Anda di halaman 1dari 1

Fungsi Sastera Rakyat dalam Mensejahterakan dan Memurnikan

Nilai-nilai Kemanusian dalam Masyarakat

Nama pelajar: Seroja


Nombor pelajar: 20080051
Profesor: Dr. Nadia
Tarikh: 2023/10/20

Sastera rakyat merupakan satu jenis kesusasteraan yang berkaitan dengan kehidupan
dan pengalaman masyarakat biasa atau rakyat. Ia merupakan bentuk sastera yang
paling awal dalam masyarakat Melayu. Sastera rakyat dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu yang naratif dan yang bukan naratif. Sastera rakyat naratif mengandungi mitos,
lagenda, dan cerita rakyat. Manakala yang bukan naratif termasuk jampi, mantera,
pantun dan lain-lain.

Sastera rakyat merupakan salah satu bentuk sastera yang paling mustahak. Ia
mempunyai banyak manfaat dalam mensejahterakan dan memurnikan nilai-nilai
kemanusian dalam masyarakat.

Demi masyarakat, sastera rakyat memupuk kesedaran sosial. Beberapa cerita dalam
sastera rakyat sering kali mengandungi elemen-elemen sosial yang memerlukan
perhatian masyarakat. Sebagai contohnya, dalam lagenda Mahsuri, imej wanita beriba
dibentuk untuk menimbulkan rasa simpati terhadap golongan yang terhina. Sastera-
sastera seperti ini bertunjuk memupuk kesedaran mengenai isu-isu sosial, seperti
kemiskinan, diskriminasi, atau kelestarian alam sekitar.

Sastera rakyat juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyebarkan nilai-nilai tinggi
dalam individu. Melalui lagenda Hang Tuah, orang ramai belajar tentang seorang
tokoh wira dan belajar tentang nilai tingginya yang berani, baik hati dan setia daripada
kisah hidupnya. Nilai-nilai positif seperti toleransi, kebebasan, dan keberanian
terdapat dalam pelbagai sastera rakyat. Ia membantu individu-individu untuk
memahami pelbagai pandangan dan memupuk pemikiran terbuka.

Sastera rakyat menjana kreativiti dan inovasi dalam bidang kesusasteraan. Sastera
rakyat dapat memotivasi penulis dan seniman tempatan untuk mencipta karya-karya
baru yang diperkaya dengan unsur-unsur tradisional. Ini dapat merangsang kreativiti
dan inovasi dalam sastera dan seni.

Secara kesimpulan, sastera rakyat berfungsi kuat dalam mencapai nilai-nilai


kemanusiaan dalam masyarakat. Dengan sastera rakyat, kesedaran masyarakat telah
dipupuk, nilai-nilai positif individu telah disebarkan dan kreativiti dalam bidang seni
telah dijana. Sastera rakyat merupakan harta yang berharga dalam bidang sastera dan
harus dijaga dengan teliti oleh semua orang.

Anda mungkin juga menyukai