Anda di halaman 1dari 29

GGGE6232

SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN


KERTAS KONSEP

TAJUK:

DWIBAHASA DAN MULTILINGUALISME DALAM MASYARAKAT PELBAGAI


ETNIK

PENGENALAN

(BAHASA)

Bahasa merupakan satu medium yang sangat penting sebagai salah satu alat
untuk mewujudkan komunikasi dalam kalangan manusia. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1996:87) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dpakai sebagai satu
alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Bahasa turut memainkan
peranan yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Hal ini demikian kerana
melalui bahasa seseorang ahli dalam sesebuah kelompok masyarakat tentu akan
dapat berkomunikasi dengan ahli yang lain dengan lancar dan berkesan. Di samping
menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, manusia juga menggunakan bahasa
dengan tujuan untuk meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu, memberi arahan,
menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa juga mencerminkan pemikiran,
peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa yang dapat
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Secara ringkasnya,
bahasa boleh dirumuskan sebagai satu alat yang digunakan untuk berkomuniksi
atau berhubung di antara satu sama lain.

Malaysia merupakan salah satu negara yang didiami oleh masyarakatnya


yang berbilang kaum. Maka, wujud pelbagai bahasa yang mewakili setiap kelompok
atau kumpulan etnik. Dalam urusan rasmi atau sebaliknya, bahasa digunakan
sebagai bahasa pertuturan. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan di Malaysia
seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Oleh hal yang
demikian, secara tidak langsung setiap rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa
Melayu dengan baik.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

(DWIBAHASA)

Dwibahasa atau juga dikenali sebagai bilingualism membawa maksud


kebolehan dan kecekapan berbahasa menggunakan bahasa pertama dan bahasa
kedua. Dwibahasa juga ialah ‘the native-like control of two languages’, (menguasai
dua bahasa pada tahap yang sama seperti penutur-penutur asli) seperti didefinisikan
oleh Bloomfield (1933) yang dirujuk dalam buku Nik Safiah Karim (1988:41).
Dwibahasa biasanya berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan
banyak bahasa dalam kehidupan seharian. Maka, dwibahasa boleh dikatakan
sebagai kecekapan dan kemahiran seseorang individu menggunakan bahasa kedua
seiring dengan bahasa pertamanya. Sebagai contohnya, seorang pelajar berbangsa
Iban akan bertutur dalam bahasa Melayu sesama guru atau rakannya daripada
bangsa Melayu. Namun, apabila berkomunikasi dengan ahli keluarga, pelajar
tersebut akan lebih selesa untuk bertutur dalam bahasa Iban.

(MULTILINGUALISME)

Mutilingualisme ialah sebagai kemahiran seseorang individu itu dalam memiliki


pelbagai bahasa dalam pertuturannya yang jarang difahami oleh seseorang individu
tertentu. Individu yang tidak memahami apa yang dipertuturkan oleh seseorang
individu multilingualisme ini sebenarnya ia individu itu sendiri. Individu bilingualisme
yang telah mempunyai kelebihan yang berpunca dari sikap atau inisiotifnya sendiri
yang mana usaha yang gigih telah dilakukan dalam melakukan transformasi
perubahan ke arah perubahan dirinya.Mereka tidak penat ataupun mudah putus asa
dalam mencari dan menerokai pelbagai bahasa yang berbeza. Seperti apa yang
telah diperbincangkan pada awal perbincangan bukan dianggap sebagai satu
kelemahan terhadap individu itu tetapi dianggap satu kelebihan kepada pelbagai
teknik,cara dan sumber-sumber yang boleh diperolehi dalam memperkayakan atau
mempelbagaikan bahasa iaitu dengan melayari internet,pembacaan bahan bacaan
yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bentuk,pergaulan diantara orang awam
serta masyarakat sekitar mahupun masyarakat dari luar negara,serta kepelbagaian
yang lain. Oleh itu, ternyatalah melalui pembacaan bahan bacaan yang pelbagai
contohnya seperti majalah-majalah yang sudah diterjemahkan dalam bahasa
melayu,novel-novel,akhbar-akhbar serta buku-buku yang lain adalah salah satu dari
sumber dalam memiliki ilmu bahasa yang berbeza dari orang lain. Dengan
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

pembacaan sedemikian individu yang bilingualisme boleh mengubah diri mereka


menjadi individu yang multilingualisme ataupun seorang yang memiliki pelbagai
bahasa yang dikuasai. Selain itu, melalui pergaulan seharian juga telah
menpengaruhi seseorang individu itu untuk mempelbagaikan bahasanya. Seperti
yang kita sedia maklum, pergaulan adalah satu aspek yang amat penting dalam
kehidupan seharian masyarakat pada masa kini bukan sahaja di Malaysia tapi di
antara dunia dalam melahirkan negara bangsa dan kaum yang hidup dalam bersatu
padu demi untuk mencapai kedamaian dan keamanan sosiobudaya dalam Negara.
Dengan ini adakah kita semua menyedari bahawa ia merupakan satu lagi insiatif
yang terpenting dalam mendapatkan kelebihan kepelbagaian bahasa melalui
pergaulan seharian. Oleh yang demikian kita semua dapat mengorak langkah dalam
merebut peluang yang terbentang luas ini kita lebarkan lagi demi melahirkan
kemajuan yang sebenar dalam diri setiap individu lebih-lebih lagi kita sebagai rakyat
Malaysia agar tidak ketinggalan dari era kemodenan dunia.

(ETNIK)

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya


yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan
ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep
ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal
atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama
manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok
etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan
ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang
melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai
etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya
sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang
rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak
bermoral.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada
rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk
kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik
dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu
perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik
sendiri.

Ada satu suku Eskimo yang menyebut diri mereka suku Inuit yang berarti “penduduk
sejati” [Herbert, 1973, hal.2]. Sumner menyebutkan pandangan ini sebagai
etnosentrisme, yang secara formal didefinisikan sebagai “pandangan bahwa
kelompoknya sendiri” adalah pusat segalanya dan semua kelompok lain
dibandingkan dan dinilai sesuai dengan standar kelompok tadi [Sumner, 1906,
hal.13]. Secara kurang formal etnosentrisme adalah kebiasaan setiap kelompok
untuk menganggap kebudayaan kelompoknya sebagai kebudayaan yang paling
baik.

Etnosentrisme terjadi jika masing-masing budaya menolak bercampur dengan


kebudayaan lain. Porter dan Samovar mendefinisikan etnosentrisme dengan
menuturkan, “Sumber utama pertelingkahan budaya dalam sikap adalah
etnosentrisme, yaitu kecenderungan memandang orang lain secara tidak sedar
dengan menggunakan kelompok kita sendiri dan kebiasaan kita sendiri sebagai
kriteria untuk penilaian. Kecenderungan etnosentrisme berkait rapat dengan
kemampuan belajar dan berprestasi. Dalam buku The Authoritarian Personality,
Adorno (1950) menemukan bahawa orang-orang etnosentrisme cenderung kurang
terpelajar, kurang bergaul, dan pemeluk agama yang fanatik. Dalam pendekatan ini,
etnosentrisme didefinisikan terutama sebagai kesetiaan yang kuat dan tanpa kritik
pada kelompok etnik atau bangsa sendiri disertai prasangka terhadap kelompok
etnik dan bangsa lain. Yang ertinya orang yang etnosentrisme susah berasimilasi
dengan bangsa lain, bahkan dalam proses belajar-mengajar.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

DWIBAHASA DAN MULTILINGUALISME DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Dasar mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah
jenis kebangsaan yang digubal pada 2000, yang didakwa sesetengah pihak tidak
pernah dilaksanakan, kini akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2011. Dasar
ini mengkehendaki mata pelajaran wajib ini diajar guru dwibahasa, iaitu mereka yang
mahir dalam bahasa ibunda masing-masing dan kemudiannya baru diikuti
kemahiran dalam bahasa Melayu.Penguatkuasaan dasar ini mulai 2011 antaranya
adalah ekoran aduan masyarakat bukan Melayu mengenai pengajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular yang masih diajar guru yang tidak
mengetahui bahasa Mandarin dan Tamil.

Untuk ini, Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan bahawa guru mengajar


mata pelajaran ini khususnya kepada pelajar tahap satu dan dua hendaklah terdiri
daripada mereka yang boleh berbahasa Mandarin atau Tamil, selain bahasa Melayu.
Mereka juga perlu mempunyai kelulusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pelajar tahap tiga sehingga enam
pula hendaklah diajar guru yang bidang pengkhususannya adalah bahasa Melayu.
Untuk sekolah vernakular yang mempunyai bilangan pelajar kecil, mata pelajaran ini
hendaklah pula diajar guru dwibahasa berpengalaman dan mereka ini perlu memiliki
kelulusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap SPM.

Dengan penekanan menggunakan guru dwibahasa, pengajaran dan pembelajaran


mata pelajaran ini dikendalikan melalui kaedah penterjemahan. Kaedah ini adalah
pendekatan tradisional dan popular pada abad ke-19. Walaupun begitu, kaedah ini
adalah pendekatan dominan dalam perkaedahan pendidikan bahasa pada awal
zaman moden ini.

Namun hanya segelintir pendidik mendapatinya masih sesuai dengan keperluan


pelajar dan kebahasaan semasa. Sebaliknya, ramai guru bahasa mendapati kaedah
ini tidak banyak membantu pelajar menguasai bahasa yang sedang dipelajari itu
dengan baik.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

Pendidikan bahasa yang tidak menggunakan bahasa ibunda pelajar dan mereka
digalakkan berfikir dalam bahasa yang sedang dipelajari itu adalah pendekatan
dikenali sebagai kaedah langsung. Melalui kaedah ini, tidak ada usaha menterjemah
sebarang apa diajar dan dipelajari itu.

Dengan ini, pelajar diajar segala kemahiran berbahasa berdasarkan situasi bahasa
berkenaan dengan serealistik yang mungkin dalam bilik darjah. Kaedah ini sangat
diminati dan pelbagai kelainan berkembang daripada yang asal. Oleh sebab diajar
oleh guru yang dilatih khas, pelajar didapati bukan saja berjaya menguasai sistem
nahu bahasa yang sedang dipelajari itu dengan baik. Tetapi yang lebih penting ialah
mereka didapati berjaya menguasai sebutan dan intonasi bahasa yang sedang
dipelajari itu dengan baik.

Semua ini kurang berjaya digarap menerusi kaedah penterjemahan. Ini antaranya
kerana pemilihan guru amat bergantung kepada mereka yang cekap berbahasa
ibunda, walaupun tidak dilatih khas untuk mengajar sesuatu bahasa itu. Oleh itu,
mutu pendidikan bahasa yang sedang dipelajari itu, sering didapati tidak sebaik yang
dikendalikan melalui kaedah langsung.

Persoalan lebih penting mengenai dasar ini ialah bukan mengenai kaedah
pendidikan bahasa Melayu di sekolah vernakular, tetapi implikasi desakan
menggunakan kaedah penterjemahan sebagai satu-satunya pendekatan berkesan
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Cina dan India yang baru
memasuki alam persekolahan formal.

Dengan penggunaan kaedah penterjemahan, bahasa Melayu tidak dapat dinafikan


diajar dan dipelajari sebagai bahasa asing oleh rakyat Malaysia sendiri di bumi
Malaysia ini, iaitu tanah tumpah darah mereka. Perkara ini bukan saja pelik tetapi
menyedihkan, selain sangat memalukan sehingga boleh menjejaskan imej negara
dari segi kebahasaan di mata masyarakat luar.

Bahasa Melayu adalah bahasa negara di Malaysia. Sebagai bahasa negara, sama
ada dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan mahupun bahasa rasmi, ekologi
linguistiknya cukup agam dan banyak sekali. Ia dituturkan di seluruh pelosok negara
dan kedengaran di media elektronik pada setiap masa sepanjang hari. Dengan kata
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

lain, bahasa Melayu adalah bahasa fungsional di negara ini, iaitu digunakan meluas,
selain amat penting untuk kebanyakan tujuan.

Dengan kepentingannya yang begitu utama sifatnya, mengapakah anak kecil ini
tidak disediakan ibu bapa mereka melalui persekitaran bahasa Melayu yang begitu
lawas di bumi watannya, untuk menguasai bahasa Melayu secara tidak formal,
sebelum menjejak kaki ke sekolah?

Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu gagal disanjungi banyak
pihak sebagai memiliki status kudus apabila didaulatkan sebagai bahasa negara. Ia
dianggap mereka ini sebagai bahasa etnik kaum Melayu semata-mata, yang
dipaksakan penguasaan kepada kaum bukan Melayu. Tanggapan begini salah sama
sekali dan perlu diperbetul segera agar penghormatan kepada bahasa Melayu
selaku bahasa negara itu, mendapat sanjungan yang khalis sifatnya oleh semua
pihak dan tidak yang sebaliknya.

Sehubungan ini, pada satu pihak lain, masyarakat Cina dan India tidak pun
kedengaran mendesak agar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah vernakular
juga diajar guru dwibahasa, seperti yang berlaku pada bahasa Melayu. Ini adalah
kerana ibu bapa membuat persediaan awal secara tidak formal, agar anak mereka
didedahkan kepada bahasa antarabangsa ini, melalui ekologi linguistik bahasa
Inggeris yang ada di negara ini.

Pendedahan yang kurang dan dalam sesetengah kes tiada langsung terhadap
bahasa Melayu, rata-ratanya diakui sebagai sebab utama keperluan kaedah
penterjemahan ini digunakan untuk pendidikan bahasa Melayu pada peringkat
permulaan di sekolah vernakular.

Sehubungan ini, apakah yang sudah berlaku kepada kurikulum pendidikan bahasa
dan pergaulan secara formal antara anak bukan Melayu dengan Melayu ketika
bersama-sama di institusi pendidikan prasekolah yang boleh memberi pendedahan
awal itu?

Sesungguhnya pendidikan bahasa dan pergaulan ini tidak pernah wujud secara
berleluasa. Sistem pendidikan pelbagai aliran diamalkan di negara ini. Melalui sistem
begini, semenjak usia muda lagi, kanak-kanak sudah dididik melalui bahasa ibunda
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

secara dominan dan untuk bergaul sesama sendiri daripada kelompok sebangsa
saja.

Sehubungan ini, pergaulan secara tidak formal antara kanak-kanak daripada


pelbagai bangsa dalam kejiranan sama juga tidak wujud di kebanyakan tempat.
Tidak dapat dinafikan pergaulan semasa pada peringkat prasekolah dan dalam
kejiranan sama, selain dapat memupuk semangat muhibah yang penting untuk
menjalin perpaduan, sudah tentu penting dalam memberi pendedahan awal itu,
selain membantu anak bukan Melayu menguasai bahasa Melayu secara tidak
formal.

Pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini kerajaan mengumumkan memperuntukkan


RM135 juta bagi pelaksanaan program Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Bagaimanapun segelintir pejuang bahasa Melayu kembali berasa cuak dengan


pendekatan pihak Kementerian Pendidikan yang akan memperkenalkan dua inisiatif
baharu iaitu Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP).

HIP akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di semua sekolah, manakala


DLP diberi pilihan kepada pelajar.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa


Inggeris (PPSMI) yang berlangsung pada tahun 2003 dan ditamatkan pada 2009
dianggap tidak dirancang dengan rapi. Sebab itu melalui dasar MBMMBI, kerajaan
bertekad mengambil guru-guru yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris dari luar
negara, dan melatih siswazah yang berbakat menjadi guru bahasa Inggeris yang
terlatih.

Kementerian Pendidikan juga menyusun semula kurikulum bahasa Inggeris supaya


sesuai dengan budaya Malaysia, menyediakan makmal bahasa yang
mempercepatkan penguasaan bahasa Inggeris, dan menyemak kembali pendekatan
pedagogi yang lebih dinamik. Langkah-langkah berdaya maju ini diambil supaya
dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan berkesan.

Sebab itu kini Kementerian Pendidikan percaya dua program baharu itu di bawah
dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris bertujuan
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

merealisasikan aspirasi rakyat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM 2013-2025).

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof, HIP satu
program untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris melalui peningkatan
penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut dalam komuniti sekolah.

“DLP pula merupakan program pengukuhan bahasa Inggeris yang mana sekolah
diberi peluang untuk menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains,
Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi
dalam dua bahasa, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

“Program yang melibatkan kos sebanyak RM38.5 juta ini sejajar dengan usaha
pengukuhan bahasa Inggeris di bawah dasar MBMMBI yang akan dilaksanakan
menerusi gelombang dua PPPM 2013-2025,” kata Khair.

Dalam pelaksanaan bagi kedua-dua inisiatif tersebut, sebanyak 300 buah sekolah
telah dikenal pasti melaksanakannya sebagai perintis. Pemilihan sekolah tersebut
berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan pengetua atau guru besar serta
kesediaan sekolah berkenaan melaksanakannya.

Dalam hal ini benarkah semua ibu bapa murid dan pelajar di sesetengah sekolah
bersetuju dengan keputusan yang mungkin dibuat hasil mesyuarat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru yang biasanya dihadiri tidak sampai 50 peratus daripada jumlah ibu
bapa dan penjaga yang anak mereka belajar di sekolah itu?

Sebab itu Kementerian Pendidikan digesa mengkaji semula pelaksanaan Program


Dwibahasa (DLP) kerana dilihat seolah-olah mengembalikan dasar PPSMI yang
dimansuhkan pada 2009.

Gerakan supaya dikaji semula dasar itu dapat dilihat pada 29 Oktober lalu apabila
berlangsung pertemuan Meja Bulat Isu Sistem Dwibahasa Pendidikan Negara yang
menghimpunkan tokoh penting dalam bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).

Bau-bau usaha pihak tertentu untuk cuba menghidupkan semula konsep PPSMI
sudah dihidu oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) dalam Mesyuarat Agung
Tahunannya pada 12 Oktober lalu. Pena menggesa Kementerian Pendidikan tegas
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti


termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan dan perlu diutamakan dalam urusan
rasmi dan pendidikan. Jadi cadangan mewujudkan DLP hendaklah dihentikan.

Kementerian Pendidikan memang sudah mengambil keputusan untuk menggantikan


PPSMI dengan strategi MBMMBI pada 2009. Bagaimanapun keputusan
pemansuhan PPSMI tamat pada 2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah
menengah.

Kalau dilihat dari segi pelaksanaannya, murid yang belajar menggunakan konsep
PPSMI masih wujud. Sebab itu usaha menghidupkan PPSMI dari semasa ke
semasa diperkatakan terutama melalui ruangan surat pembaca di dalam akhbar
berbahasa Inggeris.

Golongan ibu bapa ini bukan sahaja mempersoalkan keputusan yang telah
dipersetujui oleh Kabinet, bahkan terus memujuk kerajaan supaya dikembalikan
dasar tersebut atau setidak-tidaknya meminta Kementerian Pendidikan memberi
kebenaran kepada ibu bapa untuk membuat pilihan bagi anak-anak mereka sama
ada untuk meneruskan PPSMI atau memilih dasar MBMMBI.

Alasan utama yang diberikan mengapa mereka tetap memilih PPSMI adalah atas
nama ‘demokrasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan’ yang mana
ibu bapa berhak untuk memilih apakah dasar atau aliran pendidikan untuk anak-
anak mereka di sekolah.

Sekarang, ke mana hala tuju dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa
Bahasa Inggeris?

Sebenarnya MBMMBI adalah jalan tengah yang diambil oleh kementerian supaya
bahasa Melayu terus diangkat untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa Inggeris tidak
ditinggalkan sebagai bahasa antarabangsa.

Pendekatan dwibahasa ini patut disokong dengan mengambil pendekatan yang lebih
terancang dari sudut latihan keguruan, aplikasi ICT, makmal bahasa, penyusunan
semula kurikulum dan buku teks.

Kepentingan memajukan bahasa ibunda di banyak negara di dunia tidak menjejas


keupayaan pelajar untuk maju. Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea Selatan
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

umpamanya memartabat bahasa ibunda, tetapi dalam masa yang sama pelajar
China, Jepun dan Korea Selatan dihantar ke Amerika Syarikat, Britain, Australia dan
New Zealand untuk menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris. Negara ini terus maju
kerana dasar memartabatkan bahasa ibunda dan memperkasa bahasa Inggeris
dilaksanakan.

Dalam konteks negara kita, para ibu bapa akan berasa berbelah bahagi ke mana
arah untuk anak mereka hendak mendapatkan ilmu – di sekolah yang memiliki
Program Dwibahasa atau sekolah yang melaksanakan Program Imersif Tinggi.
Sudah tentu akan ada kelebihan dan kekurangan pelajar yang memilih salah satu
program pendidikan berdasarkan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris ini kelak.

Kita berharap sesetengah pihak di Kementerian Pendidikan tidak melakukan


persiapan memperkasa bahasa Inggeris jauh lebih rancak dan dijadikan fokus
penting berbanding dengan usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Langkah yang sepatutnya ialah penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dan kecekapan dalam menggunakan bahasa Inggeris harus bergerak seiring supaya
yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran.

Kecuali jika sekarang semakin menebal keyakinan golongan elit dan pendukung
faham liberal orang Melayu yang memiliki sikap mementingkan perniagaan dan
dunia korporat yang merasakan bahasa Melayu akan menyebabkan anak mereka
ketinggalan.

Sekiranya ada pihak yang meminta supaya ibu bapa dan sekolah diberi pilihan
dalam menentukan program baharu MBMMBI ini maka berhati-hati dengan kesan
jangka panjang kepada negara. Banyak iktibar daripada pelaksanaan PPSMI.

Apa pun pilihan dibuat hanya akan memberi keuntungan kepada sekumpulan kecil
masyarakat elit dan tidak kepada golongan majoriti pelajar. Bakal berlaku jurang dan
status sosial yang amat ketara sekiranya perkara itu terjadi.

Terserah kepada pemimpin dan orang Melayu sendiri untuk memperkasakan


bahasa ibunda mereka. Adakah orang Melayu masih mempunyai keyakinan
terhadap keupayaan bahasa Melayu untuk berperanan sebagai bahasa rasmi,
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

bahasa ilmu, dan bahasa perpaduan negara ini?

Keputusan Kementerian Pendidikan barangkali ada hikmah yang kita tidak nampak.
Maka berilah kepercayaan kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksana dan
memperkasakan sistem pendidikan di negara ini. Yang penting jangan jadikan
polemik BM-BI menyebabkan sistem pendidikan kita kucar-kacir.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN DWIBAHASA DAN MULTILINGUALISME

Kewujudan dwibahasa dan multilingualisme disebabkan oleh pelbagai faktor.


Antaranya termasuklah taraf, fungsi luaran dan dalaman, penukaran dan gangguan
dalam berbahasa (Weinrich 1968). Di samping itu, Weinrich turut mengemukakan
dua istilah dwibahasa, iaitu dwibahasa koordinat dan dwibahasa subordinat.
Dwibahasa koordinat membawa maksud penutur yang berkemampuan untuk
menguasai kedua-dua bahasa dengan baik, sama ada bahasa tersebut dipelajari
sejak kecil ataupun dipelajari kemudian. Dwibahasa subordinat pula merujuk kepada
keadaan seseorang di mana beliau menguasai bahasa kedua tetapi tidak secekap
penutur asal bahasa tersebut.

i. Sistem pendidikan negara yang berlandaskan kedwibahasaan

Kepentingan sesuatu bahasa dalam sistem pendidikan itu mempengaruhi bahasa


yang digunakan dalam pertuturan harian di kalangan ahli masyarakat yang
berdwibahasa atau bermulti bahasa. Kebanyakan penutur cenderung
mencampurkan dua atau lebih bahasa dalam pertuturan. Hal ini disebabkan oleh
pengguna-pengguna bahasa tersebut menerima pendidikan yang berlandaskan
kedwibahasaan.

ii. Kebiasaan pertuturan

Percampuran kod berlaku kerana ianya telah menjadi kebiasaan dalam pertuturan
harian. Semasa berinteraksi sosial dengan orang yang dikenali atau tidak, didapati
bahawa percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris kerap
berlaku. Tambahan pula, bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa
perhubungan dalam pelbagai urusan perniagaan baik dalam sektor awam mahupun
swasta. Keperluan ini turut menyebabkan bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai
bahasa yang dicampurkan.

iii. Unsur kemodenan

Percampuran bahasa dianggap sebagai salah satu gaya bahasa yang umum pada
masa kini, terutamanya percampuran kod yang melibatkan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris atau sebaliknya. Percampuran bahasa digunakan oleh pengguna
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

bahasa secara sengaja kerana mereka ingin menunjukkan ketinggian status sosial
mereka di samping menunjukkan dirinya orang yang bertaraf pendidikan tinggi.
Dengan kata lain, keinginan untuk menunjukkan kebolehan bertutur dalam dua atau
lebih bahasa turut mengakibatkan pengguna bahasa mencampurkan bahasa lain,
khususnya bahasa yang berprestij tinggi dalam pertuturan mereka.

iv. Faktor ekonomi

Pengguna bahasa masa kini cenderung memilih perkataan yang lebih mudah dan
tidak kompleks semasa bertutur. Sebagai contoh, penutur bahasa Melayu lazim
menggunakan kosa kata bahasa Inggeris untuk menggantikan kosa kata bahasa
Melayu yang terdiri daripada suku kata yang lebih panjang daripada bahasa
Inggeris. Misalnya, kata bahasa Inggeris “result” yang terdiri daripada dua suku kata
sering dipakai untuk menggantikan kata bahasa Melayu “keputusan” yang terdiri
daripada empat suku kata. Selain itu, kata bahasa Inggeris “arrow” yang hanya
terdiri daripada dua suku kata lebih lazim dipakai dan dicampurkan ke dalam
pertuturan bahasa Melayu sekiranya dibandingkan dengan “anak panah” yang
bersuku kata empat. Begitu juga dengan kata bahasa Inggeris “parking” yang
bersuku kata pendek sering dicampurkan ke dalam pertuturan bahasa Melayu untuk
menggantikan kata bahasa Melayu “tempat meletak kereta” yang bersuku kata
panjang. Hal ini turut menunjukkan bahawa penutur cenderung mencampurkan kata
bahasa Inggeris yang bersuku kata pendek ke dalam pertuturan bahasa Melayu atas
sebab keekonomian.

v. Nilai makna

Penutur bahasa Melayu lazim mencampurkan kata bahasa Inggeris ke dalam


pertuturan bahasa Melayu untuk menyampaikan sesuatu disebabkan oleh sukar
untuk mencari item leksikal bahasa Melayu yang padan. Seandainya penutur ingin
menyampaikannya dalam bahasa Melayu, maka ia akan melibatkan penghuraian
yang lebih panjang. Misalnya, kata nama bahasa Inggeris “mood” lebih lazim
digunakan sekiranya dibandingkan dengan penghuraian bahasa Melayu yang
panjang iaitu “perasaan hati sama ada perasaan gembira atau sebaliknya”.
Fenomena ini menunjukkan bahawa penghuraian bahasa Melayu adalah jauh lebih
panjang daripada perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan. Justeru, untuk
menyampaikan pengertian atau maksud sepadan yang tidak terdapat dalam bahasa
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

Melayu atau yang tidak diwakili oleh kata yang sedia ada, pengguna bahasa akan
mencampurkan kata, frasa atau ungkapan bahasa Inggeris ke dalam pertuturan.
Selain itu, hal ini juga disebabkan oleh kurangnya pengetahuan penutur bahasa
Melayu sehingga menyebabkan penutur mencampurkan kod untuk menyampaikan
sesuatu yang ingin disampaikan.

vi. Keinginan untuk merahsiakan sesuatu

Sesetengah penutur sering mencampurkan kod yang tidak difahami oleh pihak lain.
Sebagai contoh, kedua-dua penutur yang bertutur dengan menggunakan bahasa
Melayu itu akan beralih kod ke bahasa Inggeris atau mencampurkan dialek yang
kurang difahami oleh orang yang berdekatannya agar merahsiakan sesuatu
daripada diketahui oleh penutur/pendengar lain yang terlibat dalam satu lakuan
pertuturan.

vii. Dipengaruhi oleh status peserta yang terlibat

Kebanyakan penutur mencampurkan kod kerana dipengaruhi oleh status peserta


atau pendengar. Sebagai contoh, seorang pegawai tinggi mencampurkan bahasa
Melayu standard dengan dialek Melayu Malaysia ketika memberi ucapan di hadapan
penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang tidak
berpendidikan tinggi dan warga tua. Begitu juga dengan keadaan dalam sesi
pengajaran di bilik darjah, seseorang pengajar juga cenderung menggunakan
kaedah percampuran kod agar membolehkan pelajar memahami apa yang diajar
olehnya. Tambahan pula, fenomena percampuran kod juga wujud apabila seseorang
guru menggunakan bahasa Melayu untuk menterjemahkan istilah dalam bahasa
Inggeris.

viii. Faktor peserta interaksi

Percampuran kod berlaku apabila wujudnya pertembungan antara dua masyarakat


dan budaya yang berlainan. Sebagai contoh, apabila penutur Cina berinteraksi
dengan penutur Melayu, mereka sering mencampurkan bahasa agar difahami oleh
peserta/penutur yang terlibat dalam pertuturan tersebut.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

ix. Kekurangan galakan yang diberi oleh orang yang diajak bercakap

Menurut pandangan kebanyakan orang, apabila seseorang pengguna bahasa


bertutur sepenuhnya dengan menggunakan bahasa Melayu Standard, penutur
tersebut akan dianggap bermegah, iaitu seolah-olah ingin menunjukkan dirinya
berasal dari golongan yang bertaraf pendidikan tinggi dan berkebolehan untuk
menguasai bahasa Melayu standard sepenuhnya. Faktor kekurangan galakan turut
mengakibatkan percampuran kod berlaku. Selain itu, penutur monolingual juga
cenderung mencampurkan kod, misalnya percampuran bahasa Melayu Standard
dengan dialek Melayu yang berasal dari bahasa yang sama.

x. Aktiviti peminjaman bahasa

Penggunaan istilah-istilah khusus bahasa Inggeris dalam bidang-bidang tertentu


seperti sains dan ekonomi telah mewujudkan fenomena percampuran bahasa
Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini mengakibatkan pengguna bahasa
menganggap bahawa kata-kata bahasa Inggeris yang digunakan itu merupakan kata
pinjaman, dan sebenarnya kata bahasa Inggeris yang digunakan dalam ayat atau
teks bahasa Melayu itu bukan kata pinjaman, sebaliknya merupakan bahasa asing.

xi. Memperoleh tindak balas yang lebih baik

Kadang-kala, percampuran kod boleh mewujudkan suasana yang ceria dan


mewujudkan keakraban. Misalnya, percampuran kod yang melibatkan penggunaan
dialek boleh mewujudkan suasana pertuturan yang lebih baik kerana dialek
merupakan penanda solidariti.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa percampuran kod sering berlaku dalam pertuturan
di situasi tidak formal kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu seperti sistem
pendidikan, kebiasaan, unsur kemodenan, faktor ekonomi, nilai makna, bertujuan
untuk merahsiakan sesuatu, status pengguna bahasa, defisit galakan dan
sebagainya. Percampuran kod juga bertujuan untuk mewujudkan suasana
pertuturan yang selesa dan ceria. Selain itu, percampuran kod banyak memberi
sumbangan dan keperluan dalam perhubungan harian sama ada di rumah, sekolah
atau pejabat.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa percampuran kod yang melibatkan penggunaan


bahasa Inggeris dan bahasa lain seperti bahasa Melayu dapat mewujudkan suasana
pertuturan yang lebih ceria dan melahirkan keakraban di antara penutur-penutur.
Selain itu, penggunaan petikan atau kata hikmat bahasa asing untuk dijadikan
sebagai maklumat pelengkap sesuatu fakta dalam ucapan atau penulisan tidak
wajar dipandang sebagai bahasa rojak atau percampuran kod.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

KESAN DWIBAHASA DAN MULTILINGUALISME DALAM SISTEM PENDIDIKAN


DI MALAYSIA (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU)

Umum mengetahui bahawa di Malaysia, bahasa Melayu merupakan satu


mata pelajaran teras. Oleh hal yang demikian, pelajar di semua peringkat
persekolahan wajib untuk mempelajari bahasa Melayu. Negara Malaysia ingin
melahirkan generasi yang berketrampilan dalam berbahasa dan cekap
berkomunikasi selaras sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu dipelajari secara formal
di sekolah. Oleh hal yang demikian, penguasaan bahasa Melayu adalah sangat
penting kerana bahasa menjadi salah satu medium utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sistem bahasa merupakan komponen penting yang diajar dalam
pengajaran bahasa Melayu di sekolah.

Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa


Melayu baku. Sistem tersebut termasuklah tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi,
kosa kata serta tatabahasa. Aspek tatabahasa pula merangkumi bidang morfologi
dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan kosa
kata istilah. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu di sekolah renddah menekankan
kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
serta kemahiran menulis. Pembelajaran kemahiran bahasa ini memberi peluang
kepada pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik dalam kehidupan
seharian.

Walau bagaimanapun, kewujudan dwibahasa dan multilingualisme dalam


pengajaran dan pembelajaran ini turut memberi kesan. Antaranya berlaku;

1. penukaran kod atau pertukaran kod (code switching)

Terdapat banyak definisi pertukaran kod. Pertukaran kod berlaku disebabkan


oleh penggunaan dua atau lebih bahasa dalam konteks pertuturan. Pertukaran kod
tersebut dilakukan oleh penutur yang memiliki pengetahuan bahasa lebih daripda
satu. Begitulah definisi pertukaran kod menurut Afira (2012) dalan blognya. Zamri
(2007) pula menyatakan bahawa pertukaran kod merupakan satu peralihan daripada
satu bahasa ke satu bahasa yang dalam satu ujaran atau percakapan yang
mencakupi peralihan daripada satu ragam fungsiolek ke ragam lain. Pergerakan
antara pelbagai variasi bahasa dalam konteks berlainan juga dikatakan sebagai
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

pertukaran kod. Dalam konteks pendidikan pula, pertukaran kod dikenali sebagai
amalan pengalihan dari bahasa utama ke bahasa kedua. Menurut Zamri (2000) lagi,
pertukaran kod boleh terjadi secara sedar atau sebaliknya ketika berkomunikasi.
Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia. Beliau turut
memberi contoh, pelajar Melayu akan berbahasa Inggeris apabila berkomunikasi
dengan kawan-kawannya yang berbangsa Cina dan India. Walau bagaimanapun,
pelajar tersebut akan menukar kodnya semula ke dalam bahasa Melayu apabila
bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Din Senu (2010) mendefinisikan pertukaran kod sebagai pertukaran kod


bahasa yang berlaku daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain
disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Situasi ini
juga kerap berlaku dalam kalangan penutur di Malaysia. Sebagi contoh, pelajar Iban
akan bertutur dalam bahasa Melayu dengan pelajar Melayu atau pelajar Cina tetapi
mereka akan bertutur dalam bahasa Iban dengan kawan yang sama bangsa.

Pembinaan teori penukaran kod telah menjadi matlamat utama kajian


terhadap penukaran kod menggunakan pendekatan sosiolinguistik, Holmes (2001).
Beliau menyatakan bahawa keadaan membolehkan para pengkaji meramal keadaan
penukaran kod yang akan dilakukan oleh penutur dalam sesuatu ujaran. Beliau
berpendapat bahawa penukaran kod tidak berlaku secara rambang, malahan
penukara kod berlaku berdasarkan aturan yang telah ditetapkan.

Penukaran kod dalam konteks sosiolinguistik menunjukkan berlaku


perubahan situasi penutur, Bloom dan Gumperz (1972). Kajian mereka
menunjukkan bahawa guru menggunakan bahasa standard dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Namun, apabila ingin menggalakkan pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku, mereka menggunakan bahasa bukan standard. Contohnya, seorang guru
yang berbangsa Iban akan menggunakan bahasa Melayu standard semasa
mengajar di dalam kelas. Walau bagaimanapun, apabila selesai proses pengajaran
dan pembelajaran, beliau akan menggunakan bahasa Iban untuk memberikan
penerangan sekiaranya terdapat murid Iban yang mungkin kurang memahami dan
ingin bertanya soalan. Situasi ini boleh berlaku di mana guru tersebut menukar kod
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

bahasanya bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada


pelajar tersebut tanpa wujudnya halangan bahasa.

2. percampuran kod (code mixing)

Menurut Zamri (2007), percampuran kod ialah keadaan apabila penutur


mencampurkan dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam satu situasi
penggunaan bahasa. Bokemba dalam Arifah Afira (2012) pula berpendapat
percampuran kod membawa maksud penggunaan pelbagai unit linguistik
termasuklah imbuhan, kata, frasa dan klausa daripada dua sistem tatabahasa yang
berlainan dalam satu ayat. Percampuran kod berlaku apabila wujud minimum dua
bahasa yang peraturannya diintegrasikan dalam satu ayat.

Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka


yang boleh berbahasa lebih daripada satu bahasa menurut Kori (2012).
Percampuran kod ini akan berlaku apabila bahasa atau dialek dicampuradukkan
dengan bahasa atau dialek yang lain semasa seseorang bertutur.

Valdes-Falls (1978) pula mendefinisikan percampuran kod sebagai


penggunaan dua bahasa secara berselang-seli. Hal ini membawa maksud pertukara
kod terjadi pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat. Suthanthiradevi (2001) pula
menyatakan pertukaran kod berlaku apabila seseorang menukar bahasanya secara
berganti-ganti untuk satu topik perbincangan yang sama. Misalnya, seorang pelajar
yang berbangsa Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membincangkan
sesuatu tajuk tetapi apabila berhadapan dengan keadaan di mana pelajar tersebut
tidak mengetahui atau tidak pasti perbendaharaan kata yang sesuai untuk
digunakan atau sebagainya, maka pelajar tersebut akan mencampuradukkan
dengan bahasa Melayu.

Fenomena percampuran kod ini menunjukkan gambaran keadaan bahasa


sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Di Malaysia,
percampuran kod bukanlah suatu perkara asing lagi dalam kalangan masyarakat.
Malah kanak-kanak sudah didedahkan dalam situasi dwibahasa pada peringkat awal
lagi. Hal ini disebabkan oleh latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-
sekolah dan luar persekitaran yang didedahkan dengan bahasa Inggeris seperti
media elektronik.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Siti Rahimah, Raja Masittah dan
Normahdiah (2014) berkaitan dengan percampuran kod ini. Hasil kajian
menunjukkan bahawa responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
gemar menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
untuk mengemaskini status dalam media sosial (Facebook). Golongan yang
menggunakan kedua-dua bahasa ini lebih cenderung untuk melakukan percampuran
bahasa. Soepomo (2005) menyatakan bahawa percampran kod bahasa
mempamerkan unsur kemodenan, kerana penutur ingin menunjukkan ketinggian
status sosialnya. Pendapat beliau telah disokong oleh Afirah (2012), yang
menyatakan status sosial seseorang telah menyebabkan berlakunya percampuran
kod.

3. pemindahan bahasa

Selain itu, pemindahan bahasa turut berlaku. Hal ini berlaku apabila terdapat
penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dia jenis
pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif/gangguan dan kedua pemindahan
positif, Zamri (2016). Pemindahan negatif merujuk kepada pemindahan yang
melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran.
Pemindahan positif pula merujuk kepada situasi di mana pemindahan yang
memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan
bahasa sasaran yang memiliki unsur persamaan.

Ilangko Subramanian et. al (2014) telah menjalankan satu kajian di mana


hasil kajian tersebut didapati penggunaan bahasa Ibunda (bahasa Iban) dalam
kalangan pelajar Tahun 1 yang berbangsa Iban telah dikenalpasti sebagai satu
pendekatan yang berkesan dalam aktiviti pengajaran dam pembelajaran bahasa
Melayu. Pemindahan bahasa yang positif berlaku kerana proses pembelajaran lebih
mudah berlaku. Hal ini disebabkan oleh bahasa natif (bahasa Iban) dan bahasa
sasaran (bahasa Melayu) mempunyai unsur persamaan. Justeru, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu dapat disampaikan melalui bahasa pertama, iaitu
bahasa ibunda jika terdapat persamaan dengan bahasa kedua (bahasa Melayu).

Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatif terhadap perkembangan


bahasa di Malaysia disebabkan oleh dwibahasa/multilingualisme. Percampuran atau
penukaran kod yang digunakan secara berleluasa semestinya boleh mendatangkan
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kajian yang diajalnkan oleh Hashin dan
Hashimah (2012) menunjukkan bahawa percampuran dan penukaran kod boleh
membawa kepada kelainan bahasa, penyalahgunaan bahasa dan kerancuan
bahasa. Di samping itu, mereka turut berpendapat bahawa percampuran bahasa
akan memberi kesan dan merosakkan keteraturan, kehalusan serta nilai
keintelektualan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana percampuran kod tersebut
telah menjejaskan sistem dan peraturannya.

Nik Safiah (2013) pula berpendapat golongan yang mencampuradukkan


bahasa dalam situasi rasmi negara digambarkan sebagai golongan yang tidak
memiliki rasa hormat kepada bahasa kebangsaan. Hal ini secara tidak langsung
akan mencemarkan martabat dan kewibawaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu yang tinggi. Beliau berpendapat
bahawa dua bahasa atau lebih yang dicampuradukkan merupakan bahasa yang
tidak bersistem dan tidak teratur.

Berbeza pula dengan pendapat Teo Kok Seong (2013). Beliau melihat kesan
percampuran kod ini dari aspek perpaduan. Menurut beliau, penggunaan pelbagai
bahasa lebih-lebih lagi untuk tujuan rasmi dalam majlis formal, termasuklah dalam
pendidikan dilihat sebagai penghalang kepada proses perpaduan yang ingin
dipupuk. Percampuran kod menurut beliau juga merintangi proses pembentukan jati
diri nasional yang dihasratkan itu. Di samping itu, menurut beliau lagi penggunaan
lebih daripada satu bahasa juga memperlihatkan bahawa kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa negara adalah lemah lebih-lebih lagi dalam kapasitinya sebagai
bahasa rasmi negara.

Kesimpulannya, pertukaran kod, percampuran kod dan pemindahan kod


merupakan situasi yang sentiasa akan berlaku dalam kalangan masyarakat lebih-
lebih lagi bagi negara yang didiami oleh pelbagai etnik seperti Malaysia. Situasi
tersebut boleh mendatangkan kesan positif dan kesan negatif terutama dalam
bidang pendidikan d negara Malaysia. Pertukaran kod, percampuran kod dan
pemindahan kod bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar, malah berlaku juga
dalam kalangan warga pendidik. Hal ini berlaku bertujuan untuk memudahkan
proses pengajaran guru, dan proses pembelajaran pelajar. Namun, sebagai warga
pendidik, guru perlu peka dengan kesan percampuran bahasa ini. Guru perlu terus
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

menerapkan penggunaan bahasa Melayu yang standard dan meminumumkan


percampuran kod dalam kalangan murid agar kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tetap dipandang tinggi.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

KESIMPULAN

Dwibahasa dan multilingualisme merupakan aspek penting dalam


sosiolinguistik. Di Malaysia tinggalnya penduduk yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Maka, sudah tentu terdapat pelbagai bahasa dan dialek yang digunakan.
Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik,
agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing
biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai
pelbagai ragam manusia dan budaya.  Penjajahan juga membawa masuk unsur
budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi
menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan
dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Hartmann (1976)
mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh
penutur atau masyarakat pengguna bahasa. Penutur dwibahasa tidak semestinya
penterjemah yang baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa
yang lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam
perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan. Malaysia merupakan sebuah
negara yang multibahasa dan terdapat individu yang dapat memahami dua bahasa
atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-Inggeris, atau India-Melayu-
Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa
tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau tulisan,
bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakan covert
bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai
pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut
hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan
baik. Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai
bahasa rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan
penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi
menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya
dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi
tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan,
Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi


bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa


tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia.
Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan
satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam
pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain.
Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan
membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan
permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk


berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga
memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya
bangsa merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian
dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris,
Belanda, Portugis, dan Arab. Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan
masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa.
Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah
menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala
Brunei Darussalam menetapkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa rasmi. Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan
campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang
berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku
apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam
kehidupan seharian.

Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod
atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya penukaran
daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan
tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam
kalangan penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu
apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku
apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk
satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa
Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi
kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal
seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya.
Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam
tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun begitu, dengan berlakunya
peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput
apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk
menyampaikan maksud. Namun demikian, di Malaysia dengan latar pendidikan
dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar persekitaran yang
didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak telah
didedahkan dalam situasi dwibahasa pada peringkat awal lagi. Malah, percampuran
kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila


terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat
dua jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua,
pemindahan positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang
menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran. Pemindahan positif pula melibatkan
pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua
bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.

Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam


kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur
oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka.
Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol. Bahasa pijin
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa


baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula
ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat
penuturnya akibat pertembungan dua bahasa.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

RUJUKAN

Teo Kok Seong. 2003. Kesantunan berbahasa kes bahasa Melayu. Dewan Bahasa.

Ilangko Subramanian et. al. 2014. Penggunaan bahasa ibunda dalam pegajaran
bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman
Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1):65-74.
.A . Chaedar Alwasilah, 1985. Sosiologi Bahasa. Bandung; Penerbit Angkasa.
A. Chaedar Alwasilah, 1993. Pengantar Sosiologi Bahasa. Bandung: Angkasa.
Abdullah Hassan, 1989. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar, 1975. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar, 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangan
Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar, 1988. Bahasa Diraja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pusataka.
Asmah Hj. Omar, 1992. Pengajaran Bahasa Melayu dalam Konteks Perancangan
Bahasa kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar dan Noor Ein Mohd. Noor. 1981, National Language as Medium of
Instruction. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bell, R.T. , 1976. Sociolinguistics: Goals, Approaches and Problems. London: B.T.
Batsford Ltd.
Chambers, J.K., 1995. Sociolinguistics Theory. Oxford: Blackwell Publisher Ltd.
Fishman, J. A. ,1991. Sosiologi Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Fishman, J.A. ,1974. Advances in Language Planning. The Hague: Paris Mouton.
Fishman, J.A. ,1977. Readings in the Sociology of Language. The Hague: Mouton
Publishers.
Fishman, J.A. ,1991. Sosiologi Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Henle, P. ,1966. Language, Thought and Culture. An Arbor: University of Michigan
Press.
Holmes, J. ,1996. An Introduction to Sociolinguistics. London – New York: Longman.
GGGE6232
SOSIOLINGUISTIK & PENGAJARAN BAHASA MELAYU TUGASAN BERKUMPULAN
KERTAS KONSEP

Hudson, R.A. ,1983. Sociolinguistics. Cambridge – Sydney: Cambridge University


Press.
Hymes, D. ,1964. Language in Culture and Society a Reader in Linguistics and
Anthropology. Bombay-Banglore: Allied Publishers Private Limited.
Hymes, D. ,1980. Foundations in Sociolinguistics: An Ethnographic Approach.
Philadelphia: University Pensylvania Press.
Hymes, D. ,1982. Pidginisation and Creolisation of Language. London: Cambridge
University Press.
Mangantar Simanjuntak ,1982. Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur:
Sarjana Enterprise.
Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin ,2001. Bahasa Melayu STPM. Shah Alam:
Fajar Bakti.
Nik Safiah Karim ,1981. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim ,1989. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Noriah Mohamed ,1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau
Pinang: Penerbit USM.
Ohoiwutun, Paul ,1997. Sosiolinguistik. Jakarta: Kesaint Blanc.
Penalosa, F. ,1981. Introduction to the Sociology of Language. Rowley, London,
Tokyo: Newbury House Publishers.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain ,1982. Pembinaan Bahasa Melayu:
Perancangan Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Roland, W. ,1993. An Introduction to Sociolinguistics. Oxford: Blackwell.
Suwito ,1983. Pengantar Awal Sosiolinguistik: Teori dan Problema. Surakarta:
Henary Offset Solo.
Trudgill, P., 1982. Sociolinguistics; An Introduction. Great Britain: Penguin Books.

Anda mungkin juga menyukai