Anda di halaman 1dari 3

TAHUN DUKACITA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Tahun Dukacita.

Ahmad,
Itu nama yang tersurat,
Dalam Injil juga Taurat,
Apatah lagi Kitab Al-Quran,
Dia Muhammad,
Penutup sekalian Nabi,
Penyampai risalah suci,
Islam agama yang diredhai.

Kawan-kawan,
Pada tahun ketujuh kerasulan Nabi,kaum kafir quraisy telah membuat pemulauan
terhadap Bani Hashim dan kaum muslimin. Mereka telah menggantung surat pemulauan itu
di Ka’abah. Orang-orang Islam dan Bani Hashim tidak dapat tinggal di Kota Mekah tanpa
makanan.

Segala bantuan telah disekat


Nabi dan kaumnya hidup menderita
Hanya menunggu detik dan saat
Agar pemulauan berakhir selamanya.

Dengan kuasa Allah,surat perjanjian yang digantung di pintu ka’abah itu telah musnah
dimakan anai-anai. Dengan itu, berakhirlah pemulauan ke atas Bani Hashim dan umat Islam.

Firman Allah s.w.t ;


        
     
“Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri Yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu
(Wahai Muhammad) Yang telah memaksamu keluar (berhijrah) - Kami binasakan
mereka, maka tiadalah sesiapa pun Yang dapat membela mereka.”

(Surah Muhammad : ayat 13)

Wahai kawan-kawan,
Pemulauan yang berlaku hanya akan meruntuhkan perpaduan dan kemusnahan
masyarakat. Oleh itu, kempen 1 Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri kita baru-
baru ini amat berguna demi menjamin keamanan Negara kita yang tercinta.
___________________________________________________________________________
__

Tahun ke 10 Hijrah Nabi


Perginya Abu Talib mengadap Tuhan
Terkilan baginda di dalam hati
Kerana bapa saudaranya tidak sempat beriman
Kematian Abu Talib mendatangkan kesan yang amat mendalam di dalam jiwa Rasulullah.
Walaupun beliau tidak sempat memeluk Islam,namun beliau sentiasa memberi perlindungan
dan bantuan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman di dalam Al-Quran ;
    
“Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam)”
(Potongan
Ayat 56, Surah Al-Qasas)

Wahai kawan-kawan,
Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa menyayangi terutamanya sesama ahli keluarga
kita.Kisah Jelani yang sanggup bersusah payah membawa jenazah ibunya Mariam dari
Korea dan pulang ke Malaysia untuk dikebumikan secara Islam adalah bukti kasih
sayang anak kepada ibunya.
___________________________________________________________________________
__

Siti Khadijah,
Wanita Solehah,
Pengorbananmu menjadi Sejarah,
Pemergianmu ditangisi Nabi,
Hingga kini tiada pengganti...

Tiga hari selepas kematian Abu Talib, Rasulullah mengalami satu lagi peristiwa pahit.
Khadijah bt Khuwailid, isterinya yang sangat dikasihi telah meninggal dunia. Nabi
Muhammad merasa sangat sedih kerana isteri baginda banyak mengorbankan harta untuk
perjuangan Islam. Namun, kesedihan itu tidak mematahkan semangat baginda untuk terus
berjuang. Rasulullah menerimanya dengan redha dan sabar. Allah telah menegaskan dalam
Al-Quran ;
      
“Mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah Kami kembali."

(Surah Al-Baqarah : ayat 156)


Kawan-kawan yang saya kasihi,
Setiap yang hidup pasti akan mati. Sepertimana yang menimpa masyarakat Padang di
Indonesia,ramai kaum keluarga mereka mati akibat gempa bumi. Oleh yang demikian,
kita hendaklah sabar dan tabah dalam menempuhi ujian Allah.
___________________________________________________________________________
__

Selepas kematian dua orang yang Nabi kasihi,Allah tidak membiarkan kekasihNya terus
bersedih. Maka, Allah telah menghiburkan hati baginda dengan anugerah Isra’ dan Mi’raj.
Setelah melalui Isra’ dan Mi’raj, Nabi Muhammad kembali bersemangat meneruskan
dakwah.

Firman Allah ,
     
    
“Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin)...”

(potongan ayat 1, Surah Al-Isra’)

Kawan-kawan,
Kita hendaklah mencontohi Rasulullah yang tidak pernah kenal erti putus asa. Baginda
terus bangkit untuk terus berdakwah walaupun masih di dalam kesedihan. Contohilah
mangsa-mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia dan Haiti, mereka bangkit kembali
untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun tanpa orang yang dikasihi disisi mereka.

Rasulullah,
Dalam mengenangmu,
Kami susuli lembaran sirahmu,
Pahit getir perjuanganmu,
Membawa cahaya kebenaran....

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai