Anda di halaman 1dari 6

ASSIGNMENT MPU 2312

TAJUK :
TERHENTI WAHYU,BERSARAKAH JIBRIL

NAMA PELAJAR NUR AYUNI AMALINA BT AHMAD NIZAM

NO MATRIK D22315273

NAMA UNIVERSITI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH


Beriman kepada malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sempurna iman seseorang
itu jika dia tidak mengimani kewujudan para malaikat dan akan tergolong dalam golongan kafir
dan sesat. Di samping itu, para malaikat juga mempunyai tugas-tugas mereka yang tersendiri .
Antaranya menyampaikan wahyu, meniup sangkakala pada hari kiamat , penjaga pintu syurga
dan neraka, pencabut nyawa dan sebagainya. Seperti yang telah kita ketahui , tugas utama
Malaikat Jibril ialah menyampaikan wahyu daripada Allah SWT kepada para nabi , termasuk
Nabi Muhammad SAW. Jibril yang digelar sebagai ruh al-qudus ini juga disifatkan oleh allah
SWT sebagai malaikat yang sangat amanah dalam melaksanakan tugasnya tanpa culas dan
gagal. Dengan kata lain, semua wahyu disampaikan melalui Malaikat Jibril dengan keizinan
dan perintah daripada Allah SWT . Lalu apa yang dilakukan oleh Malaikat Jibril setelah
menyampaikan wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW , adakah Malaikat Jibril telah
bersara sahaja ? Jawapannya, tentu saja tidak. Hakikatnya, Malaikat Jibril mempunyai
beberapa tugas lain yang diperintahkan olah Allah SWT .
1. Salah satu tugas Malaikat Jibril selain menyampaikan wahyu adalah menyampaikan
rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya yang bertakwa. Didalam Shahih Bukhari
juga disebutkan, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda : “
jika Allah mencintai seorang hamba, maka dia memanggil Jibril dan berfirman
bahawasanya Allah mencintai fulan maka cintailah fulan, dan jibril pun mencintainya.
Kemudian Jibril pun mengumumkan kepada penghuni langit, bahawasanya Allah
mencintai fulan, maka cintailah ia, dan para penghuni langit pun mencintai fulan.
Kemudian dikabulkanlah permohonannya di dunia”(HR.Bukhari).

2. Salah satu keistimewaan bulan Ramadhan adalah merupakan malam yang disebut
sebagai malam Lailatul Qadar. Pada malam Lailatul Qadar , dikatakan bahawa seluruh
malaikat akan turun ke bumi dengan membawa rahmat bagi melimpahkan anugerah
dan kelebihan ke atas orang-orang yang beriman yang beribadah pada malam tersebut.
Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Allah SWT menerusi firmannya yang
bermaksud “ Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al quran) pada malam al-qadar
(kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-qadar itu ? Malam al-qadar itu lebih
baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan al-ruh (Jibril)
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan
sampai terbit fajar”.(Surah Al -Qadr 97:1-5).

Malaikat yang akan memimpin para malaikat untuk turun ke bumi adalah Jibril.
Peristiwa ini juga menjadi petunjuk bahwa Jibril masih turun ke dunia untuk tugas
lainnya. Al-Quran memberikan petunjuk tentang kehadiran Jibril saat lailatul qadar
melalui surah Al-Qadr ayat 4 iaitu “ Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan
malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan”(QS Al Qadr : 4).
Daripada penjelasan tersebut, dapat difahami bahawa setelah wahyu terakhir yang di
sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW, Malaikat Jibril AS sama sekali tidak bersara
atau diberhentikan tugas kerana Malaikat Jibril masih memiliki banyak tugas lain yang
dikerjakan sehingga ke hari ini.
Beriman kepada Malaikat merupakan salah satu rukun iman yang wajib dipercayai oleh
setiap muslim . Selain sebagai kewajipan, beriman kepada Malaikat juga memiliki hikmah
atau kepentingan yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai pelajaran. Antara hikmah atau
kepentingan beriman kepada malaikat ialah :

1. Meniru sifat malaikat yang taat beribadah kepada Allah SWT

Malaikat adalah makhluk yang paling taat kepada Allah SWT. Malaikat selalu
beribadah dan mengerjakan segala perintah yang disuruh oleh Allah sesuai dengan
surah Al-A’raf ayat 206.

“Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan


menyembah Allah dan mereka mentasbihkannya dan hanya kepadanya lah mereka
bersujud”. Dengan beriman kepada malaikat, manusia dapat mencontohi perilaku
malaikat yang selalu taat beribadah kepada Allah SWT

2. Selalu melakukan perbuatan baik dan menghindari dosa

Beriman kepada malaikat juga berarti mempercayai tugas-tugas malaikat, salah satunya
tugas malaikat Raqib dan Atid. Malaikat Raqib bertugas mencatat amal baik dan
malaikat Atid bertugas mencatat dosa manusia. Oleh kerana itu, setiap orang haruslah
berkelakuan baik kerana akan selalu ada malaikat yang mencatat amalan baik dan
buruk manusia.Tugas malaikat ini sesuai dengan surah Qaf ayat 16-18.

“ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu)
Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah
kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya
melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir,”.

Hikmah beriman kepada malaikat juga dapat menjadikan manusia mempercayai


bahawa terdapat kehidupan di alam kubur dan di akhirat kelak. Diharapkan manusia
sering melaksanakan perintah dan suruhan Allah SWT dan menghindari larangannya.
Akhir kata, di dalam kehidupan, manusia senantiasa didampingi dengan makhluk
ciptaan Allah SWT yang lain. Bezanya ia dipisahkan kehidupannnya dengan alam
masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Malaikat antara makhluk
ciptaan Allah SWT yang mendiami alam ghaib. Meskipun tidak diketahui bagaimana
gambaran keadaan alam ghaib yang didiami malaikat ,menjadi kewajipan kepada
seseorang muslim yang berpegang teguh kepada pangkal keimanan untuk sentiasa
beriman kepada malaikat.

Malah telah kita ketahui bahawa selepas rukun iman yang pertama, iaitu beriman
kepada Allah SWT adalah beriman kepada malaikat. Rukun ini jelas menuntut agar
menjadi kewajipan seorang muslim untuk beriman dan mempercayai bahawa malaikat
itu adalah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT .Asas iman itu sendiri telah
meletakkan mengimani kewujudan malaikat di rukun kedua sebelum beriman kepada
kitab Al-quran. Ini kerana kitab Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui
perantaraan malaikat, yakni Jibril a.s yang ditugaskan untuk menyampaikan wahyu
kepada baginda Nabi Muhammad SAW .

Jelaslah bahawa malaikat merupakan makhluk yang dimuliakan disisi Allah SWT.
Mereka diciptakan oleh Allah SWT untuk menjalankan segala perintah Allah SWT
dengan patuh dan taat. Mereka tidak pernah menderhakai dan sentiasa takut akan
penciptanya. Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah sentiasa berpegang teguh
kepada akidah dan mentaati segala perintah Allah SWT. Kita haruslah mengimani
kewujudan malaikat dan tidak sesekali meragui kemuliaan malaikat disisi Allah SWT .

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita seharusnya mencontohi sifat mereka yang
sentiasa taat akan perintah Allah SWT . Mereka juga tidak sombong kerana tetap sujud
kepada manusia walaupun manusia itu dijadikan daripada tanah dan mereka diciptakan
daripada cahaya yang mulia. Sifat-sifat terpuji yang ditanam di dalam diri mereka inilah
yang seharusnya menjadi contoh ikutan kepada umat manusia dalam membentuk diri
untuk menjadi umat islam yang sejati.

Anda mungkin juga menyukai