Anda di halaman 1dari 7

Kes: Fuziahlim bte Mohd Hassan v Mohamed bin Bidin [2008] 2 SHLR 126

Mahkamah: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam


Korum: Mohamed Fouzi Mokhtar ShSubCJ

FAKTA KES

Plaintif memohon untuk mendapatkan perceraian secara fasakh di bawah Seksyen 53


Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Defendan telah
memfailkan notis bantahan awal terhadap pernyataan tuntutan yang difailkan oleh Plaintif
pada 22 Mac 2007. Defendan mendakwa bahawa fakta-fakta yang dinyatakan di dalam
penyataan tuntutan plaintif adalah tidak mencukupi dan tidak jelas yang mana ianya
menyebabkan kesukaran kepada Defendan untuk menyediakan pembelaan kesnya.

Defendan telah memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:

1) Memerintahkan plaintif untuk menjelaskan secara mencukupi kausa tindakan yang


dipohon di dalam saman dan penyata tuntutan bertarikh 25 September 2006 bagi
perkara berikut:
a. Perenggan 5 pernyataan tuntutan tersebut.
b. Perenggan 6.1 pernyataan tuntutan tersebut.
c. Perenggan 6.2 pernyataan tuntutan tersebut.
d. Perenggan 8 pernyataan tuntutan tersebut.

2) Segala prosiding mahkamah ini digantung sementara sehingga plaintif meminda


pernyataan tuntutannya sebagaimana yang dipohon di perenggan (1) di atas.

Dalam memutuskan notis bantahan defendan, Yang Arif Hakim telah merujuk kepada
pandangan Hukum Syarak yakni pelbagai nas-nas dalam kitab-kitab Islam berkenaan konsep
al-da’wa di mana berdasarkan konsep ini, Yang Arif Hakim berpendapat dakwaan di dalam
pernyataan tuntutan hendaklah dibuat secara jelas terperinci. Yang Arif Hakim berpandangan
bahawa seksyen 63 ETMMS yakni peruntukan berkenaan kandungan pernyataan tuntutan
(tuntutan yang ringkas dan padat) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan oleh itu,
kausa tindakan yang dipohon di dalam saman dan pernyataan tuntutan adalah tidak
mencukupi.
KEPUTUSAN MAHKAMAH

(i) Mahkamah memutuskan bahawa memandangkan pernyataan tuntutan yang difailkan


Plaintif mengandungi kausa tindakan adalah tidak mencukupi dan bertentangan
dengan Hukum Syarak, maka prosiding fasakh yang difailkan plaintif adalah terhenti.

(ii) Mahkamah memerintahkan Plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan agar selaras
dengan hukum syarak bagi menyambung prosiding tersebut.

UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN

(i) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ss 7, 8, 63(1), (a),
65(1), (2), 71, 126, 244, 245

(ii) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ss 3, 87(1), 91

ISU UNDANG-UNDANG

Isu-isu undang-undang yang timbul di adalah seperti berikut: -

(i) Sama ada fakta-fakta yang dinyatakan pernyataan tuntutan Plaintif adalah mencukupi
dan jelas bagi membolehkan Defendan untuk menyediakan pembelaan kesnya?

(ii) Sama ada prosiding kes adalah tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana didapati bercanggah
dengan hukum syarak?

(iii) Sama ada prosiding boleh diteruskan, sekiranya plaintif tidak terlebih dahulu
meminda perenggan-perenggan pernyataan tuntutan tersebut?

(iv) Sama ada plaintif dan defendan hendaklah memberi keterangan utama secara
bersumpah di kandang saksi?

2
ULASAN PELAJAR

i. Cara Memulakan Prosiding

Setiap kes yang dijalankan di mahkamah adalah berdasarkan peruntukan seksyen-


seksyen tertentu yang menerangkan bagaimana prosedur itu perlu atau patut dilaksanakan. Di
dalam kes mal, Seksyen 7 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003 telah memperuntukkan prosedur kes hendaklah dimulakan melalui saman. Seksyen 8
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 selanjutnya menyatakan
saman tersebut hendaklah dalam Borang MS 2 dan disertakan dengan pernyataan tuntutan
yang mematuhi kehendak Seksyen 63.

Oleh yang demikian, setiap kes yang difailkan secara umumnya hendaklah
mengandungi saman dan pernyataan tuntutan sebagaimana yang dilakukan oleh Plaintif
apabila memfailkan kes ini.

ii. Penyediaan Pliding

Dalam kes ini, Defendan telah bertindak memfailkan bantahan awal disebabkan
pernyataan tuntutan yang difailkan Plaintif tidak mempunyai fakta yang mencukupi
sebagaimana yang disyaratkan di dalam Seksyen 63 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Meskipun Seksyen 63(1)(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri


Selangor) menyatakan “suatu pernyataan yang ringkas lagi padat,”, berdasarkan kepada
pemahaman yang dibuat secara menyeluruh kepada kehendak seksyen itu, setiap dakwaan
perlulah menyatakan fakta-fakta tertentu yang menjadi sandaran kepada sesuatu dakwaan
sebelum ianya boleh dijawab dan dipertimbangkan. Di dalam keadaan tertentu, butiran-
butiran ataupun keadaan khas yang menjadi sandaran dakwaan perlu dinyatakan.

Seksyen 63(1)(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)


“butir-butir tuntutan yang mencukupi” secara jelas menunjukkan bahawa walaupun di

3
peringkat awal dan pernyataan tuntutan perlu dibuat secara ringkas dan padat, namun dalam
keadaan tertentu keperluan kepada penjelasan yang lebih terperinci adalah perlu dalam
menyatakan dakwaan melalui pernyataan tuntutan tersebut. Bagi memastikan pernyataan
tuntutan memenuhi keperluan Seksyen ini: -

(i) Pihak yang mendakwa sebelum memfailkan kes ini hendaklah memastikan terlebih
dahulu apakah dakwaan yang akan dikemukakan kepada mahkamah.

(ii) Plaintif perlu memastikan dakwaannya memenuhi prinsip al-da'wa sebagaimana yang
dikehendaki oleh hukum syarak.

Dalam kes ini Defendan telah bertindak memfailkan bantahan awal disebabkan
pernyataan tuntutan yang difailkan Plaintif tidak mempunyai fakta yang mencukupi, dengan
merujuk kepada perenggan-perenggan berikut: -

Perenggan 5 Sejak dari awal perkahwinan, plaintif telah mengalami perasaan tidak tenteram
akibat perbuatan defendan yang lazim mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami.

Perenggan 6(1) Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah zahir
plaintif selama tempoh lebih TIGA bulan.

Perenggan 6(2) Defendan menganiaya plaintif dengan lazim menyakiti dan menjadikan
kehidupan plaintif menderita akibat kelakuan aniaya defendan.

Perenggan 8 Perbuatan-perbuatan defendan yang telah cuai mengadakan peruntukan


nafkah zahir terhadap plaintif selama lebih TIGA bulan, dan sering
menganiayai serta menyakiti mental/perasaan plaintif telah menyebabkan
plaintif tawar hati untuk terus hidup bersama defendan.

Mahkamah telah berpendapat bahawa pernyataan tersebut tidak jelas dan tidak
langsung mempunyai fakta yang menjadi sandaran kepada permohonan Plaintif kecuali hanya
dinyatakan perkara asas sebagaimana yang dikehendaki undang-undang. Sebagai Plaintif
dakwaan yang dibuat hendaklah mempunyai fakta yang jelas, mudah difahami dan
dimaklumi dan dinyatakan

4
Dalam kes ini, pernyataan tuntutan Plaintif seharusnya mengandungi dakwaan secara
terperinci berkaitan tempoh masa nafkah tidak diberi, perbuatan-perbuatan Defendan yang
dikatakan lazim mengabaikan tanggungjawabnya dan lazim menyakiti Plaintif.

Mahkamah selanjutnya berpendapat bahawa pernyataan tuntutan dalam kes mal juga
memerlukan elemen masa, bulan, tarikh (bila), tempat (di mana), siapa, bagaimana dilakukan
sesuatu perbuatan itu dan siapa yang menyaksikan perlu dinyatakan, sepertimana konsep 4W
1H (Who, When Where, Witness (jika ada) dan How).

iii. Kesan ketidakpatuhan Seksyen 63 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003

Pada pandangan mahkamah, Seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 telah menetapkan bahawa “mana-mana peruntukan atau tafsiran
peruntukan yang tidak selaras dengan hukum syara' adalah terbatal setakat ketidakselarasan
itu”. Oleh itu, perkataan “ringkas lagi padat” di bawah seksyen 63(1)(a) itu dengan
sendirinya telah terbatal.

Justeru, semua pernyataan tuntutan hendaklah mengandungi fakta yang terperinci


supaya ia mematuhi kehendak hukum syara', agar Plaintif dan Defendan tidak perlu lagi
memperincikannya secara lisan semasa keterangan bersumpah.

Mahkamah berpendapat bahawa meskipun keperluan di bawah Seksyen 63 Enakmen


Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 tidak dipatuhi, ia tidak menjadikan
sesuatu prosiding kes itu tidak sah. Dalam kes ini, sebelum prosiding seterusnya boleh
diteruskan, Plaintif hendaklah terlebih dahulu meminda perenggan-perenggan yang cacat
tersebut dan menjelaskan semula perkara menjadi dakwaan Plaintif terhadap Defendan
dengan lebih terperinci berkaitan tempoh masa nafkah tidak diberi, perbuatan-perbuatan
Defendan yang dikatakan lazim mengabaikan tanggungjawabnya dan lazim menyakiti
Plaintif supaya ianya boleh dijawab oleh Defendan dengan sempurna.

iv. Kesan Keengganan Plaintif untuk Meminda Pernyataan Tuntutannya

Sekiranya Plaintif enggan memindanya, Seksyen 71 Enakmen Tatacara Mal


Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukan bahawa Mahkamah boleh

5
dengan senditinya tanpa permohonan daripada sesiapa, untuk memerintahkan Plaintif
meminda pernyataan tuntutan tersebut, dan menggantung semua prosiding sehingga perintah
itu dipatuhi.

Mahkamah juga boleh menggunakan bidang kuasa sedia ada (inherent jurisdiction)
mahkamah sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 untuk memerintahkan Plaintif meminda
pernyataan tuntutan tersebut.

v. Memberi Keterangan Utama Secara Bersumpah Di Kandang Saksi

Jika mengikut amalan sekarang, Plaintif dan Defendan dibenarkan menjawab


dakwaan dalam bentuk mempertikaikannya melalui pemeriksaan balas selepas Plaintif atau
Defendan selesai memberi keterangan utama sebagaimana prosedur yang dilalui oleh
seseorang saksi. Mahkamah berpendapat bahawa proses ini sebenarnya tidak menepati
konsep menjawab mengikut hukum syarak kerana pada pandangan Mahkamah, menjawab
hanyalah dalam bentuk sama ada mengakui atau menafikannya sesuatu dakwaan yang dibuat
secara jelas. Setiap apa yang berlaku, fakta-fakta yang diperincikan oleh plaintif melalui
kandang saksi dijawab (sama ada mengakui atau menafikannya) selepas plaintif
mengemukakan bukti (bayyinah).

Mahkamah selanjutnya melihat kepada isu berkaitan plaintif dan defendan


memberikan keterangan secara bersumpah dari dalam kandang saksi. Di bawah seksyen 126
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menetapkan seperti
berikut:

126(1)Tertakluk kepada subseksyen (2) —

(a) plaintif hendaklah memulakan dengan membuka kesnya; dan

(b) setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan apa-apa keterangan,


membuka kesnya.

Seksyen 87(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003


menetapkan seperti berikut:

6
87(1) Dalam kes mal keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan dan jika
defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah dikehendaki mengangkat
sumpah mengikut hukum syarak.

Persoalan yang timbul apakah yang dimaksudkan dan apakah tafsiran kepada ayat
'mengemukakan keterangan' dan 'memberikan keterangan' dalam kedua-dua peruntukan
tersebut. Seksyen 91 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor menetapkan
bahawa Plaintif dan Defendan perlu memberikan keterangan melalui kandang saksi dan
diperiksa melalui tiga proses pemeriksaan (pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan
pemeriksaan semula) sebagaimana prosedur keterangan seseorang saksi.

Mahkmah berpendapat bahawa keterangan plaintif dan defendan serta pemeriksaan-


pemeriksaan ke atas mereka itu sendiri bukanlah satu keterangan dan hanya pemeriksaan
terhadap saksi-saksi plaintif dan defendan atau dokumen yang dikemukakan oleh mereka
sahaja boleh diiktiraf sebagai keterangan. Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah Negeri Selangor 2003 menjelaskan bahawa lisan adalah semata-mata merujuk kepada
keterangan saksi-saksi sama ada diterima sebagai syahadah atau baiyyinah [sub-s (a) dan (b)
adalah perkara yang sama kerana kenyataan saksi boleh jadi diterima sebagai syahadah dan
boleh jadi sebagai bayyinah, bergantung kepada keadaan dan syarat-syarat kesaksian
dipenuhi atau sebaliknya.

Dengan merujuk kepada hadis Sunan Al-Tirmidzi, Jil 3, ms 625, Mahkamah telah
berpendapat bahawa pihak-pihak yang bertikai bukanlah saksi bagi kes mereka bahkan
mereka hanya sebagai orang yang mendakwa sahaja. Dengan kata lain, saksi dan pihak-pihak
hendaklah orang yang berlainan dan tidak boleh orang yang sama.

Oleh itu, proses yang dinyatakan di dalam Seksyen 91 Enakmen Keterangan


Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 di bawah Bab 3 iaitu (pemeriksaan saksi),
pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula adalah tidaklah terpakai
kepada Plaintif dan Defendan dalam kes ini kerana kedua-duanya bukan saksi sebagaimana
dijelaskan di atas.

Anda mungkin juga menyukai