Anda di halaman 1dari 7

LAW635 – UNDANG-UNDANG PROSEDUR MAL

UJIAN LAW635 DISEMBER 2023

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR KUMPULAN

NORASHIKIN KAMARUDIN 2023428094 LWD01A

NAMA PENSYARAH:

PUAN NORRASYADA BT OSMAN

TARIKH:

24 DISEMBER 2023
Soalan 1

Sila jelaskan apakah dokumen yang perlu disediakan sebelum perbicaraan dan apakah
perkara yang perlu ada pada dokumen tersebut?

Seperti yang diperuntukkan dalam Arahan Amalan No.8 Tahun 2022 yang telah mengeluarkan
Garis Panduan Pengurusan Kes Mal bagi Pemfailan Ikatan Dokumen, Fakta Kes dan Penyata
Keterangan di Mahkamah Syariah. Bahagian 3 dalam lampiran Arahan Amalan tersebut telah
menjelaskan Tatacara Pengurusan Kes.

Bahagian 3 Arahan Amalan No.8 Tahun 2022 telah menyatakan bahawa, sekiranya Hakim atau
pendaftar telah berpuas hati bahawa pliding telah lengkap dan pihak-pihak bersedia untuk
perbicaraan, Hakim atau Pendaftar hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang
disenaraikan di bawah difailkan oleh Peguam Syarie sebagaimana seperti berikut:-

1) Ikatan Dokumen dipersetujui. Ikatan dokumen ini hendaklah mengandungi dokumen


yang dipersetujui kesahanya dan isi kandungannya yang hendaklah ditandakan sebagai
Ikatan Dokumen A dengan mengunakan kertas kulit berwarna Hijau.

2) Ikatan Dokumen tidak dipersetujui. Ikatan dokumen ini hendaklah mengandungi


dokumen dipersetujui kesahanya tetapi isi kandungannya dipertikai. Ikatan dokumen
ini hendaklah ditandakan sebagai Ikatan Dokumen B dengan menggunakan kertas kulit
berwarna Kuning.

3) Dokumen dipertikai kesahnnya dan isi kandungannya. Dokumen ini hendaklah


ditandakan sebagai Ikatan Dokumen C dengan menggunakan kertas kulit berwarna
Merah.

4) Dokumen-dokumen lain yang dicadangkan untuk dikemukakan dalam perbicaraan.

5) Pernyataan fakta yang dipersetujui dan penyataan fakta yang tidak dipersetujui dan isu
untuk dibicarakan. Senarai pernyataan fakta dipersetujui dan pernyataan isu untuk
dibicarakan hendaklah menggunakan format borang di Lampiran A, Arahan Amalan
No.8 Tahun 2022.

6) Senarai saksi, penyata keterangan pihak-pihak dan penyata keterangan saksi pihak-
pihak. Format senarai saksi dan penyataan saksi hendaklah menggunakan borang di
Lampiran B, Arahan Amalan No.8 Tahun 2022.

Untuk dokumen-dokumen yang tersenarai di nombor 1, 2, 3, dan 4 di atas, hendaklah


mengunakan format Ikatan Dokumen Bersama seperti di Lampiran C, Arahan Amalan No.8
Tahun 2022.

Kandungan dalam Lampiran C hendaklah disusun mengikut kronologi kes, dokumen dan muka
surat secara berturutan.

Bagi dokumen-dokumen di Lampiran A dan Lampiran C yang telah disahkan oleh kedua-dua
pihak hendaklah difailkan oleh Peguam Syarie Plaintif.
Soalan 2

Nyatakan dua (2) keadaan yang membolehkan mahkamah membenarkan pencantuman


pihak-pihak dalam satu prosiding di Mahkamah Syariah?

Seksyen 17 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 mentaksirkan
maksud pihak-pihak iaitu, “plaintif” termasuklah pemohon dan “defendan” termasuklah
responden.

Dua keadaan yang membolehkan mahkamah syariah membenarkan pencantuman pihak-pihak


dalam satu prosiding di Mahkamah Syariah adalah seperti yang diperuntukkan di bawah
Seksyen 18(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Yang pertama adalah dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan
sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah jika tindakan-tindakan yang
berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka yang persoalan undang-
undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu. Maka, percantuman
pihak boleh dilakukan dengan kebenaran Mahkamah.

Dan yang kedua, apabila segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan
itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan
atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang sama.

Seperti yang di sebut dalam kes Kerajaan Negeri Terengganu lawan Yang Amat Mulia Tengku
Ibrahim bin Sultan Ismail Nasaruddin Shah 2007 yang merujuk kepada Seksyen 18 Enakmen
Tatacara Mal Makhamah Syariah Negeri Terengganu, YAA Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali
Abdul Rahman mengulas isu pencantuman pihak-pihak dalam kes tersebut dan beliau
menyebut: -

“Kami meneliti hujah dan eksibit-eksibit daripada kedua-dua pihak, kami dapati Responden
bukanlah satu-satu nya cucu SZAIII, tetapi ada 23 orang lagi cucu baginda yang lain yang
boleh menuntut harta pusaka SZAIII sebagai Plaintif. Sebaliknya Responden telah memilih
untuk menuntut pengisytiharan pusaka secara bersendirian.”

Namun, Seksyen 18(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
menyatakan bahawa jika Mahkamah mendapati apa-apa pencantuman boleh menyulitkan
mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah
boleh atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya
diadakan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan patut.

Seksyen 18(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 juga
menyatakan bahawa penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana
plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatkan nya, atau terhadap seorang defendan atau
lebih yg didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-masing.
Soalan 3

Nyatakan cara penyampaian saman kepada Defendan yang berada di luar bidangkuasa
berdasarkan peruntukkan undang-undang yang berkaitan?

Bagi penyampaian di luar bidang kuasa, Seksyen 241 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah Negeri Selangor (2003) menyatakan bahawa mana-mana proses atau dokumen yang
dikehendaki disampaikan oleh seseorang pegawai Mahkamah atau sesuatu pihak boleh
disampaikan oleh mana-mana Mahkamah lain.

Cara penyampaian saman kepada Defendan yang berada di luar bidang kuasa di jelaskan di
dalam Seksyen 54 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor (2003).
Seksyen 54(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor (2003) tersebut
menyatakan bahawa apa-apa saman atau permohonan bagi penyampaian di luar bidang kuasa
di dalam Malaysia boleh dihantar kepada mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa di kawasan tempatan di mana Defendan berada.

Seksyen 54(2) Enakmen yang sama menyatakan bahawa saman yang ingin disampaikan
kepada Defendan tersebut boleh dihantar melalui pos atau dengan selainnya bersama
permintaan bertulis bagi penyampaian yang di tandatangani oleh Hakim atau Pendaftar.
Sekiranya seorang Plaintif telah menfailkan saman di Negeri Selangor, di mana seorang
Defendan yang akan menerima saman tersebut berada di Negeri Sembilan, maka Plaintif
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Hakim syarie atau Pendaftar di Negeri
Selangor sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Arahan Amalan No. 16 Tahun 2002.
Menurut Arahan Amalan No. 16 Tahun 2002 yang menyatakan berhubung dengan tindakan
penyerahan saman di luar bidangkuasa, Pendaftar dan Penolong Pendaftar bolehlah
diperturunkan kuasa bagi mengeluarkan arahan berkaitan dengan perkara tersebut bagi
menyegerakan prosiding kes.

Seksyen 53 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor (2003) menyatakan,
suatu perintah bagi penyampaian di luar bidangkuasa hendaklah menetapkan hari kehadiran
defendan yang penyampaian hendak dibuat dan Mahkamah hendaklah mengambil kira dan
boleh menghendaki keterangan tentang cara perhubungan dan pengangkutan. Mahkamah juga
diberikan kuasa untuk mengubah perintah bagi penyampaian luar perintah bidang kuasa seperti
yang diperuntukkan dalam Seksyen 55.

Seksyen 75 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (2003) menerangkan tentang
Tindakan bersaling. Seksyen 75(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (2003)
menyatakan, jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana negeri di Malaysia mengeluarkan
saman di bawah peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa dalam negeri itu untuk
disampaikan kepada seseorang yang berada atau dipercayai berada dalam Negeri Selangor,
maka mana-mana Hakim Syarie boleh mengesahkan saman itu dengan menandatanganinya dan
saman itu boleh disampaikan kepada orang itu seolah-olah saman itu telah dikeluarkan oleh
Mahkamah Syariah dalam Negeri Selangor menurut peruntukan Enakmen ini.
Soalan 4(a)

Nyatakan tindakan anda untuk mewakili Azli di Mahkamah Syariah?

Sebelum memulakan apa-apa tindakan di Mahkamah Syariah, seorang peguam syarie perlulah
memfailkan Wakalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 34 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah Negeri Selangor (2003). Tanpa wakalah yang sah oleh pihak-pihak kepada
peguam syarie nya, kes tersebut tidak sah dibawa oleh Peguam Syarie. Wakalah berlaku apabila
seseorang itu mewakilkan urusannya kepada orang lain.

Seksyen 34 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor (2003)
menyatakan, perlantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang
melantiknya, dan di terima oleh Peguam Syarie yg dilantik sedemikian. Seksyen 34(2)
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor (2003) menyatakan bahawa, jika
seorang peguam syarie telah menerima perlantikannya, dia hendaklah sebelum mengambil apa-
apa langkah dalam prosiding di setiap mahkamah, memfailkan suatu wakalah dalam Borang
MS 5.

Sebelum memulakan apa-apa langkah dalam prosiding untuk mewakili Azli di Mahkamah
Syariah, saya perlu menerima lantikan sebagai peguam syarie Azli dan kemudian memfailkan
suatu wakalah melalui Borang Ms 5.

Seperti yang dibincangkan di dalam kes Abdul Ravuff B.A.S Dawood lwn Pasla Holdings
Sdn Bhd dan 23 yang Lain Lagi berkaitan kes harta pusaka allahyarham AS Dawood. Isu
yang berbangkit ialah tentang wakalah dimana tiada perlantikan peguam dibuat oleh
Responden kecuali Responden ke-3. Peguam lain tidak ada locus standi (keahlian) dalam kes
itu. Perlantikan sebelum ini (lafaz wakalah) bagi kes tegahan. Mahkamah memutuskan
perbicaraan dan keputusan di mahkamah tinggi syariah tidak sah dan terbatal kerana dijalankan
tanpa wakalah yang sah oleh wakil defendan dan kes kena bicara semula di Mahkamah Tinggi
Syariah.
Soalan 4(b)

Bolehkah Azli memfailkan satu Permohonan Injunksi Harta walaupun pihak-pihak


masih belum bercerai. Nyatakan tatacara dan peruntukkan undang-undang yang
berkaitan dengan prosedur Injunksi Harta yang akan difailkan oleh Azli tersebut?

Azli boleh memfailkan permohonan Injuksi Harta dengan tatacara yang di senaraikan di bawah.
Injuksi dijelaskan menurut YA Tuan Mohd Nadzri dalam buku nya bermaksud satu remedi
dalam bentuk arahan mahkamah kepada seseorang menghalangnya melakukan sesuatu. Azli
boleh memfailkan permohonan injuksi Harta terhadap Hana menggunakan Seksyen 200
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Menurut Arahan Amalan
No. 5 Tahun 2016, di bawah klausa 3 Garis Panduan yang dikeluarkan, Mahkamah mengambil
kira suatu permohonan secara ex parte boleh dibuat dalam keadaan terdesak yang mana
permohon, jika tidak dibenarkan membuat permohonan ex parte akan mengalami ketidakadilan
kerana kelambatan atau ketidakadilan akibat dari tindakan yang mungkin dilakukan oleh pihak
lawan. Seperti yang dicerminkan dalam kes Wan Puziah binti Wan Awang lwn Wan
Abdullah bin Muda dan seorang lagi (2000) 14 JH 235 di mana dalam kes ini Mahkamah
telah membenarkan permohonan pemohon bagi suatu perintah injunksi oleh Mahkamah untuk
menghalang/tegah responden daripada memindahmilik harta pusaka yang menjadi pertikaian
sebelum kes diputuskan oleh Mahkamah.

Oleh yang demikian, Azli boleh memfailkan permohonan Injuksi Harta menurut peruntukan di
bawah Seksyen 200(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
menyatakan atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara,
sebelum atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan
injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam
saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 200(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
menyatakan jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu
boleh dibuat secara ex parte yang disokong dengan affidavit dan affidavit itu hendaklah
mengandungi suatu penyataan yang jelas dan ringkas lagi padat: -

a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan,

b) fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan injuksi itu,

c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex


parte itu, termasuk butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang diberikan kepada
defendan atau, jika butir-butir itu tidak diberikan, sebab butir-butir itu tidak diberikan,

d) tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan, atau yang difikirkan mungkin
akan ditegaskan olehnya, sama ada kepada tuntutan dalam tindakan itu atau kepada
tuntutan bagi injunksi itu,

e) tentang fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah
tidak memberikan injuksi secara ex parte,
f) tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte terdahulu yang
seumpamanya telah dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah
yang dibuat dalam permohonan itu dahulu dan,

g) tentang relief yg sebenarnya dipohon.

Menurut Arahan Amalan No. 5 Tahun 2016, di bawah Garis Panduan yang dikeluarkan,
permohonan dibenarkan dengan syarat bahawa pemohon hendaklah memfailkan kes induk
dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan nya ke Mahkamah. Arahan Amalan No.5 Tahun
2016 menyatakan seperti berikut: -

“ Permohonan ex parte bagi apa-apa perintah sementara boleh difailkan di mana-mana keadaan
yang memerlukan perintah segera dengan syarat sekiranya kes induk belum difailkan pada
permohonan ex parte itu difailkan, Pemohon itu hendaklah memfailkan kes induknya dalam
tempoh 14 hari dari Tarikh permohonan itu difailkan.”

Memandangkan dalam kes ini, aset Azli didaftarkan di bawah nama Hana, Azli boleh
memfailkan perintah tegahan pelupusan harta sepencarian di bawah Seksyen 108 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003) yang menyatakan Mahkamah boleh,
atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan, mengeluarkan suatu perintah tegahan
menahan suami atau isteri daripada melupuskan apa-apa harta yang telah diperolehi semasa
perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah difikirkan perlu untuk
berbuat demikian.

Memandangkan Hana telah membawa keluar semua dokumen-dokumen penting berkaitan


harta milikan yang di perolehi dalam perkahwinan, Azli boleh membuat permohonan perintah
penzahiran dokuman yang diperuntukan di bawah Seksyen 85(1)(b) Enakmen Tatacata Mal
Mahkamah Negeri Selangor 2003 yang menyatakan Mahkamah boleh jika perlu dan difikirkan
adil untuk memerintah mana mana pihak mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam
milikan nya atau kuasanya.

Anda mungkin juga menyukai