Anda di halaman 1dari 11

BIL NAMA PELAJAR NO KAD MATRIKS

1
MUHAMMAD NAZIM HAKIM BIN JKV0222EB016
ZAINUDIN

2 MOHAMMAD IZWAN FAIZ BIN


MUSTAFFA JKV0222EB008

NAMA GURU PEMBIMBING 1.MD ZAIDI BIN ZAKARIA

2.Ts MOHD ROHAIZE BIN AHMAD

TAJUK CADANGAN PROJEK:

MEREKA BENTUK RFID DOOR LOCK IOT


1.0 PENGENALAN:

Berdasarkan Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) kes


pecah rumah statistik Jenayah pecah rumah keseluruhan di Malaysia, pada tahun
2015 kes pecah rumah dicatatkan sebanyak 19286 kes. Oleh itu, projek “RFID
Door Lock IOT” direka untuk mengurangkan risiko kes pecah rumah. Projek ini
menggabungkan teknologi RFID (Radio Frequency Identification) dengan konsep
Internet of Things (IOT) untuk menciptakan pengunci pintu pintar yang
memanfaatkan kad atau tag RFID untuk membuka dan mengunci pintu. Projek ini
mengintegrasikan sistem RFID dengan rangkaian internet, memungkinkan
pengguna untuk mengawal dan memantau kunci pintu dari jarak jauh melalui
aplikasi atau platform web.

2.0 PENYATAAN MASALAH

2.1 Sistem kunci tradisional masih umum digunakan, namun masih lagi terdedah
terhadap risiko pencerobohan seperti kes pecah rumah.
2.2 Sistem kunci tradisional mudah hilang atau dicuri, dan proses pembuatan semula
kunci tradisional akan memakan waktu dan kos.
2.3 Sistem kunci yang sedia ada tidak mesra pengguna kerana tidak dapat mengunci
pintu pada jarak yang jauh.

3.0 OBJEKTIF PENGHASILAN:

3.1 Mereka bentuk satu sistem yang dapat mengunci dan membuka kunci pintu
dengan mengunakkan litar Internet Of Things (IOT).
3.2 Membangunkan perisian bagi sistem “RFID Door Lock IOT” dengan menggunakan
Arduino Uno dan AutoCAD, Autodesk Inventor.
3.3 Menguji alat “RFID Door Lock IOT” pada pintu stor di bengkel elektonik.

4.0 TUJUAN PROJEK:

4.1 Sistem RFID Door Lock IOT direka bagi mengurangkan risiko terhadap pecah
rumah.
4.2 Sistem kunci tradisional digantikan dengan kad RFID atau RFID Tag yang mana
lebih praktis dan mudah disimpan.
4.3 Sistem “IOT” digunakan untuk mengunci dan membuka kunci pintu pada jarak
jauh.

5.0 SKOP PROJEK:

5.1 Projek ini dikhususkan untuk kegunaan di bengkel elektronik iaitu pada pintu stor
alatan dan bahan komponen elektronik.
5.2 Projek ini digunakan oleh penyelia stor atau pensyarah elektronik.
5.3 Projek ini mengunakan litar bekalan kuasa, NodeMCU ESP8266, dan Arduino
Uno.

6.0 KAJIAN LITERATUR:

1. Sebelum menjalankan projek ini, kajian telah dilakukakan dimana terdapat juga
projek-projek di seluruh negara yang mempunyai konsep yang sama seperti projek
RFID Door Lock IoT ini. Salah satu projek yang mempunyai ciri-ciri yang sama
seperti RFID Door Lock IoT ini iaitu Zachia RFID IC Card Sensor Cabinet Drawer
Intelligent Smart Lock, gambar ada di Rajah 1 Lampiran 1. Cara Door Lock ini
berfungsi adalah dengan menggunakan RFID Tag yang mana ianya hanya boleh
diakses bagi sesiapa yang mempunyai Tag tersebut sahaja.

2. Selain itu, terdapat juga produk lain yang ada di pasaran iaitu Smart Door Lock
Digital Electric Hotel Lock RFID, gambar ada di Rajah 2 Lampiran 1. Produk ini
sering digunakan di hotel-hotel sebagai medium untuk mengakses bilik-bilik
penginapnya. Ianya juga menggunakan sistem RFID dan medium lain untuk
membuka lock adalah menggunakan kaedah kunci. Daripada dua produk diatas,
terdapat masalah yang sama dikongsi oleh dua produk ini iaitu apabila RFID Tag
ataupun kunci pintu tersebut hilang, pengguna akan kehilangan akses kepada
pengunci tersebut dan ianya tidak boleh dibuka lagi.

7.0 METODOLOGI KAJIAN:

Pembangunan produk ini dibangunkan adaptasi dari model prototaip. Model


prototaip digunakan dalam pembangunan produk ini. Model prototaip ini
mempunyai lima fasa perlaksanaan iaitu perancangan, analisis, reka bentuk,
pembangunan prototaip dan pengujian. Model ini amat sesuai untuk
membangunkan produk secara prototaip untuk memberi gambaran sebenar
tentang sesuatu operasi produk. Menurut Kassim (2005), kaedah serta proses
yang tepat dan sistematik akan menghasilkan produk yang berkualiti. Oleh itu,
perlaksanan projek perlulah berdasarkan perancangan yang teliti dan sistemat

8.0 ANGGARAN KOS PROJEK:

JADUAL ANGGARAN KOS BAHAN DAN KOMPONEN


BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)
SEUNIT(RM)
1. Arduino Uno Board 27.00 1 27.00
2. NodeMCU ESP8266 19.00 1 19.00
3. RFID Module 4.90 1 4.90
4. LCD Display with I2C 11.90 1 11.90
5. Relay 3.00 1 3.00
6. Buzzer 3.20 1 3.20
7. Battery Holder 4.30 1 4.30
8. Bread Board 4.00 1 4.00
9. LED 1.00 3 3.00
10. Switch 4.50 1 4.50
11. Jumper Cable 4.60 secukupnya 4.60
JUMLAH 89.40

JADUAL ANGGARAN KOS MEKANIKAL


BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)
SEUNIT(RM)
1. Solenoid Lock 22.50 1 22.50
2. 14.90 1 14.90
Hot Glue Gun
JUMLAH 37.40

JADUAL ANGGARAN KOS KESELURUHAN


BIL JENIS KOS JUMLAH (RM)
1. KOS BAHAN DAN KOMPONEN 89.40
2. KOS MEKANIKAL 37.40
JUMLAH 126.80
9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK:

10.0 CARTA GANTT

Carta Gantt boleh dirujuk di lampiran 2 yang mana carta gantt adalah jadual
perancangan pelaksanaan mengikut mingguan.
11.0 JANGKAAN HASIL

11.1 Dapat menghasilakan projek RFID Door Lock IoT yang dapat berfungsi
dengan baik.
11.2 Menggunakan RFID scanner untuk mendeteksi RFID Tag untuk membuka
kekunci.
11.3 Menggunakan sistem “IoT” bagi mengelakkan lock tidak dapat diakses jika
RFID Tag hilang atau tercicir.

12.0 RUJUKAN

12.1 Junaina binti Mohd Shah, Door Locking System Using RFID
Technology, (November 2009).
12.2 Nordiana BInti Jaafar, ‘Student Smart Card Using RFID For
Attendance System’ thesis, Faculty of Electrical Engineering,
University Technology Tun Hussein Onn, 2008.
12.3 Tecktronix, Radio Frequency Identification (RFID) Overview, (November
2004).
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

Rajah 1: Zachia RFID IC Card Sensor Cabinet Drawer Intelligent SmartLock

Rajah 2: Smart Door Lock Digital Electric Hotel Lock RFID


LAMPIRAN 2

CARTA GANTT
LAMPIRAN 3

LAKARAN IDEA PROJEK


LAMPIRAN 4

LITAR TERLIBAT
LAMPIRAN 5
RAJAH BLOK

Anda mungkin juga menyukai