Anda di halaman 1dari 4

LIPID

Lipid termasuk trigliserida ( lemak dan minyak ), fosfolipid, dan sterol; semua ini

adalah penting untuk pemakanan. Trigliserida membekalkan dengan bekalan bahan-

bakar yang berterusan, memanaskan tubuh, dan melindunginya dari kejutan mekanik.

Asid-asid lemak berfungsi sebagai bahan pemula untuk pengawal-atur hormon.

Fosfolipid dan sterol menyumbang kepada struktur-struktur sel, dan kolesterol

berperanan sebagai bahan mentah untuk hormon, vitamin D, dan hempedu.

Dalam makanan, trigliserida membawa bersama vitamin-vitamin larut-lemak, ADEK,

bersama dengan sebatian-sebatian yang memberi perisa, kelembutan, dan kesedapan.

Dari lemak kita dapat aroma sate, bawang yang ditumis, ayam goreng.

Lemak dalam mil melambatkan pencernaan. Lemak membuat kita rasa kenyang. Bila

kita sebut tentang lemak, apa yang dimaksukkan ialah trigliserida.

TRIGLISERIDA

Seperti karbohidrat, trigliserida terdiri dari karbon, hidrogen dan oksigen. Trigliserida

mempunyai lebih karbon dan hidrogen berbanding dengan oksigen, maka ia boleh

menyediakan lebih tenaga per gram.

1. Setiap trigliserida mengandungi satu molekul gliserol

2. Setiap trigliserida mengandungi tiga asid-asid lemak ( rantaian atom karbon ) yang

berbeza dari segi cirinya.


3. Asid lemak mungkin terdiri dari 2, 4, 6 atau lebih ( nombor genap ) karbon. Rantai

karbon 18 dan 20 adalah penting dalam pemakanan.

4. Asid lemak mungkin tepu atau tidak tepu. Asid lemak tak-tepu mungkin mempunyai

satu atau lebih titik tidak tepu

( mungkin mono atau politaktepu ). Titik-titik ini terletak pada bersebelahan karbon tiga,

enam, dan sembilan dari hujung metil .

. Asid-asid lemak politaktepu yang penting dalam pemakanan adalah yang mempunyai

titik taktepu pertama bersebelahan karbon 3 ( dikenali sebagai asid lemak omega-3 ) atau

bersebelahan karbon 6 ( omega-6).

6. Asid lemak 18 karbon yang memenuhi ciri ini ialah asid linolenik ( omega-3 ) dan asid

linoleik ( omega-6).

ASID LEMAK

Asid lemak ialah asid organik - satu rantai atom-atom karbon yang dilekatkan dengan

hidrogen. Ia mempunyai kumpulan asid (COOH) pada satu hujung dan kumpulan metil (

CH3) pada hujung lagi satu.Asid organik yang paling ringkas ialah asid asetik, iaitu

sebatian yang memberi rasa masam pada cuka. Ia cuma 2 atom karbon panjang.
Rantai karbon

Kebanyakan asid-lemak semula-jadi mengandungi bilangan genap karbon dalam

rantainya, yang berjulat di antara 4 hingga 22.

Asid-lemak 18-karbon:

asid stearik ialah 18 karbon panjang. Struktur di bawah juga menunjukkan asid stearik,

tetapi dengan cara yang lebih mudah( Rajah 4 ). Setiap liku pada garisan zig-zag

menunjukkan satu atom karbon dengan 2 atom hidrogen.

Pembentukan trigliserida

Sangat sedikit asid lemak bebas tedapat dalam makanan atau tubuh. Selalunya ia adalah

dalam bentuk trigliserida.

Untuk membentuk trigliserida, tiga asid lemak disambungkan kepada satu molekul

gliserol oleh tindak-balas kondensasi.

Untuk membentuk trigliserida, tiga asid lemak melekat pada gliserol dalam tindak-balas

kondensasi.

Air disingkirkan dari gliserol dan asid-asid lemak, membentuk ikatan di antara O

pada gliserol dan C pada hujung asid setiap asid lemak.

Trigliserida + 3 molekul air

Tiga asid lemak bergabung dengan gliserol dan membentuk trigliserida dan

menghasilkan air

Anda mungkin juga menyukai