Anda di halaman 1dari 10

PERISTIWA ZAMAN KEGELAPAN

Bermula pada tahun 476M, Eropah berhadapan dengan zaman kemunduran di mana
kejatuhan Rom Barat yang banyak ciptaan dan idea yang dihasilkan oleh para cendekiawan
sebelum ia hilang ditelan zaman. Pembawaan idea Zaman Kegelapan Eropah ini muncul
semasa Zaman Renaissance seperti Francesco Petrarca melihat Rom dan Yunani berpotensi
untuk menjadi kemuncak dalam pencapaian ketamadunan dan peradaban manusia pada ketika
itu. Zaman gelap berlaku selama 1000 tahun, dari abad ke-5M hingga 15M. Sepanjang zaman
ini berlangsung, Eropah mengalami kemerosotan dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi,
perdagangan dan pembangunan, pendidikan, dan kesihatan. Zaman Gelap hanya berlaku di
Eropah kerana apa yang terjadi di Eropah, tidak berlaku di negara-negara Timur. Ini kerana
pemerintahan Islam mengalami zaman keemasan dan kegemilangan serta berkembang
dengan pesat. Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam yang unggul dan mahsyur seperti
Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyyah, dan Bani Abbasiyah yang berjaya membawa tamadun
Islam ke mata dunia. Galakan daripada pemerintah dan perkembangan ilmu menjadi sebab-
sebab utama umat Islam maju ke hadapan berbanding masyarakat Eropah yang berhadapan
dengan zaman kejatuhan disebabkan kawalan pihak gereja yang menekankan ilmu
keagamaan sahaja.

Terdapat juga ciri-ciri zaman Kegelapan, iaitu pentadbiran dan pemerintahan tidak stabil
kerana dikuasai dan diambil alih oleh gereja, pembangunan dan kemajuan merosot, ekonomi
seperti perdagangan dan perniagaan tidak dijalankan kerana dibolot oleh paderi, dan
masyarakat hanya dibenarkan untuk mempelajari ilmu keagamaan Kristian dari gereja sahaja.

Eropah mengalami pergelutan politik, kejatuhan ekonomi, kongkongan daripada institusi


agama Kristian yang ketat terhadap masyarakat, masyarakat tidak dapat berkembang dari
aspek ilmu pengetahuan, dilanda penyakit, dan sebagainya. Kesan utama yang buruk ini
adalah disebabkan kekuasaan pihak gereja Katolik yang berpengaruh dan kaya amat
menekankan ilmu agama sahaja kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat Eropah menerima
apa sahaja yang disuruh, diminta, dan dilakukan oleh pihak institusi gereja tanpa
menyiasatnya terlebih dahulu. Paderi-paderi melarang masyarakatnya untuk mempelajari
selain daripada ilmu agama Kristian kerana ilmu-ilmu lain itu adalah ilmu berdasarkan Islam.
Oleh itu, mereka mengharamkan penganut Kristian untuk menuntut ilmu-ilmu tersebut.
Walau bagaimanapun, golongan gereja ini mengamalkan perbuatan yang kejam dan zalim
seperti menipu masyarakat, tidak berlaku adil, mementingkan diri sendiri, rasuah,

1
mengeksploitasi hak masyarakat untuk kepentingan peribadi, dan tidak mempedulikan nasib
masyarakat yang malang.

Zaman Kegelapan juga dianggap sebagai permulaan kepada Zaman Renaissance (zaman
Kebangkitan) di Eropah. Pada awal abad ke-14, pihak institusi gereja diketuai oleh pope telah
melakukan perbuatan buruk kepada masyarakat untuk mengaut keuntungan, mendapatkan
kemewahan, dan keistimewaan untuk diri sendirinya sahaja. Golongan pope sanggup
melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri sendiri daripada tergolong dalam nasib
masyarakat yang malang itu. Pope menyekat minda dan fikiran masyarakat dengan
“brainwash” fikiran masyarakat melalui rekaan cerita tentang dosa yang mereka lakukan. Apa
yang dilakukan oleh mereka ialah mencipta dan menjual sijil indulgence sebagai surat
pengampunan dosa bagi kesalahan yang dilakukan. Untuk memiliki sijil ini, masyarakat perlu
membayar sijil untuk setiap pembelian dosa yang dilakukan. Maka, semakin banyak sijil
yang dibeli untuk setiap kesalahan yang dilakukan, semakin tinggi harga yang dibeli. Di sini
dapat dilihat, pihak gereja mengeksploitasi masyarakat dengan menipu dan mengaut
keuntungan untuk membeli sijil tersebut. Hubungan antara pihak gereja dan golongan
pemerintah dianggap seperti “kawan” kerana pihak gereja diberikan kuasa untuk melakukan
apa sahaja terhadap masyarakat sama ada ia perbuatan baik atau buruk.

2
4.0 TOKOH PELOPOR KEBANGKITAN

Renaissance memainkan peranan penting dengan memberikan perubahan pandangan dalam


masyarakat Eropah terhadap institusi gereja Katolik. Ia timbul persoalan di mana masyarakat
menyoal mengenai ajaran-ajaran institusi gereja serta sedar akan kekurangan dan
penyelewengan pihak institusi gereja. Pada masa yang sama, kemunculan raja-raja negara
bangsa membenci peranan Pope (Paus) yang gemar campur tangan dalam hal negara. Pada
abad ke-16, berlaku kepincangan dalam amalan gereja Katolik sehingga menyebabkan
terbahagi kepada dua mazhab, iaitu Katolik dan Protestan.

Mazhab Protestan merupakan mazhab baru mempunyai ajaran yang sangat bertentangan
dengan ajaran mazhab Katolik. Menurut Betrand Russell (1961), keislahan Katolik
berfokuskan kepada pemberontakan dalam politik dan teologi. Agama Kristian berperanan
sebagai agama penting kerana ia menjadi penyebab utama dalam kebangkitan reformasi di
Eropah. Martin Luther ialah seorang tokoh reformasi dari Jerman dan seorang mahasiswa
yang aktif dalam kegiatan mistisisme Katolik. Beliau dipengaruhi oleh seorang lelaki mistik.
Luther berkemahiran dalam bidang teologi dan mengkaji falsafah Saint Augustine, malah
beliau pernah menjadi guru tafsir al-kitab. Berlatar belakangkan ilmu pengetahuan yang baik,
Luther dengan tegas memulakan perbalahan dan perdebatan dengan pihak institusi gereja.

Pada tahun 1517, Luther mengemukakan pendapat dengan menentang sekeras-kerasnya


amalan indulgences terhadap pihak gereja. Beliau juga menolak penyalahgunaan kuasa,
penyelewengan, rasuah, dan pecah amanah yang dilakukan oleh pihak gereja Katolik serta
peranan Pope. Penyembahan keramat dan kitab Bible sebagai ajaran mutlak ditentang dan
ditolak oleh Luther. Pope bertindak sebagai perantara hubungan penganut Kristian dengan
Tuhan juga dianggap tindakan yang menipu masyarakat kerana Luther menganggap pendeta
dan masyarakat hanya manusia biasa dan sama sahaja di sisi Tuhan. Ketegasan dan
keberanian Luther ini mendapat sokongan dan meneruskan protesnya terhadap gereja tradisi
Katolik, iaitu menentang sesiapa sahaja yang mentafsir isi kandungan kitab Kristian kecuali
yang melakukannya adalah daripada golongan pendeta. Kejayaan gereja Prostestan pimpinan
Luther memisahkan agama dan negara telah melahirkan kesetiaan masyarakat Barat terhadap
bangsa dan negara. Pembaharuan ini telah melahirkan hak-hak ketuhanan Raja, iaitu para
penguasa dan bangsawan berhak dalam memerintah adalah wajib ditaati oleh masyarakat.
Sekiranya mereka melanggar perintah atau arahan, mereka dianggap melakukan

3
penyelewengan kuasa dan perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Kesalahan
pendeta seperti Pope menyalahtafsirkan dan mengubah isi kandungan asal kitab suci Kristian
menyebabkan Luther menyingkirkan ajaran Kristian Katolik dari gereja.

Perkembangan reformasi Protestan pimpinan Luther membawa kejayaan apabila Raja


Henry VIII dari England memutuskan hubungan dengan Pope dan terus mengisytiharkan
dirinya sebagai Ketua Gereja Inggeris (Anglican). Seorang peguam dari Perancis, John
Calvin turut bersama melakukan reformasi Kristian di Perancis dengan menggunakan istilah
Calvinisme untuk kitab ajarannya. Pendekatan untuk reformasi dan pembaharuan yang
dicetuskan oleh Luther menyebabkan sektor perniagaan, sains, teknologi seperti kapal
berkuasa wap, seni bina dan seni lukis tercetus dan berkembang pada sekitar abad ke-15.
Perkembangan ini disebabkan cara, kaedah, dan pendekatan yang tidak berasakan ajaran
agama membuktikan bahawa masyarakat Barat mampu menggunakan pemikiran akal sendiri
untuk maju ke hadapan tanpa kawalan, kebenaran, dan peraturan daripada institusi gereja.

4
Renaissance merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Perancis, rebirth bermaksud
kelahiran semula dan ia juga merupakan zaman kebangkitan budaya ilmu dan intelektual di
mana masyarakat merasakan diri mereka telah dilahirkan semula. Zaman Renaissance atau
Pembaharuan di bermula pada awal abad ke-12 hingga abad ke-15 Masihi. Sebelum
wujudnya zaman Renaissance, ia dikenali sebagai Zaman Pertengahan atau Middle Ages di
Eropah yang berlaku antara 500 M hingga 1500 M. Pada pandangan Jo Ann H. Moran Cruz,
Middle Ages merupakan perkataan bahasa Latin, iaitu medium aevian. Christopher Keller
merupakan orang pertama yang menggunakan istilah ini pada tahun 1688. Zaman ini terdapat
golongan cerdik pandai Renaissance yang menganggap bahawa Zaman Pertengahan
merupakan jangka masa di antara Zaman Keagungan Peradaban Klasik Greek dan Rom
dengan Zaman Renaissance.

Itali merupakan pengasas kepada zaman Renaissance tersebar hingga di Perancis, Jerman,
England dan seluruh dunia Eropah. Kewujudan Renaissance ialah kesedaran masyarakat
Eropah untuk menggembalikan keemasan peradaban Eropah sebelumnya, iaitu Peradaban
Klasik Greek dan Rom yang merupakan peradaban utama dalam sejarah dunia. Pada sekitar
tahun 476M, zaman Peradaban di Rom diketahui telah tamat menyebabkan timbulnya
pelbagai masalah kerana pengaruh Peradaban Klasik Greek dan Rom hilang dibawa arus
kejahilan masyarakat Eropah sehinggalah munculnya istilah Zaman Kegelapan atau Dark
Ages yang diperkenalkan dan digunakan oleh Francesco Petrarach (1304-1374), seorang
tokoh pemikir di Itali pada zaman Renaissance. Pada zaman Kegelapan inilah di mana
kejahatan, kejahilan, dan keangkuhan dalam kalangan masyarkat Eropah berlaku disebabkan
aktiviti jenayah berleluasa. Misalnya, golongan petani dihina, dikeji, dilayan seperti hamba
dan orang suruhan oleh tuan tanah kerana dibelenggu kemiskinan dan kesukaran untuk
memenuhi keperluan harian. Wujudnya kekejaman yang dilakukan oleh golongan pemerintah
seperti raja, bangsawan, dan pihak institusi gereja yang mengawal, membolot, dan
mengeksploitasi golongan bawahan atau diperintah untuk kepentingan dan kekayaan mereka.
Golongan diperintah tidak berhak dalam aktiviti ekonomi serta tidak bebas dalam berfikir
sama ada dalam mengkritik raja atau pihak gereja.

Larangan untuk meningkatkan kualiti kehidupan seperti mencari ilmu, bekerja, dan
mencari rezeki telah menyekat kemajuan tamadun Eropah pada ketika itu. Masalah
kemiskinan menyebabkan pembangunan Eropah tidak berkembang, ia juga melahirkan
golongan petani, penganggur, dan hamba dalam struktur masyarakat Eropah. Namun, Itali
merupakan negara Eropah yang sangat maju pada zaman Kegelapan berlaku. Masyarakat Itali

5
menjadi saksi secara kronologi kelahiran semula zaman Kebangkitan, Renaissance, Middle
Ages sehinggalah Dark Ages. Kejatuhan empayar Rom dengan zaman Peradaban Graeco-
Rom antara masa seribu tahun akibat lenyapnya budaya klasik dalam zaman Kegelapan.

Menurut Jacob Burckhdart, karyanya “The Civilization of the Renaissance in Italy”


menyatakan bahawa Renaissance adalah masa individu, dan kemajuan daripada pelbagai
kawalan serta kewajipan yang tidak dapat dilakukan secara bebas oleh masyarakat Eropah.
Kemunculan aliran pemikiran dan fahaman oleh ahli-ahli cendekiawan seperti ahli falsafah
dan pemikir agung memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan dalam
kebebasan berfikir. Umpamanya, humanisme, rasionalisme, nasionalisme, dan absolutisme.
Perkara-perkara ini telah menimbulkan persoalan kepada golongan pemerintah tentang
keraguan, kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan dan diadaptasikan di Eropah
selama ini.

Renaissance juga memperkenalkan aktiviti perdagangan, perniagaan, dan berjual beli


dalam ekonomi sehingga munculnya pedagang dalam struktur sosial Eropah. Walau
bagaimanapun, kedudukan dan kekuasaan golongan feudal sangat lemah akibat
perkembangan ilmu yang pesat. Lahirnya ramai tokoh-tokoh terkenal dan agung dalam
pelbagai bidang seperti matematik, ahli falsafah, penggiat seni, astronomi, pemuzik, dan
sebagainya. Tokoh Leonardo de Vinci, Michelangelo, Andrea del Sarto, Lorenzo Lotto, dan
lain-lain merupakan bukti kemajuan yang agung dalam masyarakat Eropah. Turut melahirkan
ahli-ahli saintis terkenal seperti Galileo Galilei merupakan ahli astronomi, Isaac Newton
sebagai ahli fizik terkenal, Ptolemy menjadi ahli matematik, dan terdapat juga tokoh-tokoh
terkenal yang lain. Malah, tokoh-tokoh ini bukan sahaja sangat mahir dan bijaksana dalam
sesuatu bidang tetapi golongan cerdik pandai ini bijak dalam bidang lain serta menjadi
penulis untuk menghasilkan karya-karya bagi kegunaan ilmu pengetahuan pada generasi akan
datang.

Renaissance atau Kebangkitan memberikan impak yang sangat besar dalam pelbagai
aspek sama ada ilmu pengetahuan, pendidikan, sistem kerajaan, kajian alam semula jadi,
sains, dan pelbagai bidang lain. Golongan raja, institusi gereja, dan pemerintahan tidak lagi
berkuasa dalam pemerintahan masyarakat di Eropah kerana tokoh-tokoh Renaissance
mendedahkan pembaharuan dari segi ilmu untuk memberikan kesedaran untuk membebaskan
diri daripada kawalan pihak institusi gereja dalam masyarakat Eropah.

6
Masyarakat Baru

Kerajaan Romawi menyebabkan struktur politik di Eropah berubah di mana pergerakan


rakyat sebagai “pencerobohan” bukan sahaja melakukan ekspedisi ketenteraan sekaligus
migrasi yang dibantu oleh golongan elit Romawi Barat untuk menyokong tentera atau
membayar cukai sebagai kebenaran tentera menindas penghijrahan tersebut. Pada abad ke-5,
Maharaja dikawal ketat oleh golongan kuat tentera seperti Stilicho (408), Aetius (454), Aspar
(471), dan Ricimer (472) bukan berasal dari Rom. Perkahwinan antara raja-raja dengan
golongan elit Rom membawa kepada kebudayaan Rom disertakan adat-istiadat baharu
termasuklah perhimpunan yang membenarkan kaum lelaki lebih bebas dalam hal-hal politik
di negara Rom. Barangan artifak dan antik ditinggalkan oleh masyarakat Rom dan
dimodenkan. Kehilangan hasil cukai secara ansuran, entiti politik baharu tidak lagi
memberikan sokongan kepada tentera mereka, iaitu sokongan dengan bayaran pendapatan
dan cukai. Sebaliknya, golongan tentera hanya bergantung pendapatan kepada pemberian
tanah atau sewa mereka oleh raja dan bangsawan. Peperangan merupakan perkara lazim
dalam kerajaan menyebabkan bekalan makanan berkurangan dan menjadi masalah utama
pada ketika itu.

Antara abad ke-5 hingga 8M, terdapat individu baru yang memasuki arena politik yang
telah lama ditinggalkan oleh pemerintah Rom sebelumnya. Pada akhir abad ke-5, Ostrogoths
dari suku Gothic yang menetap di Rom, Itali dipimpin Theoderic the Great mendirikan
sebuah kerajaan dengan bantuan Itali dan Ostrogoths sehinggalah pada abad ke-6, sistem
pemerintahan monarki Kerajaan Lombard menguasai Itali Utara. Pencerobohan etnik baharu
ke Eropah menyebabkan timbulnya masalah penggunaan bahasa. Bahasa Latin ialah bahasa
empayar Rom Barat perlahan-lahan digantikan dengan bahasa vernakular yang
dikembangkan. Perubahan dari Bahasa Latin ke bahasa-bahasa baharu seperti Yunani
menyebabkan perubahan dalam Zaman Kebangkitan.

Masyarakat Barat

Menjelang abad ke-6, kaedah utama dalam arahan gereja menjadi muzik dan seni
daripada buku dan kitab mereka. Kebanyakan usaha golongan intelektual untuk
memperkenalkan budaya baharu telah menyebabkan beberapa budaya seni, ilmu
diperkembangkan, dan beberapa karya dicipta oleh pelopor zaman Kebangkitan untuk
membawa reformasi. Perubahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku kerana aristokrat

7
menumpukan kepada pesta, keramaian, dan perhimpunan secara besar-besaran diadakan di
dalam dewan dan bukan melalui kegiatan sastera lagi. Pemakaian untuk golongan elit adalah
wajib untuk memakai perhiasan permata, emas, dan perak ditunjukkan sebagai kekayaan
yang mereka miliki. Tuan-tuan tanah dan golonga raja memberikan sokongan kepada pejuang
seperti tentera menjadi tulang belakang penting kepada golongan pejuang. Nilai-nilai murni
dan moral adalah penting dalam hubungan kekeluargaan golongan elit seperti tolong-
menolong, keberanian, dan kehormatan serta kesetiaan yang membawa kepada kelaziman
yang setara dalam golongan bangsawan. Segala pergaduhan, sengketa, dan salah faham serta
konflik berakhir dengan wang seperti rasuah dan bayaran pampasan sebagai penyelesaian
kepada semua masalah. Peranan wanita dalam masyarakat Barat sangat ketara terutamanya di
Merovigian Gaul. Kehidupan dan budaya Rom banyak mengalami perubahan pada zaman
Pertengahan. Kuil Rom telah diubah menjadi gereja Kristian kerana penyebaran agama
Kristian oleh paderi-paderi.

4.0 TOKOH PELOPOR KEBANGKITAN

Renaissance memainkan peranan penting dengan memberikan perubahan pandangan dalam


masyarakat Eropah terhadap institusi gereja Katolik. Ia timbul persoalan di mana masyarakat
menyoal mengenai ajaran-ajaran institusi gereja serta sedar akan kekurangan dan
penyelewengan pihak institusi gereja. Pada masa yang sama, kemunculan raja-raja negara
bangsa membenci peranan Pope (Paus) yang gemar campur tangan dalam hal negara. Pada
abad ke-16, berlaku kepincangan dalam amalan gereja Katolik sehingga menyebabkan
terbahagi kepada dua mazhab, iaitu Katolik dan Protestan.

Mazhab Protestan merupakan mazhab baru mempunyai ajaran yang sangat bertentangan
dengan ajaran mazhab Katolik. Menurut Betrand Russell (1961), keislahan Katolik
berfokuskan kepada pemberontakan dalam politik dan teologi. Agama Kristian berperanan
sebagai agama penting kerana ia menjadi penyebab utama dalam kebangkitan reformasi di
Eropah. Martin Luther ialah seorang tokoh reformasi dari Jerman dan seorang mahasiswa
yang aktif dalam kegiatan mistisisme Katolik. Beliau dipengaruhi oleh seorang lelaki mistik.
Luther berkemahiran dalam bidang teologi dan mengkaji falsafah Saint Augustine, malah
beliau pernah menjadi guru tafsir al-kitab. Berlatar belakangkan ilmu pengetahuan yang baik,
Luther dengan tegas memulakan perbalahan dan perdebatan dengan pihak institusi gereja.

Pada tahun 1517, Luther mengemukakan pendapat dengan menentang sekeras-kerasnya


amalan indulgences terhadap pihak gereja. Beliau juga menolak penyalahgunaan kuasa,

8
penyelewengan, rasuah, dan pecah amanah yang dilakukan oleh pihak gereja Katolik serta
peranan Pope. Penyembahan keramat dan kitab Bible sebagai ajaran mutlak ditentang dan
ditolak oleh Luther. Pope bertindak sebagai perantara hubungan penganut Kristian dengan
Tuhan juga dianggap tindakan yang menipu masyarakat kerana Luther menganggap pendeta
dan masyarakat hanya manusia biasa dan sama sahaja di sisi Tuhan. Ketegasan dan
keberanian Luther ini mendapat sokongan dan meneruskan protesnya terhadap gereja tradisi
Katolik, iaitu menentang sesiapa sahaja yang mentafsir isi kandungan kitab Kristian kecuali
yang melakukannya adalah daripada golongan pendeta. Kejayaan gereja Prostestan pimpinan
Luther memisahkan agama dan negara telah melahirkan kesetiaan masyarakat Barat terhadap
bangsa dan negara. Pembaharuan ini telah melahirkan hak-hak ketuhanan Raja, iaitu para
penguasa dan bangsawan berhak dalam memerintah adalah wajib ditaati oleh masyarakat.
Sekiranya mereka melanggar perintah atau arahan, mereka dianggap melakukan
penyelewengan kuasa dan perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Kesalahan
pendeta seperti Pope menyalahtafsirkan dan mengubah isi kandungan asal kitab suci Kristian
menyebabkan Luther menyingkirkan ajaran Kristian Katolik dari gereja.

Perkembangan reformasi Protestan pimpinan Luther membawa kejayaan apabila Raja


Henry VIII dari England memutuskan hubungan dengan Pope dan terus mengisytiharkan
dirinya sebagai Ketua Gereja Inggeris (Anglican). Seorang peguam dari Perancis, John
Calvin turut bersama melakukan reformasi Kristian di Perancis dengan menggunakan istilah
Calvinisme untuk kitab ajarannya. Pendekatan untuk reformasi dan pembaharuan yang
dicetuskan oleh Luther menyebabkan sektor perniagaan, sains, teknologi seperti kapal
berkuasa wap, seni bina dan seni lukis tercetus dan berkembang pada sekitar abad ke-15.
Perkembangan ini disebabkan cara, kaedah, dan pendekatan yang tidak berasakan ajaran
agama membuktikan bahawa masyarakat Barat mampu menggunakan pemikiran akal sendiri
untuk maju ke hadapan tanpa kawalan, kebenaran, dan peraturan daripada institusi gereja.

Sivachandralingam Sundra Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributions.

Kania, D. D. 2013. Konsep Nilai dalam Peradaban Barat. TSAQAFAH, 9(2), 245-262.

Asfar, A. I. T., & Asfar, A. I. A. 2019. Pendidikan Masa Renaissance: Pemikiran dan
Pengaruh Keilmuan. Universitas Negeri Makassar.

Lanslor, T., Eskelner, M., & Bakers, M. Kehidupan di Zaman Pertengahan. Cambridge
Stanford Books.

9
Kamruddin, M. K. 2009. Selatan Sepanyol abad ke 8-11M: sumbangannya terhadap
kebangkitan Renaissance di Eropah.

10

Anda mungkin juga menyukai