Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA

KESELAMATAN JALANRAYA & KEMBARA AMAL

1. PENGENALAN

Program keselamatan jalanraya dan Kembara Amal dirancang adalah untuk


golongan muda dan belia Felda yang sering menggunakan motorsikal untuk
berkonvoi atau menggunakan motorsikal secara harian di jalanraya.

Oleh yang demikian, Persatuan Belia (MBFM) Felda Tersang 3 mengambil inisiatif
untuk melaksanakan program ini dengan penekanan kepada aspek keselamatan di
jalanraya, pemanduan berhemah, keselamatan jentara motorsikal serta menguji
kecerdasan mental serta fizikal melalui aktiviti penjelajahan.

Program ini akan dijalankan secara bersepadu dengan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) bagi memberikan segala informasi dan perundangan berkaitan
penguatkuasaan undang-undang di jalanraya dan spesifikasi kenderaan
persendirian. Program ini memberi pendedahan berkaitan keselamatan
penggunaan di jalanraya dan tanggungjawab pengguna di jalanraya.

2. OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan dan informasi secara terus dan langsung berkaitan


keselamatan dan penggunaan di jalanraya.
ii. Menarik seberapa ramai generasi muda untuk menyertai program ini
supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh
membahayakan diri sendiri.
iii. Melahirkan latihan dan kemahiran memandu kenderaan motorsikal
dengan berhemah dan berdisplin semasa berada di jalanraya.
iv. Mengadakan perjumpaan bersama pemimpin masyarkat yang akan
ditemui untuk mendapatkan input tentang pembangunan belia, ekonomi
dan sosial setempat.
v. Memenuhi citarasa golongan muda mereka dengan pengisian aktiviti
bermotorsikal secara berkonvoi.

Anda mungkin juga menyukai