Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC HUA HSIA BAGAN DATUK Kod Sekolah: ABCB008

Leong Xiao Juan


1. Nama Guru
Perjalanan ke Barat
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
m/s 872
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Perjalanan ke Barat (Cina Tradisional: 西遊記; Cina Mudah: 西游记; Hanyu Pinyin: Xīyóu-jì ;
Wade-Giles: Hsiyu-chi ) ialah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan
Cina. Pada asalnya diterbitkan secara tanpa nama pengarang pada dekad 1590-an semasa
Dinasti Ming, dan walaupun bukti langsung tentang pengarangnya tidak wujud, buku ini telah
dikatakan ditulis oleh cendekiawan Wú Chéng'ēn sejak abad ke-20. Karya ini juga dikenali
sebagai Monyet sempena judul buku terjemahan ringkas yang popular oleh Arthur Waley.

Novel ini ialah pemerihalan cereka tentang legenda-legenda yang melibatkan ziarah sami
Xuanzang ke India semasa Dinasti Tang untuk memperoleh teks keagamaan Buddhisme yang
dikenali sebagai sutra. Atas arahan Buddha, Bodhisatva Guānyīn memberikan tugas ini kepada
Xuanzang dan tiga orang pelindungnya dalam bentuk pengikut, iaiatu Sūn Wùkōng, Zhū Bājiè dan
Shā Wùjìng, bersama dengan putera naga yang bertindak sebagai kuda untuk Xuánzàng.
Keempat-empat watak ini telah bersetuju untuk membantu Xuánzàng supaya dapat menebus
dosa-dosa mereka yang terdahulu.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Perjalanan ke Barat amat mempengaruhi budaya rakyat, mitologi, dan sistem-sistem nilai Cina,
dengan dewa-dewa Taoisme dan Buddhisme masih membayangkan kepercayaan budaya rakyat
Cina pada hari ini.

Sebahagian daripada kepopularan novel ini yang lama bertahan berasal daripada kesan-
kesannya yang bertindak pada beberapa peringkat: selain merupakan sebuah cerita
pengembaraan yang sangat baik serta pemberi wawasan rohaniah, ia juga mengalegorikan
penziarahan ke India itu sebagai suatu perjalanan perseorangan menuju ke kecerahan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Cerita novel ini boleh diterapkan dalam P&P terutamanya bagi matapelajaran Pendidikan Moral
dan Pendidikan Sivik. Terdapat banyak nilai murni dan kepercayaan boleh dipelajari oleh murid
dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LEONG XIAO JUAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai