Anda di halaman 1dari 20

DOMAIN MOTOR:

MOTOR KASAR

TAJUK A : DUDUK (Yusri)


Matlamat 1: Duduk dengan seimbang

Huraian: Kanak-kanak ini akan berpindah ke kedudukan duduk di atas lantai dari posisi yang berlainan contohnya: dari berbaring ke
posisi duduk
Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan
1.1 Dalam posisi duduk yang Pertama
dibantu, pelajar boleh  Letakkan pelajar dalam posisi duduk
mengangkat kepalanya dengan meletakkan bantal
dengan tegak sendiri dibelakangnya/duduk di tempat
sudut/orang dewasa duduk
dibelakang pelajar
 Galakkan pelajar bermain dengan
mainan di depannya.

Kedua
 Letakkan pelajar dalam posisi duduk
dan kaki lurus ke depan
 Orang dewasa duduk dibelakang
pelajar
 Pegang punggung pelajar dan
galakkan pelajar meluruskan
belakangnya
 Letakkan permianan atas
lantai/meja rendah dan galakkan
pelajar bermain
1.2 Duduk sendiri (mengimbangi  Menggunakan tangan pelajar sendiri
menggunakan kedua belah untuk mengimbangi badan ketika
tangan) duduk
 Apabila diletakkan di kedudukan
tempat duduk, kanak-kanak akan
menggunakan tanganyan untuk
mengimbangi badan dan kepala
tetap ke arah hadapan sekurang-
kurangnya 60 saat.

1.3 Duduk sendiri  Duduk seimbang tanpa sokongan

 Apabila diletakkan dalam


kedudukan duduk, kanak-kanak itu
akan duduk dengan badan tegak
dibelakang dan tangan tidak
menyentuh ke lantai secara
seimbang sekurang-kurangnya 30
saat.

1.4 Melutut dengan bantuan  Boleh menggunakan tangan dan


lutut ketika duduk
1.5 Melutut  Dari kedudukan duduk di atas
permukaan rata, pelajar akan
memalingkan badannya ke kanan
atau ke kiri dan menggunakan
lututnya untuk menampung berat
badannya.
Matlamat 2 : Duduk dan bangun dari atas kerusi

Huraian : Pelajar duduk di atas kerusi dan bangun dari kerusi tanpa bantuan orang lain mengikut saiz kerusi pelajar.

Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan

2.1 Duduk di kerusi.  Pelajar duduk kekal tegak di atas


kerusi tanpa bantuan orang lain
mengikut saiz kerusi pelajar.

2.2 Bangun dari kerusi  Letakkan kerusi berdekatan dengan pelajar


untuk memudahkan duduk di atas kerusi
dan bangun dari kerusi.
 Jarakkan kerusi dengan pelajar dan
galakkan pelajar untuk duduk di atas kerusi
tersebut dan bangun dari kerusi.

TAJUK B: BERDIRI (Gdah)

Matlamat 1 : Membongkok dan berdiri seimbang tanpa sokongan

Huraian : Pelajar melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan menegakkan
badan.

Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan

Berdiri dengan bantuan  Ditarik/dibantu untuk bangkit


1.1 daripada duduk ke kedudukan
berdiri.
 Bantu pelajar dengan cara
mengampunya
 Berdiri dibelakang pelajar
 Galakkan pelajar bermain semasa
berdiri

 Letakkan mainan di bahagian tngah


1.2 Bangkit daripada duduk ke kedudukan kerusi yang lebih tinggi
 Galakkan pelajar bergerak untuk
berdiri. berdiri dan bermain dengan mainan
semasa berdiri

TAJUK C: BERJALAN (Cg Harifah & Cg Lee)

Matlamat 1 : Berjalan dengan betul mengikut kemampuan pelajar


Huraian : Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah bagi mengelakkan halangan, kemudian
melakukan pergerakan berjalan seperti berikut:
a) Mata hendaklah sentiasa fokus ke hadapan.
b) Hujung jari kaki sentiasa menghadap ke hadapan.
c) Pergerakan tumit ke bebola kaki.
d) Langkah kaki berselang seli dengan ayunan tangan.
Salah satu kaki sentiasa menyentuh permukaan semasa berjalan.
Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan

1.1 Berjalan mengelilingi sesuatu  Menapak sambil memapah


sebagai sokongan  Galakkan pelajar-pelajar berdiri
tanpa dibantu.
 Galakkan pelajar-pelajar menapak
dengan memegang kepada
perabot / dinding.
 Pegang tangan pelajar-pelajar
semasa ia belajar menapak.

1.2 Berjalan dengan bantuan guru  Memberi rangsangan kepada


pelajar untuk berjalan dengan
kaedah memimpin tangan pelajar.
 Bermula dengan memimpin kedua-
dua belah tangan.
 Kemudian memimpin sebelah
tangan
1.3 Berjalan tanpa sokongan Langkah pertama:
sesuatu atau bantuan guru  Apabila pelajar boleh berdiri tanpa
bantuan, guru duduk depan pelajar
dengan mainan dan galakkan pelajar
berjalan ke arah guru.
 Apabila pelajar makin dekat, berikan
mainan dan berikan pujian kepada
pelajar.

Langkah kedua:
 Galakkan pelajar untuk teruskan
berjalan sama ada berjalan secara lurus
atau melengkung, jalan ke depan atau
berundur ke belakang.
 Memberikan tanda garisan lurus pada
laluan yang akan dilalui oleh pelajar
dengan menggunakan kapur tulis atau
pita pelekat.
 Memberikan arahan kepada pelajar
untuk berjalan seperti yang diarahkan:
berjalan pantas, berjalan dengan
langkah besar, berjalan perlahan.

Jika pelajar tidak boleh berdiri tanpa


bantuan:
 Letakkan pelajar di antara dua palang
yang selari.
 Galakkan pelajar memapah dengan
memegang kepada palang dan berjalan
ke hadapan.
Matlamat 2 : Berjalan naik dan turun tangga

Huraian :

Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan

2.1 Merangkak naik ke  Naik dan turun dari struktur yang


struktur/permukaan yang tinggi rendah dan stabil
dari struktur/permukaan yang  Pelajar itu akan memanjat ke dalam dan
rendah dari struktur yang rendah dan stabil.

2.2 Merangkak naik dan turun  Bergerak naik dan turun tangga
tangga
2.3 Naik dan turun tangga dengan  Naik dan turun tangga menggunakan
bantuan dua sokongan tangan.
 Pelajar berjalan turun naik tangga;
sebelah kaki sahaja memainkan
peranan naik tanpa bergilir dengan kaki
sebelah. Susur tangan (handrail) atau
dinding sebagai sokongan bagi pelajar
tersebut
2.5 Naik dan turun tangga tanpa  Pelajar berjalan dengan kaki bergilir
Bantuan melangkah ke atas dan bawah tangga
tanpa sokongan susur tangan atau
dinding atau memegang tangan orang.

Matlamat 3: Pergerakan naik dan turun melepasi halangan

Huraian :

Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan

3.1 Bergerak ke bawah dan ke  Pelajar boleh bergerak melalui


atas merentasi halangan terowong, bawah meja, memanjat
masuk dan keluar kotak pasir.
 Apabila pelajar sudah boleh berjalan,
tingkatkan keupayaan berjalan atas
permukaan yang tidak rata (taman
permainan) atau dengan menggunakan
pemainan tolak dan tarik).

KEMAHIRAN D: BERLARI (Cg Atikah)

Matlamat 4: Berlari mengelak halangan


Huraian :

Bil. Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan

4.1 Berjalan pantas  Berlari dan berhenti mengikut arahan  Ruang (dalam atau luar bangunan).
berpandukan kad bermula (warna hijau)  Penanda tempat berdiri dan tempat
4.2 Berlari dan berhenti (warna merah). arah yang di tuju (kon, pita pelekat
 Berlari ke arah yang di tentukan dengan berwarna, kad berwarna, botol
4.3 Berlari dengan mengelak
kon atau pita pelekat berwarna. bertanda bilangan angka atau warna
halangan
 Berlari ke arah yang ditentukan dengan untuk dipadankan, piring bertanda
memadankan angka atau warna. bilangan angka atau piring berwarna
 Berlari mengikut garisan lurus atau untuk di padankan dan lain-lain lagi).
lencong dengan menggunakan pita
pelekat.

KEMAHIRAN E: BERMAIN (Cg Atikah & Cg Rini)


Matlamat 1: Melompat ke hadapan
Huraian:
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau
kedua-dua belah kaki. Jika digesa atau diberikan contoh/ model, pelajar melompat ke hadapan dengan ke dua-dua belah kaki serentak
sekurang-kurangnya 1 kali lompatan
Bil Strategi Sumber Alatan / Rujukan
Objektif
.
1.1 Imbang badan dengan berdiri sebelah
kaki

atau

1.2 Melompat ke permukaan/struktur  Membuat aktiviti berkumpulan dengan  Gelung Hola Hop
rendah rakan-rakan samada ketika circle time
ataupun ketika mata pelajaran Pendidikan
Jasmani sambil diberi galakan oleh guru.
Aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti
melompat bersama-sama rakan sambal
 Menggunakan kad nombor / kertas
kedua-duanya berpegangan tangan
pinggan.
 .Menunjukkan demonstrasi aksi melompat
melalui tayangan video atau dari guru atau
rakan kepada pelajar.
1.3 Melompat setempat  Aktiviti melompat di dalam gelung hula
mengikut warna (cadangan 1).
 Melompat mengikut susunan angka
menaik (cadangan 5).
i. 1-5
ii. 5-10  Benang (yarn) /pelekat (electric tape).
 Kertas warna.
 Menggunakan barisan nombor di atas
lantai untuk melompat mengikut susunan
angka menurun (cadangan 5).
i. 5-1
ii. 10-5

 Pelajar melompat ke petak huruf sambil


mendengar
 Pelajar melompat ke petak huruf sambil
mendengar dan menyebut huruf mengikut
muzik yang dimainkan (ABC song).
 Pelajar melompat ke petak huruf sehingga
muzik berhenti dan kemudian menyebut
huruf berkenaan (tempat berhenti).

Atau

Melompat bersama kawan dengan


menggunakan ‘trampoline’:
Melompat dengan menggunakan ’trampoline’
tanpa bantuan

Melompat mengikut rentak dengan


menggunakan ‘trampoline’:
Matlamat 2: Meloncat
Huraian: Pelajar melakukan pergerakan melompat sebelah kaki menggunakan corak langkah-loncat secara berulang-ulang sambil tangan
dihayunkan sedikit untuk mengimbangi badan.

Bil Objektif Strategi Sumber Alatan / Rujukan


.
2.1 Meloncat  Permainan loncatan dari gelung rotan
secara berganti-ganti.
 Meloncat dalam bulatan besar dan
berhenti apabila muzik diberhentikan.
 Loncatan zigzag di dalam gelung.
 Permainan ting-ting.
2.2 Meloncat dengan sebelah kaki

Matlamat 3: Menangkap, Menendang, Melemparkan, mengolek bola atau objek yang serupa

Huraian : Pelajar melakukan aktiviti manipulasi alatan menggunakan bola seperti membaling, menendang, menangkap dan melantun,
Bil Strategi Sumber Alatan / Rujukan
Objektif
.
3.1 Menggolek bola ke arah sasaran Pelajar menggolek bola dengan satu atau dua tangan
dalam sasaran 18 inci (45cm).

1. Latihan menggolek bola:


 Menggolek bola ke arah anggota badan.
 Murid disarankan untuk menggunakan tangan
kanan, tangan kiri atau kedua-dua belah
tangan semasa menggolek.

2. Menggolek bola ke pelbagai arah:


 Guru tetapkan kawasan aktiviti menggunakan
skital empat penjuru atau gam pelekat (bagi
aktiviti di kawasan tertutup).
 Murid menggolek bola ke pelbagai arah secara
perlahan menggunakan satu atau dua tangan.

3. Menggolek bola melalui skital:


 Bola digolek melaui skital dalam pelbagai
jarak.
 Skital boleh ditambah mengikut kesesuaian.

4. Permainan ‘Bola Terowong’:


 Murid dalam kumpulan kecil dan berbaris
dalam kumpulan.
 Murid di hadapan menggolek bola melalui
celah kaki rakan dalam barisan dan masuk
balik selepas menggolek bola.
 Murid yang terakhir dalam barisan mengambil
bola dan berlari ke hadapan barisan dan
menggolekkan semula.
 Pelbagaikan saiz dan jenis bola serta jarak
murid.

5. Menggolek bola ke sasaran:


 Menggunakan gam pelekat, tandakan jarak
yang ingin dijadikan sasaran (3m dan 10m)
 Murid menggolek bola hingga ke sasaran.
3.2 Melemparkan bola atau objek serupa 1. Membaling, melambung dan menyambut secara
pada sasaran. berkumpulan, berpasangan dan individu:
 Bola besar
 Bola kecil
 Pundi kacang

2. Melempar dan menangkap bola kecil secara


individu atau kumpulan.
3. Memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.
4. Melempar dan menangkap pundi kacang secara
berpasangan.
5. Memasukkan bola / pundi kacang melalui
gelung hula.
6. Melempar gelang getah melimpasi garisan
yang ditetapkan. Guru boleh pelbagaikan jarak
garisan.
3.3 Membaling bola di paras tinggi.  Permainan membaling bola seperti membaling ke
arah tin ataupun botol.
 Membaling dan menangkap bola besar dengan
rakan secara berpasangan.
 Membaling bola kecil ke dalam bakul dengan
berhalangan.
 Membaling bola kepada rakan

Atau

1. Pastikan pelajar mengambil perhatian (diam,


mendengar dan melihat) ketika aktiviti melontar
2. Pastikan pelajar mengikut giliran dan tidak
menolak kawan-kawan ketika aktiviti ini
dijalankan
3. Pastikan guru menggunakan alat penggera dan
dikhaskan dengan masa yang sesuai, contoh 2
minit untuk aktiviti melontar

3.4 Menangkap bola. Pelajar menangkap bola besar (sekurang-kurangnya


mempunyai keluasan diameter 6 inci) menggunakan
dua tapak tangan. Bola dilontar oleh guru atau rakan
di paras rendah atau tinggi dari kejauhan 6 ke 10 kaki.

1. Menangkap bola pelbagai aras:


• Tetapkan murid dengan pasangan masing-
masing / guru.
• Bola / Pundi kacang dibaling dalam pelbagai
aras oleh rakan / guru (bagi murid yang berkerusi
roda, disarankan bola dibaling aras rendah).
• Ulang beberapa kali untuk latihan
menangkap bola / pundi kacang.

2. Menangkap bola pelbagai arah:


• A membaling bola dari arah depan, kiri dan
kanan.
• B berlari ke arah bola yang dibaling dan
menangkap bola dan menghantar semula kepada B.
Bagi yang berkerusi roda, cukup hanya memalingkan
kerusi roda ke kiri atau ke kanan mengikut arah bola
yang dibaling.
• Tukar peranan.
3.5 Melantun bola. Pelajar melantun bola besar (sekurang-kurangnya
mempunyai keluasan diameter 8 inci), sebanyak dua
kali, menggunakan tapak tangan yang dominan.

3.6 Menendang bola Apabila objek berada dalam kaki pelajar, pelajar
menendang ke hadapan dengan satu kaki sambil
mengekalkan keseimbangan.

Pelajar menendang bola besar (sekurang-kurangnya


berdiameter 8 inci) dengan satu kaki sambil
mengimbangkan badan. Pelajar disarankan untuk
membengkokkan sedikit kaki sokong sambil
menendang bola dengan menghayun kaki ke
belakang dan kemudian ke hadapan mengikut arah
bola ditendang.

Anda mungkin juga menyukai