Anda di halaman 1dari 42

MySKUD

Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

MANUAL PENGGUNA
SISTEM MYSKUD
Permohonan Jurutera Stim Gred 2
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

KAWALAN DOKUMEN

No. Versi Tarikh Versi Ringkasan Pindaan

1.0 17/11/2020 Tarikh permulaan dokumen.


MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN .............................................................................................................................4

2. KEPERLUAN ..................................................................................................................................5

3. PENGENALAN................................................................................................................................6

4. PRA SYARAT PERMOHONAN .......................................................................................................7

5. FUNGSI DAN LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN ...................................................................8


5.1 LOG MASUK .................................................................................................................................8
5.2 PENYERAHAN PERMOHONAN JURUTERA STIM GRED 2 ....................................................... 10
5.3 PENYERAHAN PEMBAHARUAN JURUTERA STIM GRED 2...................................................... 21
5.4 PENYERAHAN PENDAFTARAN JURUTERA STIM GRED 2 (ULANGAN)................................... 32

Halaman 3 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

1 PENDAHULUAN

Tujuan penyediaan Manual Pengguna ini adalah untuk membantu pengguna system memahami
proses kerja dan penggunaan bagi setiap modul di dalam sistem ini. Dokumentasi ini akan
menerangkan dengan terperinci bagaimana sistem ini berfungsi dan memberi gambaran kepada
pengguna bagaimana untuk menggunakan sistem tersebut. Manual ini merupakan bahan rujukan
atau panduan untuk menggunakan sistem MySKUD.

Halaman 4 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

2 KEPERLUAN

1. Desktop atau Komputer Riba yang disyorkan storan memori sekurang-kurangnya 2.0 GB.
2. Menggunakan pelayar internet versi terkini yang menyokong struktur halaman HTML5.
Seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Opera dan Safari.
3. Sila layari https://html5test.com/ untuk menyemak dan menguji tahap keserasian pelayar
anda dengan struktur HTML5.

Halaman 5 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

3 PENGENALAN

Modul ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan JKKP untuk menghantar
permohonan Jurutera Stim Gred 2 secara atas talian.

Sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah terlebih dahulu membaca Garis Panduan
yang telah disediakan bagi memahami syarat-syarat, panduan pendaftaran pembekal terkini,
dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dan bayaran yang dikenakan jika ada.

Manual ini akan menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat permohonan
Jurutera Stim Gred 2 secara atas talian melalui Sistem MySKUD. Butiran syarikat di skrin-skrin
dalam manual ini hanyalah contoh sahaja dan mungkin tidak boleh digunapakai dalam
permohonan tuan/puan.

Halaman 6 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

4 PRA SYARAT PERMOHONAN

Bil. Kategori Permohonan Pra Syarat


1. Permohonan Jurutera Stim Gred 2 a. Warganegara Malaysia;
b. Disahkan sihat oleh doktor perubatan yang
diiktiraf;
c. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan (selain
Mekanikal) atau Diploma Kejuruteran yang
diiktiraf oleh MQA;
d. Mempunyai pengalaman kerja selama 30
bulan berkaitan operasi dandang stim
secara tetap dan sepenuh masa
(Pengalaman yang berkaitan perlu
disahkan majikan);
e. Jumla luas permukaan memanas bagi
dandang mestilah melebihi 500m 2;
f. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun;
dan
g. Lulus peperiksaan Bahagian B dan
Bahagian C.

2. Pembaharuan Jurutera Stim Gred 2 a. Mempunyai pendaftaran sebagai Jurutera


Stim Gred 2;
b. Masih menjalankan tugas sebagai Jurutera
Stim Gred 2; dan
c. Pembaharuan permohonan hanya boleh
dilakukan 3 bulan sebelum tarikh tamat
tempoh permohonan sebagai Jurutera
Stim Gred 2.
3. Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2 a. Telah gagal dalam peperiksaan sebagai
(Ulangan) Jurutera Stim Gred 2;
b. Permohonan hanya boleh dilakukan
selepas 6 bulan daripada Tarikh gagal
peperiksaan terkini; dan
c. Caj pembayaran peperiksaan ulangan
adalah sebanyak RM25.

Halaman 7 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

5 FUNGSI DAN LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN

5.1 LOG MASUK

Langkah 1
Pengguna hendaklah melayari laman web MyKKP di https://mykkp.dosh.gov.my untuk log masuk
ke dalam Sistem MySKUD.

Arahan:
1. Klik pada Log Masuk
2. Masukkan Login ID dan Kata Laluan
3. Klik butang Log Masuk untuk log masuk ke laman utama MyKKP

Langkah 2
Laman utama MyKKP akan dipaparkan. Sebelum ke langkah seterusnya, pengguna perlu
memastikan fungsi pop-up blocker di pelayar (browser) dinyah aktifkan.

Arahan:
Pada Perkidmatan Atas Talian Yang Disediakan, klik pada butang radio Perkidmatan
MySKUD dan senarai Perkidmatan MySKUD akan dipaparkan. Kemudia, klik pada butang Log
Masuk Ke MySKUD.

Halaman 8 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 3
Laman utama Sistem MySKUD seperti paparan dibawah akan dipaparkan.

Halaman 9 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

5.2 PENYERAHAN PERMOHONAN JURUTERA STIM GRED 2

Nota:
Sebelum membuat permohonan sila pastikan pra syarat permohonan telah dipatuhi.

Langkah 1
Pengguna memilih Jenis Permohonan.

Arahan:
1. Pada Senarai Perkhidmatan Atas Talian Yang Disediakan, klik pada pautan Orang
Yang Kompeten (OYK/OYB).
2. Kemudian, klik pada Jurutera Stim Gred 2.

Langkah 2
Pengguna memilih Kategori Permohonan yang ingin dipohon.

Arahan:
1. Pada tab Kategori Permohonan pilih kategori Pendaftaran Baru Jurutera Stim Gred
2.
2. Tekan butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan.

Halaman 10 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan pada Bahagian A: Maklumat Permohonan

Arahan:
1. Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Bangsa, Alamat Surat Menyurat, No. Telefon
dan Emel tidak boleh dikemaskini dan maklumat secara automatik berdasarkan
Pendaftaran permohonan di sistem MyKKP.

Halaman 11 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 4
Pengguna mengunci masuk Butiran Syarikat/Kilang pada Bahagian B: Maklumat Tempat Kerja

Arahan:
1. Pada Bahagian B: Maklumat Tempat Kerja, pengguna perlu membuat carian
berdasarkan Nama Kilang/Tempat Kerja atau berdasarkan No. Tempat Kerja.

a. Klik pada butang untuk membuat carian Tempat Kerja dan pop up carian akan
dipaparkan.
b. Untuk membuat carian, klik pada butang radio Nama Kilang/Tempat Kerja atau
No. Tempat Kerja.
c. Pengguna perlu mengunci masuk nama syarikat atau no. tempat kerja yang ingin
dicari pada medan teks.

d. Kemudian, klik pada butang untuk membuat carian.


e. Maklumat carian akan dipaparkan.

f. Pengguna perlu klik pada butang untuk memilih tempat kerja yang baru.

Halaman 12 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

2. Lengkapkan Maklumat Tempat Kerja dengan mengunci masuk butiran No. Telefon dan
E-mel Syarikat;

Langkah 5
Pengguna mengunci masuk Pendidikan Profesional pada Bahagian C: Maklumat Pendidikan

Arahan:
1. Pada Nama Institusi, klik pada ikon untuk memilih Nama Institusi. Senarai nama
institusi akan dipaparkan. Klik pada nama institusi yang ingin dipilih.
2. Pada ruangan Taraf Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Taraf Pendidikan.

Halaman 13 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Senarai taraf pendidikan akan dipaparkan. Klik pada taraf pendidikan yang ingin dipilih.
3. Kemudian, pada ruangan Bidang Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Bidang
Pendidikan. Senarai bidang pendidikan akan dipaparkan. Klik pada bidang pendidikan
yang ingi dipilih.
4. Pada ruangan Tempoh Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Tempoh
Pendidikan. Klik pada tarikh yang ingin dipilih.
5. Ruangan Tempoh (Tahun) akan dikira secara automatik setelah Tempoh Pendidikan
dipilih oleh pengguna.
6. Klik ikon untuk menambah maklumat Pendidikan Profesional.
7. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pendidikan Profesional yang telah dipilih.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

Langkah 6
Pengguna mengunci masuk maklumat Pengalaman Bekerja pada di Bahagian D: Pengalaman
Bekerja

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk maklumat Nama Syarikat, Bidang Bekerja dan Jawatan
2. Pada ruangan Tempoh Bekerja, klik pada ikon untuk memilih Tempoh Bekerja. Klik
pada tarikh yang ingin dipilih.
3. Ruangan Tempoh akan dikira secara automatik setelah Tempoh Bekerja dipilih oleh
pengguna.
4. Jika mempunyai sebarang catatan, pengguna boleh mengunci masuk maklumat
Halaman 14 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

tersebuat pada ruangan Catatan yang telah disediakan.


5. Klik ikon untuk menambah maklumat Pengalaman Bekerja.
6. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pengalaman Bekerja yang telah dipilih.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

Langkah 7
Pengguna mengunci masuk maklumat Sesi Peperiksaan Daripada Badan Yang Diiktiraf pada
Bahagian E: Maklumat Peperiksaan Daripada Badan Yang Diiktiraf

Arahan:
1. Pada Jenis Peperiksaan, klik pada ikon untuk memilih Jenis Peperiksaan. Senarai
jenis peperiksaan akan dipaparkan. Klik pada jenis peperiksaan yang ingin dipilih.
2. Pada ruangan Nama Badan Yang Diiktiraf, klik pada ikon untuk memilih Nama
Badan Yang Diiktiraf. Senarai nama badan yang diiktiraf akan dipaparkan. Klik pada
nama badan yang diiktiraf yang ingin dipilih.
3. Kemudian, pada ruangan Tarikh Peperiksaan, klik pada ikon untuk memilih Tarikh
Peperiksaan. Klik pada tarikh yang ingin dipilih.
4. Pada Keputusan Peperiksaan, klik pada ikon untuk memilih Keputusan
Peperiksaan. Senarai keputusan peperiksaan akan dipaparkan. Klik pada keputusan
peperiksaan yang ingin dipilih.
5. Klik pada butang untuk memuatnaik Sijil Kelulusan daripada badan yang
Diiktiraf.
6. Klik ikon untuk menambah maklumat Pendidikan Profesional.
Halaman 15 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

7. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pendidikan Profesional yang telah dipilih.

Catatan: Calon tidak perlu mengisi Bahagian E: Maklumat Peperiksaan Daripada Badan
Yang Diiktiraf sehingga dimaklumkan kelak

Langkah 8
Pengguna mengunci masuk Maklumat Kelayakan Dandang pada Bahagian F: Maklumat
Kelayakan Dandang

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk No. Pendaftaran Jentera (No. PMD).
2. Maklumat Pemilik, Kedudukan, Perihal dan Permukaan Memanas (m2) akan ditarik
secara automatik berdasarkan No. Pendaftaran Jentera (No. PMD) yang dimasukkan
oleh pengguna. Pengguna tidak dibenarkan untuk mengemaskini maklumat Pemilik,
Kedudukan, Perihal dan Permukaan Memanas (m2).
3. Jumlah Permukaan Memanas (m2) akan dikira secara automatik berdasarkan jadual
Kelayakan Dandang di ruangan Permukaan Memanas (m2).
4. Klik ikon untuk menambah maklumat Kelayakan Dandang.
5. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Kelayakan Dandang yang telah dipilih.

Halaman 16 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

6. Jika No. Pendaftaran Jentera (No. PMD) yang dimasukkan oleh pengguna tidak
berdaftaran dibawah syarikat pengguna, mesej ralat seperti dibawah akan dipaparkan.

7. Jika Jumlah Permukaan Memanas (m2) tidak mencukupi, mesej ralat seperti dibawah
akan dipaprkan.

Langkah 9
Pengguna memuat naik Dokumen Sokongan permohonan.

Arahan:
1. Klik ikon dan pilih dokumen yang ingin dimuat naik.
2. Tunggu sehingga dokumen selesai dimuat naik. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan
berwarna biru seperti contoh yang dipaparkan. Klik ikon sekiranya pengguna ingin
menghapuskan dokumen yang dimuat naik.
3. Dokumen yang mempunyai ralat akan bewarna merah. Mesej ralat seperti gambarajah
Halaman 17 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

dibawah akan dipaparkan jika:


a. dokumen bertanda * tidak dimuat naik;
b. dokumen yang dimuatnaik bukan di dalam format PDF; atau

c. dokumen yang dimuatnaik disimpan dengan nama dokumen yang sama


(duplicate).

4. Pengguna juga boleh memasukkan Catatan sekiranya perlu.


5. Setelah selesai memuat naik kesemua Dokumen Sokongan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua dokumen bertanda * adalah Wajib di muat naik.

Langkah 10
Pengguna melengkapkan maklumat Perakuan permohonan.

Arahan:
1. Tandakan  pada kotak tanda Perakuan untuk bersetuju dengan perakuan yang
ditetapkan.
2. Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Halaman 18 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 11
Dialog pop up Pemberitahuan akan dipaparkan.

Arahan:
1. Klik pada butang Hantar sekiranya pengguna bersetuju untuk meneruskan penghantaran
permohonan.
2. Klik pada butang Tutup jika ingin kembali ke borang permohonan.

Halaman 19 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 12
Slip Akuan Penerimaan Dokumen Permohonan akan dipaparkan dan pengguna akan
menerima emel pemberitahuan permohonan telah berjaya dihantar.

Halaman 20 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

5.3 PENYERAHAN PEMBAHARUAN JURUTERA STIM GRED 2

Nota:
Sebelum membuat permohonan sila pastikan pra syarat permohonan telah dipatuhi.

Langkah 1
Pengguna memilih Jenis Permohonan.

Arahan:
1. Pada Senarai Perkhidmatan Atas Talian Yang Disediakan, klik pada pautan Orang
Yang Kompeten (OYK/OYB).
2. Kemudian, klik pada Jurutera Stim Gred 2.

Langkah 2
Pengguna memilih Kategori Permohonan yang ingin dipohon.

Arahan:
1. Pada tab Kategori Permohonan pilih kategori Pembaharuan Baru Jurutera Stim Gred
2.
2. Tekan butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan.

Halaman 21 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan pada Bahagian A: Maklumat Permohonan

Arahan:
1. Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Bangsa, Alamat Surat Menyurat, No. Telefon
dan Emel tidak boleh dikemaskini dan maklumat secara automatik berdasarkan
Pendaftaran permohonan di sistem MyKKP.

Halaman 22 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Syarikat/Kilang pada Bahagian B: Maklumat Tempat Kerja

Arahan:
1. Pada Bahagian B: Maklumat Tempat Kerja akan ditarik daripada Maklumat
Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2 yang telah diluluskan sebelum ini dan pengguna
dibenarkan untuk mengemaskini Maklumat Tempat Kerja jika perlu. Untuk
mengemaskini maklumat tempat kerja, pengguna perlu membuat carian berdasarkan
Nama Kilang/Tempat Kerja atau berdasarkan No. Tempat Kerja.

a. Klik pada butang untuk membuat carian Tempat Kerja dan pop up carian akan
dipaparkan.
b. Untuk membuat carian, klik pada butang radio Nama Kilang/Tempat Kerja atau
No. Tempat Kerja.
c. Pengguna perlu mengunci masuk nama syarikat atau no. tempat kerja yang ingin
dicari pada medan teks.

d. Kemudian, klik pada butang untuk membuat carian.


e. Maklumat carian akan dipaparkan.

f. Pengguna perlu klik pada butang untuk memilih tempat kerja yang baru.

Halaman 23 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

2. No. Telefon dan E-mel Syarikat akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera
Stim Gred 2 yang telah diluluskan sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk
mengemaskini maklumat ini jika perlu.

Langkah 4
Pada maklumat Pendidikan Profesional di Bahagian C: Maklumat Pendidikan, maklumat
Pendidikan Profesional akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2
yang telah diluluskan sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk mengemaskini maklumat
Pendidikan Profesional jika perlu. Untuk Mengemaskini maklumat Pendidikan Profesional
pengguna perlu:

Halaman 24 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Arahan:
1. Pada Nama Institusi, klik pada ikon untuk memilih Nama Institusi. Senarai nama
institusi akan dipaparkan. Klik pada nama institusi yang ingin dipilih.
2. Pada ruangan Taraf Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Taraf Pendidikan.
Senarai taraf pendidikan akan dipaparkan. Klik pada taraf pendidikan yang ingin dipilih.
3. Kemudian, pada ruangan Bidang Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Bidang
Pendidikan. Senarai bidang pendidikan akan dipaparkan. Klik pada bidang pendidikan
yang ingi dipilih.
4. Pada ruangan Tempoh Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Tempoh
Pendidikan. Klik pada tarikh yang ingin dipilih.
5. Ruangan Tempoh (Tahun) akan dikira secara automatik setelah Tempoh Pendidikan
dipilih oleh pengguna.
6. Klik ikon untuk menambah maklumat Pendidikan Profesional.
7. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pendidikan Profesional yang telah dipilih.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

Langkah 5
Pengguna mengunci masuk maklumat Kursus/Latihan Teknikal Yang Dihadiri pada di
Bahagian C: Maklumat Pendidikan

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk maklumat Latihan Teknikal
2. Pada ruangan Tempoh Kursus/Latihan Teknikal, klik pada ikon untuk memilih
Tempoh Kursus/Latihan Teknikal. Klik pada tarikh yang ingin dipilih.
Halaman 25 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

3. Ruangan Tempoh akan dikira secara automatik setelah Tempoh Kursus/Latihan


Teknikal dipilih oleh pengguna.
4. Jika mempunyai sebarang catatan, pengguna boleh mengunci masuk maklumat
tersebuat pada ruangan Catatan yang telah disediakan.
5. Klik ikon untuk menambah maklumat Pengalaman Bekerja.
6. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pengalaman Bekerja yang telah dipilih.

Catatan: Calon tidak perlu mengisi Kursus/Latihan Teknikal Yang Dihadiri sehingga
dimaklumkan kelak

Langkah 6
Pada maklumat Pengalaman Bekerja di Bahagian D: Pengalaman Bekerja, maklumat
pengalaman bekerja akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2 yang
telah diluluskan sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk mengemaskini maklumat
Pengalaman Bekerja jika perlu. Untuk mengemaskini maklumat pengalaman bekerja pengguna
perlu:

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk maklumat Nama Syarikat, Bidang Bekerja dan Jawatan
2. Pada ruangan Tempoh Bekerja, klik pada ikon untuk memilih Tempoh Bekerja. Klik
pada tarikh yang ingin dipilih.
3. Ruangan Tempoh akan dikira secara automatik setelah Tempoh Bekerja dipilih oleh
pengguna.
4. Jika mempunyai sebarang catatan, pengguna boleh mengunci masuk maklumat
tersebuat pada ruangan Catatan yang telah disediakan.

Halaman 26 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

5. Klik ikon untuk menambah maklumat Pengalaman Bekerja.


6. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pengalaman Bekerja yang telah dipilih.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

Langkah 7
Pada maklumat Maklumat Kelayakan Dandang di Bahagian E: Maklumat Kelayakan
Dandang, maklumat kelayakan dandang akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera
Stim Gred 2 yang telah diluluskan sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk mengemaskini
maklumat Kelayakan Dandang jika perlu. Untuk mengemaskini kelayakan dandang pengguna
perlu:

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk No. Pendaftaran Jentera (No. PMD).
2. Maklumat Pemilik, Kedudukan, Perihal dan Permukaan Memanas (m2) akan ditarik
secara automatik berdasarkan No. Pendaftaran Jentera (No. PMD) yang dimasukkan
oleh pengguna. Pengguna tidak dibenarkan untuk mengemaskini maklumat Pemilik,
Kedudukan, Perihal dan Permukaan Memanas (m2).
3. Jumlah Permukaan Memanas (m2) akan dikira secara automatik berdasarkan jadual
Kelayakan Dandang di ruangan Permukaan Memanas (m2).
4. Klik ikon untuk menambah maklumat Permukaan Memanas (m2).
5. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Permukaan Memanas (m2) yang telah dipilih.

Halaman 27 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

6. Jika No. Pendaftaran Jentera (No. PMD) yang dimasukkan oleh pengguna tidak
berdaftaran dibawah syarikat pengguna, mesej ralat seperti dibawah akan dipaparkan.

7. Jika Jumlah Permukaan Memanas (m2) tidak mencukupi, mesej ralat seperti dibawah
akan dipaprkan.

Langkah 8
Pengguna memuat naik Dokumen Sokongan permohonan.

Arahan:
1. Klik ikon dan pilih dokumen yang ingin dimuat naik.
2. Tunggu sehingga dokumen selesai dimuat naik. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan
berwarna biru seperti contoh yang dipaparkan. Klik ikon sekiranya pengguna ingin
menghapuskan dokumen yang dimuat naik.
3. Dokumen yang mempunyai ralat akan bewarna merah. Mesej ralat seperti gambarajah
Halaman 28 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

dibawah akan dipaparkan jika:


a. dokumen bertanda * tidak dimuat naik;
b. dokumen yang dimuatnaik bukan di dalam format PDF; atau

c. dokumen yang dimuatnaik disimpan dengan nama dokumen yang sama


(duplicate).

4. Pengguna juga boleh memasukkan Catatan sekiranya perlu.


5. Setelah selesai memuat naik kesemua Dokumen Sokongan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua dokumen bertanda * adalah Wajib di muat naik.

Langkah 9
Pengguna melengkapkan maklumat Perakuan permohonan.

Arahan:
1. Tandakan  pada kotak tanda Perakuan untuk bersetuju dengan perakuan yang
ditetapkan.
2. Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Halaman 29 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 10
Dialog pop up Pemberitahuan akan dipaparkan.

Arahan:
3. Klik pada butang Hantar sekiranya pengguna bersetuju untuk meneruskan penghantaran
permohonan.
4. Klik pada butang Tutup jika ingin kembali ke borang permohonan.

Halaman 30 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 11
Slip Akuan Penerimaan Dokumen Permohonan akan dipaparkan dan pengguna akan
menerima emel pemberitahuan permohonan telah berjaya dihantar.

Halaman 31 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

5.4 PENYERAHAN PENDAFTARAN JURUTERA STIM GRED 2 (ULANGAN)

Nota:
Sebelum membuat permohonan sila pastikan pra syarat permohonan telah dipatuhi.

Langkah 1
Pengguna memilih Jenis Permohonan.

Arahan:
1. Pada Senarai Perkhidmatan Atas Talian Yang Disediakan, klik pada pautan Orang
Yang Kompeten (OYK/OYB).
2. Kemudian, klik pada Jurutera Stim Gred 2.

Langkah 2
Pengguna memilih Kategori Permohonan yang ingin dipohon.

Arahan:
1. Pada tab Kategori Permohonan pilih kategori Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2
(Ulangan).
2. Tekan butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan.

Halaman 32 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan pada Bahagian A: Maklumat Permohonan
Arahan:
1. Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Bangsa, Alamat Surat Menyurat, No. Telefon
dan Emel tidak boleh dikemaskini dan maklumat secara automatik berdasarkan
Pendaftaran permohonan di sistem MyKKP.

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Syarikat/Kilang pada Bahagian B: Maklumat Tempat Kerja

Halaman 33 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Arahan:
1. Pada Bahagian B: Maklumat Tempat Kerja akan ditarik daripada Maklumat
Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2 yang telah dipohon sebelum ini dan pengguna
dibenarkan untuk mengemaskini Maklumat Tempat Kerja jika perlu. Untuk
mengemaskini maklumat tempat kerja, pengguna perlu membuat carian berdasarkan
Nama Kilang/Tempat Kerja atau berdasarkan No. Tempat Kerja.

a. Klik pada butang untuk membuat carian Tempat Kerja dan pop up carian akan
dipaparkan.
b. Untuk membuat carian, klik pada butang radio Nama Kilang/Tempat Kerja atau
No. Tempat Kerja.
c. Pengguna perlu mengunci masuk nama syarikat atau no. tempat kerja yang ingin
dicari pada medan teks.

d. Kemudian, klik pada butang untuk membuat carian.


e. Maklumat carian akan dipaparkan.

f. Pengguna perlu klik pada butang untuk memilih tempat kerja yang baru.

Halaman 34 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

2. No. Telefon dan E-mel Syarikat akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera
Stim Gred 2 yang telah dipohon sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk
mengemaskini maklumat ini jika perlu.

Langkah 4
Pada maklumat Pendidikan Profesional di Bahagian C: Maklumat Pendidikan, maklumat
Pendidikan Profesional akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2
yang telah dipohon sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk mengemaskini maklumat
Pendidikan Profesional jika perlu. Untuk Mengemaskini maklumat Pendidikan Profesional
pengguna perlu:

Halaman 35 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Arahan:
1. Pada Nama Institusi, klik pada ikon untuk memilih Nama Institusi. Senarai nama
institusi akan dipaparkan. Klik pada nama institusi yang ingin dipilih.
2. Pada ruangan Taraf Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Taraf Pendidikan.
Senarai taraf pendidikan akan dipaparkan. Klik pada taraf pendidikan yang ingin dipilih.
3. Kemudian, pada ruangan Bidang Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Bidang
Pendidikan. Senarai bidang pendidikan akan dipaparkan. Klik pada bidang pendidikan
yang ingi dipilih.
4. Pada ruangan Tempoh Pendidikan, klik pada ikon untuk memilih Tempoh
Pendidikan. Klik pada tarikh yang ingin dipilih.
5. Ruangan Tempoh (Tahun) akan dikira secara automatik setelah Tempoh Pendidikan
dipilih oleh pengguna.
6. Klik ikon untuk menambah maklumat Pendidikan Profesional.
7. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pendidikan Profesional yang telah dipilih.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

Langkah 5
Pengguna mengunci masuk maklumat Kursus/Latihan Teknikal Yang Dihadiri pada di
Bahagian C: Maklumat Pendidikan

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk maklumat Latihan Teknikal
2. Pada ruangan Tempoh Kursus/Latihan Teknikal, klik pada ikon untuk memilih
Tempoh Kursus/Latihan Teknikal. Klik pada tarikh yang ingin dipilih.
Halaman 36 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

3. Ruangan Tempoh akan dikira secara automatik setelah Tempoh Kursus/Latihan


Teknikal dipilih oleh pengguna.
4. Jika mempunyai sebarang catatan, pengguna boleh mengunci masuk maklumat
tersebuat pada ruangan Catatan yang telah disediakan.
5. Klik ikon untuk menambah maklumat Pengalaman Bekerja.
6. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pengalaman Bekerja yang telah dipilih.

Catatan: Calon tidak perlu mengisi Kursus/Latihan Teknikal Yang Dihadiri sehingga
dimaklumkan kelak

Langkah 6
Pada maklumat Pengalaman Bekerja di Bahagian D: Pengalaman Bekerja, maklumat
pengalaman bekerja akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera Stim Gred 2 yang
telah dipohon sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk mengemaskini maklumat
Pengalaman Bekerja jika perlu. Untuk mengemaskini maklumat pengalaman bekerja pengguna
perlu:

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk maklumat Nama Syarikat, Bidang Bekerja dan Jawatan
2. Pada ruangan Tempoh Bekerja, klik pada ikon untuk memilih Tempoh Bekerja. Klik
pada tarikh yang ingin dipilih.
3. Ruangan Tempoh akan dikira secara automatik setelah Tempoh Bekerja dipilih oleh
pengguna.
4. Jika mempunyai sebarang catatan, pengguna boleh mengunci masuk maklumat

Halaman 37 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

tersebuat pada ruangan Catatan yang telah disediakan.


5. Klik ikon untuk menambah maklumat Pengalaman Bekerja.
6. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Pengalaman Bekerja yang telah dipilih.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

Langkah 7
Pada maklumat Maklumat Kelayakan Dandang di Bahagian E: Maklumat Kelayakan
Dandang, maklumat kelayakan dandang akan ditarik daripada Maklumat Pendaftaran Jurutera
Stim Gred 2 yang telah dipohon sebelum ini dan pengguna dibenarkan untuk mengemaskini
maklumat Kelayakan Dandang jika perlu. Untuk mengemaskini kelayakan dandang pengguna
perlu:

Arahan:
1. Pengguna mengunci masuk No. Pendaftaran Jentera (No. PMD).
2. Maklumat Pemilik, Kedudukan, Perihal dan Permukaan Memanas (m2) akan ditarik
secara automatik berdasarkan No. Pendaftaran Jentera (No. PMD) yang dimasukkan
oleh pengguna. Pengguna tidak dibenarkan untuk mengemaskini maklumat Pemilik,
Kedudukan, Perihal dan Permukaan Memanas (m2).
3. Jumlah Permukaan Memanas (m2) akan dikira secara automatik berdasarkan jadual
Kelayakan Dandang di ruangan Permukaan Memanas (m2).
4. Klik ikon untuk menambah maklumat Permukaan Memanas (m2).
5. Klik ikon sekiranya ingin menghapuskan Permukaan Memanas (m2) yang telah dipilih.

Halaman 38 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib diisi

6. Jika No. Pendaftaran Jentera (No. PMD) yang dimasukkan oleh pengguna tidak
berdaftaran dibawah syarikat pengguna, mesej ralat seperti dibawah akan dipaparkan.

7. Jika Jumlah Permukaan Memanas (m2) tidak mencukupi, mesej ralat seperti dibawah
akan dipaprkan.

Langkah 8
Pengguna memuat naik Dokumen Sokongan permohonan.

Arahan:
1. Klik ikon dan pilih dokumen yang ingin dimuat naik.
2. Tunggu sehingga dokumen selesai dimuat naik. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan
berwarna biru seperti contoh yang dipaparkan. Klik ikon sekiranya pengguna ingin
menghapuskan dokumen yang dimuat naik.
3. Dokumen yang mempunyai ralat akan bewarna merah. Mesej ralat seperti gambarajah
Halaman 39 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

dibawah akan dipaparkan jika:


d. dokumen bertanda * tidak dimuat naik;
e. dokumen yang dimuatnaik bukan di dalam format PDF; atau

f. dokumen yang dimuatnaik disimpan dengan nama dokumen yang sama


(duplicate).

4. Pengguna juga boleh memasukkan Catatan sekiranya perlu.


5. Setelah selesai memuat naik kesemua Dokumen Sokongan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua dokumen bertanda * adalah Wajib di muat naik.

Langkah 9
Pengguna melengkapkan maklumat Perakuan permohonan.

Arahan:
1. Tandakan  pada kotak tanda Perakuan untuk bersetuju dengan perakuan yang
ditetapkan.
2. Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Halaman 40 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 10
Dialog pop up Pemberitahuan akan dipaparkan.

Arahan:
5. Klik pada butang Hantar sekiranya pengguna bersetuju untuk meneruskan penghantaran
permohonan.
6. Klik pada butang Tutup jika ingin kembali ke borang permohonan.

Halaman 41 | 42
MySKUD
Manual Pengguna Jurutera Stim Gred 2

Langkah 11
Slip Akuan Penerimaan Dokumen Permohonan akan dipaparkan dan pengguna akan
menerima emel pemberitahuan permohonan telah berjaya dihantar.

Halaman 42 | 42

Anda mungkin juga menyukai