Anda di halaman 1dari 14

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN

SEPTEMBER
2022

ADSH2103
HADIS-HADIS PILIHAN

NO. MATRIKULASI : 030704011056001


NO. KAD PENGENALAN : 030704011056
NO. TELEFON : 0162479810
E-MEL : lailatullisa@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE


Pengenalan

Bersedekah adalah perkara yang digalakkan kepada umat islam tanpa mengira status atau
taraf hidup mereka.
Kita juga dinasihatkan supaya tidak mengungkit atau riak dengan pemberian yang telah
diberikan kerana perbuatan ini dapat membatalkan sedekah. Islam menggalakkan umatnya
membantu mereka yang berada dalam kesempitan. Dengan mengamalkan ibadah sedekah ini,
setiap manusia akan mendapat manfaatnya.

Maksud sedekah ialah suatu pemberian yang dilakukan secara sukarela oleh seseorang
kepada orang lain tanpa dibatasi waktu dan jumlah tertentu. Selain itu sedekah juga boleh
dimaksudkan dengan sesuatu pemberian yang oleh seseorang sebagai kebajikan yang
mengharap keredhaan Allah dan pahala semata-mata.

Sabda Nabi SAW


“setiap ruas yang aktif dari kamu itu harus disedekahi. Maka setiap tasbih itu nilainya
sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah dan amar
makruf nahi munkar itu juga sedekah.”

Berdasarkan sabda tersebut dapat dijelaskan bahawa sedekah tidak terbatas kepada perkara
materialistik sahaja. Ini juga menunjukkan ibadah sedekah bersifat lentur yang bermaksud
setiap perbuatan baik itu dapat dikira sebagai sedekah. Antara contoh perkara yang dapat
dikategorikan sebagai sedekah selain daripada wang atau duit ialah memberikan makanan
kepada orang yang berpuasa atau lapar, menyedekahkan pakaian terpakai ataupun menolong
rakan yang berada dalam kesusahan.

Menurut Al-Mawardi, sedekah dan zakat mempunyai maksud yang sama tetapi pengertian
yang berbeza. Zakat dari segi Bahasa bermaksud bersih, suci, bertambah dan berkembang.
Zakat juga dapat dimaksudkan dengan suatu rahmat, kebaikan, penyucian dan peningkatan.
Dari segi istilah pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagaian harta yang tertntu kepada asnaf
yang berhak dengan syarat yang tertentu. Antara syarat wajib zakat ialah mencukupi kadar
minima (nisab), dimiliki dalam tempoh setahun dan wajib ditunaikan atas kadar tertentu
(2.5%).
1.0 Sedekah dalam pelbagai Perspektif

Perspektif Al-Quran

Terdapat pelbagai ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang zakat dan sedekah. Firman
pertama:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),supaya dengannya


engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikanmereka (dari akhlak yang buruk);
dan doakanlah untuk mereka, keranasesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka. Dan (ingatlah) AllahMaha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [At-Taubah (9):
103 ]

Perkataan membersihkan mereka bermaksud mereka membersihkan dari dosa dan kebakhilan
jiwa mereka manakala perkataan menyucikan mereka pula bermakna ada keutamaan dan
kebaikan dalam bersedekah kerana sedekah itu menyucikan, membersihkan, menghilangkan
keburukan dan meningkatkan darjat.

Firman kedua:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanyapada jalan Allah, ialah


sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuhtangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allahakan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Allah Mahauas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya” [Al-Baqarah (2) : 261]

Allah SWT memberikan gandaan pahala bagi orang yang menafkahkan hartanya kepada
jalan-Nya dengan tujuaan mencari keredhaan. Berdasarkan ayat diatas, pengorbanan harta
yang dilakukan dijalan Allah mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda dan bukanlah
perkara yang merugikan untuk dilaksanakan. Disisi islam, walaupun sedekah yang diberikan
berjumlah sedikit akan tetap dihargai.
Firman ketiga:

‫۟ا‬
‫ِإن ُتْبُدو ٱلَّصَد َقٰـِت َفِنِعَّم ا ِهَى ۖ َو ِإن ُتْخ ُفوَها َو ُتْؤ ُتوَها ٱْلُفَقَر ٓاَء َفُهَو َخْيٌۭر َّلُك ْم ۚ َو ُيَك ِّفُر َعنُك م ِّم ن َس ِّئَـاِتُك ْم ۗ َو ٱُهَّلل ِبَم ا َتْع َم ُلوَن َخ ِبيٌۭر‬

Berdasarkan ayat di atas, dosa mereka yang memberikan sedekah sama ada secara terangan
atau sembunyi akan dihapuskan dosa-dosa mereka. Akan tetapi, dosa yang dihapuskan
hanyalah dosa yang-dosa kecil yang berkaitan dengan hak Allah.

Perspektif hadis

Hadis pertama:

dari ayahnya dari datuknya bahawa Nabi saw bersabda, "Setiap muslim wajib
bersedekah." Orang ramai bertanya, "Wahai Nabi Allah! Jika seseorang tidak mempunyai
apa-apa untuk diberikan, apakah yang akan dia lakukan?" Baginda bersabda, "Hendaklah
dia bekerja dengan tangannya dan memberi manfaat kepada dirinya dan juga bersedekah
(dari apa yang dia usahakan)." Orang ramai bertanya lagi, "Jika dia tidak dapat menjumpai
walaupun itu?" Baginda menjawab, "Hendaklah dia menolong orang miskin yang memohon
pertolongan." Kemudian orang ramai bertanya, "Jika dia tidak dapat
melakukannya?" Baginda menjawab, "Maka hendaklah dia beramal dan menjauhi
kemungkaran dan ini akan dikira sebagai sedekah." [ Sahih Al-Bukhari, kitab ke-24, bab
ke-30]

Menurut hadis di atas, walaupun seseorang tidak mempunyai harts mereka diwajibkan
bersedekah dengan cara bekerja untuk memanfaatkan diri sendiri dan juga orang lain. Selain
daripada itu , mereka juga digalakkan untuk menolong orang miskin dan juga sesiapa sahaja
yang memerlukan pertolongan. Dan jika tidak dapat melakukan mana-mana cara sekalipun
seseorang haruslah sentiasa beramal dan menjauhkan diri dari kemaksiatan kerana perkara ini
juga akan dikira sebagai sedekah.
Hadis kedua:

'Umair, hamba yang dimerdekakan menyuruhku memotong daging, kemudian datang


seorang fakir lalu aku memberinya. Apabila tuanku mengeluarkan dana tentang hal itu, dia
memukulku, maka aku pergi kepada Rasulullah dan dia datang kepadanya dan berkata:
'Jangan pukul dia.' Dia berkata: 'Dia memberikan makanan saya tanpa saya menyuruhnya.'
Dia berkata: 'Pahala akan dikongsi antara kamu berdua.' [ Sunan Al-Nasa’I, kitab ke-23.
Bab ke-56 ]

Hadis di atas, menerangkan bahawa makanan yang dikongsikan bersama-sama terutamanya


orang fakir juga dikira sebagai satu sedekah.

Hadis ketiga:

“Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : dua kalimah yang ringan (mudah)
disebut oleh lisan, berat (nilainya) di timbangan, sangat disukai oleh Allah (Al-Rahman)
iaitu Subhanallah wa bihamdihi Subhanallah Al-Azim (Muttafaqun’alaihi)”

Jika seseorang tidak dapat melakukan sedekah dengan hartanya, maka dia boleh
mengamalkan zikir kepada Allah dalam bentuk tasbih, takbir dan tahmid dapat digantikan
sebagai sedekah.
2.0 Kaitan sedekah dan amar makruf

Amar makruf bermaksud mengajak manusia melakukan perkara yang baik manakala maksud
nahi mungkar pula ialah mencegah manusia daripada melakukan perkara yang tidak baik.
Maksud tersebut juga sering digunakan untuk merujuk kepada perkataan dakwah.

Sebagai umat islam, kita diwajibkan menolong satu sama lain, bersatu dalam melakukan
kebaikan dan mencegah kemaksiatan. Keperluan untuk menegur dan melarang perbuatan
maksiat adalah perkara yang perlu diambil berat dan diberikan perhatian.

Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 41:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Berdasarkan firman tersebut jelaslah bahawa setiap bencana yang berlaku adalah disebabkan
perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia sendiri. Mereka juga diingatkan supaya
terus bertaubat dan tidak melakukannya lagi jika hendak menghindari balasan yang lebih
buruk. Oleh itu, bagi memastikan kualiti hidup masyarakat meningkat, kerja-kerja amar
makruf nahi mungkar haruslah sentiasa dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

“Sabda Rasulullah SAW : Meyuruh dengan kebaikan adalah sedekah, mencegah


kemungkaran adalah sedekah.”

Rasulullah telah menyatakan bahawa berdakwah kepada manusia dan berpegang kepada
perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya juga dikira sebagai sedekah. Ini
kerana ia dapat menyelamatkan manusia daripada azab neraka dan membawa mereka ke
syurga. Dakwah merupakan pekerjaan yang baik dan haruslah diamalkan oleh setiap muslim.
Oleh yang demikian sabda tersebut telah menunjukkan bahawa perkara amar makruf nahi
mungkar juga dikira sebagai sedekah.
Selain itu, tidak melakukan kejahatan atau meninggalkan kemungkaran juga dikira sebagai
sedekah. Perkara ini juga dapat merujuk amar makruf nahi mungkar kerana manusia
melakukan kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan. Sebagai contoh, menahan diri daripada
melakukan kejahatan.

“Sabda Rasulullah SAW : Apabila kamu mencegah diri daripada melakukan kejahatan
terhadap manusia, sesungguhnya ia adalah sedekah daripada kamu ke atas kamu.” [ Sahih
Muslim, Kitab Al-Iman, hadis no.122 ]

“Sabda Rasulullah SAW : Senyumanmu dihadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.


Kamu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah bagimu.
Kamu membuang batu, duri dan tulang di jalan adalah sedekah bagimu. Kamu menuang air
dari timbamu untuk diisi ke dalam timba saudaramu adalah sedekah bagimu.” [ Sunan Al-
Tirmizi, Kitab Al-Birr wa Al- Silah, hadis no.1956 ]

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, seseorang perlulah selalu melakukan kebaikan agar


kemungkaran dapat ditinggalkan. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh
seseorang untuk mengamalkan sikap sedekah dan amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap
muslim haruslah melakukan kebaikan kerana secara tidak langsung mereka dapat
mengamalkan dua perkara yang baik iaitu amalan sedekah dan menjalankan amar makruf
nahi mungkar. Jelaslah bahawa sedekah dan amar makruf nahi mungkar berkait rapat.
3.0 Unsur Pedagogi

Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid.
Perkataan pedagogi berasal daripada perkataan Greek pedagogue yang bermaksud guru
mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan berkesan.
Penerapan nilai murni khususnya amalan sedekah sentiasa berlaku semasa dan di luar P&P.
Pendidikan dari sudut Islam memperlihatkan suatu paradigma yang bersifat holistik, sepadu
dan seimbang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 208). Pendidikan
Islambersifat holistik atau menyeluruh kerana ia meliputi perkembangan manusia dari aspek
jasmani, rohani, intelek dan emosi secara bersepadu yang mana potensi ini dapat digunakan
untuk meningkatkan pelbagai aspek kehidupan manusia.
Pengajaran Hadis

1. Para sahabat Rasulullah Saw telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana
mereka sering berlumba-lumba melakukan kebaikan.
2. Setiap amalan soleh mempunyai nilainya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia
tidak akan dipersia-siakan sama sekali. Banyak amalan soleh yang boleh dilakukakn
bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih, menyuruh orang membuat
amar makruf dan mencegah kemungkaran.
3. Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu
bersedekah, lebih lagi kalua mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga
kurang masa untuk melakukan amal ibadat yang lain.
4. Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti
berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan
darjat yang lebih tinggi disisi Allah SWT
Unsur pedagogi yang boleh dijalankan semasa PdPc:
KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN RASULLULLAH SAW

KAEDAH TEKNIK

SURI TELADAN (ROLE MODEL) - Sesi soal jawab kepentingan


Menjadikan amalan sedekah sebagai bersedekah
ikutan dan teladan - Bercerita mengenai peristiwa-
peristiwa umat terdahulu
KEMAHIRAN KBAT - Sesi dialog dan soal jawab
Kepentingan menjadi insan yang
Memberi nasihat dan panduan kepada baik
murid-murid membuat amar makruf dan - Membuat banding beza antara
mencegah kemungkaran contoh-contoh berakhlak mulia
dan contoh adab yang tidak baik
7.0 KESIMPULAN

Impak dunia era global yang sangat kompetitif ini, pendekatan dan penekanan konsep hadis
dan sunnah Islam perlu dilakukan secara holistik dan efektif, diyakini bahawa hasrat untuk
mempertingkatkan peradaban ummah dan membangunkan modal insan bermindakan kelas
pertama dapat dilakukan. Sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya
yang bermaksud: “Jikalau sekiranya penduduk suatu negeri itu beriman dan bertaqwa,
pastilah Kami akan melimpahkan kepadamereka berkah dari langit dan bumi” (Surah al-
A’raf, ayat 96). Amalan dan penghayatan nilai-nilai akhlak murni serta kekuatan rohani di
kalangan anak-anak serta remaja masa kini perlu dipertingkatkan dan dipastikan
keberkesanannya. Sebagai rumusannya, sekiranya kita ingin merealisasikan agenda nasional
yang diberi perhatian kini, maka pendidikan bersifat sepadu yang berpaksikan tauhid dan
berlandaskan falsafah serta nilai Islam perlu dipertingkatkan dari peringkat awal lagi.
RUJUKAN

Al-Bukhari, A. A. M. (1994). Sahih al-Bukhari (Vol. 1–5). Beirut: Dar al-Fikr.


Ariffin Omar. (2006). Sedekah Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunah. Kuala
Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam : Kaedah
pengajarandan pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
https://core.ac.uk/download/pdf/293468983.pdf
https://mt961013.livejournal.com/1381883.html
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2018-09-06-06.pdf
http://etheses.iainkediri.ac.id/796/3/933301711-bab2.pdf
https://perkimdk.com/pengertian-maksud-sedekah-dalam-islam/
https://www.researchgate.net/publication/
344389920_Fadilat_Mengeluarkan_Zakat_Dan_Sedekah_Menurut_Perspektif_Al-
Quran_Dan_Hadith_Rasulullah_SAW

Anda mungkin juga menyukai