Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Secara umumnya, sumber air amatlah penting untuk semua jenis kehidupan di atas
dunia ini. Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Untuk kehidupan
manusia, kita memerlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting
dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan
penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui secara umum,
hamper 3/4 daripada permukaan bumi adalah Kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh
manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air.

Pada tahun yang terdahulu, negara kita telah mengalami beberapa krisis bekalan
air yang serius. Antara krisis yang terbesar ialah pada tahun 1998 di Lembah Klang di mana
kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur telah mengalami kejejasan sumber
air. Kesan kepada penduduk adalah sumber air yang tidak mencukupi untuk menjalani
kehidupan seharian dan bagi perindustrian mengalami permasalahan untuk beroperasi secara
biasa.

Sebagai pengguna kita haruslah mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa
ini dengan menyediakan satu pelan persediaan menghadapi krisis bekalan air ini agar dapat
dielakkan daripada berulang atau setidak-tidaknya mengurangkan impaknya. Antara tugas
dan tanggungjawab pengguna ialan menjimatkan penggunaan air. Kita sememangnya berhak
untuk mendapatkan bekalan air yang terjamin serta menggunakan sebanyak mana yang kita
inginkan berdasarkan harga bil air yang telah dikenakan ke atas kita.

Oleh sebab itulah, wujudnya idea untuk menyelesaikan masalah sebelum ini dan
mencipta satu Reka Bentuk Sistem penyimpanan tangki air yang menggunakan prinsip
Automatic Water Level Sensor.
Rajah 1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Malaysia adalah salah satu negara yang semakin membangun pada masa sekarang.
Tetapi krisis permasalahan air biasnya menjadi masalah utama di seluruh negara apabila
berlakunya pencemaran air atau krisis banjir yang melanda. Walaupun terdapat beberapa
Kawasan yang tidak mempunyai masalah air contohnya di bahagian-bahagian bandar namun
ada daerah atau negeri yang mempunyai permasalahan air tersebut. Hal ini menyukarkan
penduduk di Kawasan tersebut yang mengalami permasalahan air untuk meneruskan harian
kehidupan mereka.

Sebagai contoh negeri-negeri yang sering mempunyai masalah bekalan air adalah
negeri Kelantan dan juga Negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan. Kes ini sering berlaku
di negeri tersebut jika terdapat permasalahan di system empangan mereka atau negeri
tersebut dilanda kemarau yang panjang. Oleh itu, Kawasan di negeri tersebut tidak dapat
menampung asas permintaan isi rumah mereka ataupun sebarang aktiviti perindustrian yang
memerlukan sumber air.

Hal tersebut, projek ini dibangunkan supaya dapat membantu pengguna yang
mempunyai masalah bekalan air. Sistem ini dicipta untuk membuat tampungan air di setiap
kediaman rumah dengan menggunakan tangka yang berkualiti. Dengan ini, air yang
dikumpul tersebut adalah air yang berkualiti dan dapat disalurkan keseluruhan rumah
tersebut.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan bagi menganalisis masalah yang dihadapi oleh system
takungan air di setiap rumah yang sedia ada. Daripada penggunaan tangki air sebelum-
sebelum ini, terdapat beberapa permasalahan seperti terdapat bahan bendasing dari luar
contohnya terdapat pasir. Bagi sesetengah tangka, ia terdapat penapis untuk menapis bahan
ini masuk. Tetapi bagi system tangki yang lama di rumah mempunyai masalah untuk
menapis bahan tersebut. Kos penyelenggaraan untuk membersihkan menggunakan kos yang
tinggi untuk mengeluarkan air dan bersihkan tangka itu setiap tahun.

Selain itu, system tangka yang sedia ada digunakan sekarang juga sering
mengalami kebocoran pada luaran bahagian tangka tersebut. Dengan penggunaan bahan
plastic yang tidak tahan membuatkan tangki tersebut mengalami kerosakan dan kos untuk
membaiki tersebut menggunakan kos yang tinggi untuk penukaran satu tangka yang besar
itu.

Disebabkan hal-hal yang dialami pada tangki sebelum-sebelum ini, tercipta satu
idea untuk menginovasi tangki yang jenis sedia ada ini kepada tangki yang lebih sistematik
dan naik taraf agar pengguna dapat mengurankan masalah mereka sebelum ini.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Dalam mereka bentuk, membina serta menyiapkan projek, terdapat beberapa objektif yang
ditetapkan untuk dicapai seperti ;
1) Mencipta reka bentuk tangki air yang sesuai digunakan di unit rumah.
2) Senang untuk dipasang dan diselenggara dengan kos yang rendah.
1.5 PERSOALAN
Setelah meneliti kajian terhadap masalah sedia ada, terdapat beberapa persoalan yang
dikenalpasti dan perlu dititikberatkan dalam projek ini :
1) Apakah kelemahan pada tangki yang sebelum ini?
2) Mengapa rekabentuk ini dipilih?

1.6 SKOP PROJEK


Had pelaksanaan projek amatlah dititik beratkan bagi menghasilkan projek yang baik dan
memuaskan. Ini bertujuan untuk memastikan hasil projek tidak terkeluar dari skop yang
ditetapkan pada awalnya.
1) Mengetahui kelemahan serta menginovasi bahan yang baru untuk menggantikan tangki
yang sedia ada
2) Menguji ketahanan dan kelasakan tangki tersebut.

1.7 KEPENTINGAN PROJEK


Berikut adalah kepentingan projek yang dapat diperolehi daripada projek ini :
1) Membantu pengurangan kos penyelenggaran bagi pengguna di rumah
2) Membina tangki yang tidak terlalu berat supaya pengguna mudah membuat
penyelengaaraan

1.8 DEFINISI OPERASI

Tangki air jenis polietelina – tangki ini sebagai pilihan alternatif bagi pengguna yang
tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk membina tangki rumah.
1.9 JANGKAAN DAPATAN/KEPUTUSAN PROJEK

Jangka masa ketahanan bahan tangki ini dianggarkan boleh tahan hingga15-20
tahun. Tambahan, dalam system perpaipan dan tangki air, bahan ini dikatakan boleh tahan
lasak. Bahan ini boleh dikitar semula dan bebas daripada bahaya dan mempunyai ketahanan
yang baik.

1.10 RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa maklumat yang merangkumi aspek penting di dalam bab
ini. Beberapa perkara telah diteliti dan dipecahkan kepada beberapa perincian. Objektif di
dalam bab ini juga perlu dicapai dalam projek ini supaya ianya berjalan dengan lancar.
Diharapkan pengguna dapat memanfaatkan elemen yang dibawa kepada system ini dapat
menyelesaikan permasalahan mereka.

Anda mungkin juga menyukai