Anda di halaman 1dari 3

TERHAD

BICARA PENGARAH KPTD KE – 16: BILANGAN 2 TAHUN 2022

KECERGASAN JASMANI DAN KESIHATAN WARGA

Salam semua perwira, bintara dan warga KPTD yang diingati dan
dikasihi sekalian. Selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti demi
pasukan dan Kor Polis Tentera yang kita cintai. Di panjatkan doa kepada
Tuhan yang maha esa supaya seluruh warga sentiasa di dalam
peliharaanNya jua, dianugerahkan kesihatan, kelapangan dan
dipermudahkan di dalam urusan tugas di pasukan dan urusan kekeluargaan.
Semoga dengan itu semua warga mampu melaksanakan tugas dengan
sebaik-baiknya demi KPTD dan kepada Tentera Darat yang kita sayangi.

Alhamdulilah kita telah memasuki minggu ketiga bulan Januari tahun


2022, saya penuh yakin semua pasukan melalui jentera pasukan telah selesai
melaksanakan review of situation terhadap pencapaian yang lepas dan
telah mengenal pasti semua isu dan cabaran untuk dihadamkan melalui
hala tuju pasukan masing-masing bagi tahun 2022. Sudah pasti banyak
program/ rancangan tindakan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh
pasukan. Pepatah inggeris menyatakan The Distance between our dreams
and reality is called ACTION. Keberkesanan Tindakan kita melalui program-
program yang dikenal pasti akan menentukan aspirasi/objektif
pasukan/organisasi yang kita impikan/tetapkan akan tercapai. Tuhan
mengingatkan kita dalam Surah Ali Imran Ayat 159 “ Kemudian apabila
kamu telah membulatkan tekat maka bertawakallah kepad Allah”. Pepatah
Arab menyatakan: “Sesiapa yang berusaha akan akan mendapat apa yang
diusahakannya, sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya,
sesiapa yang berusaha akan beroleh kejayaan”. Kepada semua peringkat
pemerintahan di pasukan saya ucapkan selamat menjalankan tugas.

Bicara Pengarah KPTD Ke-16 Bilangan 2 Tahun 2022 akan


membicarakan isu kecergasan jasmani dan kesihatan warga yang dikasihi.
Kita sedia maklum di dalam perkhidmatan tentera tidak mengira apa juga
kor di dalam Tentera Darat amat menitik beratkan aspek kecergasan
jasmani dan kesihatan warganya. Pelbagai ujian kecergasan telah
ditetapkan kepada anggota untuk memastikan kecergasan anggota
1

TERHAD
TERHAD

sentiasa berada di tahap yang tinggi bagi melaksanakan tugas ketenteraan


yang amat mencabar berbanding dengan profesion yang lain. Semua
anggota tentera termasuk warga KPTD perlu melalui ujian kecergasan seperti
Ujian Kecergasan Asas (UKA), Jalan Laju 5, 8, 12 dan 15 km, Ujian Kemahiran
Tempur (UKT) bagi memastikan kecergasan jasmani sentiada ditahap yang
diperlukan oleh perkhidmatan. Begitu juga dalam aspek kesihatan,
peperiksaan kesihatan berkala perlu dilakukan oleh setiap anggota semasa
peperiksaan Tubuh, Atas (untuk tangan dan bahu), Tangkas (Belakang,
Pinggang dan Kaki), Dengar, Mata Kanan dan Mata Kiri, Otak dan Tenang
(Kestabilan Emosi) (TATADEMOT)dan Pengesahan Body Mass Index (BMI)
bagi apa jua keperluan untuk sambung perkhidmatan, kenaikan pangkat
atau apa jua tugas khas seperti misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). Penjelasan diatas menunjukan bahawa perkhidmatan tentera amat
menitikberatkan kecergasan jasmani dan kesihatan semua warganya.

Bagi memastikan semua anggota mempunyai tahap kecergasan


yang baik, setiap pasukan akan melaksanakan latihan jasmani, aktiviti sukan
dan lain-lain aktiviti seperti ujian-ujian kecergasan bagi memastikan anggota
sentiasa cergas dan sihat. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah
pasukan untuk memastikan semua aktiviti di dalam jadual latihan pasukan
dilaksanakan penuh integriti mengikut standard dan piawaian yang betul. Ini
bermaksud semua aktiviti atau program kecergasan di pasukan hendaklah
mampu menjadikan anggota cergas dan sihat dan pada masa yang sama
memastikan BMI anggota sepertimana yang diperlukan oleh perkhidmatan.
Pelaksanaan aktiviti kecergasan dipasukan ini semestinya di bawah seliaan
pemerintah pasukan sendiri.

Program-program kecergasan seperti aktiviti merentas desa,


berbasikal, jungle tracking, mendaki bukit, berjogging seharusnya digalakan
di peringkat pasukan dan dilaksanakan secara terancang oleh pemerintah
pasukan. Pendekatan ini akan mengisi masa lapang anggota di luar waktu
bekerja dan ianya bukan sahaja membuat warga cergas dan sihat malah
memperkasakan silaturrahim sesama anggota di pasukan. Aktiviti sebegini
juga membolehkan semua peringkat pemerintahan mengaplikasikan
command function di semua peringkat dari serendah-rendah ketua sebagai
Ketua Seksyen sehinggalah sebagai Pegawai Memerintah. Bagi warga yang
bertugas sebagai staf di markas-markas seperti di Kementerian Pertahanan
ambillah peluang masa-masa yang ada untuk melakukan aktiviti riadah
untuk kecergasan dan kesihatan masing-masing. Ini disebabkan
perlaksanaan aktiviti kecergasan tidak dapat dilaksanakan sepertimana di
pasukan-pasukan.

TERHAD
TERHAD

Disamping itu pendidikan amalan pemakanan perlu diberi kepada


warga pasukan. Pasukan boleh menjemput pakar-pakar pemakanan
setempat dari Kor Kesihatan sebagai contoh untuk membantu pasukan
memberi Pendidikan kepada semua warga pasukan. Setiap warga bukan
sahaja memerlukan kesihatan secara fizikal malah kesihatan mental perlu
diperkasakan. Program-program kerohanian hendaklah di atur urus dengan
berkesan oleh pasukan berpandukan PMAT bilangan 9 Tahun 1991 yang
menetapkan 857 jam bagi aktiviti kerohanian di pasukan.

Kepada warga yang masih merokok buatlah usaha untuk


mengurangkan tabiat merokok dan berusaha supaya terus meninggalkan
amalan merokok yang memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan
kita. Selaku pengarah saya menurunkan kuasa kepada semua warga untuk
menandatangani pas cuti kepada rokok untuk tempoh seminggu. Sudah
lama benar rokok tidak bercuti berilah kebajikan untuk rokok pulang ke
kampung halamannya buat seketika. Insya Allah usaha kita untuk
mengurangkan tabiat merokok dan meninggalkan sepenuhnya tabiat ini
akan mencapai kejayaan.

Warga KPTD cergas dan sihat. Salam hormat dan terima kasih.

SATU HATI SATU JIWA SATU MATLAMAT


SEDIA BERKHIDMAT

Jumaat, 21 Januari 2022


Pengarah KPTD

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai