Anda di halaman 1dari 18

INTERVENSI BERFOKUS

KUMPULAN
BUDDY DAN CARE

SMKL
PENDIDIKAN MORAL

DI SEDIAKAN OLEH
KAMALADEVI A/P PONNIAH
KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL
CONTOH HURAIAN TENTANG
FAKTOR /SEBAB/ PUNCA

DIRI
Kurang didikan agama.

Remaja tidak dapat beza baik buruk.

Contohnya, semua agama melarang perbuatan tidak bermoral.

Kurang perhatian ibu bapa.

Ibu bapa sibuk bekerja.

Contohnya, tiada masa untuk mengawasi gerak-geri anak.

Pengaruh rakan sebaya.

Remaja terikut-ikut perlakuan negatif rakan.

Contohnya, menghisap rokok, buli.

Pengaruh negatif media massa.

Remaja mengikut aksi ganas/ perbuatan tidak bermoral.

Contohnya, hedonisme/ pergaulan bebas.


CONTOH HURAIAN TENTANG
CARA / KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN
DIRI
Saya tidak terjebak dalam gejala sosial.

Saya melakukan aktiviti berfaedah.


Ch: Aktiviti bersukan, sukarelawan

Faktor diri sendiri.

Remaja bersifat ingin tahu.

Contohnya, menghisap vape.

Saya mengamalkan ajaran agama.

Saya mengikut kelas agama.

Contohnya, pergi tempat ibadat/ tokong/ kuil/ gereja/ gurdwara.


CONTOH HURAIAN TENTANG
CARA / KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN

KELUARGA

Ibu bapa menjadi contoh/ teladan yang baik

Ibu bapa menunjukkan perbuatan yang baik.

Contohnya, bercakap sopan.

Ibu bapa memberi didikan agama.

Ibu bapa ajar baik buruk.

Contohnya, tidak terlibat dalam gejala sosial

KERAJAAN

Kerajaan menguatkuasakan undang-undang.

Kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat.

Contohnya, dipenjara/ didenda.

Kerajaan mengadakan kempen.

Kerajaan memberi kesedaran.


Contohnya, (Nama Kempen).
CONTOH HURAIAN TENTANG
CARA / KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN

MEDIA MASSA
Media massa menyebarkan maklumat.
Rakyat mendapat informasi tentang sesuatu program.
Contohnya, iklan dalam TV.

Media massa menimbulkan kesedaran.


Rakyat mendapat pengetahuan tentang sesuatu program.
Contohnya, melalui television, radio, surat khabar

MASYARAKAT

Masyarakat menyertai kempen.


Masyarakat mendapat kesedaran.
Contohnya, (Nama Kempen).

Masyarakat berganding bahu.


Masyarakat lapor kepada pihak berkuasa.
Contohnya, Polis/ Jabatan Alam Sekitar.
CONTOH HURAIAN TENTANG
KEPENTINGAN/MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN

INDIVIDU

Kepentingan pertama ialah menjamin masa depan yang cerah.


Saya menjadi orang yang berjaya.
Contohnya, dapat mencapai cita-cita.

Kepentingan kedua ialah menjaga imej diri.


Saya disukai oleh orang lain.
Contohnya, menjadi contoh yang baik.

KELUARGA / MASYARAKAT

Kepentingan pertama ialah menjaga imej keluarga.


Keluarga dipuji oleh orang lain.
Contohnya, menjadi contoh kepada ahli keluarga lain.

Kepentingan kedua ialah mengeratkan hubungan silaturahim.


Wujudnya hubungan yang rapat.
Contohnya, melahirkan keluarga yang bahagia.
NEGARA

Kepentingan pertama ialah menjaga imej negara.


Negara kita dipandang tinggi oleh negara lain.
Contohnya, menjadi role model kepada negara lain.

Kepentingan kedua ialah meningkatkan ekonomi.


Pendapatan negara dapat ditingkatkan.
Contohnya, import dan eksport.
CONTOH HURAIAN TENTANG
KESAN / IMPLIKASI / IMPAK NEGATIF

DIRI

Imej diri jatuh.


Individu dipandang rendah oleh orang lain.
Contohnya, tiada kawan.

Individu dikenakan tindakan undang-undang.


Masa depan gelap.
Contohnya, susah mendapat pekerjaan.

KELUARGA

Imej keluarga jatuh.


Keluarga dipandang rendah oleh orang lain.
Contohnya, dipulau oleh orang lain.

Hubungan keluarga tidak baik.


Keluarga tidak harmoni.
Contohnya, berlaku pergaduhan dalam keluarga.
MASYARAKAT

Perpaduan terjejas.
Perselisihan faham berlaku.
Contohnya, pergaduhan antara kaum berlaku.

Hubungan sosial terjejas.


Masyarakat tidak harmoni.
Contohnya, masyarakat huru hara.

NEGARA

Imej negara jatuh/ rosak.


Negara dipandang rendah oleh negara lain.
Contohnya, tiada pelancong.

Ekonomi jatuh.
Tiada pendapatan untuk negara.
Contohnya, negara menjadi mundur.
CONTOH HURAIAN TENTANG
CABARAN/ BATASAN / HALANGAN

Cabaran pertama ialah bahasa berbeza.


Semua orang susah berkomunikasi.
Contohnya, salah faham.

Cabaran kedua ialah penyebaran maklumat palsu.


Maklumat palsu memburukkan individu/ keluarga/ negara.
Contohnya, fitnah.

Cabaran ketiga ialah kurang sikap peduli.


Terdapat orang yang lebih mementingkan diri sendiri.
Contohnya, tidak memberi pertolongan.
CONTOH HURAIAN TENTANG
PERASAAN
Perkara baik
Saya berasa gembira.
Hal ini kerana telah meningkatkan imej diri/ keluarga/ negara.
Saya akan dipandang tinggi oleh orang lain/ negara lain.

Saya berasa sedih.


Hal ini kerana telah menjatuhkan imej diri/ keluarga/ negara.
Saya akan dipandang rendah oleh orang lain/ negara lain.
Contoh soalan

Maklumat di bawah berkaitan kes pengedaran dadah.

(Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4)

(a) Pada pendapat anda, wanita di dalam petikan patut diadili mengikut
prinsip keadilan atau keprihatinan? Berikan alasan anda. ( 2 markah)

(i) Prinsip Keadilan


- Wanita tersebut telah melanggar undang-undang.
- Dia harus dihukum setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya.

(ii) Prinsip Keprihatinan


- Wanita tersebut tidak bersalah/dikurangkan hukuman/hukuman ringan.
- Wanita tersebut telah ditipu oleh sindiket dadah.

(b) Jelaskan dua implikasi yang boleh berlaku sekiranya wanita tersebut
dibebaskan atas dasar keprihatinan. [4 markah]

Kes keldai dadah akan meningkat. Ini kerana keldai dadah tahu bahawa
mereka boleh dibebaskan lagi atas prinsip keprihatinan. Selain itu,
wanita keldai dadah tidak akan insaf. Dia akan mengulangi kesalahan tersebut. Imej
negara jatuh. Negara dipandang rendah oleh negara lain.
Hubungan sosial terjejas. Masyarakat tidak harmoni.

(c) Apakah perasaan anda sekiranya ahli keluarga anda terlibat dalam
masalah ini? Jelaskan. [2 markah]

Saya berasa sedih. Hal ini kerana telah menjatuhkan imej keluarga. Saya
akan dipandang rendah oleh orang lain.
(d) Nyatakan dua cara anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa
penipuan sindiket dadah seperti dalam petikan di atas. [2 markah]

(i) Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.


(ii) Saya mengamalkan ajaran agama.
(iii) Sentiasa mematuhi undang-undang negara.
(iv) Sentiasa ambil tahu berita semasa.

8/9. Dialog berikut antara dua orang murid tentang makanan yang digemari oleh mereka.
Sandra : Saya suka makan nasi kandar Pulau Pinang, nasi kerabu dan capati.
Rozita : Wah! Awak suka makanan berempah dan pedas ye. Saya tidak sangka awak pandai
makan semua makanan ini.
Sandra : Kenapa awak cakap begitu? Bukankah negara kita kaya dengan pelbagai etnik dan
budaya. Kita harus cuba makanan-makanan tersebut. Barulah ada kesepaduan sosial dan
menunjukkan keunikan rakyat Malaysia.
Rozita : Maaflah Sandra, tekak saya memang tidak boleh terima makanan tersebut. Tapi kalau
pizza, ramen, kimchi, burger dan sushi. Eemmm, sedap sangat!

(Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, halaman 165)

(a) Apakah perasaan anda melihat sikap Rozita? Berikan alasan anda.
[4 markah]

(b) Anda tidak bersetuju dengan pendapat Rozita. Berikan justifikasi anda
berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah]

(c) Apakah cabaran untuk mengekalkan keunikan makanan tempatan di persada


dunia. [8 markah]
JAWAPAN
(a) Apakah perasaan anda melihat sikap Rozita? Berikan alasan anda.
[4 markah]

a) Saya berasa sedih. Rozita memandang rendah makanan tempatan. Rozita


mengutamakan makanan negara luar. Dengan ini, menjatuhkan imej negara.

(b) Anda tidak bersetuju dengan pendapat Rozita. Berikan justifikasi anda
berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah]

b) Nilai Hormat
Nilai Rasional
Nilai Kesederhanaan
Nilai Bertanggungjawab
Nilai Patriotisme

F1: Berbangga dengan makanan tempatan.


H1: Terkenal di serata negara.
H2: Makanan tempatan dieksport ke luar negara.
C1: Contohnya, nasi lemak/rendang/sate/roti canai.
I: Dengan ini, dapat menarik pelancong datang ke Malaysia.

F2: Makanan tempatan mempunyai keunikan tersendiri.


H1: Mencerminkan identiti budaya sesebuah negara.
H2: Makanan tempatan tular/viral di media sosial.
C1: Contohnya, melalui Tik Tok/Instagram/Youtube.
I: Oleh itu, menu makanan tempatan dikekalkan.

Jawapan:
Nilai universal ialah nilai hormat, nilai rasional, nilai kesederhanaan, nilai bertanggungjawab, dan
nilai patriotisme.

Kita berbangga dengan makanan tempatan. Hal ini kerana ia terkenal di serata negara.
Makanan tempatan dieksport ke luar negara. Contohnya, nasi lemak/rendang/sate/roti canai.
Dengan ini, dapat menarik pelancong datang ke Malaysia.

Makanan tempatan mempunyai keunikan tersendiri. Hal ini kerana ia mencerminkan


identiti budaya sesebuah negara. Makanan tempatan tular/viral di media sosial. Contohnya,
melalui Tik Tok/Instagram/Youtube. Oleh itu, menu makanan tempatan dikekalkan.
[8 markah)
(c) Apakah cabaran untuk mengekalkan keunikan makanan tempatan di
persada dunia.

c) F1: Cabaran bahasa.


H1: Penggunaan bahasa yang berbeza.
H2: susah berkomunikasi.
C1: Contohnya, tidak memahami maklumat yang disampaikan.
I: Oleh itu, menjejaskan komunikasi antara kaum.

F2: Cabaran cita rasa.


H1: Cita rasa berbeza.
H2: tidak menyukai menu yang baharu.
C1: Contohnya, sesetengah masyarakat tidak suka makanan pedas.
I: Oleh itu, makanan tempatan tidak diminati oleh masyarakat luar.

Jawapan:
Cabaran pertama ialah cabaran bahasa. Penggunaan bahasa yang berbeza. Masyarakat susah
berkomunikasi. Contohnya, tidak memahami maklumat yang disampaikan. Oleh itu, menjejaskan
komunikasi antara kaum.

Cabaran kedua ialah cabaran cita rasa. Cita rasa berbeza. Masyarakat tidak menyukai menu yang
baharu. Contohnya, sesetengah masyarakat tidak suka makanan pedas. Oleh itu, makanan
tempatan tidak diminati oleh masyarakat luar.
9. Pernyataan di bawah berkaitan dengan kepentingan hubungan baik dengan negara luar.

Secara umumnya, Malaysia menjalinkan hubungan antarabangsa yang melibatkan


hubungan dua hala dan hubungan pelbagai hala dengan negara-negara dunia.
Dalam konteks ini, hubungan antarabangsa memupuk kesefahaman antara negara
dengan negara lain untuk memenuhi keperluan dan memelihara kepentingan
negara demi kemakmuran sejagat. Hubungan ini merangkumi bidang politik,
ekonomi dan sosial.

(a) Nyatakan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara Malaysia.

[4 markah]

(b) Hubungan dua hala Malaysia bermaksud hubungan baik dan mesra negara dengan negara-
negara dunia dalam pelbagai bidang. Jelaskan kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan
dengan negara luar.
[8 markah]

(c) Huraikan langkah yang patut diambil oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan
antarabangsa. Jawaban anda perlu disokong dengan nilai universal yang dipelajari.
[8 markah]
Jawapan:

(a) Nyatakan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara Malaysia.

[4 markah]

a) Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai ialah ASEAN/


Komanwel/NAM/OIC/PBB/ASA - Persatuan Negara Asia Tenggara/ MALPHINDO.

(b) Hubungan dua hala Malaysia bermaksud hubungan baik dan mesra negara dengan
negara-negara dunia dalam pelbagai bidang. Jelaskan kepentingan Malaysia menjalinkan
hubungan dengan negara luar.
[8 markah]

b) Ekonomi
F1: Meningkatkan pendapatan negara.
H1: Mempelbagaikan sumber ekonomi.
H2: Membuka peluang pekerjaan.
C1: Contohnya, sektor pelancongan seperti perhotelan/perindustrian.
I: Oleh itu, negara akan maju.

Keselamatan
F1: Menjamin hubungan yang baik dengan negara lain.
H1: Berganding bahu untuk kebaikan bersama.
H2: Mengatasi jenayah antarabangsa.
C1: Contohnya, pemerdagangan manusia.
I: Oleh itu, menjamin keamanan negara.

Jawapan:
Kepentingan dari segi ekonomi ialah meningkatkan pendapatan negara. Hal ini kerana ia
mempelbagaikan sumber ekonomi. Dengan ini, ia membuka peluang pekerjaan. Contohnya, sektor
pelancongan seperti perhotelan/ perindustrian. Oleh itu, negara akan maju.

Kepentingan dari segi keselamatan ialah menjamin hubungan yang baik dengan negara lain. Hal
ini kerana sesebuah negara dapat berganding bahu untuk kebaikan bersama. Justeru, dapat
mengatasi jenayah antarabangsa. Contohnya, pemerdagangan manusia. Oleh itu, dapat menjamin
keamanan negara.
(c) Huraikan langkah yang patut diambil oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan
antarabangsa. Jawaban anda perlu disokong dengan nilai universal yang dipelajari.
[8 markah]

c) Nilai Hormat
Nilai Kerjasama
Nilai Toleransi
Nilai Bertanggungjawab
Nilai Rasional

F1: Menghargai hubungan antara negara.


H1: Tidak campur tangan urusan politik negara lain.
H2: Memberikan pendapat dan pandangan yang sewajarnya.
C1: Contohnya, tidak menyentuh isu-isu sensitif setiap negara.
I: Oleh itu, hubungan antara negara erat/baik.

F2: Berganding bahu/usaha sama dalam pelbagai bidang demi kebaikan bersama.
H1: Hal ini kerana dapat memupuk hubungan politik yang baik.
H2: Menghulurkan bantuan kepada negara yang berada dalam kecemasan.
C1: Contohnya, bantuan kemanusiaan/kewangan.
I: Oleh itu, keamanan global akan terjamin.

Jawapan:
Nilai universal ialah nilai hormat, nilai kerjasama, nilai toleransi, nilai bertanggungjawab, dan nilai
rasional.

Langkah utama ialah Malaysia menghargai hubungan antara negara. Hal ini kerana Malaysia tidak
campur tangan urusan politik negara lain. Justeru, Malaysia memberikan pendapat dan pandangan
yang sewajarnya. Contohnya, tidak menyentuh isu-isu sensitif setiap negara. Oleh itu, hubungan
antara negara erat/baik.

Langkah seterusnya ialah Malaysia berganding bahu/usaha sama dalam pelbagai bidang demi
kebaikan bersama. Hal ini kerana dapat memupuk hubungan politik yang baik. Malaysia boleh
menghulurkan bantuan kepada negara yang berada dalam kecemasan. Contohnya, bantuan
kemanusiaan/ kewangan. Oleh itu, keamanan global akan terjamin.

Anda mungkin juga menyukai