Anda di halaman 1dari 1

1.

Huraikan dengan berikan contoh yang sesuai apakah 'elemen habtis of


mind' yang perlu ada dalam diri anda.
i. Mendengar dengan empati
 Saya akan berusaha untuk memahami pemikiran dan perasaan orang lain dan
meletakkan diri dalam situasi yang dialami oleh mereka.
 Contohnya, dalam mata pelajaran Sejarah, saya akan bersikap positif dan
memberikan fokus sepenuhnya semasa guru sedang mengajar untuk
menghayati nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa sejarah negara.

ii. Berfikir secara fleksibel


 Saya akan menimbangkan semua idea, berfikir secara kritis dan boleh
membuat keputusan dalam situasi yang cemas.
 Contohnya, dalam proses pdp, saya akan berfikir secara luar kotak untuk
menghasilkan sesuatu kesimpulan dan pemahaman sendiri.

iii. Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru


 Saya akan mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari untuk menyelesaikan
masalah baru.
 Contohnya, saya boleh melakukan CPR yang dipelajari di sekolah apabila
menemui individu yang lemas.

2. Senaraikan jenis-jenis emosi yang anda tahu. Apakah huraikan jenis-jenis


emosi yang kerap anda hadapi.
 Kebahagiaan, kesedihan, ketakutan, jijik, marah dan terkejut.
 Antara jenis-jenis emosi yang kerap saya hadapi ialah kebahagiaan. Persaan
bahagia mengarahkan saya untuk bersyukur dan memahami diri dan orang lain
dengan lebih baik lagi. Hal ini penting dalam menjamin kesihatan fizikal dan
mental saya sepanjang usia.

Anda mungkin juga menyukai