Anda di halaman 1dari 5

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK

JALAN CANNA OFF JALAN WAN ALWI, TABUAN


JAYA 93350 KUCHING, SARAWAK.

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / RB-081-3:2012 OIL PALM PLANTATION OPERATION &
PROGRAM’S CODE & SUPERVISION
NAME
TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
C01 OIL PALM PLANTING OPERATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. PLAN OIL PALM PLANTING OPERATION


NO. DAN PENYATAAN
2. PERFORM OIL PALM LINING
AKTIVITI KERJA / WORK
3. CARRY OUT OIL PALM PLANTING
ACTIVITIES NO. AND
4. ASSESS OIL PALM PLANTING OPERATION
STATEMENT
ACTIVITIES

NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-C01/P/(9/18) Muka : 1 Drp : 5

TAJUK/TITLE :
PENGOPERASIAN MEMBARIS KELAPA SAWIT

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memastikan semua aktiviti yang terlibat
dalam prosedur dan kaedah spesifik operasi penanaman kelapa sawit dijalankan
mengikut rancangan dan SOP organisasi.
PENERANGAN/INFORMATION : Muka surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-C01/P(9/18)
Drp / of :5

1. MEMBARIS TANAMAN
Sistem membaris tanaman sawit yang biasa diamalkan ialah mengikut
sistem tiga segi sama. Sistem ini sesuai dijalankan kerana:
 Mendapat kepadatan pokok yang lebih tinggi.
 Sinaran cahaya matahari bagi setiap pokok adalah lebih sekata dan tinggi
apabila barisan tanaman mengarah utara – selatan.
 Kaedah perbarisan sawit bagi kawasan rata dan berbukit (berteres) adalah
berbeza. Pemilihan jarak tanaman sawit bergantung pada kesuburan tanah,
topografi tanah dan faktor pengurusan lain. Jumlah tanaman sawit mengikut
jarak tanaman adalah seperti di dalam jadual yang disediakan (sistem
tanaman tiga segi sama)
 Perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menjalankan kerja
pembarisan tanaman:
 Kayu pancang yang digunakan diperbuat dari batang buluh yang diracik
berukuran 2 m panjang dan dibahagian hujungnya dicelup cat atau kapur
berwarna putih bagi tujuan jelas kelihatan dipacak ke ladang.
 Kerja pembarisan hanya dijalankan setelah semua kerja pembersihan
kawasan disiapkan.
 Penanaman perlu disegerakan setelah kerja perbarisan siap untuk
mengelakkan pancang di ladang hilang atau tercabut.
 Arah barisan tanaman sebaiknya mengikut arah utara-selatan supaya pokok
mendapatkan cahaya matahari yang maksimum.
Muka surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-C01/P(9/18)
Drp / of :5
JENIS PEMBARISAN POKOK YANG ADA

Bentuk pembarisan pokok adalah merupakan bentuk pembarisan yang


digunakan untuk penanaman kelapa sawit. Bentuk yang biasanya digunakan
adalah segi tiga,

Antara bentuk penanaman yang ada adalah;

a.) Penanaman segi empat tepat ; kebiasannya ditanam dikawasan muka bumi
berbukit,satu atau sekumpulan anak pokok ditanam dengan setiap satu
mewakili penjuru sebuah segi empat tepat dalam jarak yang sama.

b.) Penanaman segi empat sama;penanaman jenis ini serupa dengan bentuk segi
empat tepat,kecuali jarak diantara dua set sisi(menegak dan melentang) adalah
berbeza

c.) Penanaman jenis berlian pula;merupakan bentuk yang terhasil dari potongan
barisan bagi bentuk segi empat tepat. Dimana pada kawasan titik tengah bentuk
segi empat tepat terdapat satu anak pokok lagi ditanam.
Bentuk segi tiga;merupakan bentuk penanaman yang berasaskan bentk segi
tiga sama

KEPENTINGAN PEMBARISAN YANG BETUL

 Untuk mencapai jarak dirian pokok yang sekata,agar setiap pokok kelapa
sawit menerima akses kepada nutrien,air dan cahaya matahari.
 Pembarisan yang betul dapat megelakakn pembaziran
Muka surat / Page : 4
kawasan
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-C01/P(9/18)
penanaman dan memastikan sph yang sesuai untukDrp / of
penanaman. :5

JADUAL SISTEM TANAMAN TIGA SEGI SAMA


Jarak Tanaman Jumlah Pokok
m kaki ha ekar
7.6 25 193 80
7.9 26 176 73
8.2 27 169 70
8.5 28 157 65
8.8 29 148 60
9.1 30 136 56
9.4 31 128 52
9.8 32 121 49

2. MEMBINA TERES/TAPAK KUDA DAN LUBANG TANAMAN


Bagi kawasan berbukit atau bercerun melebihi 1º, pembinaan teres/tapak
kuda (platform) perlu dijalankan. Pembinaan teres dibuat mengikut kontur dengan
menggunakan jentolak. Teres ini digunakan sebagai tapak menanam sawit dan
lorong laluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penuaian. Lebar teres mestilah
tidak kurang dari 4 m dan melandai ke dalam (backward slope) dengan kecerunan
10º.
Pembinaan (tapak kuda) berukuran 2x2m boleh dilakukan jika kawasan bukit
agak landai. Kerja ini boleh dijalankan sama ada secara manual atau jentera.
Penanaman sawit dilakukan di tengah – tengah platform yang disediakan.
Muka surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-C01/P(9/18)
Drp / of :5

3. Jarak Tanaman
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 8.8m x 8.8m x 8.8m berbentuk tiga segi
sama dan dapat memuatkan lebih kurang 148 pokok bagi setiap hektar (60 pokok
seekar). Cara pengiraan jumlah pokok sehektar boleh menggunakan formula di
bawah :

Atau

Contoh : Jarak tanaman 8.8 m tiga segi


Jumlah pokok/ ha = 10000 m2 Jarak tanaman x 0.866
Jumlah pokok/ ha = 10,000 m2 x 1.15 Jarak tanaman
Jumlah pokok/ ha = 10000 m2 8.8 x 8.8 x 0.866 =
149 pokok

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Esnan Ab. Ghani, Zin Zawawi Zakaria & Mohd. Basri Wahid (2004).
“Perusahaan Sawit Di Malaysia – Satu Panduan, MPOB, Selangor, ISBN NO.
967-961-096-9. Mukasurat 2-3, 46-47, 82-84, 91-96 & 211.
2. C.J. Piggott (1995). Growing Oil Palm, An Illustrated Guide. Incorporated
Society of Planters, Kuala Lumpur. ISBN NO. 967-9949-40-0. Mukasurat 19 –
37.

Anda mungkin juga menyukai