Anda di halaman 1dari 15

2.

1 Pengenalan falsafah dalam kehidupan


2.2 Aliran ilmu falsafah
2.2.1 Falsafah teoritikal
- metafizik
- epistemologi
- psikologi
- estetika
2.2.2 Falsafah praktikal
- politik
- ekonomi
- etika
- peradaban
2.2.3 Falsafah baru
- teknologi
- organisasi
- ekologi
▪ Takrifan Falsafah: Cinta kepada hikmah / kebijaksanaan / kearifan.
▪ Falsafah merupakan satu aktiviti pemikiran.
▪ Oleh itu adakah falsafah merupakan ilmu yang statik? Bersifat dogmatik? Atau doktrinal? –
falsafah ialah aktiviti pemikiran.
▪ Pendekatan lain dalam memberikan maksud falsafah boleh dilihat dalam 3 Takrifan:

1) Takrifan Pertama – falsafah dilihat satu bentuk pemikiran yang beri panduan untuk
menjalani kehidupan baik dan membawa kebahagiaan sebagai manusia.

2) Takrifan Kedua – perkembangan pemikiran manusia – mula fikirkan tentang alam tabii
(natural philosophy) – pemikiran tentang kewujudan alam.

3) Takrifan Ketiga – Wujud satu konsep falsafah sebagai aktiviti intelektual – bersifat
akademik, menghurai persoalan dengan penyelesaian tanpa mengaitkannya
dengan kearifan dan kehidupan manusia.
Falsafah Yunani Falsafah Barat Moden Falsafah Islam Falsafah Timur
- Berteraskan persoalan - Fokus kepada kegiatan - Berkembang sekitar abad Falsafah India
kehidupan dan penyelesaian masalah ke 9 Masihi sewaktu - Dipengaruhi oleh agama
kebahagiaan. (problem solving). Gerakan penterjemahan Hindu yang percaya
karya Yunani. manusia dan alam adalah
- Dianggap falsafah - Memikirkan hujah yang sebahagian dari jelmaan
pertama kerana tersusun rasional. - Lahirnya tokoh falsafah Tuhan.
dan sistematik. Islam yang berpengaruh.
- Abad ke 19 – 20 Falsafah Buddhisme
- Falsafah Yuyani dianggap penggunaan kaedah logik - Berdasarkan ajaran Islam. - Berpendapat dunia
teka-teki yang perlu yang melibatkan logik kehidupan adalah
dicantumkan kerana simbolik yang bersifat - Perkembangan falsafah manifestasi kesengsaraan
terdapat pelbagai matematikal dan logikal. Islam telah dan penderitaan boleh
pandangan tentang membangkitkan dibebaskan dengan cara
kebahagiaan. - Falsafah baru, mempunyai kesedaran ilmu yang baru tertentu.
justifikasi tersendiri, di Eropah bermula dari
rasional dan konseptual. abad ke 11 sehingga Falsafah Cina
membentuk Peradaban - Terkandung dalam
Eropah Barat Moden. Konfusianisme (tentang
akhlak) dan Taoisme
(harmoni antara alam dan
manusia).
Falsafah Teoritikal Falsafah Praktikal Falsafah Baru

Metafizik Politik Teknologi

Epistemologi Ekonomi
Organisasi
Psikologi Etika

Estetika Peradaban Ekologi


FALSAFAH TEORITIKAL
- Persoalan yang memerlukan usaha intelektual yang agak mendalam untuk mencari jawapan.
- Perbincangan mungkin tidak mempunyai apa-apa kegunaan secara langsung.
- Tetapi bertujuan memuaskan intellectual curiosity atau keinginan untuk mengetahui sesuatu
perkara.

Metafizik
- Komponen penting dalam falsafah bukan hanya terbatas pada persoalan alam fizikal sahaja.
- Namun membincangkan juga alam supernatural yang berada “di luar” realiti kebendaan, tidak ada
pengalaman pancaindera (syurga, neraka, ketuhanan, roh, takdir).
- Adakah metafizik dapat mempengaruhi kehidupan manusia?

Epistemologi
- Ditakrifkan sebagai teori pengetahuan yang benar .
- Membahaskan tentang hakikat dan sumber kesahan sesuatu ilmu.
- Epistemologi bersifat evaluatif, normatif dan kritis.
- Bagaimana sesuatu ilmu / maklumat itu boleh dianggap sebagai benar/sahih?
FALSAFAH TEORITIKAL cont…

Psikologi
- Falsafah psikologi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
- Jika faham tentang psikologi, manusia dapat menentukan bagaimana minda dan sistem badan
berfungsi dan membantu untuk membuat keputusan.
- Penguasaan falsafah psikologi dapat memberi penghayatan terhadap hakikat, sifat dan
potensi manusia dan akhirnya membangunkan manusia yang seimbang dalam semua bidang.
- Bagaimana minda dan sistem badan dapat membantu manusia membuat keputusan?

Estetika
- Berkait rapat dengan kepekaan terhadap kesenian dan keindahan.
- Keindahan dalam makna estetika meliputi persoalan seni, alam, moral dan intelektual.
- Persoalan tentang estetika merupakan persoalan yang kritis yang menggambarkan,
menafsirkan dan menilai pengalaman seni.
- Apakah itu seni? Apakah keindahan itu objektif atau subjektif? Apakah teori seni?
- Hasil perbincangan dan pemikiran falsafah ini boleh digunakan dan diaplikasi dalam bidang-
bidang yang tertentu.

Politik
- Falsafah politik boleh menjadi hasil yang praktikal dan menjadi nasihat yang berguna kepada
kerajaan mengenai konsep pentadbiran sesuatu kerajaan, contohnya:
▪ Falsafah Komunis (idea Karl Marx) – mempengaruhi Rusia dan China.
▪ Demokrasi – Denmark, New Zealand, Malaysia, Sweden, Norway.
- Apakah sistem kerajaan yang baik? Apakah ciri good governance?

Ekonomi
- Falsafah ekonomi membincangkan perkara dan persoalan dasar mengenai ekonomi seperti sistem
keadilan dan kesaksamaan ekonomi. Contoh sistem ekonomi ialah:
▪ Kapitalis (Karl Marx) – tiada campur tangan kerajaan (US, Jerman),
▪ Sosialis – (Karl Marx dan Frederic Engles) – ekonomi diatur oleh pemerintah (Korea Utara)
▪ Campuran – kapitalis + sosialis (Malaysia)
- Adakah sistem ini adil? Adakah sistem ini yang terbaik? Bagaimana pembahagian sumber?
Etika
- Mengkaji dan mempersoalkan pelbagai isu baik dan buruk tentang adat, tabiat, cara berfikir,
sikap, agama dan semua faktor yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia.
- Apakah kaitan etika dengan kehidupan manusia? Apakah kepentingan etika?

Peradaban
- Kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur.
- Pencapaian yang signifikan dalam bidang pemikiran, material dan spiritual.
- Memiliki institusi yang kompleks, teknologi yang canggih, seni bina, pentadbiran yang baik,
dan lain-lain.
- Apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian peradaban yang tinggi? Apakah elemen yang
perlu dicapai dalam peradaban?
- Pemikiran baru yang muncul pada abad ke 19- abad ke 21 untuk melengkapi keperluan dan
kehendak manusia.
Teknologi
- Muncul selepas revolusi industri kedua pad abad ke 19.
- Penghasilan teknologi baru seperti pembuatan kereta, telefon, televisyen, komputer.
- Telah memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan manusia seperti teknologi
artificial intelligence yang boleh menghasilkan robot.
- Apakah hubungan teknologi dengan manusia? Bolehkah ia mengancam kemanusiaan?
Bolehkah ia ambil alih tugas manusia?

Ekologi
- Pemikiran dalam pengurusan persekitaran khususnya hubungan manusia dengan alam
sekitar.
- Adakah kepentingan ekonomi dan pembangunan melebihi kepentingan alam sekitar?
Organisasi
- Wadah yang menjadi tempat sekelompok individu berkumpul, berinteraksi dan seterusnya
bekerjasama dalam mengusahakan sesuatu tujuan atau objektif organisasi yang telah
dipersetujui bersama.
- Sejauh manakah organisasi boleh menjadi efisien dan efektif?
▪ Bab ini dapat dikaitkan dengan RN, FPK dan FS.

▪ Falsafah merupakan bidang ilmu yang sangat luas. Kefahaman yang baik tentang
tajuk dapat membantu pelajar menilai semula pelbagai isu semasa di sekeliling
pelajar.

▪ Kefahaman ini juga membantu pelajar untuk melihat tujuan dan roh FPK dan RN
dalam perspektif yang tepat – menjadi asas kepada pembangunan warganegara
yang bertanggungjawab dan professional.

▪ Kedinamikan perkembangan falsafah baru akan mematangkan cara pelajar


berfikir dalam mengurus kepelbagain dimensi dan birokrasi kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai