankan dan Kewangan Islam


di Malaysia
Salah satu kontrak Syariah ialah Kafalah yang digunakan oleh Institusi Kewangan
Antarabangsa. Kafalah bermaksud kontrak yang mewujudkan liabiliti yang dinyatakan oleh
pihak yang dijamin sebagai liabiliti bersama pihak yang dijamin dan penjamin. Kafalah
digunakan oleh Institusi Kewangan Antarabangsa untuk menawarkan perkhidmatan jaminan,
seperti surat kredit dan jaminan penghantaran, jaminan bank dalam perspektif transaksi
kewangan Islam. Ia juga digunakan sebagai salah satu kontrak untuk meningkatkan beberapa
produk kewangan Islam utama, kebanyakannya untuk tujuan meminimumkan risiko, seperti
Musharakah, Mudharabah, Murabahah, Ijarah, Salam, dan Istisna dan Tawarruq. Sifat Kafalah
adalah untuk memberikan jaminan terhadap pemenuhan keperluan liabiliti pihak yang dijamin.
Kafalah adalah wajib ke atas penjamin. Mekanisme Kafalah melibatkan pihak yang berkontrak,
iaitu penerima (makful lahu), penjamin (kafil), dan pihak yang dijamin (makful „anhu), iaitu
tawaran (ijab) dan penerimaan (Qabul) dan Perkara. berdasarkan bukti Bank Negara Malaysia.

Pengurusan Kafalah juga tertumpu kepada kajian Bank Negara Malaysia yang
berteraskan hak dan kewajipan. Ia sebenarnya bergantung kepada penjamin boleh menawarkan
Kafalah tanpa syarat (Kafalah tidak terhad) atau dengan syarat (Kafalah terhad), penjamin di
bawah Kafalah tidak terhad akan bertanggungjawab mengikut terma dan syarat liabiliti asal dan
juga penjamin boleh menawarkan Kafalah terhad di mana terma dan syarat jaminan dikenal
pasti. Terma dan syarat yang dinyatakan mungkin terdiri daripada masa, tarikh sebenar,
mengaktifkan peristiwa, jumlah atau sebarang terma dan syarat tambahan jaminan yang boleh
diterima oleh Syariah, benefisiari boleh menuntut haknya daripada pihak yang dijamin amaun
penuh liabiliti daripada salah satu daripada mereka atau sebahagian daripada liabiliti daripada
yang dijamin. Sekiranya pihak yang dijamin tidak dapat menyelesaikan liabilitinya, ia
bergantung kepada penjamin memerlukan syarat bahawa waris akan menuntut terlebih dahulu
daripada pihak yang dijamin dan hanya akan menuntut daripada penjamin. Kontrak Kafalah tetap
boleh dikuatkuasakan melainkan dinyatakan sebaliknya dan jika benefisiari memberikan tempoh
lanjutan kepada pihak yang dijamin untuk menyelesaikan liabiliti, lanjutan tersebut hendaklah
juga terpakai kepada penjamin, jika liabiliti yang dijamin boleh dituntut sebelum tempoh
matangnya disebabkan oleh kematian atau pembubaran pihak yang dijamin atau sebarang
peristiwa pencetus yang dipersetujui. Walau bagaimanapun, jika tempoh lanjutan untuk
menyelesaikan liabiliti yang masih perlu dibayar diluluskan oleh penerima kepada penjamin dan
bukannya pihak yang dijamin, yang mana, lanjutan mungkin tidak digunakan secara automatik
kepada pihak yang dijamin. Institusi Kewangan Antarabangsa boleh membangunkan rangka
kerja tadbir urus dan pengawasan yang lengkap untuk Kafalah supaya, ia dijalankan berdasarkan
amalan perniagaan yang baik dan pematuhan Syariah. Lembaga Pengarah Institusi Kewangan
Antarabangsa mesti menjamin polisi dalaman yang lengkap yang mengawal urus niaga Kafalah
diterima, diiktiraf dan dipatuhi pada setiap masa oleh Institusi Kewangan Antarabangsa.
Penggunaan kontrak Kafalah adalah selaras dengan perniagaan dan dasar pengurusan risiko
Institusi Kewangan Antarabangsa. Malah mereka mesti mengawal dasar dalaman yang dikaji
dengan kerap agar kekal semasa, penting dan sesuai untuk mengesahkan kelakuan operasi dan
profil risiko transaksi Kafalah dicapai dengan betul. Lembaga mesti meluluskan sebarang
perubahan penting kepada dasar dalaman. Terdapat banyak perkara berkaitan Syariah yang
diiktiraf oleh Jawatankuasa Syariah (SC). Bank dan dasar dalaman yang ditubuhkan oleh
Institusi Kewangan Antarabangsa menjalankan semakan bebas secara berkala untuk menilai
pematuhan piawaian.

Menurut (Rifki Ismal, 2010), Kafalah merupakan jaminan bagi sesuatu pinjaman dan
semua pinjaman hendaklah dibayar balik mengikut hukum syarak. Undang-undang
membenarkan pemberi pinjaman untuk menuntut semacam jaminan untuk pinjaman dalam kes di
mana peminjam gagal membayar balik pinjaman. Bagi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia pula, kalafah ditakrifkan sebagai kontrak terjamin ke atas aset, hasil dan/atau
perkhidmatan tertentu yang disediakan oleh penjamin kepada pihak yang terlibat. Dalam
perdagangan dan kewangan antarabangsa, kafalah memainkan peranan penting dalam
memudahkan perdagangan merentas sempadan yang mana bank diminta sebagai penjamin
pembayaran dalam transaksi perdagangan antarabangsa. Bank Islam mampu menawarkan
jaminan bank, surat kredit siap sedia dan jaminan penghantaran menggunakan konsep kafalah.

Selain itu, kafalah boleh digunakan untuk menanggung rugi pihak ketiga daripada
kerugian kewangan jika satu pihak gagal melaksanakan bahagiannya dalam perjanjian itu.
Permohonan tersebut digunakan dalam bentuk surat jaminan (Kureshi dan Hayat, 2014). Di
Malaysia, kemudahan jaminan bukan sahaja dikeluarkan oleh bank Islam tetapi juga oleh
institusi kewangan seperti Cagamas SRP Berhad dan Credit Guarantee Corporation Berhad
(Badri dan Bouheraoua, 2013).
4.3 Penerapan Kafalah Ke Atas Pekerja Migran

Pekerja migran bermaksud orang yang memutuskan untuk bermigrasi di negara asalnya atau
di luar negara untuk mendapatkan sebuah pekerjaan . Para pekerja migran biasanya tidak
mempunyai niat untuk tinggal secara tetap di negara ataupun wilayah tempat mereka bekerja .
Berdasarkan data yang dikumpul oleh United Nations/Department of Economic and Social
Affairs (UN/DESA) , jumlah imigran antarabangsa telah mencapai sehingga 258 juta orang .
Manakala , jumlah pekerja migran mencapai angka 164 juta orang . Data tersebut membuktikan
bahawa semakin banyak orang yang memerlukan pekerjaan sehingga orang tersebut memilih
untuk pindah ke negara lain demi mendapatkan sebuah pekerjaan. Nilai tersebut semakin
bertambah seiring dengan perkembangan zaman yang semakin pesat .

2022 merupakan sebuah tahun di mana negara Qatar telah menjadi tuan rumah untuk
mengacarakan pertandingan bola sepak Piala Dunia . Hal ini telah membuatkan negara Qatar
melakukan segala persiapan untuk melangsungkan acara tersebut . Pelbagai infrastruktur telah
dibina dan dibuat oleh Qatar . Tetapi Qatar bukan merupakan negara yang luas . Qatar memiliki
keluasan negara sekitar 11,581 kilometer persegi dengan populasi penduduk sekitar 2 juta .
Terpilihnya negara Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun 2022 merupakan salah satu
kejadian kontroversi dalam sejarah bola sepak dan sejarah Piala Dunia . Hal ini kerana negara
Qatar hanya mempunyai penduduk hanya sekitar 2 juta sahaja . Perkara ini telah mengakibatkan
negara Qatar untuk mengambil pekerja migran untuk menyiapkan segala infrastruktur sebagai
persiapan menghadapi Piala Dunia 2022.

Sistem kafalah yang diterapkan adalah sistem yang berfokus terhadap para pekerja asing atau
pekerja migran . Sistem kafalah dibentuk oleh Gulf Cooperation Council (GCC). Gulf
Cooperation Council adalah organisasi antara negara yang terdiri dari negara-negara Arab seperti
Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia dan Uni Emirat Arab. Tujuan
pembentukan Gulf Cooperation Council adalah untuk meningkatkan integrasi antara negara-
negara teluk. Pelbagai perjanjian telah dibentuk dan disahkan oleh GCC yang berhubungan
dengan kepentingan antara negara- negara teluk Parsi . Sistem kafalah adalah salah satu contoh
dari hasil perjanjian yang dibuat oleh GCC. Sistem kafalah memfokuskan kepada para pekerja
asing atau selalu disebut sebagai pekerja migran yang datang dan bekerja di negara-negara teluk .
Sistem kafalah digunakan untuk menguruskan keperluan dan hal-hal yang berhubungan dengan
pekerja migran yang bekerja di negara teluk . Perkara utama dari sistem kafalah adalah
wujudnya sponsor atau yang sering disebut sebagai majikan . Majikan tersebut
bertanggungjawab terhadap para pekerja migran bermula dari sebelum kedatangan ke negara
tempat ia bekerja , kedatangan ke negara tujuan bekerja , kehidupan pekerja migran semasa
menetap di negara tempat ia bekerja dan kepulangan pekerja migran kembali ke negara asalnya .
Tujuan dari sistem kafalah sebenarnya adalah untuk menjamin segala keperluan seperti tempat
tinggal, upah atau gaji , kesihatan , jaminan keselamatan para pekerja migran dan mereka
diperlakukan secara adil. Semua jaminan yang diberikan kepada para pekerja migran tersebut
terikat dalam sebuah kontrak kerja yang telah ditandatangani oleh mereka sendiri .

Dalam penerapannya di Qatar, sistem kafalah juga telah diterapkan kepada para pekerja
migran yang bekerja dalam pembangunan Piala Dunia Qatar tahun 2022. Sejak pembangunan
awal yang dilakukan pada tahun 2010, sistem kafalah menjadi garis panduan bagi para pekerja
migran untuk mendapatkan pekerjaan dan bekerja serta ikut mengambil bahagian pada projek
pembangunan besar-besaran Piala Dunia 2022. Perusahaan-perusahaan yang terlibat ambil
bahagian secara automatik bertindak sebagai majikan, bertanggungjawab penuh terhadap para
pekerja migran yang bekerja dalam projek Piala Dunia 2022. Sejak tahun 2010 para pekerja
migran sudah mulai memasuki Qatar karena projek Piala Dunia 2022 ini adalah projek yang
besar dan memerlukan sumber tenaga manusia yang sangat banyak. Namun seiring berjalan
dengan masa, penerapan sistem kafalah telah menimbulkan tanda tanya besar di mata dunia
antarabangsa. Banyak yang mempertanyakan apakah sistem ini merupakan sistem yang amat
relevan untuk diberikan kepada para pekerja migran yang bekerja dalam pembangunan
infrastruktur sokongan Piala Dunia tahun 2022 (Venkataramakrishnan, 2015).

Para pekerja migran bergantung sepenuhnya kepada para majikan mereka. Para pekerja
migran tidak boleh melakukan apa-apa kecuali atas izin majikan mereka. Hal ini yang kemudian
menimbulkan perdebatan apakah sebenarnya yang terjadi di Qatar merupakan sesuatu yang
sudah dijalankan mengikut prosedur atau apakah sistem kafalah merupakan sistem yang tidak
relevan karena sistem tersebut malah membebankan para pekerja migran dan hanya
menguntungkan para majikan. Dalam penerapan sistem kafalah sebenarnya dibuat supaya para
pekerja migran tidak boleh melakukan perkara yang melanggar peraturan. Antaranya adalah
keluar dari pekerjaannya tanpa izin dari para majikan. Pada awalnya peraturan ini dibuat untuk
menghindari perkara penipuan yang dibuat oleh para pekerja migran tersebut. Peraturan ini
merupakan sebuah konsep dari sistem kafalah itu sendiri .

Pada awalnya fungsi peraturan bahawa pekerja migran dibawah tanggungjawab para majikan
adalah untuk menjamin keselamatan serta kesejahteraan para pekerja migran itu sendiri . Tetapi
perkara ini telah disalahgunakan sehingga terjadinya eksploitasi tenaga kerja. Hak yang dimiliki
oleh para majikan terlalu luas dan banyak, namun dalam dunia nyata kewajiban mereka untuk
menjamin keselamatan serta keamanan para pekerja migran tersebut akhirnya tidak
dilaksanakan. Hal tersebut mengakibatkan para pekerja migran tidak boleh berhenti dari
pekerjaannya walaupun mereka telah diperlakukan tidak wajar seperti seorang manusia yang
layak hidup . Mereka tidak boleh keluar dari pekerjaan mereka karena mereka perlu
mendapatkan izin dari para majikan.

Dari laporan yang dibuat oleh Amnesty International, para pekerja migran tidak dapat gaji
selama berbulan-bulan, mereka dilarang atau tidak boleh keluar dari pekerjaan mereka, kad
identiti dan passport ditahan oleh majikan mereka, serta diberikan tempat tinggal yang sangat
tidak layak diduduki dan sehingga mengancam kesihatan mereka. Namun akibat sistem kafalah
yang telah disalahgunakan oleh pihak majikan, pihak majikan memanfaatkan segala kesempatan
dari sistem tersebut dengan melakukan tindakan-tindakan yang sebenarnya melanggar hukum
manusia .
4.4 Penggunaan Kafalah Dalam Hutang

Kepentingan kafalah dalam Islam adalah kafalah tersebut dapat memberikan keringanan
kepada pihak yang terlilit hutang, baik kepada sesama bangsa maupun kepada bank dalam
negeri. Contoh keringanan debitur adalah dimana penjamin dapat membayar atau mengurangi
biaya pelunasan hutang. Hal ini dapat meringankan beban hidup debitur. Misalnya, seseorang
berutang kepada Harun karena masalah kewangan dalam keluarga dan kehidupannya. Kerana
seseorang mengalami masalah kewangan dan orang tersebut kesulitan membayar debitur, orang
tersebut sering diganggu oleh debitur dan menghilang. Dalam keadaan seperti itu, ada yang
memerlukan atau ada yang bersedia memberikan jaminan bagi seseorang dengan cara
melunaskan semua hutangnya kepada debitur, yang dapat menyelamatkan seseorang dari
masalah hutang dan kreditur. Perkara ini menunjukkan bahawa kafalah adalah sesuatu yang
dapat meringankan beban umat Islam dan telah terbukti bahawa kafalah dapat meringankan
beban orang atau penghutang seperti bank.

Sementara itu, salah satu fungsi kafalah dalam Islam adalah bahawa
kafalah ini dapat mempererat silaturahim antara umat atau masyarakat setempat. Hal ini karena
jika seseorang menjadi penjamin bagi debitur, maka debitur merasa bersyukur dan berterima
kasih kepada penanggung atau penanggung utang. Pembayar karena telah meringankan dirinya
dan meringankan beban hidupnya. Hal ini akan mempererat hubungan antara penjamin dan
debitur serta membentuk masyarakat gotong royong, kerana jika seseorang membantu orang lain,
maka dengan izin Allah SWT, akan menjadi orang yang baik yang akan menyelamatkan dirinya
pada saat kesulitan. Hal ini menunjukkan bahwa kafalah mampu membentuk dan membangun
hubungan yang baik antar manusia dan dapat mempererat persatuan masyarakat. Dengan
demikian, terbukti bahwa kafalah mampu mempererat silaturahim antara warga atau komuniti
lokal.
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kafalah ialah satu amalan yang dianjurkan oleh islam sebagai salah satu
perbuatan yang mulia.Berdasarkan fakta dan dalil,dapat dirumuskan bahawa amalan kafalah
adalah dituntut dalam Islam kerana ia boleh meringankan beban pihak yang tidak mampu
melangsaikan tanggungjawab seperti hutang.

Hakikatnya, penggunaan kontrak kafalah sebagai jaminan dalam perdagangan


antarabangsa Islam tidak menimbulkan isu besar yang boleh mencacatkan transaksi yang
berlaku. Isu yang timbul hanya berkisar tentang keharusan pengambilan ujrah atas perkhidmatan
kafalah dan menentukan sama ada ia termasuk dalam kontrak tabarru’at atau mu’awadat. Namun
begitu, bank-bank Islam perlu mencari satu jalan penyelesaian dalam menentukan kadar ujrah
dan pengiraannya atas perkhidmatan kafalah agar ianya lebih menepari kehendak syariah.
6.0 RUJUKAN

Abdul Rahim, A. K., Mohamed Naim, A., & Zainol, Z. (2015, June). Aplikasi Kontrak Al-
Kafalah dalam Produk-Produk Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Islam. Global Journal Al-
Thaqafah, 5(1), 69-80. Retrieved December 17, 2022, from
http://www.gjat.my/gjat062015/8020150501.pdf

KEBIJAKAN SISTEM KAFALA PEMERINTAH QATAR TERHADAP PEKERJA MIGRAN


PIALA DUNIA 2022 SKRIPSI Diajukan Kepada Program Studi Hubung. (2021, June 21).
Retrieved December 17, 2022, from
https://dspace.uii.ac.id/bitstream/handle/123456789/32868/17323070%20Syafran
%20Naufal.pdf?sequence=1

Konsep Kafalah Dalam Perbankan Islam KAFALAH menurut Islam membawa maksud jaminan
dan tanggungan. Ia juga disebut sebagai dhaman. (n.d.). Maybank2u. Retrieved December 17,
2022, from https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-my/document/my/en/
islamic/scoe/knowledge-centre/articles/Kafalah_Dalam_Perbankan.pdf

Kontrak Perlindungan (Kafalah). (2019). In Asas pengurusan hartanah Islam (pp. 121-123).
Penerbit UiTM.

Md. Abu Hasnat, & Alom, S. (2017, July). The Implementation of Kafalah in Islamic Banking
and Finance Organizations in Malaysia. International Journal of Scientific and Research
Publications, 7(7), 768-777. Retrieved December 17, 2022, from https://www.ijsrp.org/research-
paper-0717/ijsrp-p6797.pdf

Anda mungkin juga menyukai