Anda di halaman 1dari 5

TUKUN

PENGENALAN
Tukun atau (artificial reefs) adalah sebuah struktur atau binaan manusia yang berfungsi untuk
menjadi tempat tinggal (habitat) bagi hidupan laut. Tukun ini biasanya diletakan di dasar laut
dalam atau cetek. Selain daripada menjadi habitat hidupan laut ianya berfungsi mengawal
hakisan, menglindungi kawasan pantai, menyekat laluan kapal, menyekat penggunaan pukat-
pukat tunda, pemulihan terumpu karang, menambah baik ekosistem hidupan laut, menarik
perhatian pelancong, dan dapat meningkatkan aktiviti skuba, selam, dan meluncur.
Tukun pada awalnya dibina di Parsi dan Rom. Tukun tersebut dibina dengan mengunakan
objek yang bertujuanya lain. Contohnya adalah kapal terbang, kapal layar, pelantar minyak
yang ditengelamkan dan dibiar menjadi tukun di dalam dasar laut. Tapi sekarang manusia
telah membina tukun tiruan. Tukun tiruan ini dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis
bahan yang boleh dikitar semula. Contoh-contoh bahan yang digunakan adalah paip PVC,
getah, seramik, konkrik, pembentung terpakai, dan tertulang terpakai. Pelabagai jenis-jenis
tukun tiruan telah dicipta.
CIRI-CIRI REKABINA TUKUN TIRUAN
1. Terhindar dari rintangan arus yang kuat
2. Tidak mudah terbenam ke dasar disebabkan pergerakan arus
3. Mampu mengahalang daripada diseret oleh pukat tunda
4. Menggunakan bahan mesra sumber
5. Menyediakan ruang untuk kehidupan laut berlindung
6. Sesuai sebagai Kawasan pembiakan ikan
7. Sesuai untuk perlindungan anak ikan atau peringkat juvenil ikan
8. Menggunakan bahan yang tahan karat seperti konkrit
JENIS-JENIS TUKUN TIRUAN
1. TUKUN TETRAPOD

2. TUKUN REKREASI

3. TUKUN REKREASI JUVENIL


4. TUKUN DASAR LEMBUT
5. TUKUN DASAR LEMBUT PENGHALANG PUKAT TUNDA
6. TUKUN UDANG KARANG
7. TUKUN KIUB
8. TUKUN KIUB JUVENIL
9. TUKUN BIOAKTIF
10. TUKUN DASAR LEMBUT JUVENIL
11. TUKUN TAYAR
12. TUKUN KAPAL
13. TUKUN BEBOLA
14. TUKUN KUBOID
TUKUN TETRAPOD

Tukun ini mula dihasilkan antara tahun 2006 sehingga 2008. Lazimnya tukun jenis
dilabuhkan di Kawasan muara sungai ataupun Pelabuhan. Ia berfungsi sebagai benteng
pemecah ombak dan menghalang hakisan pantai apabila daripada ombak yang deras.
Tukun tetrapod juga diletakkan dikawasan yang sering berlaku pencerobohan Kawasan
tangkapan oleh vessel komersil seperti di perairan mersing, johor.

TUKUN REKREASI

Tukun ini mempunyai berat 6 tan metrik. Ia bertujuan menyediakan Kawasan bagi tujuan
perikanan rekresi seperti sport fishing dan sebagainya. Antara lokasi telah dilabuhkan
tukun ini adalah di pekan (Pahang); Pulau Lalang (Perak); Sungai Lada (W.P Labuan);
Sipitang, Beaufort, Lahat Datu, Putatan, Tuaran, kota Belud, Sandakan, Kuala Penyu
(Sabah) dan Miri (Sarawak)

TAMAN REKREASI JUVENIL

Tukun ini mempunyai berat 7 tan metrik. Antara lokasi dilabuhkan tukun ini adalah di
Kg. Layang-layangan (W.P Labuan ); Kudat , Beaufort, Pitas, Kota Kinabalu, Papar,
Sandakan, Tawau dan kuala Penyu (Sabah)

TUKUN DASAR LEMBUT

Mempunyai berat 14 hingga 23tan metrik. Tukun ini telah mula dilabuhkan pada tahun
2006 berhampiran Pulau Payar, Kedah dan Kuala Langat, Selangor. Tukun jenis ini
sangat sesuai untuk dasar berlumpur.

TUKUN DASAR LEMBUT PENGHALANG PUKAT TUNDA

Tukun jenis ini dihasilkan pada tahun 2010. Ia mempunyai berat sehingga 32 tan metrik.

TUKUN UDANG KARANG

Tukun jenis ini dihasilkan pada tahun 2008. Rekaan pada tingkat bawah dan tingkat atas
dibina empat petak pada dua sisi yang bertentangan. Petak ini dikhaskan untuk dididami
oleh sepsis udang karang. Pada tingkat paling atas pula, disediakan ruang sebagai habitat
ikan. Penghasilan rekaan tukun ini telah Berjaya menarik perhatian beberapa sepsis udang
karang dewasa antaranya ialah udang karang spesies panulirus polyphagus yang ditemui
berada di dalam lubang tukun semasa pemantauan dijalankan di pulau tinggi, johor
selepas 10 bulan ia dilabuhkan. Antara lokasi dilabuhkan tukun jenis ini ialah di pulau
tinggi (Johor), Tg. Kabung, Kg. Layang Layangan(Labuan) dan Kuala Penyu(Sabah).
TUKUN KIUB

Tukun jenis ini menyediakan ruang legar yang lebih luas untuk menjadi habitat kepada
ikan demersal seperti ikan Kerapu, Jenahak dan Merah. Tukun jenis ini telah dilabuhkan
di daerah Kuala Terengganu, Jambu Bongkok, Marang, Setiu (Terengganu); Muka
(Sarawak); Pulau Rusukan (W.P Labuan); Pulau Tioman (Pahang).

TUKUN TIUB JUVENIL

Tukun jenis ini dibina untuk dijadikan habitat ikan juvenil di Kawasan dasar laut yang
keras seperti Kawasan berbatu dan pasir kasar.

TUKUN DASAR LEMBUT JUVENIL

Tukun jenis ini adalah paling berat dihasilkan. Berat tukun unu boleh mencecah 42 tan
metrik. Ia merupakan tukun peling berat dilabuhkan sehingga kini.

TUKUN TAYAR

Pasukan penyelam di perancis mengeluarkan tukun tiruan yang diperbuat daripada ribu
tayar kereta terpakai dari dasar laut di perairan selatan perancis selepas didapati menyebar
pencermaran daripada bahan kimia toksik. BBC melaporkan AS$1.1 juta (RM4.5 juta)
dan sebahagianya dibiayai pengeluar tayar terkemuka, Michelin dan kerajaan.

TUKUN BEBOLA

Tukun bebola merupakan tukun paling banyak dilabuhkan di perairan Sarawak semenjak
tahun 1998 oleh Jabtan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), di mana sebnayak 300 unit telah
dilaburkan. Tukun ini sesuai dilabuhkan di Kawasan dasar laut yang keras dan tidak
sesuai di Kawasan dasar laut berlumpur dan lembut. Manakala, bahan binaan yang
digunakan hendaklah sesuai untuk menjadi substrat kepada benih batu karang untuk
melekat dan tumbuh di atas tukun. Tukun ini terletak di 12.0 batu nautika dari pantai

TUKUN KUBOID

Tukun tiga tingkat ini lazimnya dilabuhkan di Kawasan dasar laut yang keras seperti
Kawasan sedimen jenis berbatu dan pasir kasar. Pada bahagian tapak tukun, hanya
separuh sahaja ruang yang dikonkrit. Ini adalah bertujuan untuk memastikan tapak tukun
itu terbenam ke dasar laut seterusnya menghalang dari diseret oleh arus ombak dan pukat
tunda nelayan. Tukun jenis ini mempunyai berat 10 tan metrik dan ia telah dilabuhkan
pada tahun 2007 di Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu)

Anda mungkin juga menyukai