Anda di halaman 1dari 1

DT50502 TUGASAN - NUR AMERA ZAHERA BT RAZISAHMAD (PP2312014T)

Beri komen ringkas tentang Dasar 1 Murid 1 Sukan.

Pada pendapat saya, dasar "1 Murid 1 Sukan" (1M1S) adalah sebuah konsep pendidikan yang
mendorong setiap pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sukan atau kegiatan fizikal yang berkaitan
dengan kesihatan. Konsep ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup aktif, kesihatan
fizikal, dan pembangunan sosial dalam kalangan pelajar.

Penglibatan pelajar dalam sukan dapat mengajar mereka tentang komitmen, latihan berterusan,
dan usaha untuk mencapai matlamat. Bermain sukan juga dapat membantu pelajar memahami
kerjasama, kepemimpinan, dan komunikasi dalam kumpulan. Dasar 1M1S ini bermanfaat dalam
pengurusan stress dalam kalangan pelajar dan meningkatkan kesejahteraan emosi. Tidak lupa
juga, penglibatan pelajar dalam 1M1S berupaya untuk membina dan meningkatkan keyakinan
dalam kalangan mereka serta pembangunan nilai murni dalam diri.

Secara tuntasnya, penglibatan dalam sukan ini dapat membantu menjayakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Pendek kata, majulah sukan untuk negara.

Anda mungkin juga menyukai