Anda di halaman 1dari 8

Tugasan Individu

KOD KURSUS
MPU – 13012
PENDIDIKAN ISLAM
TOPIK 4:
ISLAM DAN CABARAN SEMASA DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
AMER EUSOFF BIN AZHAR
NO MATRIK :
M12SPL211F011
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 1
2 ISU SALAH FAHAM 2
3 HURAIAN BERKAITAN 3-4
4 RUMUSAN 5
5 SUMBER RUJUKAN 6
PENGENALAN

Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia. Salah
faham terhadap terhadap islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat
bukan islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat islam sendiri.
Pelbagai tuduhan, tomahan dan anggapan salah dibuat terhadap islam yang
menggambarkan kesalahfahaman masyarakat terhadap islam. Semua ini berlaku
kerana kejahilan terhadap hakikat agama islam itu sendiri.
ISU SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Isu-isu salah faham :


➢ Ajaran islam dianggap tidak sesuai dengan dunia moden yang inginkan
kebebasan dan keseronokan.
➢ Islam dituduh menindas wanita seperti soal poligami, menutup aurat.
➢ Hukum islam dianggap zalim.
➢ Ajaran islam dianggap kolot dan tertutup.
➢ Melakukan amalan-amalan yang salah contohnya :
- Bidaah
- Ajaran sesat
- Amalan khurafat
- Menolak peranan hadis dan sunnah
- Fahaman sempit seperti tidak memahami maksud jihad.

➢ Perselisihan faham dan perpecahan umat islam menyuburkan lagi salah


faham terhadap islam dan munculnya fahaman syiah
SALAH FAHAM MERAYAKAN PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan


dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah
umat Islam.

Contohnya :
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok
krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain
pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang
bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama
orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan


syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran
Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang
melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan
seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas,
kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan,
khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan


pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam”
ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan
akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara
ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta
pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan
sebagainya.
RUMUSAN

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya salah faham tentang islam.
Terdapat juga salah faham tentang merayakan perayaan agama bukan islam.
Namun perlu diingatkan bahawa diharamkan bagi Muslim menyambut sebarang
perayaan orang bukan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian Muslim
pada hari ini dengan melakukan perkara-perkara yang terdapat dalam agama
mereka. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada
semua manusia termasuklah kepada yang bukan islam.

Jadi besarlah harapan supaya Malaysia terus aman dan damai dalam meraikan
kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.
SUMBER RUJUKAN

➢ https://www.slideshare.net/muhammadridzuan5030/salah-faham-
terhadap-agama-islam

➢ https://muftiperlis.gov.my
➢ https://www.malaysiakini.com

Anda mungkin juga menyukai