Anda di halaman 1dari 8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

SYAFFAFIYYAH RUHIYYAH
DAN REFORMASI MASYARAKAT

Alhamdulilllah kita bersyukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya yang telah
memungkinkan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) melalui Sekretariat Pelajar Persatuan
Ulama’ Malaysia (SPPUM), terus menganjurkan Madrasah Ulama III yang kali ini
membicarakan tentang tasawwuf dan hubungannya dengan pembangunan masyarakat
moden.

Dalam perbincangan Madrasah Ulama’III ini beberapa kertas kerja akan menekankan
aspek sejarah tasawwuf, tarekat, ciri-ciri tasawwuf dan tarekat yang baik, manhaj sufiyyah,
beberapa silap faham mengenai tasawwuf dan tarekat, penyimpangan atas nama tarekat
dan bagaimana menghidupkan amalan tasawwuf yang relevan dengan trend perjuangan
untuk mengubah masyarakat.

Kertas-kertas kerja yang telah diajukan oleh wakil PUM, PERGAS, para pensyarah dari
universiti tempatan seperti UM, UKM, dan juga pidato perdana yang akan disampaikan
oleh alim rabbani YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz adalah cukup berharga untuk
digarap dan diamalkan.

Saudara dan saudari sekalian,

Apa yang menghantui masyarakat sekarang dari malapetaka politik, moral, ekonomi,
informasi dan budaya adalah di antara lain disebabkan oleh kemerosotan akhlak dan
rohaniah individu dan masyarakat itu sendiri; baik pemimpin mahupun pengikut. Ia
mencerminkan kepincangan pembangunan syahsiah dalam aspek-aspek yang saling
berkaitan sama ada dari segi mental, sosial, fizikal, emosi dan lain-lain.

Sebab itulah usaha membangun domain-domain kemanusiaan ini merupakan suatu


kewajipan Tarbiyyah Islamiyyah yang paling mendesak. Antara domain penting ialah
domain ruhiyyah atau rohaniah.

1 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Pendidikan rohani sebenarnya merangkumi aspek preventif seperti mengelakkan umat
Islam dari kesesatan aqidah dan kufur. Ia menghindarkan mereka dari keadaan tidak
seimbang daripada segi emosional dan mental sehingga melakukan perbuatan haram,
durjana dan kezaliman. Ia juga merangkumi aspek pembangunan dan pengukuhan nilai-
nilai rohaniah dalam diri umat Islam seperti ibadah, solat, zikir dan lain-lain. Akhirnya ia
merangkumi aspek treatment atau rawatan dan pengawalan. Ini diusahakan melalui
taubat, tazkirah, tarbiyah, tau’iyah, ‘ilajiah dan lain-lain.

Saudara dan saudari sekalian,

Tahap-tahap amal manusia menuju Allah sebagaimana yang dicerakinkan oleh Al-Qusyiri
merangkumi taubat, mujahadah, khalwah, uzlah, taqwa, warak, zuhud, al-samt (diam), al-
ju’(melaparkan diri), meninggalkan syahwat, tawaddu’, menyalahi keperluan nafsu,
meninggalkan hasad dan mengumpat, bersifat qanaah, al-huzn, (berdukacita), syukur,
sabar, muraqabah, ridha, ‘ubudiah, iradah (kemahuan), istiqamah, jujur, malu, bebas
daripada perhambaan kepada makhluk, zikir, futuwwah (kasatria), berakhlak mulia,
pemurah, berkorban, cemburu kerana Allah, budaya berdoa, merasa perlu bergantung
kepada Allah, beradab dalam perjalanan, mengamalkan budaya bersahabat yang sihat,
suka mendengar al-Quran, menghayati tauhid yang sebenar, ma’rifah kepada Allah,
menjaga hati syaikh, menjaga adab mengenai masa, melaksanakan yang fardhu dan
wajib serta beramal dengan yang sunat.

Ketelusan jiwa atau syaffafiyyah ruhiyyah diraih dengan pelbagai cara. Al-marhum Syeikh
Said Hawa menerangkan ia merangkumi sembahyang, zakat dan berbelanja di jalan Allah,
berpuasa, menunaikan haji, membaca al-Quran, berzikir, berfikir tentang penciptaan Allah,
mengingati mati di samping memendekkan angan-angan, al-muraqabah, al-muhasabah,
al-mujahadah, muatabah melaksanakan amal makruf nahi mungkar, berdedikasi, tawadu’,
mengenali tipu daya syaitan, bersungguh-sungguh mengatasinya, mengenali penyakit hati
atau jiwa dan bersungguh-sungguh merawatinya.

Agenda dan program menjernihkan jiwa ini mungkin begitu panjang kalau hendak
direntang di sini. Ia merangkumi jihad menentang kezaliman, menegakkan keadilan,
melaksanakaan undang-undang dan cara hidup Allah dan seterusnya. Ia tentu akan
dibincangkan dengan panjang lebar dalam kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan.

2 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Saudara dan saudari sekalian,

Bercakap mengenai Syaffafiyyah ruhiyyah maka saya dapati ia ditunjangi oleh dua
Manazil atau sifat penting iaitu ‘Rabbaniah dan Siddiqiah’. Menurut al-Marhum Syeikh
Said Hawa1:

‫ اما الربانية فى م ع ذل ك علم وتعليم ونص يحة‬,‫"اما الربانية فانها صديقية وزيادة فمبنى الصديقية على معرفة هللا والعبودية له‬
"....‫وشهادة على الخلق وحكم بما انزل هللا و امر بمعروف ونهي عن منكر‬

Sifat Rabbaniah terdiri dari sifat Siddiqiah dan tambahannya. Siddiqiah ditegakkan atas
Makrifat dan ‘Ubudiah kepada Allah . Manakala Rabbaniah pula selain dari yang telah
diungkapkan mengandungi ilmu, pengajaran, nasihat, kesaksian terhadap makhluk,
menghukum dengan undang-undang yang diturunkan oleh Allah, menyuruh yang ma’ruf
dan mencegahkan yang munkar...

Manakala Siddiqiah menurut al-Ghazali merangkumi enam jenis kejujuran: kejujuran lidah,
kejujuran niat dan kemahuan (iaitu merujuk kepada sifat ikhlas) kejujuran azam, al-wafa’
(pengkotaan apa yang dijanjikan) kejujuran dalam beramal atau berkerja dan al-sidq atau
kejujuran dalam maqamat al-din, atau amalan-amalan agama.

Insan rabbani pula ialah insan yang memenuhi apa yang dihuraikan oleh al-Qurtubi dalam
tafsirnya terhadap ayat 79 surah al-Imran.

Saudara dan saudari sekalian,

Pada hemat saya tarbiyyah ruhaniyyah yang ideal bukan hanya membuahkan keinsafan,
khasyah, hubb, raja’ dan taqwa, tetapi juga tarbiah yang menjana semangat dan ruh
perjuangan untuk menentang kezaliman, ketidakadilan, kejahatan dan penyalahgunaan
kuasa. Tarbiah ini disebut sebagai tarbiah ruhaniyyah harakiah di mana aspek perjuangan
dan jihad diperkasa dan diperkukuh untuk merubah masyarakat daripada berteraskan
jahiliah kepada masyarakat yang bebas, merdeka dan bertamadun.

3 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Jihad merupakan madrasah ruhiyyah yang amat hebat menyepuh jiwa dan menggilap
ruhaniyyah seseorang sehingga mengatasi martabat ‘Abid. Kalau abid hanya
bergelumang dengan air mata; namun mujahid pula bergelut dengan kilauan mata pedang
atau percikan api peluru serta darah yang bersimbah daripada luka-luka yang dialaminya.
Demikianlah Islam membawa satu paradigma baru yang membatalkan trend kerohanian
yang mandul dan Darwisyiah. Trend kerohanian yang beku lagi membekukan. Rela
diperhamba dan ditindas tanpa semangat perjuangan dan kejantanan. Trend ini adalah
trend yang disokong oleh para penjajah dan kuncu- kuncunya. Ia membentuk jiwa yang
betah dengan penjajah dan semangat penjajahan

Masyarakat tidak akan dapat dibangun dengan jiwa seperti ini. Sebaliknya masyarakat
hanya dapat digerakkan, dibangun dan direformasikan oleh tarbiyyah ruhiyyah yang
syumul dan dinamik. Tarbiah yang manghasilkan perubahan yang menyeluruh dalam
pemikiran, sikap, kelakuan, kaedah perjuangan dan gerak kerja aktivis masyarakat itu
sendiri. Tarbiah Ruhiyyah yang melahirkan manusia yang berjiwa bebas dan merdeka.
Rela berkurban kerana prinsip dan dasar perjuangan.

Saudara dan saudari sekalian,

Dalam menela’ah beberapa buah kitab berkaitan dengan tema Madrasah kali ini saya
tertarik dengan pesanan al-Marhum Syeikh Said Hawa yang mewasiatkan pesanan
berikut kepada para kekasih Allah: Beliau berkata

“Pesananku kepada kekasih Allah:

Pertama: Hadirilah majlis ilmu, pilih yang mana lebih baik dan menguntungkan.
Jangan berjanji melainkan mesti bersama dan menurut titah perintah Allah
melalui ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, menurut jejak para ulama’
leluhur dari kalangan Ahli Sunnah Wa Jamaah. Kerana beriltizam dengan
kesetiaan tanpa ilmu mungkin menambah dosa dan membawa padah.

Kedua: Mengadaplah ke hadrat Allah dengan mengerjakan segala amalan fardhu


atau sunat sama ada solat, puasa, zakat, puasa, haji, tilawah Al-Quran, zikir,
dan selawat kepada Rasul tanpa berlebihan. Laksanakan bacaan zikir-zikir

4 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
yang penting tanpa menyebabkan terganggu pelaksanaan tanggungjawab
duniawi.

Ketiga: Berusahalah setakat yang terdaya dan menurut masa lapang dengan cara
menyebut zikir yang meraih kemesraan Allah. Iaitu:

,‫ ال حول وال قوة اال باهللا‬,‫ اللهم صل على محمد وآله وسلم‬,‫ ال اله اال هللا‬,‫ هللا اكبر‬,‫ والحمدهلل‬, ‫ سبحان هللا‬, ‫"استغفرهللا‬
"‫ سبحان هللا وبحمده سبحان هللا العظيم‬,‫يا حي يا قيوم يا ذا الجال ل واالكرام برحمتك أستغيث‬

ٍSaya harap belum selesai anda mewiridkannya hati anda menjadi lapang
dan ceria. Saya harap anda kekal bergaul dengan orang ramai dan
berdakwah dalam keadaan sentiasa berzikir. Di samping itu jangan lupa
sembahyang sunat I’tikaf, wirid harian dan membaca Al-Quran.

Keempat: Sediakan masa tertentu untuk membaca bahan-bahan yang berguna secara
terencana setiap hari. Jangan lupa membaca bingkisan tulisan kami"‫عقد القرن‬
" dan
“‫”بعيدا عن احتياجات العصر كى ال نمضي‬

Kelima: Setelah anda berwirid seperti di atas, maka tambahkahlah dengan wirid
harian yang biasa. Selitkan wirid-wirid ma’thurat dan wirid yang anda sukai.

1
Hawwa, Syeikh Mohd Said, Muzakarah Fi Manazil al-Siddiqin Wa-al-Rabbaniyin, Dar al-Salam Li al-Tibaah,
Kaherah 1987, hal 3-4.

__________________________

· Kertas kerja ini dilampirkan sempena Madrasah Ulama’ III anjuran Sekretariat Pelajar Persatuan
Ulama’ Malaysia (SPPUM) pada 10 Jamadil Akhir 1421 bersamaan 9 September 2000 bertempat di
Kompleks Darul Hikmah, Kolej Islam Malaya.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN
YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA
DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH
DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

5 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Jangan lupa membaca al-Quran, dan istighfar harian 100 kali, selawat 100
kali, mengulang-ulang kalimah tauhid:
Tak kurang‫ ال اله اال هللا وحده الشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير‬dari 100
kali, 100 ‫ سبحان هللا وبحمده‬kali, dan surah Ikhlas 3 kali.

Keenam: Bacalah risalah al-Ma’thurat oleh al-Syahid Hasan al-Banna. Amalkan


Ma’thurat al-Sughra setakat yang mampu.

Ketujuh: Kenal dan carilah “mursyid” yang sempurna dan jangan tergesa-gesa.
Nilailah status dan kedudukan beliau dan muridnya dengan neraca
ilmu.Berdasarkan penilaian itu bertindaklah sama ada untuk mengikutinya
atau sebaliknya. Seandainya ia tidak sesuai untuk diikuti maka layanilah
beliau dengan sopan santun. Tapi seandainya anda ingin berguru
dengannya secara mengambil berkatnya sahaja; sedangkan beliau tidak
memenuhi syarat seorang mursyid yang sempurna maka perbanyakkanlah
selawat untuk Rasulullah s.a.w..

Kelapan: Di mana dan siapa jua yang anda boleh mendapat kebaikan daripadanya
dan terhindar daripada musibah maka bergaullah dengannya berdasarkan
kaedah Sunnah Rasulullah:

"‫"خذ ما تعرف ودع ما تنكر واقبل على خاصتك ودعهم وعوا مهم‬

Kesembilan Di mana saja anda berkesempatan adakanlah majlis ilmu dan majlis zikir. Di
mana sahaja anda boleh berdakwah kepada kebenaran, laksanakanlah.
Jadikanlah diri anda pembimbing atau pembantu orang lain.

Kesepuluh: Bertuturlah kepada ulama dengan cara yang beradab. Bercakaplah dengan
pihak yang berkuasa dengan cara penuh hormat. Jangan berkomunikasi
dengan mereka kecuali kalau itu sudah kemestian menurut ilmu. Kadang-
kala ada orang yang berkonfrontasi dengan ulama, penguasa dan
pemerintah tanpa mengikut tatacara yang digariskan oleh syara’.Ini tentu
merugikan. Tapi dalam waktu yang

6 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
sama jangan pula bakhil untuk mengirimkan nasihat bertulis secara sulit
kepada mana-mana makhluk Allah yang memerlukannya.

Kesebelas: Jangan bertindak melakukan apa-apa tugas umum atau khusus melainkan
setelah anda mengetahui hukum Allah SWT mengenainya.

Saudara dan Saudari sekalian,

Meskipun antara yang disarankan oleh Syaikh Said Hawwa adalah membaca doa
ma’thurat wazifah sughra namun barangkali lebih baik bagi para ulama’,golongan
cendiakawan Islam serta murabbi alaf baru ini mengamalkan wirid wazifah kubra
memandangkan cabaran dan halangan yang kita hadapi hari ini jauh lebih besar dan
hebat . Oleh itu marilah kita amalkan bersama wirid-wirid tersebut dan wirid atau Doa
Rabitah agar dapat kita atasi cabaran tersebut dan mudah-mudahan ikatan mahabbah
sesama kita semakin kuat dan erat dari semasa ke semasa.

Saya yakin dengan mengamalkan wirid Qur’ani, wirid Ma’thurat dan Doa Rabitah ini, jiwa,
akal dan jasad kita akan beroleh berkat dan rahmat. Ikatan ukhuwah semakin teguh dan
kuat. Sesungguhnya para Naqib dan Du’ah memerlukan curahan rahmat dari Allah untuk
sekujur tubuh jasmani dan rohani mereka. Sebab mereka selalu dirundung malang,derita
dan penganiayaan orang. Semoga Allah menguatkan mereka. Allah mengangkat darjat
siapa yang mahu, Allah merendahkan darjat siapa yang ia mahu.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap petugas dan
sukarelawan SPPUM, para pembentang kertas kerja, pihak Darul Hikmah dan setiap
hamba Allah yang telah bersusah payah menjayakan Madrasah Ulama III ini. Semoga
amalan mereka di terima Allah dan semoga kita dapat mengambil manfaat dari ilmu dan
hikmah kebijkasanaan mereka.

“Ya Allah dengan nama dan ayat-ayat Mu kami rasmikan Madrasah Ulama Kali Ketiga ini.
Ya Allah, tinggikanlah darjat kami di sisi Mu, masukkanlah kami dalam golongan para
hamba Mu yang soleh dan berbuat baik.Ya Allah seandainya jasad kami nanti telah luluh
di pusara dan roh-roh kami telah kembali ke Rahmat Mu maka maafkanlah kesalahan

7 Madrasah Ulama’ III-SPPUM


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
kami, ampunkanlah segala dosa kami, kasihanilah kami dan masukkanlah kami di dalam
syurga Mu, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Oleh:
Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia

8 Madrasah Ulama’ III-SPPUM

Anda mungkin juga menyukai