Anda di halaman 1dari 5

SIS courtwatch form

BORANG LAPORAN LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH


SIS FORUM (MALAYSIA) (266561W)
SISTERS IN ISLAM

A. BACKGROUND INFORMATION

Nama / No. kes :


Mahkamah : MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA LUMPUR
Nama Hakim :
Tarikh / Hari : 18 OGOS 2022

Pihak-pihak Jantina
Pengadu / Pendakwa / Plaintif / Perayu Lelaki / Wanita
Kedudukan (Misalnya : suami, isteri atau bujang)
...waris si mati
Peguam/Pendakwa Syarie Lelaki / Wanita
Tertuduh / Defendan / Responden Lelaki / Wanita
Kedudukan (Misalnya : suami, isteri atau bujang)
……………………….......
Peguam/Pendakwa Syarie Lelaki / Wanita
Lain-
lain : ..................................................................

B. JENIS KES

Sila tanda ( √ ) di petak yang berkenaan


1. Perkahwinan  Pendaftaran  Wali hakim/Raja
 Ta’liq tambahan  Ruju’
 Ta’liq
2. Poligami  Permohonan
 Poligami tanpa kebenaran mahkamah
3. Cerai  Talaq di mahkamah  Khul’
 Talaq di luar mahkamah  Persetujuan bersama
 Fasakh
 Ta’liq
4. Sebab-sebab  Li’an  Sumbang mahram
Cerai  Keganasan rumahtangga  Nusyuz
 Poligami – suami tidak adil  Tiada nafkah

1
SIS courtwatch form

 Tiada persefahaman
 Lain-lain : ………………………………
5. Nafkah &  Tuntutan nafkah isteri  Harta sepencarian
harta  Tuntutan nafkah isteri tertunggak  Kaveat atas harta
sepencarian  Tuntutan mas kahwin tertunggak  Muta’ah

6. Nafkah anak-  Hak penjagaan (custody) anak  Tuntutan nafkah anak


anak  Tuntutan nafkah anak tertunggak
7. Lain-lain  Khalwat  Persetubuhan luar nikah  Faraid
 Hibah  Harta pusaka lain  Wasiat
 Lain-lain ………………………………..

SILA TANDA ( √ ) DI PETAK YANG BERKENAAN

C. PEMERHATIAN AM
Bil. Perkara Ya Tidak
1. Adakah Mahkamah mula bersidang tepat pada masa?

Hari Biasa
Sesi Pagi : 9.00 pagi - 11.00 pagi √
: 11.15 pagi - 12.30 tengahari

Sesi Petang : 2.15 petang - 4.00 petang

Hari Jumaat
Sesi Pagi : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Sesi Petang : 3.00 petang - 4.00 petang

Sila nyatakan masa bermula jika mahkamah tidak besidang tepat


pada masanya : 10.00 pagi
2. Adakah notis ketiadaan Hakim Syarie ditampalkan di mahkamah?

3. Adakah Tertuduh/Defendan/Responden hadir pada hari perbicaraan? √

4. Adakah saksi hadir pada hari perbicaraan? √

5. Adakah peguam hadir pada hari perbicaraan? √

6. Adakah kes diselesaikan dalam masa 3 bulan setelah didaftarkan?


2
SIS courtwatch form

(Please ask the plaintif)


7. Apakah sebab Hakim Syarie membenarkan permohonan
penangguhan kes? __Pemohon tidak sempat membaca Afidavit
Tambahan di hadapan Pendaftar.
8. Adakah pegawai mahkamah memberi layanan yang memuaskan?

D. Perilaku Hakim Syarie Dalam Mengendalikan Prosiding


Bil. Perkara Ya Tidak
9. Hakim Syarie melaksanakan keadilan seperti yang dikehendaki oleh hukum
syara’ kerana:
a. Mendengar kenyataan saksi
b. Menanya soalan kepada kedua-dua pihak
c. Menanya kesetujuan daripada kedua-dua pihak dalam kes
d. Lain-lain sebab
_______________________________________________________________
10. Hakim Syarie tidak melaksanakan keadilan seperti yang dikehendaki oleh hukum syara’
kerana:
a. Tidak mendengar kenyataan saksi
b. Tidak menanya soalan kepada kedua-dua pihak
c. Tidak menanya kesetujuan daripada kedua-dua pihak dalam kes
d. Lain-lain sebab
_______________________________________________________________
11. Adakah Hakim Syarie menerima-pakai kenyataan saksi-saksi:
a. Wanita
b. Kanak-kanak
c. Orang bukan Islam
12. Jika tidak, apakah alasan yang diberikan?
_______________________________________________________________________
________
13. Adakah Hakim Syarie melengah-lengah dalam menyelesaikan kes?
14. Adakah Hakim Syarie memaksa / menyarankan agar satu pihak
melepaskan hak-hak berikut untuk mendapat perceraian:
a. Mut’ah
b. Nafkah Isteri

3
SIS courtwatch form

c. Hak Penjagaan Anak


d. Nafkah Anak
e. Pembahagian Harta Sepencarian
f. Tuntutan Hutang Termasuk Hutang Maskahwin

E. Perilaku Pendakwa / Peguam Syarie dalam mengendalikan prosiding


Bil. Perkara Ya Tidak
15. Adakah Pendakwa / Peguam Syarie meninggikan suara semasa
menyoal:
a. pihak lawan?
b. Saksi pihak lawan?
16.
Sila beri contoh untuk menyokong jawapan di atas:
______________________________________

F. Pemerhatian anda / komen lain

Pemohon dan responden telah bernikah pada *** di Setapak, Kuala Lumpur. Pemohon pada ketika itu
adalah seorang anak dara manakala responden sudah beristeri. Pernikahan tersebut dijalankan dengan
menggunakan wali hakim iaitu jurunikah (saksi kedua responden) yang berjawatan pembantu imam di
masjid dan disaksikan oleh dua orang lelaki. Pemohon tidak mengizinkan jurunikah menjadi wali hakim.
Bapa pemohon pada masa pernikahan itu berada di Kelantan. Beliau tidak memberi apa-apa wakalah
kepada jurunikah. Pemohon memberitahu mahkamah bahawa melalui semakan JAWI, beliau mendapati
surat nikah pemohon adalah palsu. Selain itu, tiada rekod pernikahan pemohon dengan responden di
JAWI. Namun begitu, pemohon dan responden memperoleh tiga orang anak, hasil pernikahan ini.

Terdapat lima rukun nikah yang mesti dipenuhi untuk memastikan sesuatu perkahwinan itu sah mengikut
hukum syarak. Pertama, pengantin lelaki (responden) ada dan hadir pada hari perkahwinan tersebut
berlangsung. Kedua, pengantin perempuan (pemohon) ada dan hadir semasa perkahwinan itu
berlangsung. Ketiga, terdapat sighah ijab dan qabul berlaku di antara jurunikah dan pengantin lelaki
(responden). Saksi pertama dan ketiga mengesahkan ada ijab dan qabul. Saksi kedua mengaku bahawa
memang beliau yang telah menikahkan pemohon dan responden di masjid. Keempat, pemohon
menyatakan beliau tidak kenal saksi-saksi yang hadi malahan pemohon menyatakan hanya seorang saksi

4
SIS courtwatch form

sahaja yang hadir. Responden menyatakan saksi responden pertama dan ketiga adalah rakan pejabat
beliau.
Yang terakhir adalah wali. Pemohon memberitahu mahkamah bahawa bapanya masih hidup dan menetap
di Kelantan semasa pernikah tersebut berlangsung dan bapanya tidak memberi apa-apa wakalah kepada
jurunikah. Dengan kata lain, bapa pemohon tidak hadir dan tidak tahu mengenai perkahwinan pemohon
dan responden. Responden menggunakan wali hakim. Selain itu, responden dan pemohon tidak
mendapata kebenaran bernikah berwalikan hakim dari Jabatan Agama Islam dan Mahkmamah Syariah.
Saksi kedua responden mengaku bahawa beliau tidak mempunyai taulilah sebagai jurunikah.

Mahkamah mengatakan pemohon masih mempunyai wali nasab iaitu bapa pemohon tetapi beliau tiada
semasa majlis perkahwinan tersebut. Ini menunjukkan bahawa wali nasab pemohon adalah seorang yang
ghiba lebih dari dua marhalah. Oleh itu, wali yang layak di majlis perkahwinan ini adalah wali hakim/raja.
Tetapi pemohon tidak membuat sebarang permohonan untuk kebenaran berkahwin dan permohonan wali
hakim/raja di Wilayah Persekutuan.

Anda mungkin juga menyukai