Anda di halaman 1dari 11

HIA3013

IMAN DAN KEHIDUPAN

TUGASAN
PENULISAN ILMIAH

TAJUK
MENGAPAKAH KAUM MUSYRIKIN
MENOLAK HARI KEBANGKITAN?

DISEDIAKAN UNTUK
PROF DR IBRAHIM BIN HASHIM

DISEDIAKAN OLEH
KUMPULAN A
PENGENALAN
Tajuk yang dibincangkan dalam penulisan ilmiah ini ialah “ Mengapakah kaum musyrikin
menolak hari kebangkitan?”. Antara subtopik yang dihuraikan dalam penulisn ini adalah apakah
itu Hari Kebangkitan ? Siapakah orang musyrikin ? Mengapakah orang musyrikin menolak Hari
Kebangkitan? Dan apakah kesan menolak Hari Kebangkitan ? Kaum musyrikin adalah golongan
yang menyekutukan Allah dan tidak beriman dengan Allah. Mereka juga adalah golongan yang
menolak Hari Kebangkitan.

APAKAH ITU HARI KEBANGKITAN ?

Hari kebangkitan atau dalam bahasa arabnya ialah ‫ َيْو ُم الَبْع ُث‬adalah hari dimana seluruh manusia
akan bangkit dengan jasad dan wajah yang berbeza sesuai dengan amal perbuatan mereka ketika
di dunia. Manusia akan melalui beberapa peringkat keadaan apabila sampai ke alam mahsyar.
Antara peringkat yang akan dilalui ialah Hari Kebangkitan, Hari Perhimpunan, Hari Penerimaan
Catatan Amalan, Hari Pengadilan dan Hari Pembalasan. Dalil wujudnya Hari Kebangkitan,
firman Allah SWT dalam surah An-Nazi’at ayat 6 dan 7 : { ٦ ‫ }َيْو َم َتْر ُج ُف ٱلَّراِج َفة‬yang bermaksud
(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan
alam. Dan lanjutan ayat { ٧ ‫ } َتْتَبُع َها ٱلَّراِد َفُة‬yang bermaksud (Tiupan pertama) diiringi oleh tiupan
kedua.

Maksud ayat di atas adalah di saat Malaikat Israfil meniup sangkakala buat pertama kali, akan
terjadinya kiamat kubra yang mengahancurkan dan mematikan seluruh isi alam termasuk
makhluk ghaib seperti jin, iblis dan malaikat. Kemudian akan ditiup pula sangkakala kali kedua
lalu hiduplah semula sekalian makhluk yang mati. Dan inilah yang dinamakan Hari Kebangkitan.

Manusia ketika dibangkitkan adalah tanpa pakaian. Keadaan mereka adalah bergantung kepada
amal kebajikan mereka ketika di dunia. Mereka yang beriman dan beramal soleh akan
dibangkitkan dalam keadaan sempurna dan bercahaya. Sementara, mereka yang kafir dan tidak
beriman dibangkitkan dalam keadaan hina.

1.0 SIAPAKAH ORANG MUSYRIK?


Orang musyrik adalah orang yang menyekutukan Allah dengan apa pun, menganggap ada
tuhan selain Allah atau menganggap ada sesuatu yang dapat menyamai Allah dari segi zat,
sifat dan perbuatan. Perkataan syirik berasal dari syirkah atau persekutuan, yang bermaksud
mempersekutukan atau membuat perbandingan hukum ajaran lain selain dari ajaran atau
hukum Allah. Di dalam agama Islam, perbuataan syirik merupakan dosa yang tak dapat
diampuni kecuali melalui taubat serta meninggalkan kemusyrikan yang dilakukannya dengan
sejauh-jauhnya. Ini dijelaskan di dalam Surah Ar-Rum ayat 31 dengan kembali bertaubat
kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu
termasuk di dalam golongan orang-orang yang mempersekutukan Allah SWT. Jelaslah
bahawa orang musyrik ini menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
1.1 Ciri-ciri orang musyrik
Orang-orang musyrik ini dapat dikenali melalui bagaimana caranya beribadah kepada
Tuhan selain Allah SWT dan apa tujuannya beribadah kepada selain sang pencipta.
Bukan itu sahaja, orang musyrik juga kerap menaati perintah selain daripada Allah SWT
dalam hal kemaksiatan dan menyamakan dengan selain Allah SWT dalam hal
kecintaannya. Sebagainya contohnya perilaku musyrik ialah menyembah sesuatu selain
Allah, mempercayai benda-benda seperti makam, batu serta pokok tersebut boleh
mendatangkan kebaikan dan keburukan terhadap kehidupan dan mempercayai bahawa
ada makhluk selain Allah yang juga memiliki banyak sifat-sifat sama seperti Allah SWT
serta menjadikan para pemimpin agama sebagai Tuhan juga merupakan salah satu
daripada perilaku orang musyrik.
Antara ciri orang musyrik ialah menyekutukan Allah SWT. Perbuatan menyekutukan
Allah SWT wujud dalam sikap orang musyrik. Orang-orang musyrik ini akan
ditempatkan di neraka oleh Allah SWT. Hal ini telah dinyatakan di dalam surah Al-
Maidah ayat 72 yang berbunyi “Sesungguhnya telah kafirlah mereka orang-orang yang
berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih
(sendiri) berkata: “Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhan kamu”.
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah
mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka. Tidaklah ada
bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” Orang musyrik ini menyekutukan
Allah dengan memohon pertolongan selain kepada Allah, misalnya meminta kepada
patung atau orang meninggal. Ciri yang seterusnya ialah beramal tapi riak. Orang
musyrik yang mengerjakan amal ibadah dengan tujuan mempamerkan atau riak. Dalam
Islam perbuatan ini termasuk dalam syirik kecil yang menyebabkan amalan di dalamnya
kemudian tidak dihitung lagi sebagai pahala. Selain itu, menggantungkan sesuatu tidak
kepada Allah juga merupakan ciri orang musyrik. Seorang umat muslim dengan sifat
musyrik akan mengatakan segala urusan kepada selain Allah SWT. Hal ini akan
menjadikan mereka sebagai umat yang ditinggalkan oleh-Nya. Di samping itu,
melakukan ibadah namun tidak kepada Allah juga merupakan cirinya. Seseorang yang
memiliki sifat musyrik juga boleh tergolong dalam golongan orang rajin beribadah.
Namun demikian ibadah yang ia lakukan bukan semata-mata untuk atau karena Allah.
Ciri yang terakhir ialah mencintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah. Umumnya,
seseorang yang mempunyai sifat musyrik akan mencintai suatu perkara secara berlebihan
melebihi rasa cintanya kepada Allah SWT. Padahal, sejatinya cinta manusia kemudian
hanya diperuntukkan oleh Allah semata-mata.
1.2 Golongan orang musyrik
Terdapat tiga golongan orang musyrik iaitu musyrik murni, musyrik perbuatan atau
percaya dengan benda bertuah dan musyrik pemujaan terhadap tempat keramat, pohon-
pohon, kuburan dan membuat perjanjian dengan sebangsa siluman atau jin. Musyrik
murni merupakan orang Islam yang menafikan agama, dan lebih suka mengikuti
perbuatan tidak sesuai akidah yang dilakukan oleh nenek moyangnya. Dalam kalangan
mereka biasanya terdapat orang yang dituakan dan diagungkan yang dijadikan sebagai
pemimpin spiritual untuk seluruh rakyat di kawasan tersebut. Manakala musyrik
perbuatan pula ialah orang yang mengaku dirinya Islam, akan tetapi dalam amal ibadah
tidak mencerminkan sebagai seorang mukmin. Ia bersyahadat, puasa, solat, zakat dan
menunaikan haji. Namun meski demikian ia juga masih mempercayai hal-hal lain seperti
masih percaya kepada benda-benda bertuah, keris, tombak atau benda-benda lainnya yang
dianggap memiliki kekuatan ghaib. Ia juga suka pergi kepada dukun atau orang-orang
pintar untuk meramal nasibnya dan memohon pertolongannya. Golongan musyrik yang
terakhir ialah musyrik pemujaan. Golongan ini pergi ke tempat-tempat keramat seperti
kuburan para wali tetapi bukan untuk menziarahi tapi untuk mendapatkan berkat.
Golongan ini terdiri daripada orang yang kurang faham mengenai akidah Islam
menyebabkan mereka percaya kepada gua-gua, pohon, atau tempat-tempat lain yang
dianggap keramat. Mereka juga sanggup menggadaikan sebahagian hidup untuk
diserahkan kepada gua atau penunggu gunung bagi mendapat kekayaan.

2.0 MENGAPAKAH ORANG MUSYRIK MENOLAK HARI KEBANGKITAN ?


Orang musyrik menolak hari kebangkitan kerana mereka menganggap “Mustahil bagi Allah
untuk menghidupkan manusia sedangkan sudah beribu tahun meninggal dunia dan
menjadi tulang belulang yang sudah reput”.Allah telah menyebut dalam al-quran,surah al-
baqarah ayat 260 iaitu

‫َو ِاْذ َقاَل ِاْبٰر ٖه ُم َر ِّب َاِرِنْي َكْيَف ُتْح ِي اْلَم ْو ٰت ۗى َقاَل َاَو َلْم ُتْؤ ِم ْن ۗ َقاَل َبٰل ى َو ٰل ِكْن ِّلَيْطَم ِٕىَّن َقْلِبْي ۗ َقاَل َفُخ ْذ َاْر َبَع ًة ِّم َن الَّطْيِر َفُصْر ُهَّن ِاَلْيَك ُثَّم‬
‫اْج َع ْل َع ٰل ى ُك ِّل َجَبٍل ِّم ْنُهَّن ُج ْز ًء ا ُثَّم اْدُع ُهَّن َيْأِتْيَنَك َس ْعًياۗ َو اْعَلْم َاَّن َهّٰللا َع ِزْيٌز َحِكْيٌم‬

Berdasarkan ayat diatas,Allah menceritakan bahawa nabi Ibrahim merayu kepada Allah untuk
menunjukkan bagaimana Allah menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang telah meninggal
dunia.Maka,Allah menjawab “adakah engkau tidak mempercayai kekuasaanku untuk
menghidupkan kembali makhluk yang telah meninggal dunia” lalu nabi Ibrahim menjawab “Aku
yakin dan percaya tetapi aku ingin menenteramkan hatiku” maka Allah menyuruh nabi Ibrahim
mencari empat ekor burung dan mencingcang burung tersebut lalu diletakkan di setiap bukit lalu
Allah mengatakan kepada nabi Ibrahim setelah selesai meletakkan keempat-empat burung di
bukit berasingan maka serulah burung tersebut nescaya burung tersebut akan kembali kepada
engkau iaitu nabi Ibrahim.

Selain surah al-baqarah,Allah ada menjawab kepada mereka yang tidak mempercayai hari
kebangkitan dalam surah al-furqan ayat 11 yang berbunyi
‫َبْل َك َّذ ُبوا ِبالَّساَع ِةۖ َو َأْعَتْد َنا ِلَم ْن َك َّذ َب ِبالَّساَع ِة َسِع يًر ا‬

Berdasarkan ayat ini,Allah telah memberi amaran kepada orang yang mendustakan hari
akhirat serta hari kebangkitan.Dalam masa yang sama Allah telah memberi amaran kepada
mereka bahawa Allah telah sediakan neraka yang menyala-nyala bagi mereka yang
mendustakan hari kebangkitan serta akhirat.

Seterusnya,orang musyrik menolak hari kebangkitan kerana mereka “Tidak yakin


dengan nabi sebagai pesuruh Allah”.Nabi Muhammad ialah utusan Allah yang iaitu agama
islam.Agama islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah.Firman Allah
dalam surah al-baqarah ayat 119

‫ِاَّنٓا َاْر َس ْلٰن َك ِباْلَح ِّق َبِش ْيًرا َّو َنِذ ْيًر ۙا َّو اَل ُتْسَٔـُل َع ْن َاْص ٰح ِب اْلَج ِح ْيِم‬

Ayat ini bermaksud kami telah mengutuskan engkau wahai Muhammad dengan
kebenaran,membawa khabar gembira kepada orang-orang beriman dan membawa amaran

kepada orang yang ingkar dan setelah engkau iaitu nabi Muhammad SAW sampaikan kepada
seluruh umat manusia bahawa engkau tidak lagi akan diminta oleh Allah untuk
bertanggungjawab kepada penghuni neraka.

membawa kebenaran

Seterusnya, antara sebab mengapa orang musyrikin menolak hari kebangkitan ialah kerana
“Takut akan balasan yang akan diterima setelah Hari Kebangkitan” sepertimana yang
dijanjikan oleh ALLAH SWT di dalam kitab suci al-quran.

Seperti firman ALLAH SWT dalam surah al-mu'min ayat 40;


‫َٰٓل‬
‫َم ْن َع ِمَل َس ِّيَئًة َفاَل ُيْج َز ٰٓى ِإاَّل ِم ْثَلَهاۖ َو َم ْن َع ِمَل َٰص ِلًحا ِّم ن َذ َك ٍر َأْو ُأنَثٰى َو ُهَو ُم ْؤ ِم ٌن َفُأ۟و ِئَك َيْدُخ ُلوَن ٱْلَج َّنَة ُيْر َز ُقوَن ِفيَها ِبَغْيِر ِحَس اٍب‬

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding
dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun
perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa hisab.
Maksud daripada potongan ayat tersebut ialah jika seseorang makhluknya berbuat kejahatan
maka akan dibalas dengan kejahatan, jika berbuat kebaikan akan di balas dengan kebaikan.
Dengan turunnya potongan ayat ini, kaum musyrikin tidak mempercayai dengan hari
kebangkitan kerana takut akan balasan-balasan yang mereka akan perolahi di akhirat kelak
setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan di muka bumi ini. Contohnya berzina, berjudi,
minum arak dan sebagainya. Oleh itu, orang musyrikin ini tidak percaya dengan hari
kebangkitan kerana takut akan memakan diri mereka dengan apa yang mereka lakukan.

Akhir sekali, “ Tidak beriman dengan Islam dan apa yang dibawa oleh Nabi” juga
merupakan antara sebab-sebab mengapa kaum musyrikin menolak hari kebangkitan.

Sepertimana firman allah swt dalam surah al-an am ayat 113;

‫َو ِلَتْص ٰٓغ ى ِاَلْيِه َاْفِٕـَد ُة اَّلِذ ْيَن اَل ُيْؤ ِم ُنْو َن ِباٰاْل ِخَر ِة َو ِلَيْر َض ْو ُه َو ِلَيْقَتِرُفْو ا َم ا ُهْم ُّم ْقَتِرُفْو َن‬

Maksudnya:

Dan agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, tertarik kepada bisikan itu,
dan menyenanginya, dan agar mereka melakukan apa yang biasa mereka lakukan.

Kesimpulan kecil yang kita dapati dalam ayat ini ialah Dan agar hati kecil orang-orang yang
tidak beriman kepada akhirat, tertarik kepada bisikan itu iaitu tertipu daya dengan hasutan
syaitan yang mengatakan apa yang merek lakukan ini adalah benar dan sebaliknya. Hal ini
karena, kerapuhan iman mereka, dan bukan cuma tertarik, tetapi juga menyenanginya, mereka
rela dan senang terhadap apa yang mereka dengar, dan agar mereka melakukan apa yang biasa
mereka lakukan. Sebagai contoh, bercakap dusta, berjudi, membunuh dan sebaginya. Tambahan
pula, keimanan kepada hari akhir juga adalah benteng yang boleh menjaga manusia dari godaan
syaitan. Jika tidak, manusia bisa melakukan apa saja, mengikuti hawa nafsunya sendiri. Oleh itu,
kaum musyrikin ini akan merasa tidak harus bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu serta
berasa selesa dan seronok dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang melalaikan mereka itu
3.0 KESAN MENOLAK HARI KEBANGKITAN

Mendapat balasan di dunia dan di akhirat daripada Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Hud 42-43:

‫َقاَل َس َٔـاِوٓى ِإَلٰى‬٤٢ ‫َوِه َى َتْج ِر ى ِبِهْم ِفى َم ْو ٍۢج َك ٱْلِج َباِل َو َناَد ٰى ُنوٌح ٱْبَن ۥُه َو َك اَن ِفى َم ْع ِز ٍۢل َيٰـُبَنَّى ٱْر َك ب َّم َعَنا َو اَل َتُك ن َّم َع ٱْلَك ٰـِفِر يَن‬
٤٣‫َج َبٍۢل َيْعِص ُم ِنى ِم َن ٱْلَم ٓاِء ۚ َقاَل اَل َعاِص َم ٱْلَيْو َم ِم ْن َأْمِر ٱِهَّلل ِإاَّل َم ن َّرِح َم ۚ َو َح اَل َبْيَنُهَم ا ٱْلَم ْو ُج َفَك اَن ِم َن ٱْلُم ْغ َر ِقي‬
“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh
memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil : “Hai anakku ,
naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”
Anaknya menjawab : “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari
air bah!” Nuh berkata : “Tidak ada yang melindungi hari ini dari adzab Allah selain Allah (Saja)
Yang Maha Penyayang.” Dan gelombang menjadi penghalang diantara keduanya; Maka jadilah
anaknya termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.”
Berdasarkan maksud dari ayat ini Allah SWT memberi gambaran terhadap peristiwa dari kaum
Nabi Nuh yang menerima pembalasan diatas ketidakpatuh dan tidak mempercayai tentang
kekuasaan Allah SWT. Pembalasan yang meninpa kaum tersebut menjadi bukit bahawa
pembalasan dari Allah itu benar dan pasti.

Janji Allah SWT berupa bencana adalah benar

Firman Allah SWT dalam surah Fatir 5 :

‫َيا َأُّيَها الَّناُس ِإَّن َو ْعَد ِهَّللا َح ٌّقۖ َفاَل َتُغَّر َّنُك ُم اْلَح َياُة الُّد ْنَياۖ َو اَل َيُغَّر َّنُك ْم ِباِهَّلل اْلَغُر وُر‬
Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan
dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu,
memperdayakan kamu tentang Allah.

Sesungguhnya janji Allah SWT itu pasti (tentang adanya hari kebangkitan) maka janganlah
sesekali memperdayakan kehidupan dunia kita sehingga kita tidak beriman kepada hari
kebangkitan oleh kerana terperdaya dengan nafsu mahupun syaitan.

Sudah menjadi pegangan bagi umat Islam terhadap wujudnya hari akhirat. Ia berbeza dengan
Atheisme, Nihilisme dan lain-lain. Ideologi-ideologi seperti ini menganggap bahawa kehidupan
itu hanya sekadar di dunia sahaja manakala akhirat itu tiada. Hal ini menjurus manusia kepada
cara berfikir yang salah. Jadi, kesan menolak hari kebangkitan yang mana mendapat balasan di
dunia dan di akhirat oleh Allah SWT. Firman Allah SWT ; { ‫َوِم َن ٱلَّناِس َم ن َيُقوُل َء اَم َّنا ِبٱِهَّلل َو ِبٱْلَيْو ِم ٱْلَٔـاِخ ِر‬
‫ } َو َم ا ُهم ِبُم ْؤ ِمِنيَن‬dan lanjutan daripada ayat ini yang mana Allah SWT menyebut, { ‫ِفى ُقُلوِبِهم َّمَر ٌۭض‬
‫ } َفَز اَد ُهُم ٱُهَّلل َم َر ًۭض ا‬yang bermaksud “di dalam hati mereka ada penyakit, dan hanya Allah yang
menambah penyakit mereka”. Hal ini kerana mereka ini mengingkari untuk beriman dengan hari
akhirat.

Seterusnya, kesannya Allah memberi balasan kepada mereka di dunia ini dengan mengalami
sakit di dalam jiwa yang mana Allah SWT tambah lagi sakit dalam jiwa mereka. Mereka akan
berasa tidak yakin dengan kehidupannya. Mereka akan berada dalam keadaan was-was sebagai
contoh mereka berfikir adakah betul hari akhirat ini ada? Aku buat macam ni ada balasan ke tak?
Kehidupan mereka juga menjadi tidak aman, tidak tenteram serta ketenangan itu tiada dalam diri
mereka disebabkan oleh mereka sendiri yang tidak beriman. Hari akhirat ini bukanlah hari
akhirat semata-mata, tetapi hari balasan semasa di dunia. Jika tidak beriman, maka setiap
perbuatan yang jahat akan mendapat balasan daripada Allah SWT. Itulah salah satu contoh
balasan Allah SWT di dunia bagi orang yang menolak hari kebangkitan.

Selain itu, balasan di dunia sedemikian, bahkan balasan di akhirat lebih lagi. Dalam apa jua
keadaan, orang akan lihat dan tertanya-tanya mengapa orang yang ingkar dengan hari akhirat
tetapi hidupnya bahagia di dunia. Hal ini kerana, Allah SWT telah menyebut dalam Al-Quran
surah Al-Baqarah, { ‫ } َفُأَم ِّتُع ۥُه َقِلياًۭل ُثَّم َأْض َطُّر ٓۥُه ِإَلٰى َع َذ اِب ٱلَّناِر‬yang bermaksud, “Aku akan membiarkan
mereka bersenang-senang sebentar, kemudian Aku akan menghukum mereka dengan azab
neraka”. Oleh itu, azab di akhirat memang jelas dan nyata adalah benar. Firman Allah SWT yang
bermaksud, “Wahai manusia sesungguhnya janji Allah itu benar”. Jadi, mereka yang mana
ingkar akan terkejut dan akan berkata bahawa hari kebangkitan benar-benar ada. Hal yang
sedemikian akan timbul kerana sebelum ini mereka tidak percaya bahawa hari kebangkitan itu
ada. Hari kebangkitan bukan sekadar ada, akan tetapi akan diseksa dengan seksaan yang
bertambah-tambah dan tidak berkurang lagi bagi orang yang ingkar hari kebangkitan. Malahan,
mereka akan selama-selamanya diseksa oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jadi, jelaslah bahawa
inilah balasan Allah SWT di dunia dan di akhirat bagi orang yang menolak hari kebangkitan.

4.0 RUMUSAN

Beriman dengan Hari kebangkitan hendaklah disertakan dengan amal soleh sebagai persediaan
kita menghadapi hari tersebut. Semua manusia tidak akan terlepas daripada Hari Kebangkitan
dan kita akan bersama-sama dibangkitkan untuk dihakimi amal kebajikan yang telah dilakukan.
Sebagai umat islam yang bertaqwa, kita wajib percaya dan meyakini bahawa Hari Kebangkitan
itu wujud.

Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 7 :

‫َو َأَّن ٱلَّساَع َة َء اِتَيٌة اَّل َر ْيَب ِفيَها َو َأَّن ٱَهَّلل َيْبَع ُث َم ن ِفى ٱْلُقُبوِر‬
maksudnya :

"Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya
Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur."

Ayat ini menjelaskan bahawa hari kiamat itu pasti datang meskipun saat dan waktunya
dirahsiakan. Ayat ini juga menujukkan kebesaran Allah SWT yang menciptakan dan
menghidupkan segala sesuatu. Begitu juga di saat berlakunya hari kebangkitan, Allah
menghidupkan kembali makhluk yang dikehendakiNya hidup semula.

Kaum musyrikin adalah golongan yang menolak Hari Kebangkitan. Golongan ini adalah mereka
yang menyekutukan Allah dan tidak percaya wujudnya Hari Kebangkitan. Golongan yang tidak
percaya wujudnya Hari Kebangkitan akan menerima balasan azab dari Allah SWT.

Sepertimana firmana Allah SWT dalam surah saba’ ayat 4 dan 5 :


٤ ‫ِّلَيْج ِز َى ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنو۟ا َو َع ِم ُلو۟ا ٱلَّص ٰـِلَحٰـِتۚ ُأ۟و َلٰٓـِئَك َلُهم َّم ْغ ِفَر ٌۭة َو ِر ْز ٌۭق َك ِريٌۭم‬
(Kedatangan hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal
soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

٥ ‫َو ٱَّلِذ يَن َسَع ْو ِفٓى َء اَيٰـِتَنا ُم َعٰـ ِج ِزيَن ُأ۟و َلٰٓـِئَك َلُهْم َع َذ اٌۭب ِّم ن ِّر ْج ٍز َأِليٌۭم‬

Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan
Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), - mereka itu akan beroleh
azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

5.0 RUJUKAN
1) https://kalam-insani.livejournal.com/47017.html
2) https://hasanassaggaf.wordpress.com/2010/06/05/hari-kebangkitan/
3) https://almanhaj.or.id/24000-bantahan-terhadap-penolakan-hari-kebangkitan-
2.html
4) https://www.gramedia.com/literasi/musyrik/
5) https://www.republika.co.id/berita/quy7kd320/mengapa-kafir-musyrik-tak-
percaya-kematian-dan-kiamat

Anda mungkin juga menyukai