Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI

Bilangan Jurnal :4
Minggu Praktikum :4
Tarikh : 4 Julai 2022 – 8 Julai 2022
Tajuk Jurnal : Murid datang lewat ke sekolah

1. Isu Yang Difokuskan:

Saya menjalankan tugas sebagai guru yang bertugas pada minggu ini. Saya mendapati ada
beberapa orang murid yang hadir lewat ke sekolah. Murid perlu datang ke sekolah sebelum
pukul 7.40 pagi kerana sesi pdp akan bermula pada pukul 7.40 pagi tetapi ada yang datang
sekolah pukul 8.00 pagi. Oleh itu, perkara ini telah dimaklumkan pada pihak pentadbir.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Masalah ini timbul kerana murid terlewat bangun tidur. Selain itu, ibu bapa yang mengambil
enteng berkaitan waktu masuk sekolah. Sepatutnya, ibu bapa haruslah peka dengan waktu
untuk memastikan anak mereka perlu sampai ke sekolah sebelum jam 7.40 pagi. Hal yang
demikian, akan memberi kesan kepada murid yang lewat datang ini kerana tertinggal tajuk-
tajuk pdp yang telah diajari oleh guru mata pelajaran ketika itu.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Menurut Caldarella, Christensen, Young & Densley (2011) dari Hammil Institute Of
Disabilities pula menyatakan bahawa sekiranya murid-murid kerap datang lewat ianya akan
menyebabkan guru-guru merasa tertekan kerana murid-murid tersebut sering melanggar
arahan yang telah diberikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mereka juga
sering meminta supaya sesi pengajaran diulang semula. Mereka juga sering terlepas
pengumuman-pengumuman penting yang disampaikan oleh guru-guru.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenalpasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-

a) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada waktu kelas pagi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar dengan masa yang telah dirancangkan.
b) Mengambil inisiatif bagi mengurangkan masalah murid yang datang lewat ke
sekolah dan lewat perhimpunan dengan melaksanakan Program I SEE. Program ini
mengaplikasikan enam prinsip asas Strategi Lautan Biru iaitu prinsip pertama,
membina semula sempadan sasaran atau ‘build execution into strategy’. Prinsip
kedua, memberi tumpuan secara menyeluruh atau ‘focus on the big picture not the
number’. Prinsip ketiga, melangkaui permintaan sedia ada atau ‘reach beyond
existing demand’. Prinsip keempat mendapatkan strategi yang tepat atau ‘get the
strategic sequence right’. Prinsip kelima, mengatasi rintangan organisasi ‘overcome
key organizational hurdles’ dan prinsip keenam membina strategi dalam
perancangan. Keenam-enam prinsip ini banyak digunakan secara tidak langsung
dalam kepimpinan sekolah.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

2 Minggu

6. Tindakan Susulan:

Saya mengambil inisiatif dengan menghubungi penjaga tersebut dan bertanyakan sebab
mengapa murid lewat hadir ke sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga telah memaklumkan
pada penjaga agar membuat surat tunjuk sebab mengapa murid lewat hadir ke sekolah dan
melakukan program I SEE.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

25 Julai 2022

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Pelaksanaan Program I SEE dapat meningkatkan peratus kehadiran murid dan


mengurangkan murid datang lewat ke sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini yang
bertunjangkan Strategi Lautan Biru (BOS) jelas menghasilkan impak yang besar dalam
aspek pengurusan disiplin di sekolah.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan dan Halangan):

Murid lewat datang ke sekolah menjadi satu isu bagi SK Pulapah sejak akhir-akhir ini.
Akibat dari itu, pencapai murid dalam akademik semakin menurun. Oleh itu, pihak sekolah
telah mengambil tindakkan dengan mengingatkan penjaga tentang kepentingan kehadiran
murid ke sekolah. Hal yang demikian telah dapat diselesaikan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai